Monday, March 28, 2011

back to the school #5

alhamdulillah, hari yang terakhir menjelang jua..

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

hari yang terakhir di S.K.I. semuanya berjalan lancar. bagus belaka. cuma pagi tu, aku ngan roommate bangun lewat, menggelabah kejap. tapi kitorang kool saja.

ya, hari terakhir, seriously, baru la dapat rasa perkara yang best kat sini...

contohnya, masuk kelas, suh budak-budak mengeja, buat ayat dan present secara spontan. ok, nampak macam simple, even students kat sini all boys, tapi self confidence and self esteem diorang masih low. ada jugak yang macam menonjol. so, yang tak berapa nak menonjol nih, aku 'test' diorang. suruh nyanyi and bercerita.. tajuk memang spontan, apa yang terlintas dalam kepala otak aku, itu la yang diorang kena cerita. bukan lama mana pun, tak sampai seminit je.. overall, bagus budak-budak nih, cuma kurang diberi peluang untuk bercakap dan tonjolkan bakat. by the way, thanx to Fakhrul, sebab bagi aku idea nak buat benda-benda nih.. macam mana la aku boleh tak terfikir daripada awal nak buat ini semua.. maybe impression aku yang awal2 mengatakan budak-budak nih sangat nakal, so aku macam malas nak tengok apa yang ada dalam diri diorang.. fine, my stupid fault.

lain-lain perkara yang aku rasa best, yeahaha.. ! dah nak hari penghujung nih baru la aku berkesempatan nak berbual ngan budak maktab lain. seriously damn shit. hari-hari yang sebelum nih, kitorang juz buat hal masing-masing, x berapa nak bertegur sapa. maybe sebab kitorang ramai sangat, haih (-_-")

tapi, diorang nih ok sebenarnya, terutamanya yang perempuan la kn, yang laki, toksah kira. dah hari penghujung kan, Syafik suh aku gi edjas budak 'maktab P' nih, sebab dia perasan yang aku dok meng-ushar budak tuh.. haha, cabaran di terima. aku x ngedjas mana la, sebabnya, waktu aku nak pergi approach beliau, baru aku perasan ada cincin la kat jari.. pergh! menusuk.. melepas lagi aku (-_-") . yeah, loser me. tapi, atas dasar member se-SBE, aku x kisah mana.. mungkin xde jodoh antara aku dan beliau.

haha, ok, enough that. alhamdulillah, sepanjang aku gi SBE nih, semuanya berjalan dengan lancar. maklumat sekolah pun da dikumpul, kerjasama dengan Guru Besar pun bagus, cikgu-cikgu kat S.K.I sporting. kalau ada peluang, mungkin aku akan bertandang lagi, mungkin, dengan harapan dapat meng-edjas awek dari maktab lain.. hakhak (sengal).

till we meet again fellas. (teka, yang mana 1 kah 'beliau')

melangkah pergi.


Wednesday, March 23, 2011

my only little bro got 1A, 6B's n 1'E in SPM, n the 'E' is 




ENGLISH!!!! what a failure to me, cuz can't help my bro to get




at least pass.. sorry acik, alang bodoh

back to the school #4

ya, hari keempat..

hari nih, jalan nak ke sekolah jam teruk.. terpaksa menyelit sana sini.. nyaris dilanggar lori.. haih, dugaan demi dugaan.. kurang enak.. hidung rasa macam pili air yang bocor, berair memanjang... macam hari-hari yang sebelum nih, kena relief kelas.. haih..

hari nih, lebih kepada aktiviti 'spelling bee' dan soal jawab.. macam sembang-sembang biasa, tapi berilmiah.. ada la sedikit pengisian, xde la duduk saja2 dalam kelas..

oh ya, semalam aku bawak laptop gi sekolah, lepak2 kat 'markas', internet wi-fi memang antara yang terbaik.. lebih pantas dan tuntas daripada broadband n wi-fi maktab... xdak blocking apa.. nak tengok video kat youtube memang x jadi masalah.. siap boleh download lagi!!! sebab tuh boleh upload gambaq kat blog.. hehe..

so, hari nih pun aku bawak laptop lagi.. tapi, laptop x dak bateri!!!! aku rasa macam dah charge malam tadi..!!! haih, bala.. bala.. ni sume bala... bawak berat saja laptop nye...

hari nih relief 3 kelas... 1 kelas aku, lagi 1 kelas Syafik ngan Fakhrul..

~dear loggers, aku x berapa nak sihat, kepala duk berdenyut, jantung berdegup pantas.. doakan hari terakhir SBE esok, esaimen x siap2 lagi (-_-")

Tuesday, March 22, 2011

back to the school #3

alhamdulillah, 1 hari lagi sudah dilalui di S.K.I

hari ini, x rasa nak emo sangat. mungkin.

semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah. lega. hari ni, aku dan kawan-kawan pegi relief 3 kelas. yaa, 3 kelas. sepatutnya bukan aku, tapi pegi tumpang je. kelas darjah 4,5,6.

macam-macam kerenah n perangai students. biasa la. nakal dan under control. yang buat kerja sekolah, buat2 baca buku, x buat apa-apa, janji X bising. yang rajin tanya soalan pun ada. xpe, malu bertanya, x dapat jawab soalan. tolong sekadar terdaya. bukan penuh ilmu di dada, sekadar membantu sekadar termampu.

oh ya, awal-awal pagi hari nih, ada aktiviti Ko-Kurikulum, untuk persatuan akademik. sempat join English Society. terkilan. sikit sangat Malay students yang join society even Malays are majority in this school. mungkin kerna kurang pendedahan, kesedaran dan keyakinan untuk berbahasa inggeris yang menjadi punca. mungkin. aku difahamkan, students diberi kebebasan untuk pilih nak join mana-mana persatuan. tepuk dada, tanya selera. English Society ada buat aktiviti-aktiviti yang aku kira menarik untuk setiap kali perjumpaan. contohnya tadi, tressure hunt sesama ahli. even x de la sampai kena hunting 1 sekolah, at least, yang organize untuk aktiviti nih adalah students sendiri. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. yang menang, dapat hadiah, guru penasihat bagi. dapat la pen sorang sebatang, kira jadi la kn?? bagi duit buat ape?? pegi habis karaoke kt CS je. lepas nih, akan ada story telling sesama diorang jugak. cerita dan gaya, cari sendiri. macam best! tapi, x berpeluang nak tengok kot, btw, gud luck boys.!

penat. standed la, buat keja apa yang x penat kan.. ehem2.. (-_-")

back to the school (random piccas)

tekun mendengar, bukan tidur nih

suasana kelas

perlukan bimbingan dan kaunseling?

salah satu pemandangan dari atas

taklimat bersama Guru Besar, Tn. Haji Rusli

seorang cikgu juga mampu untuk memiliki Evo Malaysia

taklimat bersama Penolong Kanan 1




back to the school #2 (part two kot)

realiti seorang cikgu.

ya, aku masih baru dalam bidang nih. bukan nak menunjuk pandai atau apa, ini apa yang aku sembang dan refleksi daripada kawan2, pemerhatian dan realiti dunia hari ini.

dah makin kurang students yang betul-betul hormat kat cikgu. bukan setakat students, masyarakat luar, terutamanya dalam profesion yang gajinya jauh lebih lumayan dan pangkat turut memandang lekeh karier seorang cikgu. bukan semua, cuma segelintir.

seorang cikgu. persepsi kebanyakan orang, masuk kelas, bagi kerja, semak buku, bawak students pegi lawatan, dan yang paling penting, make sure students dapat skor kaw2 banyak gila babas time exam. tambahan lagi, cikgulah orang yang dipersalahkan bila students x dapat score 'A'. cikgu sekolah rendah or menengah, persepsi kebanyakan orang hari ini, lebih kurang gitu. cukup bulan, gaji masuk. paling jahat lagi punya tahap pemikiran, aku sendiri pernah kena sebelum masuk maktab "alah, hang jadi cikgu, goyang kaki, bulan-bulan masuk gaji.. rileks memanjang. budak-budak cuti, hang pun join cuti sekali".

yup, mula-mula aku pun pikir macam tuh, dah x de kelayakan lain, jadi cikgu je la.. tapi, itu dulu kawan-kawan. kerjaya cikgu nih, x semudah apa yang kamu lalui dahulu dan tengok.

seorang cikgu, dia bukan sekadar nak mengajar apa benda yang dalam buku teks, tapi jugak nak mendidik anak murid bangsa dia menjadi seorang insan yang berguna kelak. realiti hari nih, 'content' or ilmu yang dalam buku semuanya di serap dalam kepala otak students. aku tak nafikan, itu penting untuk masa depan dan berjaya dalam exam kelak. tapi, sekadar content buku teks saja tak cukup untuk jadikan seorang student sebagai seorang 'MANUSIA'. manusia yang aku maksudkan ialah manusia yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan jugak bangsa.

seorang cikgu, walau students dia slow, tapi bersemangat nak belajar, tak pa. cikgu lagi semangat nak mengajar. tapi, situasi realiti, kebanyakan students, dah la x berapa nak catch-up, malas, buat masalah dalam kelas, dan x berapa nak pandai. esok-esok nak jadi apa?? ada jugak students yang menghina cikgu sebab cikgu dia adalah seorang 'cikgu'. buat dunno je. sebab nya, bapak dia kerja besar-besar, gaji lagi besar, datang sekolah pon naik kereta besar. cikgu?? standed kereta buatan Malaysia, naik motor, alahai, ape la sangat.. ini yang buat students tak nak respect kat cikgu. sedih woo! cikgu punya la semangat nak mengajar, nak suruh jadi orang yang berguna kelak, tapi, bila students x nak hormat, pergghh!!! berderau darah.. sabo je la. sampai mane nak sabar?

kalau students sekadar pandai menelaah buku, jawab soalan exam sampai boleh skor 120%, tapi nak hormat orang sekeliling pun x reti, aku rasa tak guna. tapi, kalau  students yang tak berapa nak menonjol dalam pelajaran or bengap sekalipun, tapi tahu cara nak hormat orang dan punya budi pekerti, itu lebih baik. at least, nilai sebagai seorang manusia tuh ada. ini pandangan aku.

kadang-kadang, ade kes cikgu lempang students. salahkan cikgu. mungkin, kisah di sebaliknya, students sendiri yang salah. degil ya amat. tak makan dek saman. buat masalah. laz2, makan pelempang. betul, kadang-kadang, diorang nih nak perhatian yang lebih, maybe parents sibuk sangat dengan kerja, so, anak-anak terabai. darah muda, diorang nih nak rebel. so, mangsanya, CIKGU!!!!

~dear loggers, aku rasa macam ter-emo sangat hari nih. tadi, aku sembang-sembang ngan member2 n strong ally aku, Rahimi, pasal budak-budak zaman sekarang. sumpah, aku culture shock, tengok perangai students sekarang, kalau nak banding zaman dulu. banyak sangat perubahan. aku bakal cikgu. kamu boleh cakap yang aku nih sembang je kencang, tulis berapi-api, esok, entah apa nak jadi. itu, aku tak peduli. at least, aku dah boleh nampak, karier cikgu nih, bukan sekadar goyang kaki dan makan gaji. ya, agak redundant entri yang ini dengan yang sebelum nih. tapi, benda-benda nih la yang duk bermain dalam kepala otak aku..!

Monday, March 21, 2011

back to the school #2

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, ade lagi kesempatan dan peluang untuk bernyawa..

hari nih, macam semalam, pegi sekolah untuk PBS/SBE.. penat, sedih, terkejut, dan lain-lain perasaan yang aku rasa.

Penat. hari ini, aku kena relief kelas, dalam erti kata lain, kena ganti cikgu lain punya kelas.. mula-mula, terkejut. tengah duk jenjalan pusing sekolah sambil mengambil gambar dan temu bual dengan beberapa orang cikgu, tiba-tiba kerani sekolah mampir, bagi jadual suruh pegi relief kelas darjah 5. terkejut, terkesima, pucat. sebab kerani tuh cakap "awak kena masuk mengajar kelas 5D".. ooh, apakah, aku yang baru bertatih dalam bidang perguruan, disuruhnya mengajar kelas darjah 5. mungkin niat kerani tuh macam nak gertak or melawak. aku pulak boleh amik serius, adoi!! so, aku ajak la 2 orang member, Syafik ngan Fakhrul. padahal, relief kelas je, suruh budak-budak nih duduk diam, buat hal masing-masing, jangan bergaduh or watever sudah..

honestly, aku da pernah ade sedikit pengalaman dalam meng-handle budak sekolah rendah. dulu, masa zaman sekolah menengah, aku pernah menjadi ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), under unit Bimbingan dan Kaunseling. ada la sedikit ilmu, tapi waktu tu, aku lebih bertindak sebagai fasilitator, dan input yang aku sampaikan lebih kepada motivasi n so on. so, hubungan aku dengan student lebih kepada 'abang-adik'. buleh la kalau nak kelentong, sembang-sembang, gelak tawa dan sebagainya. tapi, sekarang nih, watak aku lebih kepada seorang PENDIDIK. seorang cikgu yang berkaliber dan mempunyai wawasan, mana boleh nak main kelentong ape bagai. tambahan pulak, dekat sekoloah yang aku pergi nih,(S.K.I), semua nya student LELAKI. daripada apa yang aku dengar daripada cikgu-cikgu kat sini, cara nak control budak-budak nih bukan sembarangan. cabaran dia lain daripada yang lain. even aku sendiri dulu pernah belajar kat sekolah yang semuanya lelaki, tapi itu sekolah menengah, cara berfikir dan tahap kematangan jauh beza. silap cara, student buat hal depa, cikgu yang duk mengajar kat depan jadi boneka. ini feedback yang aku dapat daripada   cikgu-cikgu kat sini.

so, aku pun masuk la kelas relief. masuk je, student bagi salam. aku pun jawab salam. dekat balckboard, ada pembaris panjang, kaler kuning. ala, yang biasa punya kat sekolah-sekolah tuh. then, aku amik, aku pegang macam sedang bertongkat. muka aku, serius. tak berapa nak senyum. member aku yang lagi 2 orang, masuk jugak, duduk kat belakang. aku memang tak tau nak ajar apa, suruh student buat apa yang patut, tapi jangan bising. ha, ni yang aku nak masuk part sedih kot.

ok, aku dah suruh student buat homework atau apa-apa saja yang berfaedah. aku x duduk, juz pusing keliling kelas, pantau depa duk buat apa. yang buat kerja, buat kerja. yang tak buat apa pun, ada. standed. aku dulu pun lebih kurang gitu, at least, aku tak tidur, baca buku pun tak sangat, tapi duduk menyembang dengan rakan seperjuangan tak pun buat la homework yang mana ada.. hehe.. normal ok! daripada yang aku nampak, daripada kaca mata aku, ada student yang macam educated, senang cerita, nampak macam pandai serba serbi. tak da masalah sangat. ada jugak yang juz baca buku bila aku lalu, tak pa, janji tak bising. ada yang melukis, aku tak tau dia lukis apa, tak pa jugak, x bising. tapi ada jugak student, yang juz duduk saja-saja, tengok muka aku, dia buat muka kerek habis. berlagak. fine. tak bising, tapi, dalam hati dia, aku rasa dia cakap "alah, cikgu, apa barang. macam bagus". ok, fine. aku sedar aku sapa, aku juz guru pelatih yang tengah buat SBE. ada jugak student yang tak nak buat apa-apa. bila aku tanya itu dan ini, tak tau nak jawab. suruh baca, tergagap. suruh buat calculation sikit, kantoi.

aduh, mungkin aku terlalu awal untuk menilai diorang nih. aku hanya guru pelatih. masih bertatih dalam bidang nih. daripada apa yang aku lihat, aku dapat feedback daripada cikgu-cikgu, students zaman sekarang nih da jauh beza dengan yang dulu. sense of respect of students towards the teachers, dah makin kurang sangat. cikgu boleh jadi bahan ketawa dan kutukan. mak bapak pulak, persepsi diorang kat cikgu, kena bagi anak diorang nih 'A' yang banyak waktu exam. cikgu cubit sikit, dah masuk kes mahkamah. yang serang-menyerang cikgu, dah banyak keluar kat paper. kan?? realiti. aku tak salahkan mak bapak keseluruhannya. cuma aku sendiri terkilan, ada sesetengah mak bapak yang pandang karier seorang guru macam tak ada apa-apa. kena ajar anak diorang bagi pandai, exam, 'A' kena penuh, macam aku cakap tadi. sesetangah mak bapak nih pandang lekeh, dan tak hormat cikgu-cikgu, macam mana anak diorang nak hormat cikgu? like parent like children la kan?

betul, ada pepatah yang menyebut, "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka". aku rasa macam nak tambah ckit " CIKGU-CIKGU lah yang akan membentuk kain tersebut menjadi pakaian kelak". nak jadi baju ke ape, itu terpulang, janji berguna. kalau setakat kain yang bercorak, nak buat ape sangat?

~dear loggers, macam banyak lagi aku nak tulis, tapi, macam da meleret sangat. aku bukan nak menunjuk pandai or what, ini daripada apa yang aku nampak dan aku perhati kan. again, aku masih bertatih dalam bidang perguruan nih. banyak lagi perkara yang aku x alami sendiri dan tempuhi. baru 2 hari pegi sekolah, da macam 20 tahun mengajar. banyak lagi benda yang aku kena belajar. kepada cikgu-cikgu yang terbaca tulisan ini, saya memohon tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan betulkan jika saya tersalah. now i really know, becoming a teacher, not only sit, give task, marking paper n getting paid every month. there are lots of thing to do. tunjuk ajar ku sifu. (tagline Mentor)

Sunday, March 20, 2011

back to the school #1

assalamualaikum w.b.t.

ye, sebentar lagi, akan ade la entri2 berkisarkan tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun dalam bahasa omputih, School Base Experience (SBE) oleh beberapa orang sahabat aku, iaitu izzatimunira anisfatin afiqah, dan jugak teha.. yg paling wajib ade, sah-sah izat.. munir dan yang lain2, aku x berapa nak pasti, sebab susah ckit nak jangka.. hehe..

by the way kawan-kawan. hari ini merupakan titik tolak bagi aku, setelah beberapa tahun meninggalkan alam sekolah rendah, hari ini, perasaan itu kembali lagi, namun, berbeda dari segi perwatakan. jika dahulu aku hanya bergelar seorang murid hingusan, yang comel, mendengar kata dan suci daripada hadas dan dosa, kini, aku berperwatakan sebagai seorang GURU.. yeaahh kawan-kawan, guru/ cekgu/ sensei/ sir/ teacher dan lain2 bahasa yang sama waktu dengannya..

malam semalam, aku dengan roomate tidur awal. nak bangun awal punya pasal. standard bangun sebelum nih pukul 7, tapi hari ni, pukul 7 dah gerak pegi sekolah.. haaa, pukul berapa kitorang bangun, itu jangan di ambik tahu.. hehe..



ok2, mungkin ade yang tak berapa nak paham, kejadah ape aku merepek pasal SBE/PBS nih. olrait.. SBE/PBS nih, adalah program wajib bagi semua guru pelatih kat IPG kat seluruh Malaysia. daripada semester 1 program ijazah, sampai ke semester 4. dari semester 5 sampai ke semester 7 cmtuh, baru la praktikum.. utk maklumat lanjut, bleh check tengok kt laman web kementerian pelajaran, itupun kalau ade, haha!!

ok, sambung cerita tanpa gambar. sampai sekolah tadi, pi jumpa Guru Besar. oups, aku wat PBS kali nih, dekat Sekolah Kebangsaan Ibrahim (SKI) dengan roomate aku dan classmate zaman sekolah rendah...  yeah, SKI adalah antara sekolah premier dan elit dekat Sungai Petani. dah macam sekolah SBP pn ade..kebanyakan kamu mesti bersekolah rendah yang bercampur laki perempuan kan??? haaaa, dekat SKI nih, semua students adalah LELAKI.. yaa, lelaki.. bagi aku sendiri secara peribadi, ini bukanlah satu fenomena yang mengejutkan, sebab dulu pun waktu sekolah menengah, kat sekolah aku semuanya lelaki.. bezanya, kat sekolah rendah, x dak main "jambu" ape bagai.. hehe..

kena pegi perhimpunan, duduk depan sekali, sebaris dengan cikgu-cikgu yang lebih senior. hurm, rasa lain, dulu, aku duduk kat bawah, sekarang, dah merasa duduk atas kerusi.. bukan nak bangga ke apa kawan-kawan, hidup ini kan ibarat roda, kejap ade kat atas, kejap ada kat bawah.. haaa..  habis perhimpunan, ade taklimat bersama Guru Besar. tadi masa perhimpunan, Guru Besar announced, ada 20 orang guru pelatih nak buat SBE kt SKI nih.. pergh! semua cikgu-cikgu terkejut, punya ramai!!!

dah habis tuh, keluar gi jalan2 sekitar sekolah. da macam nazir pun ade. hehe.. tengah elok jalan2, nampak perkara-perkara yang wajib tayang.. budak-budak kena denda.,. haha, kena duduk luar kelas, kena rotan dan lain-lain.. haha!!!

lepas makan, mesti la kat tempat cikgu makan kn, tetiba, Guru Besar tumpang makan semeja.. pergh.. sempoi!! x kerek.. kebetulan member skolah aku tuh, jiran dengan beliau, memang cara ah..

ok2, nanti malam, aku sambung, kalau ada masa.. hehe... gambar, nanti kalau intenet laju.. heeee..

Saturday, March 19, 2011

kiss the ass!

yeah fellas, aku x berniat nak wat entri yang lucah, namun, inilah dunia, penuh dengan pancaroba dan masalah..

alkisahnya,

aku on the way nak ke rumah pak sedara dekat Sungai Lalang, daripada maktab.. elok dalam 4 kilometer nak sampai gitu, aku kena lalu jalan yang agak berbukit... fuhh.. sedang elok aku dilamun angan-angan, nak meng-ushar awek, iaitu anak pak sedara aku, aku dikejutkan dengan sesuatu... ya, sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila.. sambung balik, aku tengah bawak motor sambil mengelamun tentang ke-cun-an anak pak sedara aku, ada beberapa kereta dari arah depan, nak masuk ke simpang sebelah kanan, tengah beratur mengikut giliran.. tiba-tiba, sebuah kereta Naza Suria telah mencium bontot kereta Perodua Kelisa dihadapan beliau, dalam erti kata lain, melanggar sama ada secara sengaja ataupun tidak, aku x pasti..

ya kawan-kawan, pelanggaran yang berlaku sangat lah kuat dan mengejutkan aku daripada lamunan.. kereta Naza Suria tersebut yang melanggar Perodua Kelisa itu memang padu.. hinggakan 'melompat' dan mencium kereta dihadapannya pula.. fuuhhh!!!! nak di jadikan cerita, sewaktu pelanggaran tersebut, beberapa serpihan bumper kereta kelisa tersebut melayang-layang, tepat melalui depan helmet dan muka aku.. kalau kata aku laju lagi ckit, silap haribulan, serpihan tersebut memang tepat akan kena kat wajah aku yang tak berapa nak kacak nih..

mak aih, depan mata dik.. aku ingat, nak berenti kat tepi, tolong ape yang patut.. tolong angkat kan mangsa ke, tolong tolak kereta tuh ke tepi ke, paling tidak pun, tolong tengokkan nombor, mane la tau, ade rezki aku kn.. hehe...

ok, ckup2 sudah, pengajaran yang hendak di kongsi.. berhati-hatilah kamu di jalan raya.. ingatlah yang tersayang, walaupun 'dia' dirampas orang.. yang sudah tu sudahlah.. (mcm xde kaitan je nih).. btw, pandu cermat, jiwa selamat, jangan mengelamun ketika memandu.. haip!! thanx 4 the support fellas (^_^)

credit to google :)

Thursday, March 17, 2011

secara rawak

ini adalah sepinggan lontong

atas : aku 2 tahun lepas
bawah : aku yang terkini

~dear loggers, aku sudah membesar dr segi fizikal, lahiriah, jasmani, rohani, dan lain-lain lagi.. hurm, entah la, x dak mood nak menaip dengan lebih detail, harap maaf..

Wednesday, March 16, 2011

perkembangan kanak-kanak

child development.. according to bla.. bla.. bla.. child development is bla.. bla.. bla... we can see they are develop from bla.. bla... bla... to bla.. bla... bla... aku x fokus dalam kelas dr. Allison.. bla.. bla.. bla..

baru tumbuh gigi
u can say, she's a bit fotogediksz


copycat

ini bukan lakonan

budak kecik pon reti nak bertudung elok2..

pkai helmet terbalik

kepada mat rempit, sila contohi anak ini

again, fotogediksz

~dear loggers, i'm not a pedo person.. this two kids are Sharifah Amni Maisarah (bigger one) n Sharifah Amna Munirah (the fotogediksz one).. my mama is babysitting them since their mom 'habis pantang' until now.. btw, luangkan masa bersama anak-anak anda, kerana di masa hadapan, mereka akan punya masa untuk diluangkan bersama anda yang sudah tua..

Tuesday, March 15, 2011

saya pelupa

ye, saya sudah selamat tiba di rumah...
alhamdulillah...
tetapi, TERLUPA LA PULAK NAK BAWAK BALIK CHARGER FON!!!!!

bertuah punya perangai... ini suma geng KDC (kursus dalam cuti) punya pasal.. bilik berserabut, barang bersepah entah ke mana.. adoyai.. macam mana ini??? tapi tak mengapa, ade henpon, nak mesej sape??? dah x de awek sekarang, tak macam dulu.... uuuuuuuuhhhh..... macam bengong je rase... kes x bawak balik henpon nih memang jarang terjadi... lebih meruncingkan, (bukan jejariruncing), henpon yang aku tengah pakai nih, eksotik, marvellous, metabolisma.. sebabnya, ni la satu-satu nya henpon canggih kat dalam rumah nih.. henpon samsung, pemberian puan mama atas belas ihsan dan kasihan,. haiya!!!!

~dear loggers, next time, kalau kamu mahu pulang ke kampung halaman, sila buat checklist senarai barang-barang yang di bawa pulang. sila semak dan check sewaktu pergi dan balik.. jangan main ikut rasa dan naluri semata-mata, kadang-kadang tak tepat.. ingat tuh!!!

SAMSUNG GT E1058
terima kasih kepada encik google utk gamabar..

sampai sudah

alhamdulillah,
sampai sudah ke kampung halaman... tak de la kampung sangat, tapi, nama tempat pun da Kampung Gajah, kire kampung la tuh...

macam biase, tuan abah, puan mama, acik n ayang ade kat rumah.. along, kt UTHM, angah, entah, kat rumah dia dengan abg sharif..

balik cuti lambat, nak balik Ipsah awal, hari Jumaat pagi.. x dapat nak kumpul semuia adik beradik, masing2 sibuk dengan hal masing2.. nak buat camne, da takdir.. makan kat rumah, tiada tandingan (setuju??).. lepak2 dengan member lama, borak balik kesah-kesah lama, standed..

tak tau lagi apa yang nak dibuat, assignment memang X gerak, itu pasti.. tidur dn bangun lambat, alamatnye, kena simbah + kena leter, adoyai!!!!!

btw, rumahku, syurgaku.. (setuju??)

Sunday, March 13, 2011

Friday, March 11, 2011

hati yg patah dn tercalar mungkin akan sembuh, tapi meninggalkan kesan selamanya


take care fellas, it is an honor to meet u guys again


feels like crying all the time..
OMG, that feels came again..
huwaargggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 10, 2011

i'm not that strong..
forgive me..
i feel hopeless...
morally down...
can't do the comeback for now...
wasted the time,
wasted your trust,
but i never betray u,
i'm sorry,
this is not the real me,
i'm waiting u,
forever n ever...

Wednesday, March 9, 2011

serabut

terus merindu,
menanti dan menunggu..
sekadar menjengah dibalik jendela pintu,
mengintai bayangmu yg x berwarna,
terubat sedikit kerinduan.
namun perasaan yang terus memburu,
adrenalin yang mengalir,
menggoyah semangat dan jiwa,
mencari erti cinta sebenar,
menunggu engkau kembali,
kepulangan mu yang ditunggu,
aku senantiasa menanti,
sampai bila-bila..
biar aku menjadi penunggu setia.

~dear loggers, aku x kesah klu hangpa nk gelak kt aku, janji hangpa bahagia....

Tuesday, March 8, 2011

oh sayang...

wanita/perempuan/girl/ladies/cikaro/dll yg seangkatan...

orang pertama yg aku kenal, mak (mama) aku.. kot.. lps 2 abah, lps 2 along, lps 2 angah, lps 2 mak2 sedara dn sedara mara yg lain.. haha...

aku mmg x buleh drpd wanita, or, wanita x buleh lari drpd aku (ahaks!!!), ini semua kenyataan, pahit ka manis, kena terima, ok!? hari nih, cerita psl perempuan/wanita...

huuuu, kisah aku dan perempuan.. first skali, mama..
olrait, insan yg aku panggil mama nih, ofcoz la mak aku, (Norlya bt Baharom).. umuq, aku x brapa nk igt (ampun kn daku mama..).. aku anak manja, dulu.. mgkn sebab aku ank lelaki yg sulung, dn aku nih la yg paling seksa mama kandungkan.. (luahan hati mama).. aku harapan keluarga dn family, dijadikan contoh kpd adk aku yg 2 org dn sepupu sepapat yg terdekat.. alhamdulillah, berkat kesabaran dn doa dn segala-galanya, aku rasa bertuah ditemukan dgn insan yg aku panggil mama nih.. susah senang beliau, aku x pernah tw secara detail, jujur.. at least, aku x derhaka, aku syg mama aku (ikhlas, abah pn aku syg jugak, no offense ae..).. mungkin 2 hari nnti, aku nk cari seorang isteri yg sifat nya mcm mama aku.. solehah, pndai masak, kemas rumah, dn perkara2 mahmudah yg lain, tp, aku pn kena la ada sifat mahmudah jugak kn??? (-_-)" in short, tengs a lot mama, semua jasa mu, alang (nickname manja, dulu 'abang') xkn buleh lupa.. mana nk cari pengganti??? mustahil itu suma... i love u so strong mama.. mmuahhh (ganda 23).. ada masa, aku tulis lg pasal beliau.. (mengikut permintaan pembaca, ahaks!)

next, kisah aku ngan 2 orang akak aku, along dn angah.. haha, aku xdak abang, so, akak yg 2 org nh la aku ambil contoh dn aku syg,... mls nk tulis pnjang, aku dah pernah tulis short note psl depa nih kt fb.. x pn, baca kt sini...

next lagi, kisah aku dan perempuan yg pernah aku syg selepas mama, dn 2 org akak aku, dlm bhasa mudah, awek/gf/cikaro... hurmmm, segan ah nak cerita, itu kesah lama, biaq pi la, benda dah berlalu... huuuuuu....

seterusnya, kisah aku dn kawan2 perempuan.. ahaks lg.. aku x ramai sgt kenalan pmpuan, yg aku kenal sgt yg 1 skolah masa skolah rendah, kwn perempuan yg tersalah mesej aku wktu skolah menengah (aku skolah suma laki dulu), kwn2 dkt PPUM, dn kwan2 perempuan kt maktab nih... hadoi!!! mcm lelaki, masing2 punya kerenah dn perangai masing2... cantik semuanya.. aku x nilai org perempuan drpd pakaian dn rupa semata-mata.. yg penting, selama perempuan yg aku kenai, baik2 belaka.. kn....?? mungkin kadan2 aku annoying, aku kasaq, ckp main lepas, kdg2 terlembut terlebih... adoyai!!!! aku x berapa nk biasa weih, sorry.. tapi aku tgh dok belajaq, macam mana nk pikat hati perempuan.. haha... standed org bujang ah... klu aku ckp aku nk pikat lelaki kn lg payah.. (-_-)" hangpa yg perempuan nih, bgtw la klu aku silap dn terkasaq.. sorry again..


anyway, aku salute semua perempuan di atas, sbb nya, sudi menyerikan hidup aku yg x seberapa nih.. ini suma keja Tuhan, kita x tw bila lg berpeluang nk bersua muka dn beramah mesra.. mcm entri yg lepas, aku lelaki normal, aku tertarik kt perempuan... maaf, aku bukanlah pervert, aku lelaki.. LELAKI....

~dear loggers, sorry, ayat aku berterabur, kepala pening, hatrik main hujan 3 hari nih.. maaf.. ini semua dtg daripada hati, harap maklum..sbnrnye aku nk ucap SELAMAT HARI WANITA kt semua wanita (maknyah, mak ayam, dll mak pn buleh la kot).. peace (^_^)

Monday, March 7, 2011

jalan malam

salam semua..

olraite, mcm besa, tgn aku masih gatal utk menaip, nk buat mcm mana kn..

ak baru blk dr luaq, pi merayap sekitar Sungai Petani.. huuhhh...

mcm nih kesah dya, asal nya petang td, ak kuaq ngan nader, pi tempah name tag kt hasani kedai buku, haha, nk pi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) utk first time, mst maw kemas kn.. weeeee... (^_^)

ok, kebetulan jugak, nk beli tiket bas ngan masukkan dwet kt ika, (beli jersi online), mmbr punya pasal, aku tolong ah kn.. nk dijadikan cerita, ptg td pn hujan lg, adoyai!!!! tp x lebat cm semalam, sekadar di sapa hujan lalu.. smpai ke mlm hujannya.. adoyai lg...

so, memandangkan hujan pn mcm x nk bg chance, aku gerak ah jugak, hujan ayaq ja kn, nk bising2 wt pa..! so, aku gerak ah ngan 'baby biru' (motor lagenda 110ZR).. hehe, elok ja kuaq maktab, x hujan pn!! pelik sungguh bumi SP nih, ciptaan Tuhan, aku redha.. ak gerak pi  maybank kt CS.. yg aku peliknya, elok ja smpai kt dlm 2, org line up pnjang kt mesin cash deposit, kt tmpt org cucuk dwet xdak sorang haram pn!! ak pn rasional, mgkn makcik2 dn pakcik2 nh masukkan dwet utk anak2 depa yg bljq kt IPT mcm ak.. fuuhh.. berkepuk la dwet yg depa pegang.. aku terus tunggu dn akhirnya, setel suda....

ak rasa cm ada x kena, oh, lupa, tiket bas aku da beli sblum smpai maybank td.. nsub bek tiket byk lg.. ikut plan asal, ak ngan 'baby biru' nk blk skali, da lama x blk umah, rndu x rndu jugak la.. then, aku msg rahimi (strong ally aku)

aku : mi, nk kirim apa2 dak?
rahimi : mung ade mane?
aku : CS
rahimi : ok, snack plate KFC 2, air pepsi, xnk sayur, nk kentang ja..
aku : ok, roger that

ppuuiihh!!! (ludah aku dlm hati).. yg sebenaqnya, td sblum aku kluaq, ak da msg dya,

aku : mi, mg nk kirim ape2 x?
rahimi : x mboh ah, ssh kn mung je..
aku : betul jugak 2.. hakhakhak!!!!

ceit, apa punya worang, ckp x maw kirim, KFC punya pasal, laju ja.. hakhak, tp xpa, aku x kesah mana.. mmbr punya hal, aku olrait ja.. (mi, aku ikhlas tlg mmbr2) hakhak!

smpai kt KFC kt CS, aku order ah.. then akak 2 ckp.. " ada la baki2 ayam td lg ckit, klu nk buleh la, ayam x sembelih lagi..."

ceittt!!! korupsi (sumpah aku dlm hati).. xpa la kak, sy cari kt tmpt lain la.. mana buleh mcm 2, mmbr ak da la lapaq, dya buleh nk bagi baki2 ayam ja.. hampeh!! xleh jd.. so, aku gerak pi KFC kt Jam Besaq.. haha. kt cni baguih, sbb dya beroperasi 24 jam, so xdak la korup mcm yg kt CS td... tga order, tiba2, aku terpandang cheesy wedges ngan twisted pocket full ngorat aku... eleh, nk jeling daring kt aku pulak.. tp x buleh, iman aku kuat, even perut pn lapaq, xpa2, next time aku telan hangpa ok!!

dah siap menapau, gerak blk mktb, tp perut lapaq!!! rugi jugak aku x tapau si cheesy wedges ngan twisted pocket full td!! (-_-)" tp xpa, aku singgah kt kdai tepi jln, kt tepi petronas.. haha, pekena bihun goreng sama liamu ais, pergh!!! alhamdulillah.. lega (^_^)

~dear loggers, berjimatlah kamu sebelum bajet burst.. mkn lah dan bersyukurlah dgn nikmat yg kamu rasa.. igt lah yg tersayang, cari lah cinta Illahi (ada kena mengena ka??)..

pengakuan berani mati

salam semua.. mcm besa, tgn aku gatal nk menaip...
ok, straight to the point, hari ni, ak nk tulis pasal pengakuan berani mati (PBM) aku.. hahaaa...

baiklah, secara fizikalnya, aku adalah seorang lelaki yg normal.. x berapa nk hensem, tinggi lampai, rmbut pendek, mata x mcm artis korea, suara x mcm faizal tahir, warna kulit pn sedang2 cerah dn gelap... secara batinnye, aku mempunyai naluri seorang lelaki yg normal, dimana aku tertarik kpd jantina yg berlainan, atau dlm bahasa saintifik, perempuan..

seperti lelaki normal yg lain,kebiasaannya aku tertarik kpd perempuan adalah berdasarkan paras rupa, gaya liuk lentoknya, cara percakapan, dn lain2 lagi sifat yg dikatakan munasabah.. hal ini adalah normal bagi mana2 lelaki kt dlm dunia nih.. (gay lain crita)..

menjejakkan kaki kt maktab nih, merupakan satu peralihan yg membawa aku kpd budaya baru (culture shock), aku terpaksa berhadapan dgn ramai sgt perempuan.. berbanding zaman sekolah dulu, yg semuanya sama jantina, (alhamdulilah, aku x gay), gaya hidup yg totally berbeza dn cara belajar yg berbeza (skema la pulak!!) buat kn aku sgt lah culture shock..

seriously, aku x berapa nk pandai communicate dgn jantina yg berlainan drpd aku.. x reti nk sembang ckp slow2, kluarkan kata2 yg manis (mata ke atas, tgn ke bahu), or etc... 4 me, susah kot awl2 dulu masa start blajo kt mktb nih.. yg dlm kepala otak aku, tgk aweks2 cun cket, kasi cuci mata, dn mengenal erti cinta sebenar.. (ceittt!!!!) thats all.. haha..

 ye, mmg benar dn aku akui sendiri, dn kwn2 pn ade ckp kt aku, yg aku nih jenis menggatal, x buleh pndang awek dahi licin cket, sume nk sapu... yg lg bez, ade ckp aku nih playboy (mak aih!!!!).. aku suke kcw org, dn kdg2 ak x sedar yg sbenarnya aku nih sgt lah annoying...perghhh!! dll lagi org ckp psl aku.. yeah, kenyataan mmg pahit, dn aku telan sebijik2...TETAPI, itu dulu maaa, zaman bila punya crita!!! masa mengubah kita... pikiran da matang cket, da nk masuk umoq 20 nih, da kurang main2...

aku x kesah, dn aku mintak maap klu aku sakitkan hati sapa2.. aku suka kcw org, dlm masa yg sama, aku x dak niat nk sakitkan hati sapa2, cuma ngusik2 manja ja... jgn amik hati sgt weih, aku nih manusia biasa, mana mungkin akan sempurna, tapi aku akn jadi manusia terbaik..weeeee (^_^)

fellas, aku harap korang x salah anggap, ini cuma pandangan aku.. aku berkawan dgn sapa2 pun.. x kira laki ka pmpuan.. kpd wanita2 yg terbaca entri nih, jgn takut, jgn bimbang, aku x pervert.. aku x mkn org (lagi), dn aku cuma seorang laki yg bertindak balas secara normal terhadap wanita.. aku kawan ngan suma org.. jgn risaw.. ak x bias.. ak x pilih bulu.. as long as hangpa x back-stab aku, x mkn member, dll yg seangkatan dgnnya, aku ok ja.. friendship never sinks fellas..

~dear loggers, aku adalah lelaki normal, aku memeang akan tertarik dn terus tertarik pada perempuan.. ini lumrah alam, mungkin aku akn cuba mengurangkan sifat kegatalan aku sbb aku sndri pn rasa annoying dgn diri sendiri.. tp, aku hnya cuma seorang lelaki.. i'm juz being myself n i'm not hypocrite.

Sunday, March 6, 2011

buat benda pelik

main hujan.. yeah baby.. mmg da lama x kne air hujan, klu takat shower kt bilik air 2, ape barang dik... haha..

alkisahnye, mcm biase, da penat dn letih lps larian ria, da mkn2 tgh hr pe suma, semayang pn setel, kasi tdoq cket, lelah smpai ke malam woo.. nk di jadikan crita, bukak je mata, perut rasa lapaq laen mcm. haih, mana buleh jd.. kebetulan, nader pn masuk bilik, ajk pi beli kueh kt dpan maktab.. (mahal kot, kueh 3 singgit, zaman dulu 20sen ja sbijik!!). kebetulan rumate pn lapaq jugak, elok la 2..

kebetulan lg, si nader ni nk pi msuk kn duet kt maybank (tauke topup kot...), minyak moto ak pn ada stengah lg, so xdak hal la.. kluaq maktab, x tulis nama, ni mst ada yg xkna pas nih... haa, elok ja bli kueh pa suma, kasi gerak pi maybank.. haaaa, ni balasan nk turun da nih... ak tnya nder, nk pi maybank kt taman ria ka kt CS (central square), so, memandangkan aku mmg suka buat kerja gila dn org lain x buat, ak saja lajak pi CS, padahal da start raining tuh... rlex lagi, lampu trafik light pn x buat byk masalah, elok ja lepas pekan lama, dkt dgn stesen bas, laluan ketaapi tutup, (sbb nk bg ketapi lalu).. haih, mana buleh jd, hujan da start lebat, mmg basah dik!!! potong jalan 2, pi patah balik, ke maybank taman ria jugak la jwb nya.. (kn senang klu awl2 td)..

naseb baik, hujan mmg lebat, petiq n guruh mmg dok target ak ngan nader ja.. angin mmg kencang baq ang.. da la moto aku jnis ringan, nsib bek budak dua ekoq ni berat, stabil cket.. standed brader2 lain yg bermotor bersama pasangan ronggeng (rempit) masing2, mmg da berenti lepak tepi dulu, takut basah.. ceitt!!! apa punya rempit!! ak ngan nader cm besa ah, steady, hujan air kn.. elok berenti simpang 3, lampu merah.. lapaq kot, pekena pisang goreng secebis 2, hehe, abg yg kt ujung 2 ushar pelik, nk jugak la 2!!!! elok ak nk gerak, nader buleh bantai buat lawak, dya nk turun dr motor.. woii!!! ak tinggai hang kt situ br tw!! (mrh ak dlm hati)

in the end, selesai sudah.. selamat suma, hujan still raining dgn heavylinya.. elok jugak kna hujan, ak x mnd2 lg lepas larian ria td,, haha!!!

larian ria

salam suma.
aku tw, jap lg dlm beberapa jam, mst tehaizat, ngan munir mst ade post psl larian ria.. hakhak, cliche gila baq ang, ak da agk... tapi xpa, ak saport mmber2....

mcm besa, mmg penat jeb kna lari, entah brapa puluh kilometer daaa.. da la x aktif cm dulu, pagi2 lak perut wt hal, dn lagi2 alasan yg x munasabah aku nk bagi, dats why ak x larat, jalan pn nk x nk ja.. tp seyes jeb, ak da gemok, x mcm zaman skolah dulu, agak kurus dan x tough, 6 pack pn xdak, tp, stamina bleh tahan laar... klu takat nk ajk main kejaq2 2 buleh la ckit2.. x caya????

sori jeb, seksi cket, dah ni je yg ak jmpe kt dlm folder lama..






haha, ni gmbaq time pi pangkoq dulu2, wktu raya posa kot.. yg depan 2 along, yg belakang 2 acik.. heee.. itu cerita lama.. sejak membujang nih, makan pn da x tentu hala, main pn d ax seberapa, reason ah klu bdan da naik, ak membesaq kot.. klu da kawen nti?? (ada ka calon??? teetttttt.....)

ok2, btw, congrats byk2 buat 'si dia', even tahun nih ramai pencabar, tp dpt lg placing 2 kra mantap la kn??? kn???? (sapa x setuju aku tembak!!!!)

~dear loggers, u only live once, so live it to the fullest (mcm salah ja nih!).. tp x pa, dun wori, be happy, alang ridhwan single lagi.. hakhak (mcm cilake je ayt)

madah berhelah