Wednesday, September 21, 2011

demam

alhamdulillah, rasa macam nak kebah. hurm, maunye tak kebah, ponteng kelas L&L 2 jam, kebah la dia (ayat perli)

teringat kembali tahun 2005. djaman persekolahan. nak dekat pertengahan tahun, waktu form 2. baik lagi waktu nih. virus demam melanda sekolah. memula dalam sorang dua. last2 dari form 1 sampai ke form 5, habis semua orang nak demam. ye, tak dinafikan. kalau sebelum2 nih, yang buat2 demam pun ramai. caranya mudah. bangun pagi buat muka toya, pergi assembly dengan mata stim (sepet), suara slow macam nak mampos, ditambah lagi muka mintak pelempang kesian, jumpa warden, mintak sign nak pergi sickbay (bilik sakit). alasan nak demam mudah, tak siap homework. hahaha!

dah pergi sickbay, tunggu Pak Cik Sidek datang, dan dia pun dah sedia maklum perangai budak2 'demam' nih. tunggu coaster (bas mini), Pak Abu hantar pergi Klinik Kampung Simee. yeahaha! baru la boleh enjoy. amik nombor masing-masing, takde maknenye nak tunggu giliran kat situ, nah, dengan Pak Cik Sidek, pergi breakfast kat JPJ depan klinik tuh. muahaha! sempoi, sambil baca paper dan berbaju sekolah. tadi masing-masing 'sakit', ni elok je tetiba pe cer?!

haaaa.. tapi itu memori lama. bila di pikir balik, daripada escape kelas pergi klinik semata-mata tak siap homework, baik masuk kelas belajar. damn, hipokrit nya aku. kalau tak, mesti dapat banyak A time SPM. bleh masuk Kolej Mara Banting, dapat sponsor, fly ke oversea, macam best friend aku yang sorang nih, Khairul Hafiz. nahhh, tapi rezki aku kat sini. alhamdulillah.

demam. rasanya nak berjangkit dah kat rumate aku. btw, hepi besday rumate, Muhammad Syafik Mohd Saferi. :)

ini rumate, dan kereta kuning tuh bukan dia punya. 

Sunday, September 18, 2011

dan ya, hari ni ditakdirkan, aku demam. ok, tak meraih simpati ke ape.

sedikit batuk-batuk dan selsema, sakit kerongkong, sangatlah tak best der! dah macam paip bocor je lagi hidung.

ok, enough of that.

cuaca tak menentu sekarang. kepada kengkawan semua, sila ambil perhatian terhadap perubahan yang berlaku. jaga diri masing-masing. aku ingat nak edit2 gambar, pastuh kasi 1 dunia tengok. tapi sakit kepala lebih menguasai diri sebab baru lepas stoned ubat selsema klinik 1 Malaysia. btw, thanx Dato' Najib 4 the klinik. so, aku bleh dapat ubat dengan harga RM1. bajet burst der nak beli ubat kat farmasi luar. daa, miss u, My Sweet-Little-Pie Stalker.
jam kat laptop dah pukul 4 pagi lebih, dan mata aku tak nak lelap lagi. dan hari nih, 2 game bola aku tengok, game Arsenal (lepas mkn malam) n Barcelona (pukul 2 pagi).

dan ya, aku rasa nak demam. bangun lepas asar, tekak rasa mcm lain. minum air kosong, lagi sakit jadinya. nak telan air liur pun payah. hanya beberapa ceklat Hacks yang sudi menemani.

jangan demam. sebab demam sangat tak best. i hate diz feelings. i need my mom, seriously.

Saturday, September 17, 2011

bertepuk sebelah tangan

takkan berbunyi. kecuali kalau tampar orang dengan sebelah tangan, insyaallah.

alhamdulillah, terasa dingin macam kat NZ dah bilik nih. tetiba ada la seorang anak teruna yang tetiba rajin. mungkin hidayah turun kat dia malam semalam, siapa tahu. basuh membasuh, kemas bilik, lap lantai, semuanya buat sendiri. haa, 1 je yang masih fail, lipat n kemas baju. itu memang susah, baju banyak, last2, campak masuk dalam beg, setel (-_-)"

fuuhh.. cinta kalau bertepuk sebelah tangan, ibarat pungguk ridukan bulan. macam irama tanpa lagu, dan boleh disamakan macam sembahyang tanpa niat, tak sempurna rasanya. kita merancang, Tuhan pun merancang, tapi Tuhan yang menenrukan sebab perancangan Tuhan adalah yang terbaik. siapa tak berbulu, bila tengok orang berbahagia dengan pasangan, tak kira la laki/bini, bf/gf, gegirl/boboy, abg/baby, hubby,honey dan lain-lain lagi nama. nope, berbulu bukan sebab apa, tapi rasa ingin ada kat tempat diorang jugak. tambah lagi abang2 single yang dah lama membujang. ingin menyayangi dan disayangi la kata kan.

kalau setakat ushar dari jauh, duk termenung jauh, dalam mimpi, gila bayang, ape barang. mesti la nak jugak yang real kan? tapi, itu semua bukan kerja kita. apa yang kita nak tak semestinya kita dapat. apa yang kita ada, tak akan jadi milik kita selamanya. apa yang penting, kerjasama. (damn, takde kaitan).

enuf of merepek, take care fellas.

Wednesday, September 14, 2011

tanpa tajuk

jari-jari rasa gatal nak menaip. dalam kepala rasa sangat berat sebab banyak benda nak diluahkan. tapi, kalau tulis panjang-panjang pun, entah.

daripada start cuti raya, bawak ke raya, pergi PBS, balik kampus, rumusan kuliah yang tak terbuat, artikel yang dah dihantar, karnival ko-kurikulum, jumpa dia, dan banyak lagi. ape benda aku tengah merepek nih!

berat badan bertambah, itu normal. duk rumah 2 minggu, hari-hari makan free. masakan Ma tak sapa boleh lawan, even kalau masak batu n kayu pun aku telan (itu ayat Along).

rindu, gembira, kecewa dan lain-lain.


Tuesday, September 6, 2011

sekolah kampung #2

lebih kurang semalam, hari ni pun bangun pukul 7 jugak. tapi masih buleh rileks, sebab sekolah dekat. nak pegi awal2, esok kot.

follow masuk kelas darjah 1. rasa lelah, aku tak mengajar pun. tapi melihatkan bebudak yang berlari sana sini, jadi rimas. agaknya, macam mana la turn aku kena ngajar bebudak darjah 1 nanti.

pergi kelas Pra-Sekolah. dan tak termaktub pun  dalam esaimen yang aku kena pergi masuk kelas tuh. tapi disebabkan perasaan concern, ingin tahu yang menebal dan menziarahi cikgu yang pernah mengajar aku masa darjah 1 dulu, apa lah kiranya sekadar menyinggah. sangatlah colourful kelasnya, well, dah nama pun 'Pra', X mumaiyiz lagi. hehe, dapat la jugak merasa bihun sup free.

balik sekolah agak lewat hari nih berbanding semalam. daa...

Monday, September 5, 2011

sekolah kampung

bangun pagi pukul 7, pegi sekolah pukul 7.20. sekolah dekat, jalan kaki pon boleh sampai, tapi malas punya pasal, naik motor.

di sapa cikgu-cikgu lama, cikgu-cikgu baru pun X kerek, semuanya ramah dan mesra. Guru Besar baru rupanya kat sekolah lama aku nih, "sekali air bah, sekali bumi berubah". in short, ini pentadbiran baru.

rasa malu, janggal dan sangatlah blushing, bila Guru Besar introduce aku dekat cikgu-cikgu lain lepas assembly pagi tadi. dah la aku sorang je buat PBS kat sekolah ni. dulu aku tengok bilik guru tu agak besar, hari nih, ek eleh, gila kecik bilik guru nya. ada la besar kelas kat kampus. takpe, itu bukan aku punya hal.

pegi jenjalan, follow masuk kelas mak angkat aku yang nak bersara dah minggu nih, masuk library (dah ada Astro siol!). dan aku jugak ada follow masuk kelas yang 'terpilih'. ayat first yang aku dapat tangkap, "lu sapa yang guwa nak goyang". dan aku reply dalam hati, "sial la, ppuuuihh!". ni pengaruh tengok KL Gangster banyak sangat la nih budak2 nih..

balik sekolah, aku orang yang ke-2 meninggalkan sekolah, dan orang ke-3 adalah, Guru Besar. haha!

cuti habis

"Ajib : amacam cuti, best?"
"Malik : cuti sudah habis bro...."

demikianlah dialog antara 2 orang sahabat, Ajib dan Malik dalam cerita KL Gangster. esok nak kena pegi SBE, rasa nya dah pernah cerita dulu, ada kat mana, aku dah lupa link tersebut. alah, macam la ade orang baca menda merepek yang aku tulis nih. btw, kepada yang membaca, I LOVE U.

jam kat laptop dalam pukul 12.08 a.m. aku tak tidur lagi, esok nak kena bangun awal, semayang, mandi, pakai baju, breakfast, gerak pegi sekolah. oh ya, baju aku dah iron siap untuk seminggu, so, tak payah nak pikir pasala tu lagi dah.

ok, see ya, babai! nanti aku kasi cerita pengalaman balik sekolah lama. daa...

Sunday, September 4, 2011

raya 2011

masuk bilik air, tetiba dengar orang ketawa. damn! tak jadi nak kencing. keluar, rupanya adik aku tengah layan citer Korea sampai terbahak-bahak.. siol! ok, sedikit gambar raya, seperti yang telah dijanji.

the only adik lelaki n adik bongsu

beriman dan wara' (insyaallah)

happy family?


family sebelah Mama

Tok Wan, Tok, dan cucus

Tuan Abah, Puan Mama

tidakkah sayu mata yang memandang?

model iklan Darlie, mungkin? (senyum X ikhlas)


makan sate di rumah ibu (mak angkat)

alhamdulillah, kenyang sudaaa..

????

bersama Tok sebelah Abah



le Heroes

amik la moto tu...

*kredit kepada tuan punya kamera, Angah. daa..

Friday, September 2, 2011

raya ke tiga

alhamdulillah, selesai sudah majlis rumah terbuka (meraikan pertunangan Along) tengah hari tadi, 3 syawal, bersamaan 1 September 2011. insyaallah, jika dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, di perkenankan jodoh, majlis persandingan akan diadakan pada bulan 6 tahun depan. lebih kurang dalam minggu cuti. secara tak rasminya, aku ingin menyeru kepada kengkawan semua, supaya menyimpan duet mulai sekarang, untuk datang ke kenduri perkahwinan Along aku tahun depan. ini sedikit cebisan gambar.

ini Along

sessi perbincangan

ini mengapakah?

disarungkan cincin

sambil diapit mak mentua dan mama

show off cincin

hantaran daripada pihak lelaki

tugasan wajib, basuh pinggan mangkuk
kalaulah nak diceritakan kesah chenta si Along dengan tunang dia, agak panjang. sebab diorang dah berchenta sejak djaman sekolah menengah lagi. dan umur diorang sekarang ialah 26, so, ada la dalam 10 tahun diorang nih berchenta, betul tak? 

btw, congrats to Along. dan kepada rakan2 yang lain, terutamanya En. S, anda bila lagi??? hehe...

*gambar raya aku x amik lagi daripada Angah, sori Mas..

madah berhelah