Monday, October 22, 2012

Forum IPG Kebangsaan 2012

penantian berterusan. masa terjeda ke setahun lagi. berputih mata, redha, dan terpaksa berpuas hati sekadar menghabiskan perjuangan kali ini di tempat ke-5 daripada 13 pasukan yang bertanding. mungkin rezeki kami pada tahun hadapan untuk menjulang dan membawa pulang Trofi Pertandingan Forum Antara IPG Kebangsaan Piala Y.A.B Menteri Besar Perak..

namun perjuangan kali ini tidak sia-sia. banyak perkara telah di-improvisasi. prestasi tahun ini boleh dibanggakan berbanding tahun lepas. perkara-perkara baru akan diambil iktibar. persediaan pada masa akn datang perlu lebih jitu dan padu.. kemudian barulah boleh ditabalkan sebagai juara.

saingan pada tahun ini lebih sengit. banyak tema-tema baru seperti laman sosial, demonstrasi jalanan telah diusulkan... format pertandingan telah berbeza dan mungkin akan ada perubahan lagi pada tahun hadapan.

terima kasih buat pensyarah-pensyarah pembimbing atas tunjuk ajar dan titipan kata semangat. juga rakan-rakan yang turut memberi sokongan.

tahniah buat rakan-rakan sepasukan. abang Aidil, Kak Razan, Nadhir, Syafiq Samsuddin, dan Nisa..

perjuangan belum berakhir. kejayaan masih menunggu. gagal kali ini tidak bermakna kita tidak boleh maju pada masa hadapan.

sehingga ketemu di pertandingan yang akan datang. InsyaAllah.

sekian...

ridhwan



madah berhelah