Monday, March 17, 2014

Mr. Ramesh is an animal lover

Today, something happened in my garden. Two birds chirping loudly while we were seating under the tree. I did not pay much attention to them.

Suddenly Nurul was screaming and running towards me. She pointed at a rose bush. The bush was moving! We thought it was a snake, so we stayed away.

A few minutes later, we saw Mr. Ramesh come out from the bush. He was holding a nestling in his handkerchief. It must have fallen from its nest.

The adult birds began chirping  even louder now. We were realised that they were worried about their baby. Mr. Ramesh climbed up a ladder and put the nestling into its nest.
Immediately, the two adult birds went back to their nest to comfort their nestling. It was a very touching moment.
Mr. Ramesh and his lovely bird

Monday, October 21, 2013

Friday, May 24, 2013

memori

pengalaman mengajar manusia dan memberi erti hidup. setelah sampai satu ketika, ia menjadi memori.

1. pengalaman pertama praktikal di SK Kota Kuala Muda.. banyak benda nak kena improve lagi. nampak macam senang, tapi tak mudah. mengajar dan mendidik adalah perkara yang berbeda. u want to be a good teacher, or u want to be an awesome Guru? payah dowh!

2. sejak dapat anak sedara, rasa dah sampai masa untuk berubah.

3. cuti. apa pulak pengisian kali ni. memenuhi jemputan kenduri, padahal ikut abah. sorang demi sorang kenalan masa sekolah rendah, PPUM nak naik pelamin. mabruk la ngkorang. nak guwa pegi payah la kot. guwa kawen? pfftttt...memang X la buat masa ni.

4. satu semester lagi sudah berlalu. lagi 3 yang akan mendatang. apa pulak dugaan nanti entahlah.

5. kali pertama pergi membuang undi. undi adalah rahsia. pengalaman yang cooliiauuu!!! 


guwa bukan pengundi hantu


   
5 Tekun
Photo
Aufa Inirah yang semakin tembam

Thursday, January 10, 2013

Panggilan Kemanusiaan

MINGGU KESEDARAN KEMANUSIAAN !

TARIKH : 13 , 14 & 15 Januari 2013
TEMPAT : IPG Kampus Sultan Abdul Halim
AKTIVITI : jualan amal, kutipan derma, ceramah oleh En Abdul Wahab b. Yahya (aktivist Aqsa Syarif) dan pameran kemanusiaan.

---------------------------------------------------------------------------------

Nabi SAW bersabda ;- Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. -HR al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

ayuh, kita kembali menilai iman kita, mambajanya dan memastikan ianya tumbuh mekar dalam jiwa kita seiring dengan cinta dan kepedulian kita terhadap saudara kita nun jauh di sana.

ayuh sahabat, kita support usaha murni ini. moga diberkati-Nya.

insyaAllah :)


link FB

Wednesday, January 2, 2013

2013

2013, cerita baru....

selamat tinggal 2012....

many time wasted doing nothing...

Wednesday, November 7, 2012

sesuatu yang ditunggu.

dupdapdupdapdupdap.

hati berdebar. jantung berdegup selaju Usain Bolt. peluh jantan dan betina menitik-nitik daripada dahi ke tumit kaki. tangan sejuk. jari-jari tangan dan kaki jadi kebas. nervous punya pasal.

akhirnya, saat itupun menjelang. orang yang dirindu tiba dimuka pintu, melangkah kaki diringi zikir dalam hati dan setangkai senyuman dibibir buat yang tercinta. penantian itu satu bebanan. setelah berpurnama berkelana menimba ilmu didada, ketibaan inilah yang sangat dinanti oleh semua.

tak sabar betul nak balik rumah!

YEAHHH! exam pon habis. selesailah sudah semester 4.

happy holidays kawan-kawan.

Monday, October 22, 2012

Forum IPG Kebangsaan 2012

penantian berterusan. masa terjeda ke setahun lagi. berputih mata, redha, dan terpaksa berpuas hati sekadar menghabiskan perjuangan kali ini di tempat ke-5 daripada 13 pasukan yang bertanding. mungkin rezeki kami pada tahun hadapan untuk menjulang dan membawa pulang Trofi Pertandingan Forum Antara IPG Kebangsaan Piala Y.A.B Menteri Besar Perak..

namun perjuangan kali ini tidak sia-sia. banyak perkara telah di-improvisasi. prestasi tahun ini boleh dibanggakan berbanding tahun lepas. perkara-perkara baru akan diambil iktibar. persediaan pada masa akn datang perlu lebih jitu dan padu.. kemudian barulah boleh ditabalkan sebagai juara.

saingan pada tahun ini lebih sengit. banyak tema-tema baru seperti laman sosial, demonstrasi jalanan telah diusulkan... format pertandingan telah berbeza dan mungkin akan ada perubahan lagi pada tahun hadapan.

terima kasih buat pensyarah-pensyarah pembimbing atas tunjuk ajar dan titipan kata semangat. juga rakan-rakan yang turut memberi sokongan.

tahniah buat rakan-rakan sepasukan. abang Aidil, Kak Razan, Nadhir, Syafiq Samsuddin, dan Nisa..

perjuangan belum berakhir. kejayaan masih menunggu. gagal kali ini tidak bermakna kita tidak boleh maju pada masa hadapan.

sehingga ketemu di pertandingan yang akan datang. InsyaAllah.

sekian...

ridhwan



madah berhelah