Friday, July 15, 2011

1. alhamdulillah, baru pulang dari Sg. Karangan, Kulim, Kedah. ada kursus KK sikit. semua berjalan lancar. banyak input baru. maka itu akan guwa jadikan sebagai pedoman dan menjadi insan yang lebih baik.

2. sekali lagi dipanjatkan kesyukuran pada-Nya, selesai sudah pembacaan novel Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid.kesudahan yang tak disangka, namun terdetik perasaan tidak puas hati, seakan masih tertanya, kenapa sehingga begitu sekali terjadi. guwa ingat macam nak buat book review, tapi mungkin tidak kali ini. btw, jika kamu adalah peminat setia Ramlee Awang Murshid, ataupun pernah membaca novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi, maka sudahilah dengan sekuel yang kelima, Sutera Bidadari.

3.tetiba guwa merasakan bahasa yang guwa guna pakai nih lain macam. seperti dipengaruh oleh sesuatu, namun tak bisa diterjemah akal. itu adalah kekhilafan guwa sebagai hamba-Nya.

4. maaf fellas, tiba-tiba guwa ketandusan idea. salam.

Monday, July 11, 2011

pabila abam2 bermain bola jaring

1. pertama kali main netball secara serius. first game kalah, second game menang. agak berbeda antara permainan netball dan basketball. alhamdulillah, players cepat adapt situation. sedikit kelam kabut dan reff pun pening kepala. pengalaman baru. tak sangka, penat jugak main netball.

2. alkisah djaman dahulu kala, mama sama along dan angah antara player netball yang disegani. darah netball itu mengalir dalam vena dan arteri aku (betul ke ape aku sebut nih?). along dan angah masing2 mewakili negeri Perak kalau tak salah. Mama, uhm, hebat jugak beliau.

3. terima kasih tak terhingga kepada gadis-gasdis supporters terutamanya. sanggup turun awal sejak permulaan sampai pengakhiran permainan. cheers all along the games. The coaches, Munir, Teha, Mas, Izat, Sha, dan dah tentu 'Awak' serta ramai lagi coaches. tak tersangka tunjuk ajar daripada coaches sangatlah membantu. love u all so strong.

4. gambaq, itu tanggungjawab Izat, Teha dan Mas untuk meng-upload.

5. ada rezki, sembang lagi. see ya fellas.. salam

Sunday, July 10, 2011

9 Julai 2011, elaun IPG aku masuk.

9 Julai 2011 jugak, ada "perhimpunan mega" kat KL.

kenapa elaun IPG masuk pada 9 Julai? sebab kalau elaun tuh masuk awal, kami2 nih akan punya wang untuk beli tiket untuk ke KL join itu perhimpunan. ini teori guwa.

sebagai seorang insan marhaen yang prihatin pada perkembangan semasa, guwa macam terpanggil untuk berkata-kata. ok, guwa tak punya background yang padu untuk sembang hal politik. guwa tak rajin upload informasi yang ada dalam kepala otak guwa pasal politik. yang guwa dapat tahu hal politik ini semua, melalui blog2 yang guwa baca. honestly, surat khabar memang dah lama gila tak beli. walaupun kat koperasi ada jual Utusan Malaysia ngan Kosmo pada harga student, still guwa tak beli. kalau beli paper pun, guwa belek hal sukan dengan hiburan.

guwa rasa macam tak kena je bila nak sembang pasal hal politik. means to say, what is happening in Malaysia's politic scene. guwa macam terikat. sebagai salah seorang pemegang Biasiswa Kerajaan Malaysia (ini menurut Tn. Pengarah), adakah menjadi 1 dosa besar pabila aku ingin menyuarakan kritikan aku pada pentadbiran kerajaan? adakah guwa bakal di sumbat ke I.S.A kalau cakap banyak hal2 politik gini? adakah guwa akan menjadi ibarat anjing yang menggigit selepas di beri makan? adakah guwa akan dikira sebagai kacang lupakan kulit setelah beratus ribu elaun yang kerajaan bagi yang dah guwa perabis?

guwa dilema. guwa emo. bila orang cerita pasal hal politik yang berlaku kat negara guwa sendiri. apa yang patut guwa buat sebagai seorang student? kompius guwa, kompius. Tuhan jugak tahu, siapa betul dan siapa yang salah. kalau buat baik, Tuhan balas baik. kalau buat jahat, tapi Tuhan tak balas2 jugak, kat akhirat nanti Dia balas. muahahahaha! (yang aku gelak nih apasal? sengal...)

Saturday, July 9, 2011

bangun pagi, tengok rumate, oh, tgh tido.. bagus2..
check HP, Ika hntr msg "elaun da masuk :-) - 8.30 a.m " check jam sekarang pukul 10.45 a.m, gila awal si Ika ni bangun.

mesej2 ngan ika lebih kurang, cicah biskut sama air kopi IndoMix campur ngan susu tepung tambah Oat, pasang lagu pada volume sederhana, mencemarkan udara lebih kurang, g mandi.. sejuk woo mandi pagi2.. even kat rumah mandi tengah hari, kat sini boleh la pulak aku mandi pagi2..

Apik masuk bilik, disusuli Ayep.. macam2 plan ade.. Apix nak bikin moto,  Rahimi nak g Village Mall, Fathu nak follow Ayep ngan Sapik pegi Penang nak beli kasut kat Komtar, dan yang paling di nantikan masing2 ialah KFC (-_-)".

so, ke mana hala tuju guwa lepas nih? tengok ah dulu. tak nak cakap banyak, bukan ada orang nak dengar pun.

Friday, July 8, 2011

credit to cik Ika 4 the broadband.. hehe..

elaun tak masuk lagi fellas.. OMG, makin kurus la aku kalu gini.. please lah, mengapa begini sekali penyeksaannya? letih woo.. tapi alhamdulillah la, boleh nak selang mkn nasik ngan megi... sabo je la..

Thursday, July 7, 2011

1. kertas kerja untuk B.I.G kali ke-2 sudah diluluskan oleh tn.Pengarah IPG.. alhamdulillah.. counting days, arrange untuk makan2, dan boleh kerjakan B.I.G.. hopefully semuanya berjalan lancar.

2. semester yang mencabar kali nih. banyak sungguh group works. banyak benda nak kena present. literasi, numerical, BMK dan lain2. entah sape ahli kumpulan aku pun tak tahu. berterabur semua.

3. bilik masih bersepah. baju2 tak dilipat, langsung. yang mana sempat di-hanger-kan aje. sangatlah tak teratur kehidupan sem nih. nota2 sem lepas berterabur bawah katil. boleh tak aku nak recycle je semua?

4. lepas habis paper semalam, dan sejak sebelum tuh lagi, rasa tak sedap hati. macam tak lama je nak duduk kat sini. kalau itu yang sudah tertulis, apa kan daya.

5. siol. dah setahun lebih 'menduda'. ok fine, hidup single pun not bad. tapi asyik bercinta dengan moto je, mana boleh tahan doe! aku rasa aku menghidap halusinasi. lol. such a loser. cakap dengan bayang2.

6. main hoki utk GERKO. tak semudah yang disangka. ok, nampaknya kena beli stick yang lebih panjang, agak2 ade jual ke untuk yang saiz aku? letih woo nak membongkok. agak2 camne la Sultan Azlan Shah main hoki masa baginda muda remaja dulu? btw i salute baginda. body masih tough. tak macam beberapa rakan sejawat baginda, gemok! (jangan report polis, mampos aku kena tahan I.S.A, tak pun kena buang negeri, diam2 sudaa..)

7. tulis panjang2 nak buat ape, bukannya ada orang bace pon. me loser. syok sendiri ah siol..

Wednesday, July 6, 2011

terlalu banyak untuk di ceritakan...
terlalu semak dalam fikiran..
semakin hari semakin jauh di rasa..
I think about leaving..
jalan ini semakin tak kenampakan hala tujunya..
mungkin aku patut cari jalan lain..

btw, juz finished my repeat paper yesterday, n I NEVER FELT BETTER...

chiow.

madah berhelah