Wednesday, April 25, 2012

cerita lain

hanya 1 saja pilihan yang boleh dibuat. kalau seribu piliahn, hanya 1 saja yang boleh diambil. atas keupayaan diri yang tak segagah mana, akur dengan limitasi diri sendiri.

sesuatu perlu dikorbankan dalam membuat pilihan. antara di sini dan di sana, siapa ang patut diambil. yang di sini adalah sesuatu yang mengikat kaki, tetapi di sana aku belajar untuk berjalan dan mengenal dunia.

dilema. rasa bersalah, jiwa kacau.

kesilapan demi kesilapan dilakukan. secara sengaja dan sengaja. orang yang tak bersalah menjadi mangsa. dan tak belajar daripada apa yang telah dilakukan.

persoalannya, layakkah diri untuk dimaafkan?

Thursday, March 15, 2012

dari rumah kampung #3

1. cuti dah nak habis seminggu, tapi, tak pergi holidays lagi. uhuk2! wait! yang pegi Klang tu kejadahnya? oh, itu majlis pertunangan akak sepupu yang baru posting kat Bangi, dah bekerjaya tetap, punya wang sendiri yakni gaji, stabil ekonomi dan bla..bla,,bla..bla.., jadi, tak masuk dalam list percutian. dem!

2. nak gerak cane, member kampong takde. jadi, duk rumah diam2, ngecat rumah. wahh! asal cuti je ngecat rumah, asal ngecat rumah je cuti. tapi ini mengecat rumah sendiri, feeling dia lain. serius! berbanding ngecat rumah orang hujung tahun lepas, ngecat rumah sendiri adalah lebih terasa berata tulang, yakni rasa malas. buat kerja sorang2, tanpa tembakau yang ibarat 'pain killer' diwaktu keletihan, menjadikan keletihan berganda. tapi, di sebalik itu, hal makan aku takyah kesah sebab tengah hari Ma da masak, duit minyak pun tak keluar, so, tak de hal kat situ.

3. meminjam perenggan daripada blovel Rokok Nan Sebatang oleh Nami, "Kita lahir di dunia ni - bukan kita yang mintak - tapi mak bapak kita yang nak - lepas tu kita nak jadi diri sendiri pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Lepas keluar rumah pergi sekolah dengar cakap cikgu. Lepas tu pergi universiti dengar cakap lecturer. Keluar universiti masuk kerja dengar cakap boss. Pergi masjid dengar cakap pak lebai. Bilanya nak dengar dari diri sendiri?" monolog Wan sambil merenung dari tingkap luar menghisap rokok.

Monday, March 12, 2012

dari rumah kampung #2

mungkin masing-masing punya hal tersendiri, atau berjumpa haluan baru, dan di persimpangan itu kita terpisah jauh. masih banyak untuk diteroka, namun kudrat dan tenaga menjadi pengukur sejauh mana kita boleh melangkah.

1. ahamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan akak sepupu aku. ya, bertunang. so, apa yang aku nak sibuk kalau orang bertunang? bukannya kahwin lagi kan? tapi, dah nama pun buat kenduri, mestilah kita sebagai sedara mara yang boleh kata terdekat, kena turun tangan sama. apa kau ingat King dalam citer KL Gangster je 'turun tangan'?

2. menyiang keladi sampai pukul 2, nasib baik tangan tak de gatal-gatal. mcm orang tetua pernah cakap, 'miang keladi, ke gatal keladi?' tapi sebonar eh, diorang nak cakap yang keladi tuh menggatalkan. 'orang gatal', itu tak de kena mengena dengan keladi, okeh?

3. minggu2 yang super duper sebok berlalu, tapi itu baru fasa pertama. Engrish Campaign, Esaimen, lesson plans, curriculum studies, multiple intelligences, arghhhhhh! ape benda itu semua! entah apa aku baca, entah apa yang aku faham.

4. dimana kita duduk dan berpijak sekarang, adalah kerana Tuhan. itu muktamad. tak ada keraguan. tapi sebagai pemimpin, kalau Tuhan tak gerakkan hati-hati insan untuk meletak seseorang itu untuk menjadi pemimpin mereka, kau rasuah la macam mana apa sekali pun, tak de maknanya. kau mintak dengan Tuhan untuk orang pilih kau jadi 'leader' diorang, itu 'hablumminallah'. tapi, kau jangan lupa pulak 'hablumminannas', dua2 kena balance. come on, kau bukannya tengah duduk dalam hutan dan tersesat sorang2 mcm Robinson Crusoe. so, apa yang ada di sekeliling, kau kena alert. kalau ada orang yang 'naikkan' kau, jgn lupa, lagi ramai orang yang akan cuba 'jatuhkan' kau. macam yin dan yang. ada malaikat, ada jugak setan.

5. selamat bercuti kepada mereka yang bercuti. kepada kaum Hawa yang 'cuti' jugak, jgn tiba2 PMS dekat orang yang tak bersalah, sekian.

Tuesday, February 28, 2012

action song 2012

alhamdulillah,kemenangan masih berpihak kepada kami..kemenangan utk kali ke 2 berturut-turut..


kerjasama adalah kata kunci untuk mencapai apa jua target,tbah lagi bila membabitkan ahli yg ramai..


congrats jugak untuk semua team yang bertanding. even penyertaan tak banyak macam tahun2 lepas,tapo saingan tetap sengit. tiada istilah bias, berat sebelah,or yg berkaitan. it was a fair play. every te had their own strenght. (keputusan hakim adalah muktamad,surat menyurat tak dilayan). next year kita fight lagi,ok :-)


again,to team members, classmates also for supporting this team,we gonna cheer u on choral reading competition pulak,ok?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

dari rumah kampung

1. kelam kabut nak balik kampung, sampai laptop rahimi buleh tertinggal kat pondok pak guard semalam. nasib baik ada, kalau tak, entah la. sori Mi, aku careless.

2. bas Sri Maju dari SP ke Ipoh serius laju! 2 jam setengah je da sampai. selalu 3 jam.

3. Angah amik dari Ipoh. otw nak sampai rumah, ma cakap Tok Teh (tok sedara) tengah nazak.

4. elok sampai rumah, ma baru je gerak ke umah Tok Teh kat Beruas. siap2, makan sesuap dua terus gerak. elok sampai rumah Tok Teh kat Beruas, berlaku miscommunication. rupanya TOk Teh ada kat hospital Manjung, mak Ngah baca mesej X habis. takde sapa la kat rumah.

5. tapi adek beradek Kedah semua turun. sakitnye Tok Teh mula2 kencing manis, kena potong ibu jari kaki sebab taknak kasi merebak. tapi, lepas tuh kena potong kaki. tak lama lepas tuh kena strok. yang baru nih kena strok kali kedua. buah pinggang dah x berfungsi sangat. even doktor pun cakap, bawak balik rumah je.

Tuesday, February 21, 2012

rumah sewa #10

1. hari nih, guwa nyaris2 beli henpon baru. yang boleh sentuh skrin, yang boleh main sweep2, yang ada android, yang.... ah, macam2 lagi. gila tak geram, tengok sorang2 pakai henset cenggitu. nasib betul. bila pikir balik, dah macam jadi hamba kepada sistem kapitalis. aku taknak jadi hamba kepada kapitalis, aku hanya nak beli henpon baru, sebab yang aku ada sekarang nih henpon ihsan daripada mak.

2. syok apa ada henpon yang ada kamera. aku suka gi jenjalan. buleh amik gambor ke apa. nak main MMS, buat hape?! guwa tengah plan 'Kembara ke Pantai Timur'. so guwa prefer henpon yang berkamera. nak kendong DSLR mcm Teha ke hulu ke hilir, guwa rimas. dengan henpon berkamera, mengambil gambar bogel motor, bukan lagi satu masalah.

3. tapi jari jemari aku besar cam gajah, bak kata Cik/Puan Amalini suatu ketika dahulu. so, aku pun dah try sejauh mana kesesuaian jari aku untuk menggunakan henpon sentuh skrin, ada sedikit masalah. memang jari macam gajah. kalau guwa beli Samsung Galaxy Note atau S2, lebih sesuai. tapi bajet guwa mana nak cekau?

4. tapi bila guwa pikir-pikir balik, harga henpon tuh esok2 turun jugak, kan? so, guwa lebih bernafsu untuk bikin motor, buat masa nih. nak bagi laju macam moto GP, gile ape, terbarai cover set. tapi untuk spare part motor harga memang tak goyang, still macam tuh je. moto mau kasi hensem, lepas tuh cari aweks, buleh ajak ride, lepas tuh 'main brek2'. KAHKAHKAHKAHKAH! nafsu kuda punya manusia. KAHKAHKAHKAHKAH!

5. minor sains. yeahahahaha!

Saturday, February 18, 2012

muvie review

sedara sedari sekalian, sudahkah anda semua menonton muvie Real Steel lakonan Hugh Jackman?

Real Steel Film
credit to http://teaser-trailer.com/movie/real-steel/


personally, cerita ni lebih dari sekadar robot main boxing, but beyond than that (mcm ayat Madam Bebe). a relationship between a father n a son, yang perangai memang sebijik macam "bapak borek anak rintik". ending yang break from the cliche. sesuai untuk tontonan semua, untuk tontonan umum, mak, abah, along, akak, abang, adik, pasangan kekasih, pasangan suami isteri, apa semua la. tapi ada part kissing sikit, standed la citer omputih kan? gambar pon cantik, credit to Rahimi. 

errrr, agenda-agenda Iluminati, aku tak pasti, mungkin kena tengok lagi sekali dua, baru buleh detect. well, dakyah Freemason nih kengkadang kita tak sedar. tahu2 dah meresap dalam budaya. kena refer kat ILuvIslam.com, mungkin Mighah, Teha dan Izat buleh tolong? 

btw, its a nice muvie. seriously. kalau tak kerana tengok ramai2 kat rumah nih, memang aku nangis dah bila part seorang ayah mintak maaf sebab 'jual' anak dia kat awal2 cerita. lagi bila sampai final fight, shoot yang direktor amik, memang menyentuh jiwa, padahal robot tengah pukul opponent.

in the end, u, should watch this muvie.

madah berhelah