Showing posts with label cepat la siap esaimen. Show all posts
Showing posts with label cepat la siap esaimen. Show all posts

Monday, August 22, 2011

cerita puasa #10

cerita pasal kawan.

kita dan kawan tak dapat dipisahkan. macam-macam jenis kawan ada atas muka bumi nih. yang jenis tikam belakang, yang jenis supportive, yang caring, kawan yang hensem macam aku, kawan laki, kawan pempuan, dan ramai lagi. even dengan adik-beradik pun ibarat kawan, n mak n ayah.

pepatah ada menyebut, kawan ketawa mudah di cari, kawan menangis entah kat mana. dalam hidup aku, dah macam jenis orang yang aku jumpa. boleh aku kira, semua orang kawan aku. antara kamcing dengan yang tak kamcing je.

dulu, kawan-kawan aku ramai lelaki, ye la, dah nama pun duk sekolah sejenis, tapi aku tak gay, alhamdulillah. hello, apsal stereotaip sangat nih, asal sekolah sejenis je, mesti gay, ape kt sekolah yang campur laki pempuan tuh xde jugak ke masalah suka sama sejenis? (no offense). tapi itu bukan masalahnya sekarang.

yang jadi masalah adalah macam mana kita nak pilih kawan yang betul2 kita boleh buat teman. susah woo. kalau dah sampai ke tempat yang baru, maka nampaknya kita akan dapat kawan baru. mungkin kawan baru nih bagus dan jujur dan jugak best, sama macam kawan yang lama. even kawan yang lama pun akan alami perkara yang sama, jumpa kawan baru. kawan yang baru kita adapt, kawan yang lama kita still in contact, baru ngam! baru la ukhwah fisabilillah itu mantop! tak lupa member.

even, kalau dah clash pun, berkawanlah dengan 'ex-' kita tuh. ya, tak dinafikan, perasaan cemburu, sayang, rindu, cinta tuh masih ada, terutamanya bila dia dah jumpa orang lain, dan kita masih mengharap kat dia, tapi, come on lar, be profesionale and internasionale, kesah lama tolak tepi kejap, yang penting ukhwah itu perlu di jaga. tak molek la nak bermusuh-musuh. apa barang, macam la Mesia ni besar sangat. (ayat merujuk diri sendiri)

btw, hargailah orang yang disekeliling kita. jangan sembarangan menyakiti hati orang. kalau kita boleh appreciate kawan yang sedia ada nih, tak mustahil dia pun akan appreciate kita jugak. lain orang, lain perangai, lain ragam. kalau kita menyampah dengan orang, tak mustahil, orang pun ada jugak yang menyampah dengan kita. just, jadilah insan yang baik, nanti akan ada orang-orang yang baik akan mendampingi kita, insyaallah.

p/s: kawan biar beribu, bercinta biar setia.




mati itu pasti, hidup, insyaallah (Ramlee Awang Murshid, 2010)

Wednesday, August 17, 2011

cerita puasa #6 bercakap dengan bulan

aku tahu kamu ada di sana,
di satu tempat yang jauh.
aku mahu kamu kembali,
aku mahu kamu kembali.
kawan-kawan ku mengatakan aku gila,
tapi mereka tak tahu mengapa.
kau adalah segalanya,
kau adalah segalanya.
dan pabila bintang di malam hari menyalai bilik ku,
aku duduk sendiri berseorangan,
bercakap dengan bulan,
cuba untuk memanggil mu,
dengan harapan kau di sana, memanggil ku jua,
atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
oh, aku merasa seperti terkenal,
ramai orang mengatakan aku sudah gila,
ya, aku sudah menjadi gila,
tapi mereka tidak mengetahui, apa yang aku tahu,
kerana pabila matahari terbenam,
sesorang bercakap dibelakang,
ya, seseorang bercakap dibelakang,
oh, pabila bintang di malam hari menyalai bilik ku,
aku duduk sendiri berseorangan,
bercakap dengan bulan.
cuba untuk memanggil mu,
dengan harapan kau di sana, memanggil ku jua,

atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
arghhhhh!!!!!!
pernahkah kau terdengar, suaraku yang memanggil?
arghhhhh!!!!!!
kerna setiap malam,
aku bercakap dengan bulan,
masih cuba menghampiri kamu,

atau aku hanya si bebal/bodoh yang duduk berseorangan,
bercakap dengan bulan.
oh,
aku tahu kamu ada di sana,
di satu tempat yang jauh.


 **********
p/s: lagu bercakap dengan bulan, oleh Saudara Bruno Mars.

Tuesday, August 16, 2011

cerita puasa #5

puasa. puasa. puasa.

nak bersajak, tidak.
nak berkhutbah, ke laut.
nak marah, xde mood.
nak merajuk, dengan sapa?
nak menangis, air mata kering sudah.
gembira, sedih, terluka dan kecewa, mungkin.
pening kepala, sakit jiwa, di mana ubatnya?
yang salah tetap salah.
sepandai tupai melompat, tapi dia tersilap berpaut pada dahan yang rapuh, ke tanah jua ia menyembah.
susun ayat bagi kemas, isi mesti padu, alibi menjadi saksi, back-up plan perlu ada.
sudah terhantuk, tak nak tengadah, pandai cover tak pe, macam la orang tak tahu sakitnya kalau kepala terhantuk.
aku sedang membuka aib orang?
naah, tidak sama sekali, membuka aib orang bukan stail aku, mungkin.
perli sape pulak tengah malam begini? pun tidak, banyak benda lain nak di buat.
terlalu semak dalam kepala otak,
terima kasih pen, kertas, korang terbaik.
harapnya aku boleh lelap malam nih.
terima kasih periuk nasik, sebab buat aku tersenyum, tengok nasik masak dengan 'jayanya'.
terima kasih Tuhan, aku masih bernafas ke saat ini.

p/s : i love u

madah berhelah