Showing posts with label strong. Show all posts
Showing posts with label strong. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

camping-mamping

seminggu ber-camping!

4 hari 3 malam di Tapak Pulako maktab. first time dalam hidup, tak tidur dalam khemah waktu malam. dah macam gelandangan, mana jumpa port, kat situ la tempat beradu. khemah hanya tempat menyimpan beg baju dan kasut. nak kata penuh, ada 5 orang je tidur dalam tuh. padahal khemah jenis 10 men tent! besaq tuh. sedang aku yang ketinggian 180cm pun buleh berdiri. perkhemahan Unit Beruniform kali nih, banyak benda buleh improve untuk masa akan datang. mungkin sebab peserta sampai lebih 300 orang, lecturer pembimbing lak just ada dalam tak sampai 10 orang, ada la flaw sana sini. muka jadi gelap, alah, adat berkawad. (macam la puteh sangat). letih pon tak teruk mana. but still, ada banyak benda baru yang telah dipelajari.

3 hari 2 malam di SK Telaga Mas. sekolah kampung baq ang. alhamdulillah, memegang amanat kali ke-2 sebagai pengarah program. yang ini, betul-betul menguji kredibiliti sebagai seorang leader. still, i did my best. not only camping, termasuk jugak dengan program keluarga angkat. alhamdulillah, cooperation yang telah diberi memang terbaik baq ang. bukan setakat jadi anak angkat, yang nak amik jadi menantu pun ade. siapa? opkos la bukan aku.

Sunday, August 12, 2012

puasa tak habis lagi

1. tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan penerjun kolam ( yang aku tak reti eja nama) yang telah memenangi pingat pada temasha Olimpik 2012 (yang juga salah 1 agenda Iluminati Freemason laknatullah) bebaru ini.

2. terasa lain puasa tahun ini. sebab fully berpuasa di perantauan. cian Ma. anak laki yang sorang nih X reti-reti nak balik berpuasa kat rumah. dah tu, malam raya pulak baru nak balik. sapa nak gi amik tengah-tengah malam tuh entah la.

3. baju raya? kasut raya? kuih raya? itu aku tak amik taw. yang penting, semua sudah di uruskan.

4. 
finally, dari sem lepas guwa menunggukan. salah 1 baju raya tahun ini!
IPSAH RHINO! moh..moh..moh (bunyi badak).

5. "hang boleh dah betunang hujung tahun nih" - Nadhir, 2012... pfffttt.. lek lu dow, kasi la aku masa sikit nak cari duwet nak beli cincin belah rotan. ( klu guwa bertunang, lu orang x payah datang pon xpe, sebab kenduri bukannye kat umah aku. kan?) MUAHAHAHAHA!

Friday, May 11, 2012

cerita hujung minggu

alhamdulillah. selesai. lega betul rasa. :)

1. dah tengok cerita Avengers! YEAH! ohsem! walaupun sekadar gambar panggung di Youtube.

2. Along dah selamat diijabkabulkan. syukur. percintaan sejak djaman sekolah, ke jinjang pelamin juga akhirnya. ya,mereka bercinta sejak djaman sekolah. jodoh berpanjangan hingga keakhirnya diharapkan. tapi belum bersanding lagi, nanti dalam 2.6.2012 baru majlis persandingan. maka dengan ini, patik hamba sahaya marhaen, ingin menjemput kalian yang terbaca watikah ini ke Majlis Persandingan akak sulung saya, Shuhaili dengan pasangannya Azmir, bertempat di no.49, Jln Temenggong 6, Felcra Changkat Lada, 36800 Kg. Gajah, Perak.

3. selamat mengalami peperiksaan buat semua teman-teman, yang jauh dan dekat di hati sanubari insan kerdil ini, semoga berjaya! nervous itu perkara biasa, tapi masa yang akan menentukan segala, membunuh atau terbunuh.

4. "dalam hati ada perasaan mahu bercinta, tetapi akal mengatakan bahawa diri belum bersedia, emosi kadang kala datang pasang surutnya, sekejap sedih sekejap tertawa, kaki tak tahu nak melangkah ke mana, ingatlah kita bersama, hanya doa dan taubat yang mampu membasuh luka dan dosa, dan di penghujung hari, serahkan duka dan lara jiwa kepada-Nya"

Tuesday, January 31, 2012

Allah is always there for you.



When you think there is no one to turn to, remember, Allah is always there for you :)


~snis~








madah berhelah