Wednesday, January 2, 2013

2013

2013, cerita baru....

selamat tinggal 2012....

many time wasted doing nothing...

Wednesday, November 7, 2012

sesuatu yang ditunggu.

dupdapdupdapdupdap.

hati berdebar. jantung berdegup selaju Usain Bolt. peluh jantan dan betina menitik-nitik daripada dahi ke tumit kaki. tangan sejuk. jari-jari tangan dan kaki jadi kebas. nervous punya pasal.

akhirnya, saat itupun menjelang. orang yang dirindu tiba dimuka pintu, melangkah kaki diringi zikir dalam hati dan setangkai senyuman dibibir buat yang tercinta. penantian itu satu bebanan. setelah berpurnama berkelana menimba ilmu didada, ketibaan inilah yang sangat dinanti oleh semua.

tak sabar betul nak balik rumah!

YEAHHH! exam pon habis. selesailah sudah semester 4.

happy holidays kawan-kawan.

Monday, October 22, 2012

Forum IPG Kebangsaan 2012

penantian berterusan. masa terjeda ke setahun lagi. berputih mata, redha, dan terpaksa berpuas hati sekadar menghabiskan perjuangan kali ini di tempat ke-5 daripada 13 pasukan yang bertanding. mungkin rezeki kami pada tahun hadapan untuk menjulang dan membawa pulang Trofi Pertandingan Forum Antara IPG Kebangsaan Piala Y.A.B Menteri Besar Perak..

namun perjuangan kali ini tidak sia-sia. banyak perkara telah di-improvisasi. prestasi tahun ini boleh dibanggakan berbanding tahun lepas. perkara-perkara baru akan diambil iktibar. persediaan pada masa akn datang perlu lebih jitu dan padu.. kemudian barulah boleh ditabalkan sebagai juara.

saingan pada tahun ini lebih sengit. banyak tema-tema baru seperti laman sosial, demonstrasi jalanan telah diusulkan... format pertandingan telah berbeza dan mungkin akan ada perubahan lagi pada tahun hadapan.

terima kasih buat pensyarah-pensyarah pembimbing atas tunjuk ajar dan titipan kata semangat. juga rakan-rakan yang turut memberi sokongan.

tahniah buat rakan-rakan sepasukan. abang Aidil, Kak Razan, Nadhir, Syafiq Samsuddin, dan Nisa..

perjuangan belum berakhir. kejayaan masih menunggu. gagal kali ini tidak bermakna kita tidak boleh maju pada masa hadapan.

sehingga ketemu di pertandingan yang akan datang. InsyaAllah.

sekian...

ridhwan



Tuesday, September 18, 2012

camping-mamping

seminggu ber-camping!

4 hari 3 malam di Tapak Pulako maktab. first time dalam hidup, tak tidur dalam khemah waktu malam. dah macam gelandangan, mana jumpa port, kat situ la tempat beradu. khemah hanya tempat menyimpan beg baju dan kasut. nak kata penuh, ada 5 orang je tidur dalam tuh. padahal khemah jenis 10 men tent! besaq tuh. sedang aku yang ketinggian 180cm pun buleh berdiri. perkhemahan Unit Beruniform kali nih, banyak benda buleh improve untuk masa akan datang. mungkin sebab peserta sampai lebih 300 orang, lecturer pembimbing lak just ada dalam tak sampai 10 orang, ada la flaw sana sini. muka jadi gelap, alah, adat berkawad. (macam la puteh sangat). letih pon tak teruk mana. but still, ada banyak benda baru yang telah dipelajari.

3 hari 2 malam di SK Telaga Mas. sekolah kampung baq ang. alhamdulillah, memegang amanat kali ke-2 sebagai pengarah program. yang ini, betul-betul menguji kredibiliti sebagai seorang leader. still, i did my best. not only camping, termasuk jugak dengan program keluarga angkat. alhamdulillah, cooperation yang telah diberi memang terbaik baq ang. bukan setakat jadi anak angkat, yang nak amik jadi menantu pun ade. siapa? opkos la bukan aku.

Thursday, August 16, 2012

rumusan PBS

1. alhamdulillah, mcm Teha jugak, maka aku pon nak la jugak kongsi pengalaman aku kan. apa ada hal. rumusan bermula!

Sem 1 : di Sekolah Kebangsaan Ibrahim. antara sekolah top di Sungai Petani. leceh gak ar. Guru Besar lelaki, garang. ramai jugak kengkawan baru. sekolah semua lelaki. 'baik' la sangat perangai budak2 nih.

Sem 2 : di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2. coming back to school. bring back memories. sayangnya, ramai cikgu-cikug 'legend' dah berpindah ke tempat lain. tinggal yang otai2 je. ramai jugak yang sambung belajar sambil mengajar. buat sorang2, agak bosan jadinye!

Sem 3 : masih di SKCL 2. kali nih dengan member lama, Ijam. dia bawak geng dari IPG Kampus Teknik. ok la, ada geng. relief kelas sama-sama. lepak kat stor pekerja sama-sama. olrait la.

Sem 4 : di SK Tasek Apong. yg ini mencabar. tengah2 bulan puasa lak kena pegi skolah. ada beberapa tempat yang memang aku X pergi. 1, kantin, sebab tutup. 2, bilik guru, sebab pack sangat. 3, padang, gila apa nak lepak padang puasa-puasa nih. tapi, yang best nya, dapat duit raya!

Sem 5 : praktikum la bro.. mana ada PBS dah.

Sunday, August 12, 2012

puasa tak habis lagi

1. tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan penerjun kolam ( yang aku tak reti eja nama) yang telah memenangi pingat pada temasha Olimpik 2012 (yang juga salah 1 agenda Iluminati Freemason laknatullah) bebaru ini.

2. terasa lain puasa tahun ini. sebab fully berpuasa di perantauan. cian Ma. anak laki yang sorang nih X reti-reti nak balik berpuasa kat rumah. dah tu, malam raya pulak baru nak balik. sapa nak gi amik tengah-tengah malam tuh entah la.

3. baju raya? kasut raya? kuih raya? itu aku tak amik taw. yang penting, semua sudah di uruskan.

4. 
finally, dari sem lepas guwa menunggukan. salah 1 baju raya tahun ini!
IPSAH RHINO! moh..moh..moh (bunyi badak).

5. "hang boleh dah betunang hujung tahun nih" - Nadhir, 2012... pfffttt.. lek lu dow, kasi la aku masa sikit nak cari duwet nak beli cincin belah rotan. ( klu guwa bertunang, lu orang x payah datang pon xpe, sebab kenduri bukannye kat umah aku. kan?) MUAHAHAHAHA!

Saturday, August 4, 2012

salam Ramadhan

1. Ramadhan sudah berlalu hampir setengah perjalanan. dan masa terus berdetik, tak berulang walau sesaat pun. * Demi masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian* (surah al-'Asr, ayat 1 & 2). so, jom lah kita merebut ganjaran-ganjaran yang masih di tawarkan. insyaAllah, sempat lagi.

2. salam Ramadhan buat kawan-kawan. selamat meneruskan ibadah puasa. yang meniaga kuih raya, baju raya, langsir raya, tudung raya? x yah promote kat aku kot, duet elaun guwa suda habis.

madah berhelah