Tuesday, January 31, 2012

Allah is always there for you.



When you think there is no one to turn to, remember, Allah is always there for you :)


~snis~








Saturday, January 28, 2012

rumah sewa #5

1. alhamdulillah, selamat sampai ke bumi bertuah Sungai Petani. walaupun hati aku dah patah dan remuk redam kat sini. namun itu pengalaman hidup.

2. terus ke uptown! yeahaha! tapi dah nak dekat pukul 2 pagi, semua orang pun sudah mau balik. tapi aku lapar! pekana nasik lemak sama teh ais, perghhh!

3. terus ke lagi ke Taman Jubli. hakhak! bersama Rahimi. terrrrbaik! dah ada alat senaman secara percuma la weih! tak payah bazir duit nak pergi gym. tapikan, kena pegi tengah2 malam gini baru syok, sebab tak de orang nak peduli. kalau pegi siang2, malu besar la weih! ada ke buaya pegi eksesais kat taman permainan, gila tak macho! mesti takde duit nak pegi gym. elaun tak masuk lagi bro.

4. hari rabu baru nih, melawat adik Ijam yang baru lepas operation sakit apendiks baru nih. alhamdulillah, dah buleh keluar esok. rileks bro, tabahkan hati. semua nih dugaan. dengar citer seminggu tak dapat nak meniaga sebab adik sakit. takpe2, rezki ada Tuhan nak bagi. yang penting kesihatan adik lu sejahtera. adik lu pun dah macam adik guwa sendiri bro.

5. Ma demam mulai semalam. time2 nak balik nih pulak beliau sakit. sila makan ubat. nanti suh Along belanja Mekdi ngan PizaHat, insyaAllah kebah la demam tuh.

6. hari sabtu nih, dan2 Angah ajak gi family day. dah aku balik SP baru nak ajak bercuti. memang saja taknak bawak aku lettew,

7. thanx Mighah, for the link. yerp, i read it, again n again. n made me miserable for a day. not miserable, but touched my heart deeply. satu pukulan padu aku terima. Migah thanx again. 

8. cuti sudah habis bro. habis cuti, azam baru, semangat baru, inspirasi baru, aweks baru?



Wednesday, January 25, 2012

rumah kampung #3

1. cinta datang dan pergi. air laut ada pasang dan surut. hari ada siang dan malam. bulan dan matahari. laptop dan internet. iman bertambah dan berkurang.

2. adik kawan baik aku Ijam, masuk hospital. apendiks. patutnya dah buleh discharge, tapi ada sedikit complication lepas operation. sabar bro, sabar, itu semua dugaan Tuhan kasi. kena redha, kalu tak nanti jatuh hukum tak terima ketentuan Ilahi pulak. bahaya tu bro!

3. rindu cheer. semalam nengok video juniors cheer time last day diorang, teringat balik djaman kena turun cheer dulu. memang sakit ati, sebab kena paksa turun duk atas turf tengah panas, tambah lagi kena turun hari sabtu, nak gi outing kot. pakai baju sekolah lengkap, tolak tie dengan nametag. di-lead oleh abam seniors, tapi itulah yang menyemarakkan perasaan chenta akan sekolah. shiok! kutuk players opponent, dengan carutan lagi, hahaha!

4. bila elaun nak masuk weih? bila? cepat sikit buleh dak?

5. mak kata dia dah carikan calon untuk aku. dan ini adalah serius! yang aku kena buat sekarang adalah mudah. tingkatkan amalan dan cari RM 20,000. mudah kan? ppffttttt!

6.  aku baru nak berkenalan dengan jentera 2 roda berkuasa tinggi yang retro. sapa2 tolong bagi aku RM15,000, sebab aku dah jumpa dengan yang aku idamkan, hanya ongkos yang menjadi halangan.

7. biar susah time belajar, nanti cari kerja yang senang.

8. pesanan daripada abang sepupu, kat Kulim baru-baru nih ada kes India potong orang Melayu. aku bukan nak racist, bukan X 1 Malaysia, tapi ini kenyataan. SP dengan Kulim jauh mana sangat, jap lagi jadi balik tragedi 13 Mei, sapa tahu? so, berhati-hatilah kita.

Saturday, January 21, 2012

rumah kampung #2

1. she's the only cinta hati, yang awal dan selamanya. jatuh bangun aku, dia sentiasa ada. doa sentiasa mengiringi setiap langkah aku. happy besday Ma. hanya KFC dan kek Secret Resepi yang kitorang mampu nak belanja. kasihnya ibu, membawa ke syurga, kasihnya ayah, taksanggup berpisah. selamat ulang tahun yang ke- entah berapa pun aku tak ingat. hahahahaha! love u Ma.



2. pernahkah korang bermain permainan kad UNO? bukan parti politik UMNO. ni dah balik adik-beradik reramai nih, memang syiok jugak layan. sapa kalah kena conteng muka! hahahahaha!



3. ranting-ranting pokok rambutan dah mula mencecah bumbung. kalau dibiarkan, nanti rosak bumbung dan 'benda' tuh masuk dalam rumah melalui ranting yang kat bumbung. so, kita kasi pancung! haha! cerah terus depan rumah. 

4. planning cuti kali nih, macam cuti panjang yang baru ni je. asal malam je lepak kat kedai, asal lepak kat kedai je malam. 




Friday, January 20, 2012

rumah kampung

1. alhamdulillah, selamat sampai. perjalanan dari SP ke Ipoh mengambil masa dalam 3 jam lebih. bas sampai lambat dari Aloq Setaq. ramai jugak bebudak maktab yang se-bas, termasuklah aweks ustazah kelas P.A.

2. hari nih, 20 Januari, besday Ma, sama dengan besday Tiben. happy besday to both of you. love u Ma. Alang tak berduit lagi, so, hadiah kena postpone dulu, ok? aku ingat yang besday Ma adalah pada bulan Februari, sekali dengan besday Angah, Cik Mazlina & Pn.Amalini.  hahaha!

3. Never say gud bye, never say never. see you soon Miss Kim. we can miss u, rite?

4. presentation PSK. credits to Mighah, again, also Kak Wani n Kechik. macam biasa, aku tak menyumbang banyak. insyaallah the upcoming presentation, I'll show my best. saranghae!

5. makan sepuasnya di rumah! akhirnya, setelah puas berlaukkan telur dan ikan bilis, rasanya dapat khasiat yang lebih bila balik rumah. perut membesar, itu seksi!


6. happy holiday fellas! yeahahahaha!

Wednesday, January 18, 2012

rumah sewa #4

1. Mind Your Spelling Competition. credit to Mighah, sebab buat slideshow sampai tidoq pukul 2 pagi. usaha berbaloi! aku tak menolong banyak, tapi banyak yang aku belajaq selepas organize competition nih. also credit to other team members, Sandy n Prasana. terbaik ah korang!

2. tak jadi pergi Uitm untuk tolong kelas latihan silat kat sana. takpa, lepas cuti CNY buleh gi lagi, Insyaallah.

3. missing hometown deadly! i need my mom n i'm serious bout it.

4. presentation Songs n Poetry. credit to Rahimi for the powerpoint slideshow. also Zahara for the activities n Kak Wani for the awesome elaborations. Madam Bebe said that was a good presentation! hehe, me n Rahimi are very proud to hear that. bukan senang nak kena puji, dan tak susah kalau nak kena maki. but, there are rooms for improvement right?

5. aku enjoyed time Gerko unit beruniform. since in the secondary school. ia membuatkan kita lebih berdisiplin. aku X kesah kalau kulit jadi gelap sebab kena kawad. apa ada hal. orang cakap kalau lelaki kulit gelap nih tandanya rajin, ramai orang nak buat menantu. hahahahaha! tapi lagi syiok kalau dapat pegang jawatan yang tinggi. aku gila kuasa. tapi aku tak suka pegang jawatan, besar amanah tuh. dan aweks KRS pun chumel2 belaka, hahahahaha!

6. kawan-kawan, aku ingat nak pinjam duet korang, tak banyak, dalam RM18,000. buleh la weih, nak buat belanja beli motor besar. pls. kite member kan? kan? esok dah kaya aku bayar balik.  takpun korang belikan motor besar tuh as my upcoming birthday gift. nanti aku sayang korang lebih. hehe.

7.  thanx Nadhir, for the broadband. aku pinjam tanpa mintak izin. hahahaha! nanti kita pasang Streamyx 1000000000000Mbps ae.hahahahahaha!


Monday, January 16, 2012

rumah sewa #3

1. aku lapar. badan rasa lenguh-lenguh dan sakit. biasalah, orang gemuk. suruh bersukan tak nak. nak pegi joging bersama tersayang dia dah jadi tunang orang aku malas. merasalah sakit badan.

2. alhamdulillah, Bengkel P&P siri 1 kat Uitm Kedah telah diadakan dengan jayanya. dan aku salah seorang peserta. dah lama tak kembali aktif bersilat, insyaallah yang mana baik kita kekalkan. dan dengan berkat guru, maka disinilah aku berpijak sekarang.

3. oh, kengkawan, aku ada anak angkat dah sekarang. walaupun bukan darah daging sendiri, ye la, aku mana kahwin lagi nak, bertunang pun belum, teeettttt! kahkahkahkah! baiklah, memperkenalkan, Muhammad Akmal.

baby, come to dady. yeahaha!

4. rumah banyak nyamuk. aku rasa nak fogging ikut cara aku, tapi nanti bukan nyamuk je lari, dengan housemates pun entah ke mana. jadi, sembur dengan ridsect je la.

5. dah mula bercucuk tanam kat rumah nih. ada pandan dan serai buat masa nih. pokok cabai dan daun kari akan menyusul kemudian. plan asal adalah untuk menanam padi bagi menjimatkan duit untuk beli beras dan pokok sawit untuk minyak masak. amboih, macam la tanah belakang rumah nih 3 ekar.

6. presentation! aku tengah mencari formula, tips, gaya, cara dan yang seangkatan dengannya bagi menjadi presenter terbaik. cara lama dah tak best. tak sesuai. membosankan dan terlalu cliche. kamon lar, takkan la dah masuk tahun dua ijazah nih aku masih nak duk kat depan baca slide show je? tak macam Dr. Fadzilah Kamsah n Dr. Azizan langsung. tak dapat macam diorang, ala-ala pun buleh la.

7. sehingga lagi akan datang post lain. nak tidoq!



madah berhelah