Showing posts with label bila pulak turn aku gamaknya. Show all posts
Showing posts with label bila pulak turn aku gamaknya. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

holiday yang ...

1. tak seperti cuti semester sebelum nih, cuti sem kali nih terasa begitu lain suasananya.

  • minggu pertama cuti, sebok dengan persiapan majlis walimatulurus Along.
    • sepanjang minggu pertama, tak merasa sangat masakan daripada air tangan Ma, masing-masing sebok, so, dari sarapan ke makan malam, semuanya beli kat kedai.
  • minggu ke dua cuti, sebok mengemas balik rumah, pulangkan balik pinggan mangkuk, periuk belanga, setelkan homestay yang sedara mara lepak time kenduri. berehat sebentar daripada aktiviti-aktiviti berat seperti melepak di kedai Mek, sebab peha melecet, terlebih aktif time kenduri (menandakan yang guwa suda sangat gemok)  
  • minggu ke tiga, sedang memulihkan diri dan berehat secukupnya. semester baru sudah mau start.
    • sempat menghabiskan masa seharian bersama member sekolah rendah, di Teluk Batik. berendam air laut daripada pagi sampai ke petang. hasil yang memuaskan. sunburn, hitam, gelap. baru la puas mandi laut der!
    • dalam tempoh minggu ketiga nih, aku jadi anak tunggal. Along lepak umah mak mentua, Angah lepak rumah sendiri, Acik n Ayang pegi sekolah. so, tinggal la si Alang melangut sorang-sorang kat rumah. takde orang nak ajak gaduh. paling kuat, berebut siaran dengan Ma.
2. aku merasakan pertalian hubungan aku dengan Ma mcm dah tak mcm dulu. guwa berebut remote TV Astro ngan Ma. makan tengah hari kat kedai, sebab Ma puasa sunat. makan malam, cam besa, lepak kedai Mek. time nak pick up aku gerak gi Teluk Batik, 2 ekor mangkuk hayun, Ijam dan Ibe buleh bantai isap rokok dalam kereta. chis! kantoi suda aktiviti kejahatan aku secara tak langsung. arghhhh!  apa aku nak jadi pas nih?

3. gambars sekitar majlis walimatulurus Along dan Abang May
with Ayong n Adek. inai di jari? yes.
apasal guwa jadi terencat, entah.
with Along n Kak Ila. 



4. lu orang, pe cer holiday? guwa dengar Teha jadi orang key-el (KL), Izat bertunang, betul ke cerita yang aku dengar nih?


Sunday, December 4, 2011

ke utara ikut jalan bawah

means, X naik highway. yup, guwa baru sampai, baru udah mandi, semayang, n online.

tak pernah2 lagi aku ke utara ikut jalan bawah, direct dari Perak, terus ke Penang, Kedah. selalu naik highway dari Kuala Kangsar, hari nih naik ke Taiping, lepas tu ke mana menghala aku tak tau. sebab bukan aku yang drive.

standard kalu naik jalan yang biasa lalu, dari rumah, dalam 3jam setengah. hari nih nak ke Alor Setar, jadi 5 jam! 5 jam weih! sebagai penumpang berhemah, guwa mengikut kan je la.

menghala balik, entah macam mana boleh sesat kat Penang. lepas lalu Butterworth, jumpa Butterworth lagi. aih, berapa banyak Butterworth doe?! ni la gara2 tak nak bayar tol punya pasal. ikut jalan bawah,  entah ke mana perginya.

tapi alhamdulillah, semuanya selamat, pergi dan balik.

letih, itu biasa, normal. tapi sebab perjalanan lebih lama daripada biasa, haaa, amik kau. pening, lalok, tingtong, 'petak', mual, apa semua ada.

btw, selamat pengantin baru buat semua yang mendirikan rumah tangga dihujung tahun ini. tahniah, semoga kekal bahagia selamat sejahtera dunia akhirat, ke anak cucu cicit dan seterusnya. bagi yang dah dan nak bertunang, anda telah setapak maju dihadapan berbanding orang2 macam guwa.  InsyaAllah, jodohnya diberkati dan dirahmati, ke jinjang pelamin jua nanti, InsyaAllah. juga kepada yang dah 'berpunya', tak payah tunggu lama2, nanti bil air tertunggak banyak, susah!  dan kepada yang duk membuaya single dan belum berpunya, InsyaAllah, ada jodohnya, tak didunia, ada yang menanti di syurga, InsyaAllah.

credit to Google.

madah berhelah