Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

ke utara ikut jalan bawah

means, X naik highway. yup, guwa baru sampai, baru udah mandi, semayang, n online.

tak pernah2 lagi aku ke utara ikut jalan bawah, direct dari Perak, terus ke Penang, Kedah. selalu naik highway dari Kuala Kangsar, hari nih naik ke Taiping, lepas tu ke mana menghala aku tak tau. sebab bukan aku yang drive.

standard kalu naik jalan yang biasa lalu, dari rumah, dalam 3jam setengah. hari nih nak ke Alor Setar, jadi 5 jam! 5 jam weih! sebagai penumpang berhemah, guwa mengikut kan je la.

menghala balik, entah macam mana boleh sesat kat Penang. lepas lalu Butterworth, jumpa Butterworth lagi. aih, berapa banyak Butterworth doe?! ni la gara2 tak nak bayar tol punya pasal. ikut jalan bawah,  entah ke mana perginya.

tapi alhamdulillah, semuanya selamat, pergi dan balik.

letih, itu biasa, normal. tapi sebab perjalanan lebih lama daripada biasa, haaa, amik kau. pening, lalok, tingtong, 'petak', mual, apa semua ada.

btw, selamat pengantin baru buat semua yang mendirikan rumah tangga dihujung tahun ini. tahniah, semoga kekal bahagia selamat sejahtera dunia akhirat, ke anak cucu cicit dan seterusnya. bagi yang dah dan nak bertunang, anda telah setapak maju dihadapan berbanding orang2 macam guwa.  InsyaAllah, jodohnya diberkati dan dirahmati, ke jinjang pelamin jua nanti, InsyaAllah. juga kepada yang dah 'berpunya', tak payah tunggu lama2, nanti bil air tertunggak banyak, susah!  dan kepada yang duk membuaya single dan belum berpunya, InsyaAllah, ada jodohnya, tak didunia, ada yang menanti di syurga, InsyaAllah.

credit to Google.

Friday, September 2, 2011

raya ke tiga

alhamdulillah, selesai sudah majlis rumah terbuka (meraikan pertunangan Along) tengah hari tadi, 3 syawal, bersamaan 1 September 2011. insyaallah, jika dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, di perkenankan jodoh, majlis persandingan akan diadakan pada bulan 6 tahun depan. lebih kurang dalam minggu cuti. secara tak rasminya, aku ingin menyeru kepada kengkawan semua, supaya menyimpan duet mulai sekarang, untuk datang ke kenduri perkahwinan Along aku tahun depan. ini sedikit cebisan gambar.

ini Along

sessi perbincangan

ini mengapakah?

disarungkan cincin

sambil diapit mak mentua dan mama

show off cincin

hantaran daripada pihak lelaki

tugasan wajib, basuh pinggan mangkuk
kalaulah nak diceritakan kesah chenta si Along dengan tunang dia, agak panjang. sebab diorang dah berchenta sejak djaman sekolah menengah lagi. dan umur diorang sekarang ialah 26, so, ada la dalam 10 tahun diorang nih berchenta, betul tak? 

btw, congrats to Along. dan kepada rakan2 yang lain, terutamanya En. S, anda bila lagi??? hehe...

*gambar raya aku x amik lagi daripada Angah, sori Mas..

madah berhelah