Showing posts with label journey. Show all posts
Showing posts with label journey. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Changkat Lada - Sg. Petani

alhamdulillah. hari ni cuaca memihak kepada aku. semuanya berjalan lancar, cuma ada sekali, hampir kemalangan, ada kereta masuk simpang secara tiba-tiba. berdecit jugak tayar, brake emergency, ade la dalam 4 meter, laju punya pasal, haha!

nasib baik betul, selisih dengan kereta pun da goyang lain macam, ini kan pulak lori dengan bas, boleh pulak bantai main cucuk-cucuk, mentang-mantang la diorang banyak tayar, aku ada 2 je. yang kereta pun lebih kurang sama gak, mentang-mentang 4 wheel, aku yang 4 stroke nih pun nak di nganjingnye, cilake punya perangai.

btw, sampai kat RnR Bukit Merah, sakit perut, tak pe lagi. lepas tuh boleh rasa ngantuk pulak! ok, kasi cuci mata sikit. oh ya, rezki aku, hari nih ramai awek cun yang berkeliatran di sekitar RnR, segar sikit jadinya, haha!  tak pernah dibuatnye bawak moto jadi ngantuk, kalau bawak kereta auto tuh logik jugak. adoi. ni penangan tidur pukul 2.30 pg malam semalam la nih!

ok, tak nak stop lama sangat, nanti jadi lagi penat, so, penuh kan tangki minyak, kasi gerak. fuuuhh, roughly, 5 jam perjalanan dari rumah. kalau tak salah, pukul 9 pagi keluar rumah, tepat jam 2 petang da sampai maktab. eh, standard ah, naik motor 4 stroke, 110 cc, kre orait ah tu. campur stop isi minyak ngan berak pe sume, kre ok la kn? kalau naik kereta steady la 3 jam. tipon Puan Mama, beliau terkejut "aih, laju semacam je," (-_-)" ala ma, standard ah, muda, hehe :)

betul, kalau diikutkan, memang bosan bawak motor lama-lama. bontot kebas, apa hiburan pun takde. yang dengar bunyi hon kereta, bunyi angin, awek cun dan jugak binatang-binatang yang mati kat tengah jalan. haih, da macam-macam gaya aku buat nak bagi hilang bosan. antaranya ;
huish! gila! mana aku reti buat camnih!
nak rasa kena 'cium' ngan lori, try la..

ala superman gitu

alhamdulillah, bersyukur sangat, selamat pergi dan balik. badan lenguh, kepala ting-tong, rasa mual-mual, dah macam jet lag pun ade. tapi takpe, Buaya Darat Never Dies :P

oh, ini bukan lah pesan Puan Mama, harap maklum (-_-)"

Friday, April 29, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada

jarak dalam lebih kurang 277Km, perjalanan mengambil masa dalam 5 jam kalau cuaca cerah termasuk isi minyak.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan petir kilat di tengah hari.

dah selamat sampai rumah. penat, ting-tong, kepala 'weng', pening, sakit-sakit badan, semua ada. bagi mengelakkan di leteri oleh Puan Mama, jangan sebut 1 benda pun perkara tersebut di hadapan beliau. faham! biarlah basah lencun berdarah macam mana sekali pun, jejak kaki je ke rumah dengan moto, senyum la selebar mungkin, hulurkan tangan, cium tangan beliau dan tadah telinga.

"amik, nak sangat balik naik motor. biar basah sampai rumah. seronok sangat la dapat mandi hujan tuh!" leter Puan Mama.

"ala ma, biar la dia, jiwa muda. kena hujan air sikit apa ada hal. janji dah selamat sampai :)" back up oleh Acik.

"tadi berenti isi minyak kat mana? hujan lebat teruk tak? motor camne, ok?" tanya Tuan Abah.

alhamdulillah, selamat sudah sampai rumah. rindu rasa.

ok, few tips for amateur riders like me. if u want to have a long distance journey.


sebelum

  1. rancang perjalanan anda. know your routes. which junction u want to take. which roads had not taken. haha!
  2. pastikan kenderaan (motosikal) dalam keadaan yang baik dan kentar. 
  3. isi minyak bagi penuh. 
  4. prepare duit yang mencukupi dan lebih. standby kalau apa2 nak jadi.
  5. air minum, roti, coklat, untuk bekalan tenaga segera.
  6. sebelum nak gerak keluar, baca doa naik kenderaan. package, mengucap sekali.
semasa
  1. relax, jangan gelabah.
  2. control speed. alert, minyak dalam tank tinggal berapa.
  3. isi minyak full sentiasa. tak rugi. dats y suruh prepare duet lebih. ada paham?
  4. selisih dengan lori treler 20 tayar? hati-hati. jaga jarak. jangan nak main cucuk2 ngan lori tuh. (mengucap banyak2 der)
  5. penat? mengantuk? letih? rilex dulu, klu naik highway, lepak kat R&R, pekena kopi tarik, nasik lemak, rokok setengah kotak, oh ya, jangan lupa semayang.! kalau perlu, mandi kasi segar sikit. itupun kalau.
dah sampai..!! hoyeh!!!
  1. ucaplah alhamdulillah. dah selamat sampai kan
worst case scenario could happen
  • hujan secara mendadak. hati2, jalan licin, kereta+lori bukan nak kira orang dah, main redah je, so, better lepak dulu bawah jambatan kt highway tuh, tak pun kat mana2 hentian or kedai makan. lepak dulu der, bagi reda sikit. ni kalau hujan ribut petir pun nak redah, agak2 la, tak sayang nyawa ke? baik stop mana2 dulu.
  • minyak habis! adoyai. lain kali, spare minyak siap2. bawak dalam 1 botol besar tuh, ape de hal, nak jalan jauh kan.
  • tayar pancit! haa, yang nih tak dapek den nak nolong nye haaa.. macam kes aku, ade pakwe-makwe nih motor diorang tayar pancit. berjalan la si makwe tadi, si pakwe tolak motor. cian pulak aku tengok si awek, aish, kang kalau aku berenti kang, angkut balik hotel pun ok gak! bil air dah lama tertunggak.. hehe..
  • dan banyak lagi perkara yang mungkin berlaku. berdoa la supaya tak de masalah yang kena. penting tuh!
  

madah berhelah