Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

a day that called 'holiday' #2

ok, lupakan terus game final Terengganu vs Kelantan semalam. nak cakap banyak, nanti sia2 aku kena 'bahan' ngan Teha.

olrait, semalam hari siang, aku pergi mandi air terjun kat Ulu Kenas. ini hari, pergi Teluk Intan, hantar Along naik bas balik Johor. oh, beliau mewakili UTHM dlm game netball MASUM. so, kepada Izat dan kengkawan, bleh lar nanti menuntut dengan beliau nanti ok?

oh, berbalik kepada tajuk entri. sebenarnya hari nih, aku bersama Angah dan Acik, selepas kami menghantar Along ke stesen bas, kami movies marathon kat Big Cinemas, Teluk Intan. dan ceritanya adalah...

super duper fun!
ok, sedikit review. sempena father's day, aku suggest korang tengok cerita nih! kelakar, touching, unexpected, dll. go watch by yourself! tak menghampakan walau sesaat! next movie pls!

yang paling di tunggu djaman ini!

komen : sangat jauh best dan exciting dan menyirap darah berbanding cerita Kongsi (yang aku tengok 2 kali). sangat gangster. ada action, agak realistik, tak merugikan sangat la kalau tengok kat panggung. Aaron Aziz a true hero. Adi Putra seksi! Sofi Jikan real punya gangster. Zizan terbaik!!! err, anak Datuk Yusof Haslam? dah kurang la dia punya 'kayu' dlm berlakon. "lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini tempat gua pegang".

pastuh makan, potong rambut (serupa tak potong).

bye fellas! nonton Konsert Final AF.




Saturday, June 11, 2011

a day that called 'holiday'

akhirnya! hari ini hari yang bersejarah! pergi holiday. pictures speak thousands words kn?


melompat lebih tinggi!

apakah?

ikan bakar!


gemoks! adek bradek!

sosej pun ada

patut x aku buang misai?

from left : angah, ayang, ma, along

the 2 brothers!

gambar abah takde! hakhak! ampon bah!

Friday, May 20, 2011

sembang tengah malam

ok, dah lama tak sembang sorang-sorang kat blog, dan Rahimi pun dah bising, apasal aku tak update..

olrait,

memula sekali, bajet aku burst gila babas bulan nih, sangatlah kritrikal dan kejatuhan ekonomi. nasib aku macam baik, Tuhan tak berlaku kejam dengan aku, sebab Dia bagi aku members yang sudi 'memayung' aku dikala kesempitan macam ini. alhamdulillah. oh, diorang 'payung' ape, itu biar aku dan diorang je tau. oh ya, alhamdulillah, tak kebulur, cuma lapar, standed la tuh, ada orang lagi lapar daripada aku, bersyukurlah (-_-)"
oh, terima kasih kepada Saudara Acik dan Saudari Along, kerana dengan bermurah hati dan ringan tangan nya menghulurkan 'advance' kepada saya.. esok lusa Alang kaya, korang order je, Alang bayar, jangan lupa claim. dan kepada saudara 'R' dan 'N', terima kasih atas ke-concern-an dan keprihatinan anda kepada saya. nanti aku kaya, hangpa pun boleh order nak makan apa, bayaq sendiri.. haha! siyes terharu, mana aku pernah jumpa kwan yang concern macam hangpa! tengs bros.... :)

ok, next, cerita exam! ah, tak payah ckp banyak, stadi pun macam entah ape je, mintak jangan kena repeat sudah.

oups, minggu lepas, bajet aku burst jugak sebenarnya. tapi, tengok wayang 2 kali, cerita Kongsi, Shaheizy Sam dia punya hero. tak nak komen banyak, biasa-biasa saja. dan waktu tengah bajet burst dan tak berduet tuh jugak la aku boleh terlepas sampai ke Penang. haih, nak jadi ape nih? bukannya apa, aku juz membawak orang je, nak celebrate besday Cik Ika kesayangan, celebrate awal, so, bawak la jenjalan. plan dan idea asal, Cik Izati, dia punya planning, aku follow ja, drive kan kereta Nadir. lagi 1 kereta Awie punya, boleh la nak main cucuk2, tapi memandangkan yang aku nih men-drive kereta orang, so, nak bawak laju2 pi mana??

seterusnya, minggu depan nak pulang ke kampung halaman. masih tak decide naik bas or motor. naik motor, sudah tentu restu daripada Puan Mama dan Saudari Along. entah-entah kena nganjing lagi macam itu hari. haha. oh, how bout Tuan Abah? adakah beliau merestui?? ah, beliau tak banyak cakap, pandai2 la nak survive. haha, steady la bah..

oh ya, Selamat Hari Guru kepada cikgus yang telah banyak mengajar arti kehidupan. daripada Taski Al- ape entah aku dah lupa, sambung ke S.K Changkat Lada 2, dan juga Sekolah Bintang, semua2 yang menunjukkan jalan kebenaran dan jugak jalan 'setan'. haha!

oh, terlupa, itu hari aku ada try masuk contest, cikgu sekolah aku buat, tak menang, fine, saya budak baru belajar bertatih. (-_-)" dengan penuh harapan nak menang sebab hadiah dalam berbentuk uwang!!!!! takpe2, takmo kawan ngan cikgu dahh!!!!! muahahaha!! (sila abaikan)


sekitar gambar jenjalan minggu lepas. Taman Botani (masuk free), n QB Mall (movies watching).. credit to Teha, Syahira n Syafik 4 their cameras... :)

ah sudah, melepas ke apa..

the heroes of d day!

the heroins. oh, status mereka, tanya empunya diri sendiri, be gentle (ayat Munir)

somewhere around QB Mall

bukan tikets aku

ya, dan ini bukan kereta aku

saudara Awie dan penumpang

Saudara Aku dan ahli kereta

oups, skandal, kah? (hepi besday Cik Ika -kesayangan-)




dah, cukup, aku nak pi clubbing study..

Monday, May 2, 2011

Changkat Lada - Sg. Petani

alhamdulillah. hari ni cuaca memihak kepada aku. semuanya berjalan lancar, cuma ada sekali, hampir kemalangan, ada kereta masuk simpang secara tiba-tiba. berdecit jugak tayar, brake emergency, ade la dalam 4 meter, laju punya pasal, haha!

nasib baik betul, selisih dengan kereta pun da goyang lain macam, ini kan pulak lori dengan bas, boleh pulak bantai main cucuk-cucuk, mentang-mantang la diorang banyak tayar, aku ada 2 je. yang kereta pun lebih kurang sama gak, mentang-mentang 4 wheel, aku yang 4 stroke nih pun nak di nganjingnye, cilake punya perangai.

btw, sampai kat RnR Bukit Merah, sakit perut, tak pe lagi. lepas tuh boleh rasa ngantuk pulak! ok, kasi cuci mata sikit. oh ya, rezki aku, hari nih ramai awek cun yang berkeliatran di sekitar RnR, segar sikit jadinya, haha!  tak pernah dibuatnye bawak moto jadi ngantuk, kalau bawak kereta auto tuh logik jugak. adoi. ni penangan tidur pukul 2.30 pg malam semalam la nih!

ok, tak nak stop lama sangat, nanti jadi lagi penat, so, penuh kan tangki minyak, kasi gerak. fuuuhh, roughly, 5 jam perjalanan dari rumah. kalau tak salah, pukul 9 pagi keluar rumah, tepat jam 2 petang da sampai maktab. eh, standard ah, naik motor 4 stroke, 110 cc, kre orait ah tu. campur stop isi minyak ngan berak pe sume, kre ok la kn? kalau naik kereta steady la 3 jam. tipon Puan Mama, beliau terkejut "aih, laju semacam je," (-_-)" ala ma, standard ah, muda, hehe :)

betul, kalau diikutkan, memang bosan bawak motor lama-lama. bontot kebas, apa hiburan pun takde. yang dengar bunyi hon kereta, bunyi angin, awek cun dan jugak binatang-binatang yang mati kat tengah jalan. haih, da macam-macam gaya aku buat nak bagi hilang bosan. antaranya ;
huish! gila! mana aku reti buat camnih!
nak rasa kena 'cium' ngan lori, try la..

ala superman gitu

alhamdulillah, bersyukur sangat, selamat pergi dan balik. badan lenguh, kepala ting-tong, rasa mual-mual, dah macam jet lag pun ade. tapi takpe, Buaya Darat Never Dies :P

oh, ini bukan lah pesan Puan Mama, harap maklum (-_-)"

Tuesday, April 26, 2011

Lesen oh Lesen


hari ini, pergi teman Rahimi pergi buat latihan kereta. bukan berlatih drift ke apa, belajar memandu, baru amik lesen la senang citer. tak pe Mi, lambat camne pun amik lesen, janji kita gi buat lesen guna duet halal dan tak syubhah, bukan duit hasil rompak ke ape. biar la orang kata amik lesen dah lambat, tapi mung (kamu dalam bahasa Terengganu) kena ingat, ada makcik-makcik yang baru amik lesen macam mung jugak. maknanya, dia lagi lambat nak amik lesen sebab dia lagi tua.hehehe. mungkin makcik tu ada anak perempuan yang comel dan masih single? itu kita tak tau. nanti kita selidik ae.

ok, berbalik kat tempat latihan tadi, u done a nice job bro. haha! dengar cerita kena marah, maki hamun,carut-carut pe suma. haha! tak pe Mi, mung budak baru belajar, dia nak nganjing kat mung je tuh. entah-entah stress kat rumah, dia lepas kan kat mung. haha! release tension la tu. paling tak tahan, macam mana buleh mati kereta kat atas bukit tuh? hadoi! rugi betul aku tak sempat nak rakam! tapi takpe, baru belajar, nervous tu ada lagi. testosterone adrenalin yang mengalir dalam badan tak terkawal tuh. rilex-rilex.

even zaman aku belajar dulu pun, kereta tu mati sekali je kot, sebab minyak habis (alasan tak buleh blah). haha, kena marah dengan instruktor, aku pun pernah kena. ada jugak time  latihan, sembang-sembang hal politik itu dan ini. dah la aku beginner time tuh, tak fokus pada pemanduan, nasib baik tak eksiden!!!! tapi sekarang da terer ckit, buleh la nk drive sambil ushar awek kat sebelah.. haha!


btw, kepada anda-anda yang masih belum mempunyai lesen memandu yang sah, silalah mendaftarkan diri di pusat-pusat latihan memandu yang berhampiran. ingat, lesen memandu tu penting. tak kisah la lesen motor ke kereta ke. jap gi kena tahan dengan polis trafik atau JPJ, jenuh la nak bayar saman sebab tak dak lesen. saman ekor lain cerita. hangpa terer drift macam mana pun, sat gi kot la eksiden mana-mana (bukan nak mintak), dah menyusahkan mak bapak dan semua orang. senang kalau dah ada lesen, hang ni meroyan nak meronggeng ke mana pun, ikut suka hati hang la. yang penting, lesen kena ada, berhati-hati di jalan raya, jangan jadi hantu raya, selamat hari raya. :)

nak amik lesen lori pulak pas nih

Edwin the instructor (manyak langsi maaa)

masih pucat dan letih

mee goreng yang terbaik!

licin, x tinggal seurat mee pun
belajar parking

tengah kena bebel.. hakhakhakhak!!!!!!


gambar hiasan

Saturday, March 19, 2011

kiss the ass!

yeah fellas, aku x berniat nak wat entri yang lucah, namun, inilah dunia, penuh dengan pancaroba dan masalah..

alkisahnya,

aku on the way nak ke rumah pak sedara dekat Sungai Lalang, daripada maktab.. elok dalam 4 kilometer nak sampai gitu, aku kena lalu jalan yang agak berbukit... fuhh.. sedang elok aku dilamun angan-angan, nak meng-ushar awek, iaitu anak pak sedara aku, aku dikejutkan dengan sesuatu... ya, sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila.. sambung balik, aku tengah bawak motor sambil mengelamun tentang ke-cun-an anak pak sedara aku, ada beberapa kereta dari arah depan, nak masuk ke simpang sebelah kanan, tengah beratur mengikut giliran.. tiba-tiba, sebuah kereta Naza Suria telah mencium bontot kereta Perodua Kelisa dihadapan beliau, dalam erti kata lain, melanggar sama ada secara sengaja ataupun tidak, aku x pasti..

ya kawan-kawan, pelanggaran yang berlaku sangat lah kuat dan mengejutkan aku daripada lamunan.. kereta Naza Suria tersebut yang melanggar Perodua Kelisa itu memang padu.. hinggakan 'melompat' dan mencium kereta dihadapannya pula.. fuuhhh!!!! nak di jadikan cerita, sewaktu pelanggaran tersebut, beberapa serpihan bumper kereta kelisa tersebut melayang-layang, tepat melalui depan helmet dan muka aku.. kalau kata aku laju lagi ckit, silap haribulan, serpihan tersebut memang tepat akan kena kat wajah aku yang tak berapa nak kacak nih..

mak aih, depan mata dik.. aku ingat, nak berenti kat tepi, tolong ape yang patut.. tolong angkat kan mangsa ke, tolong tolak kereta tuh ke tepi ke, paling tidak pun, tolong tengokkan nombor, mane la tau, ade rezki aku kn.. hehe...

ok, ckup2 sudah, pengajaran yang hendak di kongsi.. berhati-hatilah kamu di jalan raya.. ingatlah yang tersayang, walaupun 'dia' dirampas orang.. yang sudah tu sudahlah.. (mcm xde kaitan je nih).. btw, pandu cermat, jiwa selamat, jangan mengelamun ketika memandu.. haip!! thanx 4 the support fellas (^_^)

credit to google :)

Monday, March 7, 2011

jalan malam

salam semua..

olraite, mcm besa, tgn aku masih gatal utk menaip, nk buat mcm mana kn..

ak baru blk dr luaq, pi merayap sekitar Sungai Petani.. huuhhh...

mcm nih kesah dya, asal nya petang td, ak kuaq ngan nader, pi tempah name tag kt hasani kedai buku, haha, nk pi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) utk first time, mst maw kemas kn.. weeeee... (^_^)

ok, kebetulan jugak, nk beli tiket bas ngan masukkan dwet kt ika, (beli jersi online), mmbr punya pasal, aku tolong ah kn.. nk dijadikan cerita, ptg td pn hujan lg, adoyai!!!! tp x lebat cm semalam, sekadar di sapa hujan lalu.. smpai ke mlm hujannya.. adoyai lg...

so, memandangkan hujan pn mcm x nk bg chance, aku gerak ah jugak, hujan ayaq ja kn, nk bising2 wt pa..! so, aku gerak ah ngan 'baby biru' (motor lagenda 110ZR).. hehe, elok ja kuaq maktab, x hujan pn!! pelik sungguh bumi SP nih, ciptaan Tuhan, aku redha.. ak gerak pi  maybank kt CS.. yg aku peliknya, elok ja smpai kt dlm 2, org line up pnjang kt mesin cash deposit, kt tmpt org cucuk dwet xdak sorang haram pn!! ak pn rasional, mgkn makcik2 dn pakcik2 nh masukkan dwet utk anak2 depa yg bljq kt IPT mcm ak.. fuuhh.. berkepuk la dwet yg depa pegang.. aku terus tunggu dn akhirnya, setel suda....

ak rasa cm ada x kena, oh, lupa, tiket bas aku da beli sblum smpai maybank td.. nsub bek tiket byk lg.. ikut plan asal, ak ngan 'baby biru' nk blk skali, da lama x blk umah, rndu x rndu jugak la.. then, aku msg rahimi (strong ally aku)

aku : mi, nk kirim apa2 dak?
rahimi : mung ade mane?
aku : CS
rahimi : ok, snack plate KFC 2, air pepsi, xnk sayur, nk kentang ja..
aku : ok, roger that

ppuuiihh!!! (ludah aku dlm hati).. yg sebenaqnya, td sblum aku kluaq, ak da msg dya,

aku : mi, mg nk kirim ape2 x?
rahimi : x mboh ah, ssh kn mung je..
aku : betul jugak 2.. hakhakhak!!!!

ceit, apa punya worang, ckp x maw kirim, KFC punya pasal, laju ja.. hakhak, tp xpa, aku x kesah mana.. mmbr punya hal, aku olrait ja.. (mi, aku ikhlas tlg mmbr2) hakhak!

smpai kt KFC kt CS, aku order ah.. then akak 2 ckp.. " ada la baki2 ayam td lg ckit, klu nk buleh la, ayam x sembelih lagi..."

ceittt!!! korupsi (sumpah aku dlm hati).. xpa la kak, sy cari kt tmpt lain la.. mana buleh mcm 2, mmbr ak da la lapaq, dya buleh nk bagi baki2 ayam ja.. hampeh!! xleh jd.. so, aku gerak pi KFC kt Jam Besaq.. haha. kt cni baguih, sbb dya beroperasi 24 jam, so xdak la korup mcm yg kt CS td... tga order, tiba2, aku terpandang cheesy wedges ngan twisted pocket full ngorat aku... eleh, nk jeling daring kt aku pulak.. tp x buleh, iman aku kuat, even perut pn lapaq, xpa2, next time aku telan hangpa ok!!

dah siap menapau, gerak blk mktb, tp perut lapaq!!! rugi jugak aku x tapau si cheesy wedges ngan twisted pocket full td!! (-_-)" tp xpa, aku singgah kt kdai tepi jln, kt tepi petronas.. haha, pekena bihun goreng sama liamu ais, pergh!!! alhamdulillah.. lega (^_^)

~dear loggers, berjimatlah kamu sebelum bajet burst.. mkn lah dan bersyukurlah dgn nikmat yg kamu rasa.. igt lah yg tersayang, cari lah cinta Illahi (ada kena mengena ka??)..

madah berhelah