Showing posts with label ini kisah aku. Show all posts
Showing posts with label ini kisah aku. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

part time

bukannya apa, duk rumah sesaja kalau cuti lama sangat pun jadi 'cramp' jugak aku. kalau kat maktab, takdak duet, buleh la calling2, mintak dihulur. ater kalu dah duk rumah time cuti, lagi nak mintak duet sesaja? dapat pelempang lagi ada. so, kena la cari kerja part time. cari duet lebih sikit, nak topup, lepak2 minum malam kat kedai Mek Klate, duet rokok, apa ada hal. berdikari sikit demi sikit. merasa betapa susahnya nak dapat kan sesuap nasik RM1. susah woo!

sejak dari kecik lagi, Ma ngan Abah dah latih suruh cari duet, ke kena paksa? lebih kurang la. kalau time skolah rendah, kena ikut gi bendang, tolong angkat baja, tolong angkut racun, masuk sawit, kutip biji buah sawit yang relai (lerai), haa, kira sawit ngan bendang nih, boleh kata sebati la ngan jiwa. tapi bukan sawit ngan bendang sendiri pun, itu harta pusaka Tok aku, MakLong pun ada sawit sikit, buleh la kalau setakat nak kutip biji. ada la hasil sikit.

membawak ke sekolah menengah, pun masih rutin yang sama. cuma kali nih, kerja nya lebih sikit la kan. aterrr awok dah besor, takkan la nak buat kerja2 ringan je kan? asal balik cuti sekolah, X sah la kalau tak masuk bendang, takpun kebun sawit Tok ngan MakLong.

dan ayat yang paling aku rasa cam tak buleh belah, time pepagi lepas subuh, waktu nak masuk tidur balik, Ma akan cakap, "Alang, Abah ajak gi bendang/kutip biji kat kebun MakLong". alah, padahal abah tak cakap pun, Ma yang beria suruh pegi cari duet. kira, lagi better la duk rumah perabis beras je kan?

dan bila dah masuk 'alam lepas remaja' nih pun, masih buat benda yang sama. daripada pokok sawit tuh rendang je, sampai la tinggi melangit, kutip biji sawit jugak aku. ada pokok kecik, aku nak 'chop'/potong sawit, tak dapat derr, sebab aku X reti. tapi Acik terer! haha! tak guna punya Alang. tapi takpa, janji kerja jalan, dapat hasil, mesti la Acik dapat lebih, sebab aku tukang tolak buah keluar je.

tapi apa ada hal. dah nama pun duk kampung. nak kerja dalam air-cond, susah la. ada la sekali, kerja waktu lepas habis SPM, haa, itu memang terbaik. kerja kat tempat timbang lori padi keluar masuk. masuk kerja pukul 9, habis kerja tak menentu. kalau setakat balik pukul 4pagi, itu biasa. makan apa semua orang bagi, rokok boleh paw kat drebar lori. tadahal. sekotak, itu hari2 ada, bukan brand bodo2 seludup, DUNHILL tuh kira standad lar.

kalau masuk bendang, paling koman pun Abah belanja makan kat kedai Mee Siam. boleh tahan padu lar. takpun minum2. paling masyuk buleh dapat duet cash, kena masuk kebun sawit, kutip biji sawit daripada tandan yang jatuh relai tuh, tak pun potong buah sawit. kumpul2, jual kat kilang, dapat la duet terus. tapi tak menentu harga sawit. kena harga sawit murah, sakit la badan. tapi kalau harga sawit tengah naik, memang terrrbaiikk!! syook!! ada sekali harga sawit 1 tan dalam RM800! mahal tuh! kena pulak waktu tengah bulan puasa. sanggup Ma ngan Abah pergi berdua masuk kebun sawit kutip biji. sebab aku ngan Acik takda kat rumah. sampai Ma demam2 lar.

selain kutip dan potong sawit, ada jugak tanam sawit baru. Pak Njang beli tanah, so nak buat tanam sawit. Memang terbaik dia bagi. tanah tak rata, baru lepas tarah, nak tanam anak pokok cara manual habis. korek tanah mesti la guna cangkul n penyodok kan, memang azab dunia doe! dah macam menggali di tanah gersang rasanya. kalau tak salah dalam cuti hujung tahun 2009. haha! betul la tuh. korek tanah 1 hal, nak membawak anak pokok sikit demi sikit lagi 1 hal. kereta sorong takda, memang naya! tanah dalam 2 ekar, dalam seratus lebih kot anak pokok kitorang tanam, aku, Acik, Abah, ngan Ma. pergghh!!! punya penat la hari siang bekerja keras, waktu malam tidur awal. punya la bekerja, sampai nak bermesej dengan yang tersayang pun tak terbalas. mau cik awek tak merajuk. dah la duk jauh, nak online jauh sekali, nak banding dengan sekarang, mesej pun lebih kurang sebab kadang2 aku tertidur tiba2, nak kol apatah lagi. kesian cik awek. tapi takpa, itu cerita penghujung 2009. (macam pernah sebut je ayat ni sebelum nih?)

dan, kepada semua yang bekerja hanya sebagai part-time, teruskan lah kerja anda dengan hati yang murni. tambah lagi kalau yang kerja kampung, yang lebih 'hardcore' daripada aku lalui, tabah lah hati. bak kata pepatah, 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah'. sebutir beras ibarat setitik peluh petani, apakah?

dan ya, badan aku tengah sakit2 sekarang. siang tadi dari jam 9pagi sampai pukul 4petang baru sudah mengutip biji, makan tengah hari pun dalam kebun je, Abah belikan mee goreng sama teh ais. letih woo!

contoh biji sawit yang dikutip, credit gambar  to blog ini.

menge'cop' sawit ada caranya, kalau tak sakit badan, pokok jadi bantut. biji kena kutip, dapat duet lebih. credit gambar to  blog ini
tolak buah sawit. credit gambar to blog ini





Sunday, July 24, 2011

cerita sembang

banyak perkara berlaku kebelakangan ini. terlalu panjang untuk ditaip satu per satu. mungkin akan meleret, tapi, guwa berpegang pada kata-kata "tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca". baiklah,

1. baru pulang ke kampung halaman minggu lepas. ada kenduri kesyukuran sikit, Pak Njang buat sempena masuk rumah baru, alhamdulillah. guwa nak beli rumah tak mampu, tapi guwa sudah memasang citu-cita, insyaallah.

2. pakwe along beli kereta baru, semalam hantar gi stesen bas Manjung pun naik kereta beliau. alhamdulillah, itu rejki beliau, guwa menumpang sahaja. dan guwa pun masih tak berkemampuan nak berkereta sendiri, tapi guwa sudah memasang cita-cita untuk berkereta sendiri, insyaallah.

3. dalam esok lusa ada IU Day (International Day). kejadah ape nye IU Day aku tak pasti. dengar cerita ianya sumthing bout hari persefahaman antara-bangsa. macam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kot. takpe, itu kemudian cerita. dan guwa terlibat untuk persembahan nasyid. fuh, last perform nasyid secara serius adalah djaman guwa form 1 di Sekolah Bintang dahulu. hurmm, memori.

4. beberapa hari nih guwa asyik mendengar lagu nasyid, mungkin kerna bulan Ramadhan bakal tiba, jadi guwa merasakan kurang sesuai kalau guwa masih melayan lagu-lagu 'keras' seperti Radiohead atau Queen, adapun lagu-lagu yang terlalu memuja wanita dan lagha di bulan yang mulia. jadi, antara pililhan lagu nasyid guwa adalah Kasihku Abadi oleh In-Team. ia ada sedikit kena mengena dengan kisah hidup guwa mungkin.

5. ok, cukup kot, nanti taip lagi. also, to her, i would like to wish gud luck and chaiyok banyak-banyak dalam menempuh kehidupan baru, and may Allah blessing u with what you are dreaming and looking for. :) ameen.

Friday, June 24, 2011

kesibukan

alhamdulillah, Semester baru membuka tirai.

sibuk. penat. tak terurus.

banyak benda nak kena setelkan. kelas yang tak tentu hala. ku sangka kelas hingga pukul 1 tengah hari, rupanya ada mass lecture hingga ke petang.

jadi KK (Ketua Kelas) sem nih, macam-macam hal nak kena uruskan. dengan kertas repeat minggu depan, tak tentu lagi mana yang patut di bagi perhatian dulu. kertas kerja B.I.G pun nak kena setel dalam seminggu dua, tapi tempat utk B.I.G pun entah kat mana.

online pun kurang, nak menjengah baca blog kengkawan pun yang mana sempat je.

ok, tulis panjang2 pun bukan ada sapa nak baca, sekian.

Sunday, June 12, 2011

a day that called 'holiday' #2

ok, lupakan terus game final Terengganu vs Kelantan semalam. nak cakap banyak, nanti sia2 aku kena 'bahan' ngan Teha.

olrait, semalam hari siang, aku pergi mandi air terjun kat Ulu Kenas. ini hari, pergi Teluk Intan, hantar Along naik bas balik Johor. oh, beliau mewakili UTHM dlm game netball MASUM. so, kepada Izat dan kengkawan, bleh lar nanti menuntut dengan beliau nanti ok?

oh, berbalik kepada tajuk entri. sebenarnya hari nih, aku bersama Angah dan Acik, selepas kami menghantar Along ke stesen bas, kami movies marathon kat Big Cinemas, Teluk Intan. dan ceritanya adalah...

super duper fun!
ok, sedikit review. sempena father's day, aku suggest korang tengok cerita nih! kelakar, touching, unexpected, dll. go watch by yourself! tak menghampakan walau sesaat! next movie pls!

yang paling di tunggu djaman ini!

komen : sangat jauh best dan exciting dan menyirap darah berbanding cerita Kongsi (yang aku tengok 2 kali). sangat gangster. ada action, agak realistik, tak merugikan sangat la kalau tengok kat panggung. Aaron Aziz a true hero. Adi Putra seksi! Sofi Jikan real punya gangster. Zizan terbaik!!! err, anak Datuk Yusof Haslam? dah kurang la dia punya 'kayu' dlm berlakon. "lu abang long ka, lu ayahanda ka, ini tempat gua pegang".

pastuh makan, potong rambut (serupa tak potong).

bye fellas! nonton Konsert Final AF.




Saturday, June 11, 2011

a day that called 'holiday'

akhirnya! hari ini hari yang bersejarah! pergi holiday. pictures speak thousands words kn?


melompat lebih tinggi!

apakah?

ikan bakar!


gemoks! adek bradek!

sosej pun ada

patut x aku buang misai?

from left : angah, ayang, ma, along

the 2 brothers!

gambar abah takde! hakhak! ampon bah!

Thursday, June 9, 2011

letih

apa cerita nih? ok, mintak jangan kena repeat ramai2.. amin...

dah sehari dua tak sembang-sembang, sapa rindu, sila angkat jari tengah ke arah skrin laptop. kahkahkah! takda hal la.

sibuk kot. ada la buat kerja sikit, nak cari duet rokok belanja balik maktab nanti. elaun pun tak dengar perkhabaran langsung. so, kena la cari duet dengan kudrat sendiri.

bebaru nih, aku gi kerja kemas barang dekat kedai koperasi. tapi bukan macam koperasi sekolah or maktab tuh, kecik sangat. ni aku pergi koperasi felda ngan felcra. dalam area perak nih je. semalam pukul 2.30 pagi baru sampai rumah. semalamnya pergi 'cop' buah sawit. semalamnya lagi pergi kemas barang kat koperasi felda, sampai rumah pukul 1 pagi. dapat la upah sikit. nak belanja awek korang makan, bajet burst. sori la weih.

hari nih, tolong mama ubah pokok orkid. orkid apa entah. tapi disebabkan aku punya 'fly' yang semalam tak habis lagi, so tak tolong banyak mana. sebab Acik ada. aku kalau buat kerja sungguh2, senyap. kalau tak bersungguh, mulut pun 'pok-pek-pok-pek'. muahaha! patutnya petang nih ke sawit lagi, kutip biji. penat yang semalam punya pasal, tidor dari zohor ke asar. pening kepala.

take care fellas, aku rindu sama korang.

credit to BlogSerius. wallpaper laptop aku.

Saturday, June 4, 2011

sembang hari Sabtu

alhamdulillah..

aku takde masa nak buat kek macam IzatTeha, or Mas.. tapi, apalah agaknya perkhabaran IkaAna, n Munir buat time cuti-cuti nih.. mungkin amik kursus memasak jugak kot. ah, biasa la orang perempuan, time cuti-cuti nih la nak menunjukkan bakat dan kat blog, yang masing-masing dah boleh memasak. ok, kalau terasa amik la.. muahaha! itu tandanya 'seru' dah nak sampai lah tu.

aku, duduk lepak kat umah, menghabiskan beras. memasak? nope. buat kek? nope jugak. tapi, akulah tukang rasa yang paling arif. haa, hidang la ape pun, semua jadi sedap. even sampai satu masa ma cakap " alang nih, kalau ma masak batu ngan kayu pun di telannya ". (-_-)"

ok, cukup bab makan. tetiba aku pulak yang lapar. aktiviti aku beberapa hari nih, ulang alik masuk kebun sawit. pergi meracun, 'cop' buah sawit, dan semua yang berkaitan. bukannya kebun abah, tapi mak sedara punya kebun. penat, standed la tuh. duk ngadap fesbuk lama-lama pun boleh jadi penat. upah? apa la yang nak dikirakan, kalau ada tuh ada la.

ini part aku, kena tolak keluar buah. (google image)

oh ya, cerita pasal sawit. dulu, djaman aku masih 'hangat' bercinta dengan 'dia', kami pernah ada konflik, sawit punya pasal. ye la, masing-masing dok jejauh di mata, dekat dihati,  maka di takdirkan aku terpaksa membantu abah di kebun sawit Pak Njang, nolong tanam sawit. ada la nak dekat seminggu. tanah Pak Njang bukannya jenis yang 'cantik', tapi tanah hutan. mak aih, dengan semak samun nya, di gagahkan jugak la mengangkut anak sawit, korek lubang, tanam dan kambus anak sawit tuh. dah lupa bilangannya, tapi penat nya, setengah nyawa jugak la hilang rasa. oleh kerana seharian aku di kebun sawit Pak Njang, maka terabailah sudah 'sayang' yang sorang nih. kesian beliau. dah la aku keluar awal pagi, tak nyempat nak 'flying kiss', balik rumah hari dah senja. penat pulak tuh. malam pulak tertidur awal. adui la sayang, maafkan abang ae. hasilnya? ada la dapat upah sikit. balik maktab, boleh la nak buat belanja kenduri si 'dia'.

ok, cukup, itu kisah lama. so, kepada 'bakal' awek saya di masa depan, harap maklum lah ye kalau saya ada kat rumah. nak online 24jam susah sikit. kalau tak sibuk, tak de masalah. tapi kalau dah abah ngajak gi kebun sawit, tak pun bendang, almaklumlah, itu kena didahulukan, tapi awak tak saya lupakan. muahaha!

Wednesday, June 1, 2011

cerita dari kampung

salam semua.

nak tulis apa aku tak tau, nak sembang apa aku x dak modal. duet tengah kering, hari nih hujan lak.

oh ya, selamat bercuti teman2 di maktab, selamat masuk sem baru buat teman2 di Uitm, selamat bercuti buat Cikgu Shahnun (sebab beliau je cikgu yang follower), dan siapa jugak yang tersesat membaca kat sini, selamat bercuti masing-masing.. muahaha!

semalam aku ngan Acik gi jenjalan kat Teluk Intan, nak bukak akaun CIMB sebab dia nak sambung belajar kat ILP Ipoh. tapi tak boleh bukak akaun lagi sebab tak cukup umur 18!!! entah ape2.. sape suruh ko lahir lambat??? muahaha!

apa yang aku dah buat dalam beberapa hari cuti nih?

aku tak de masak2 macam Izat ngan Mas. kemas rumah???? adik pempuan kan ade. mandikan kucing?? aku takde bela kucing.

so, ape yang aku buat?

baca blogs siang dan malam, especially blog 'pembuka minda', kontra kerajaan (baca sampai jadi emo!), online, fesbuk sampai nak muntah, download movies dan lagu.

sebenarnya, aku banyak benda nak stori, especially pasal politik dan muzik. tapi di sebabkan aku tak de betul2 punya knowledge dan tak banyak membaca pasal itu suma, so, duk diam2 sudah..

oh, btw, aku sudah mendapat kembali laptop yang lama, yang memang hak milik, yang besar gedabak dan berat dan bateri tak tahan lama. muahaha!

Sunday, May 29, 2011

hepi besday BOS!

bismillahirrahmanirrahim,

entri kedua dari kampong halaman.

tahukah anda, semalam besday 'Big Boss', memperkenalkan.



Tn. MOhd Shokri, Pn. Norlya dan 2 orang anak teruna.

hepi belated besday to abah, ok, nak tulis panjang2 pun bukannye abah baca blog nih kan, muahaha!
tapi takpe, u r the best abah in the world. 
sincerely
alang...











Thursday, May 26, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada #2

alhamdulillah, hari cantik hari nih, cuma awal pagi hujan sikit, mentang-mentang la aku tak basuh motor, tau2 je hujan.

hari nih aku gerak balik ngan 'Wan' yg lagi sorang, dia turun Ipoh, aku turun highway KK. berenti makan2 sikit kat RnR Bukit Merah. nasik lemak dia bes woo! tak caya g try sendiri.

btw, hari nih punya journey tak hujan, matahari terpacak dari maktab sampai umah. elok je sampai umah, dah masuk Zohor. alhamdulillah. oh ya, tadi sebelum gerak, elok je nak keluar maktab, aku nak tutup 'visor' helmet, entah macam mana boleh patah. nah, amik kau, bawak motor takde 'visor',jalan jauh pulak tuh, habuk masuk mata. huwaarrghhhh! so aku tak layan laju, bawak slow je tadi. maintain 80km/j.

 woih! gila bosan kot tadi. takdak awek cun kat seat belakang, itu 1, entah macam mana boleh tangkap ngantuk daaa... serious, ini memang jarang berlaku. gagahkan jugak la mata.

oh, nak sembang panjang pun tak tau nak merepek apa, n fellas, selamat bercuti. jaga diri masing-masing. panjang umur, jumpa lagi.

Friday, May 20, 2011

sembang tengah malam

ok, dah lama tak sembang sorang-sorang kat blog, dan Rahimi pun dah bising, apasal aku tak update..

olrait,

memula sekali, bajet aku burst gila babas bulan nih, sangatlah kritrikal dan kejatuhan ekonomi. nasib aku macam baik, Tuhan tak berlaku kejam dengan aku, sebab Dia bagi aku members yang sudi 'memayung' aku dikala kesempitan macam ini. alhamdulillah. oh, diorang 'payung' ape, itu biar aku dan diorang je tau. oh ya, alhamdulillah, tak kebulur, cuma lapar, standed la tuh, ada orang lagi lapar daripada aku, bersyukurlah (-_-)"
oh, terima kasih kepada Saudara Acik dan Saudari Along, kerana dengan bermurah hati dan ringan tangan nya menghulurkan 'advance' kepada saya.. esok lusa Alang kaya, korang order je, Alang bayar, jangan lupa claim. dan kepada saudara 'R' dan 'N', terima kasih atas ke-concern-an dan keprihatinan anda kepada saya. nanti aku kaya, hangpa pun boleh order nak makan apa, bayaq sendiri.. haha! siyes terharu, mana aku pernah jumpa kwan yang concern macam hangpa! tengs bros.... :)

ok, next, cerita exam! ah, tak payah ckp banyak, stadi pun macam entah ape je, mintak jangan kena repeat sudah.

oups, minggu lepas, bajet aku burst jugak sebenarnya. tapi, tengok wayang 2 kali, cerita Kongsi, Shaheizy Sam dia punya hero. tak nak komen banyak, biasa-biasa saja. dan waktu tengah bajet burst dan tak berduet tuh jugak la aku boleh terlepas sampai ke Penang. haih, nak jadi ape nih? bukannya apa, aku juz membawak orang je, nak celebrate besday Cik Ika kesayangan, celebrate awal, so, bawak la jenjalan. plan dan idea asal, Cik Izati, dia punya planning, aku follow ja, drive kan kereta Nadir. lagi 1 kereta Awie punya, boleh la nak main cucuk2, tapi memandangkan yang aku nih men-drive kereta orang, so, nak bawak laju2 pi mana??

seterusnya, minggu depan nak pulang ke kampung halaman. masih tak decide naik bas or motor. naik motor, sudah tentu restu daripada Puan Mama dan Saudari Along. entah-entah kena nganjing lagi macam itu hari. haha. oh, how bout Tuan Abah? adakah beliau merestui?? ah, beliau tak banyak cakap, pandai2 la nak survive. haha, steady la bah..

oh ya, Selamat Hari Guru kepada cikgus yang telah banyak mengajar arti kehidupan. daripada Taski Al- ape entah aku dah lupa, sambung ke S.K Changkat Lada 2, dan juga Sekolah Bintang, semua2 yang menunjukkan jalan kebenaran dan jugak jalan 'setan'. haha!

oh, terlupa, itu hari aku ada try masuk contest, cikgu sekolah aku buat, tak menang, fine, saya budak baru belajar bertatih. (-_-)" dengan penuh harapan nak menang sebab hadiah dalam berbentuk uwang!!!!! takpe2, takmo kawan ngan cikgu dahh!!!!! muahahaha!! (sila abaikan)


sekitar gambar jenjalan minggu lepas. Taman Botani (masuk free), n QB Mall (movies watching).. credit to Teha, Syahira n Syafik 4 their cameras... :)

ah sudah, melepas ke apa..

the heroes of d day!

the heroins. oh, status mereka, tanya empunya diri sendiri, be gentle (ayat Munir)

somewhere around QB Mall

bukan tikets aku

ya, dan ini bukan kereta aku

saudara Awie dan penumpang

Saudara Aku dan ahli kereta

oups, skandal, kah? (hepi besday Cik Ika -kesayangan-)




dah, cukup, aku nak pi clubbing study..

Tuesday, May 10, 2011

the dark side revealed.

cerita lama tersingkap ;

kenapa setahun aku duk dalam ke-misery-an, gloomy, sad, alone dalam 'setahun' yang lalu? apsal lama sangat?

entah, tak sangka pun akan ambil masa setahun. diakui, itu zaman kegelapan dan kejatuhan aku. apa la yang syok sangat waktu tuh?

ok, here's the deal.

personally, daripada pengalaman lepas, sewaktu berkapel dulu, itulah moment yang paling indah yang kau pernah ada. "ala, tipu la kalau kau tak pernah berkapel sebelum nih" tanya seorang kawan. ya, aku tak nafikan, memang aku pernah berkapel sebelum dengan 'dia'. dan aku admit, bukan sekali aku pernah berkapel sebelum tuh, malah banyak kali jugak. walaupun dulu sekolah semua lelaki, tapi aku tak berkapel dengan lelaki ok! (-_-)" .

ok, back to ancient time. seriously, aku berkapel waktu djaman sekolah dulu bukannya dengan sorang, tapi pernah dengan 4 orang sekali gus. bukan nak cakap besar, bukan nak gebang, bukan nak bohong, tapi sumpah, aku pernah buat macam tuh dulu. ya, itu dulu. sorang kat perlis, sorang kat perak, sorang kat selangor, lagi sorang kat johor. pergh! macam mana aku buat?

alkisahnya, secara ringkas, perkenalan aku dengan mereka-mereka nih adalah melalui laman sosial Friendster, member aku pass nombor tipon aku kat budak sekolah perempuan (STF), kenalan member aku dan jugak dapat nombor time chat. aku belajar nak men-tackle perempuan nih daripada dorm mates aku, yang terdiri daripada pendebat yang handal dan manis mulut, dasar kaki perempuan, playboy yang tak pernah kantoi aktiviti kasanovanya dan jugak mat jiwang yang setia. haaa, itulah gunanya kawan! aku cedok sikit idea-idea nak mengorat nih daripada diorang la. jauh di dasar hati, aku nih punya pemalu, tak reti nak cakap dengan perempuan sebenarnya. sebagai tambahan, aku rajin jugak baca novel untuk dapatkan ayat-ayat yang bunga. hakhak! tak tipu maaa..

ah, itu dulu, djaman aku baru nak 'up'. walaupun ayat aku agak manis dan kapel sampai 4 sekali gus, tak pernah sekali pun aku keluar gi dating. tengok muka secara live pun tak pernah. sekadar bercinta dalam fon. nak rasa apa? buat-buat care, bagi ayat bunga-bunga, tengok gambar kat Friendster n paling habis pun, bergayut sampai habis kredit. haaa, ada sekali tuh, budak johor tuh hantar surat n gambar, ye la kan, sebab dia takde akaun Friendster, so dia hantar la gambar yang paling comel dan kiut. sekali tengok, fuh, tak boleh tahan. member dorm aku siap nganjing lagi, "ayat manis, muka tak cun, malang gila sial kau!! kite bekor je gambor budak nih, nak?!" hurm, aku pikir pun ade betulnya jugak, so, kitorang bakar gambar budak tuh hari tuh jugak, dan malamnya, aku declare clash dengan budak johor tuh (-_-)" cam cilake je perangai. kan? dia tanya, apa salah dia? aku cakap, aku nak fokus kat study sebab PMR dah dekat. oh ya, waktu tuh aku form 3, so, guna alasan exam la untuk clash. haha!

ok, itu cerita lama, djaman jahiliah aku. back to the top, kenapa setahun aku tak boleh lupakan 'dia'. sebab, perasaan yang wujud sewaktu dengan 'dia', aku tak pernah merasainya sebelum ini. tak pernah ada orang terima aku, semacam 'dia' terima aku, seadanya. dan aku tak pernah mencurah kasih dan jujur dengan orang lain selain 'dia'. perasaan tuh kuat, mungkin jugak sebab jarak antara kami dekat walaupun berlainan negeri kelahiran, itu bukan masalah. sebab aku tak pernah merasai disayangi dan dihargai sebegitu rupa, seriously!
yang sebelum nih, semuanya atas henpon je, apa feel? tak sama doe! getaran jiwa tak sampai dan menusuk waktu tuh, tak macam aku dengan 'dia'. memang tak pernah sebelum nih! dan aku pun tak pernah langsung sesetia ini kecuali dengan 'dia' dan aku pernah cakap, "walaupun awak bukan yang pertama, tapi saya janji, awak adalah yang terakhir," ya, macam ayat dalam novel, tapi ini yang lahir dari dalam hati aku. in short, ini adalah pertama kali aku merasai dan mengerti istilah 'bercinta'. jadi, bila membabitkan tentang jiwa dan perasaan macam ini, bukannya mudah nak hadapi bila aku kecundang kat tengah jalan! bukannya macam lagu Bruno Mars, 'easy come, easy go'. ingat senang-senang je nak cari yang lain. tak semudah itu doe! fine, muka aku muka tak hensem, dalam hati ada taman bunga yang indah.

fine, lu orang mesti nak bombard aku balik dengan menggunakan potongan ayat suci al-quran dan hadis apa bagai kan? tak pun guna ayat "nanti sampai masa, ada la orang nak kat kau tuh". paling jahat, "lu memang loser Wan, mana ada perempuan nak dekat kau, cermin la diri sendiri, jangan nak perasan.". ah, klise.

dah cukup, setahun aku berkabung, kubur cinta yang tak bernisan dan bertanda. thank God, i still have family n friends. tak lupa, thanx untuk 'dia', sebab ajar aku 1 lagi erti hidup, 'don't be loyal n pour too much love on someone, it may hurts u extremely bad someday'. mungkin aku betul dan aku salah. entah, macam tak kool je cakap macam nih, tapi, ini yang duk ada dalam kepala otak aku, so, tolong betulkan balik 'mind-set' aku.

sincerely,
ridhwan...
(the 'Buaya' had died)

Friday, May 6, 2011

replying Munir's

long time ago, in ancient time, u wrote about me, hakhak! thanx, this is my reply, sincerely. :)

firstly, Munir, aku sepatutnya berterima kasih banyak2 kat kau, (ini ikhlas, tak tipu). sebab pada hemat aku, kau macam seorang musuh yang mendedahkan kelemahan aku. ya, kelemahan, bukan kemaluan ok!!! (=_=)"
seriously, ayat kau memang pedih dan menusuk "it's unfair to know the fact that u still can't get over the old memories when she's mending her new life,happily." 


ok, aku terima apa yang kau katakan, dan ya, it tooks me a year to get rid from 'it'. alamak, cerita lama macam nak berulang kembali nih. tapi takpe, itu sudah berlalu. 


btw Munir, aku dah tak merasai sangat perasaan setahun yang lalu itu. untuk makluman kau dan yang lain-lain, alhamdulillah, aku semakin menyembuhi dan terubat daripada luka semalam. ya, mungkin dapat dilihat melalui sifat 'ke-buaya-an' aku sekarang, mungkin daripada dulu lagi (-_-)", pada aku Munir, inilah ubat yang terbaik buat masa nih. well, u might bombard me back with, 'carilah ketenangan dari Tuhan, mintalah keampunan daripada-Nya n blablablabla blacksheep n so on'. kn? takpe2, yang itu pun aku buat jugak, tak tipu.


aku rasa, aku bahagia macam nih. menjadi seorang 'buaya'. flirting around, mencuba untuk men-tackle gadis seramai mungkin, calling some my classmates by using 'baby', 'darling' n 'sayang',  i like it n they seems Ok with it, hehehe (gelak Buaya). aku buat ini semua bukan sebab nak puaskan nafsu serakah aku, tidak sama sekali! tapi, sekadar aku cuba mengubat kelukaan yang lama itu. dan aku bukan nak pentingkan diri gunakan mereka, gadis-gadis yang aku panggil 'baby', 'darling' n 'sayang' sebagai mainan aku semata-mata, tidak! itu bukan niat aku. dan mereka sendiri pun sudah punya pilihan hati masing-masing dan aku tak terniat pun nak rampas awek orang tuh. tidak! sekadar memeriahkan kelas dan mengubat hati, macam yang aku cakapkan tadi. ok, tipu la kalau aku takde perasaan langsung kat diorang, tapi, we're professional kan? panggil la nama apa sekali pun, tapi hubungannya masih sekadar classmates semata-mata. oh, macam da menyimpang jauh nih!

aku nak tanya kat korang, salah ke aku jadi 'se-buaya' begini selepas 'setahun' itu berlalu. n i'm trying to mend my new life too, happily. thanx :)



sincerely,
Alang Ridhwan...
(Buaya Darat Never Dies Inc.)

Tuesday, May 3, 2011

tekanan

ok, credit to Teha sebab kasi idea nak menaip hari nih.


kepada ridhwan,

tekanan. stress. pressure. hard to breath. tired. lame. sorrow. nervous. dizzy. vomit.

exam dah dekat. pengalaman lepas kadang-kadang dilupakan begitu je. dah banyak kali, jangan buat kerja last-last minute, haa, buat lagi benda yang sama. apa nak jadi nih? takkan la setiap kali nak ada orang bagi 'wake u call' ? come on la ridhwan. dah la tak hensem, ada hati nak kat orang, belajar pun lebih kurang je, macam mana nak jadi doktor bila dah keluar maktab nih? hadoyai. mama selalu pesan, 'don't break my heart'. ya, mama pun da start cakap omputih. haduih!

nak jadi apa nih?

yang ikhlas
alang...
(Buaya Darat Inc.)

Monday, May 2, 2011

Changkat Lada - Sg. Petani

alhamdulillah. hari ni cuaca memihak kepada aku. semuanya berjalan lancar, cuma ada sekali, hampir kemalangan, ada kereta masuk simpang secara tiba-tiba. berdecit jugak tayar, brake emergency, ade la dalam 4 meter, laju punya pasal, haha!

nasib baik betul, selisih dengan kereta pun da goyang lain macam, ini kan pulak lori dengan bas, boleh pulak bantai main cucuk-cucuk, mentang-mantang la diorang banyak tayar, aku ada 2 je. yang kereta pun lebih kurang sama gak, mentang-mentang 4 wheel, aku yang 4 stroke nih pun nak di nganjingnye, cilake punya perangai.

btw, sampai kat RnR Bukit Merah, sakit perut, tak pe lagi. lepas tuh boleh rasa ngantuk pulak! ok, kasi cuci mata sikit. oh ya, rezki aku, hari nih ramai awek cun yang berkeliatran di sekitar RnR, segar sikit jadinya, haha!  tak pernah dibuatnye bawak moto jadi ngantuk, kalau bawak kereta auto tuh logik jugak. adoi. ni penangan tidur pukul 2.30 pg malam semalam la nih!

ok, tak nak stop lama sangat, nanti jadi lagi penat, so, penuh kan tangki minyak, kasi gerak. fuuuhh, roughly, 5 jam perjalanan dari rumah. kalau tak salah, pukul 9 pagi keluar rumah, tepat jam 2 petang da sampai maktab. eh, standard ah, naik motor 4 stroke, 110 cc, kre orait ah tu. campur stop isi minyak ngan berak pe sume, kre ok la kn? kalau naik kereta steady la 3 jam. tipon Puan Mama, beliau terkejut "aih, laju semacam je," (-_-)" ala ma, standard ah, muda, hehe :)

betul, kalau diikutkan, memang bosan bawak motor lama-lama. bontot kebas, apa hiburan pun takde. yang dengar bunyi hon kereta, bunyi angin, awek cun dan jugak binatang-binatang yang mati kat tengah jalan. haih, da macam-macam gaya aku buat nak bagi hilang bosan. antaranya ;
huish! gila! mana aku reti buat camnih!
nak rasa kena 'cium' ngan lori, try la..

ala superman gitu

alhamdulillah, bersyukur sangat, selamat pergi dan balik. badan lenguh, kepala ting-tong, rasa mual-mual, dah macam jet lag pun ade. tapi takpe, Buaya Darat Never Dies :P

oh, ini bukan lah pesan Puan Mama, harap maklum (-_-)"

Friday, April 29, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada

jarak dalam lebih kurang 277Km, perjalanan mengambil masa dalam 5 jam kalau cuaca cerah termasuk isi minyak.

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan petir kilat di tengah hari.

dah selamat sampai rumah. penat, ting-tong, kepala 'weng', pening, sakit-sakit badan, semua ada. bagi mengelakkan di leteri oleh Puan Mama, jangan sebut 1 benda pun perkara tersebut di hadapan beliau. faham! biarlah basah lencun berdarah macam mana sekali pun, jejak kaki je ke rumah dengan moto, senyum la selebar mungkin, hulurkan tangan, cium tangan beliau dan tadah telinga.

"amik, nak sangat balik naik motor. biar basah sampai rumah. seronok sangat la dapat mandi hujan tuh!" leter Puan Mama.

"ala ma, biar la dia, jiwa muda. kena hujan air sikit apa ada hal. janji dah selamat sampai :)" back up oleh Acik.

"tadi berenti isi minyak kat mana? hujan lebat teruk tak? motor camne, ok?" tanya Tuan Abah.

alhamdulillah, selamat sudah sampai rumah. rindu rasa.

ok, few tips for amateur riders like me. if u want to have a long distance journey.


sebelum

  1. rancang perjalanan anda. know your routes. which junction u want to take. which roads had not taken. haha!
  2. pastikan kenderaan (motosikal) dalam keadaan yang baik dan kentar. 
  3. isi minyak bagi penuh. 
  4. prepare duit yang mencukupi dan lebih. standby kalau apa2 nak jadi.
  5. air minum, roti, coklat, untuk bekalan tenaga segera.
  6. sebelum nak gerak keluar, baca doa naik kenderaan. package, mengucap sekali.
semasa
  1. relax, jangan gelabah.
  2. control speed. alert, minyak dalam tank tinggal berapa.
  3. isi minyak full sentiasa. tak rugi. dats y suruh prepare duet lebih. ada paham?
  4. selisih dengan lori treler 20 tayar? hati-hati. jaga jarak. jangan nak main cucuk2 ngan lori tuh. (mengucap banyak2 der)
  5. penat? mengantuk? letih? rilex dulu, klu naik highway, lepak kat R&R, pekena kopi tarik, nasik lemak, rokok setengah kotak, oh ya, jangan lupa semayang.! kalau perlu, mandi kasi segar sikit. itupun kalau.
dah sampai..!! hoyeh!!!
  1. ucaplah alhamdulillah. dah selamat sampai kan
worst case scenario could happen
  • hujan secara mendadak. hati2, jalan licin, kereta+lori bukan nak kira orang dah, main redah je, so, better lepak dulu bawah jambatan kt highway tuh, tak pun kat mana2 hentian or kedai makan. lepak dulu der, bagi reda sikit. ni kalau hujan ribut petir pun nak redah, agak2 la, tak sayang nyawa ke? baik stop mana2 dulu.
  • minyak habis! adoyai. lain kali, spare minyak siap2. bawak dalam 1 botol besar tuh, ape de hal, nak jalan jauh kan.
  • tayar pancit! haa, yang nih tak dapek den nak nolong nye haaa.. macam kes aku, ade pakwe-makwe nih motor diorang tayar pancit. berjalan la si makwe tadi, si pakwe tolak motor. cian pulak aku tengok si awek, aish, kang kalau aku berenti kang, angkut balik hotel pun ok gak! bil air dah lama tertunggak.. hehe..
  • dan banyak lagi perkara yang mungkin berlaku. berdoa la supaya tak de masalah yang kena. penting tuh!
  

Wednesday, April 20, 2011

meraih undi

bismillahirrahmanirrahim..

pada 24.4.2011, akan berlangsung nya Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

bertanding bagi kerusi opsyen Tesl. insyaallah, saya akan melakukan yang terbaik sekiranya di pilih. terus terang, ini pertama kali saya bertanding dalam pilihanraya. sangat berdebar rasa. bukan bercakap kosong, tak nak sembang kencang, tak nak tabur janji yang manis. cuma, apabila amanah diberi, insyaallah, saya akan melakukan yang terbaik dan seikhlas hati.

ingat, jalankan tanggungjawab anda. undi adalah rahsia, undilah saya.

sekian.
jujur dan ikhlas,
ridhwan..




credit to teha

credit to 'R.B.D'

Monday, March 28, 2011

back to the school #5

alhamdulillah, hari yang terakhir menjelang jua..

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

hari yang terakhir di S.K.I. semuanya berjalan lancar. bagus belaka. cuma pagi tu, aku ngan roommate bangun lewat, menggelabah kejap. tapi kitorang kool saja.

ya, hari terakhir, seriously, baru la dapat rasa perkara yang best kat sini...

contohnya, masuk kelas, suh budak-budak mengeja, buat ayat dan present secara spontan. ok, nampak macam simple, even students kat sini all boys, tapi self confidence and self esteem diorang masih low. ada jugak yang macam menonjol. so, yang tak berapa nak menonjol nih, aku 'test' diorang. suruh nyanyi and bercerita.. tajuk memang spontan, apa yang terlintas dalam kepala otak aku, itu la yang diorang kena cerita. bukan lama mana pun, tak sampai seminit je.. overall, bagus budak-budak nih, cuma kurang diberi peluang untuk bercakap dan tonjolkan bakat. by the way, thanx to Fakhrul, sebab bagi aku idea nak buat benda-benda nih.. macam mana la aku boleh tak terfikir daripada awal nak buat ini semua.. maybe impression aku yang awal2 mengatakan budak-budak nih sangat nakal, so aku macam malas nak tengok apa yang ada dalam diri diorang.. fine, my stupid fault.

lain-lain perkara yang aku rasa best, yeahaha.. ! dah nak hari penghujung nih baru la aku berkesempatan nak berbual ngan budak maktab lain. seriously damn shit. hari-hari yang sebelum nih, kitorang juz buat hal masing-masing, x berapa nak bertegur sapa. maybe sebab kitorang ramai sangat, haih (-_-")

tapi, diorang nih ok sebenarnya, terutamanya yang perempuan la kn, yang laki, toksah kira. dah hari penghujung kan, Syafik suh aku gi edjas budak 'maktab P' nih, sebab dia perasan yang aku dok meng-ushar budak tuh.. haha, cabaran di terima. aku x ngedjas mana la, sebabnya, waktu aku nak pergi approach beliau, baru aku perasan ada cincin la kat jari.. pergh! menusuk.. melepas lagi aku (-_-") . yeah, loser me. tapi, atas dasar member se-SBE, aku x kisah mana.. mungkin xde jodoh antara aku dan beliau.

haha, ok, enough that. alhamdulillah, sepanjang aku gi SBE nih, semuanya berjalan dengan lancar. maklumat sekolah pun da dikumpul, kerjasama dengan Guru Besar pun bagus, cikgu-cikgu kat S.K.I sporting. kalau ada peluang, mungkin aku akan bertandang lagi, mungkin, dengan harapan dapat meng-edjas awek dari maktab lain.. hakhak (sengal).

till we meet again fellas. (teka, yang mana 1 kah 'beliau')

melangkah pergi.


Wednesday, March 23, 2011

back to the school #4

ya, hari keempat..

hari nih, jalan nak ke sekolah jam teruk.. terpaksa menyelit sana sini.. nyaris dilanggar lori.. haih, dugaan demi dugaan.. kurang enak.. hidung rasa macam pili air yang bocor, berair memanjang... macam hari-hari yang sebelum nih, kena relief kelas.. haih..

hari nih, lebih kepada aktiviti 'spelling bee' dan soal jawab.. macam sembang-sembang biasa, tapi berilmiah.. ada la sedikit pengisian, xde la duduk saja2 dalam kelas..

oh ya, semalam aku bawak laptop gi sekolah, lepak2 kat 'markas', internet wi-fi memang antara yang terbaik.. lebih pantas dan tuntas daripada broadband n wi-fi maktab... xdak blocking apa.. nak tengok video kat youtube memang x jadi masalah.. siap boleh download lagi!!! sebab tuh boleh upload gambaq kat blog.. hehe..

so, hari nih pun aku bawak laptop lagi.. tapi, laptop x dak bateri!!!! aku rasa macam dah charge malam tadi..!!! haih, bala.. bala.. ni sume bala... bawak berat saja laptop nye...

hari nih relief 3 kelas... 1 kelas aku, lagi 1 kelas Syafik ngan Fakhrul..

~dear loggers, aku x berapa nak sihat, kepala duk berdenyut, jantung berdegup pantas.. doakan hari terakhir SBE esok, esaimen x siap2 lagi (-_-")

Tuesday, March 22, 2011

back to the school #3

alhamdulillah, 1 hari lagi sudah dilalui di S.K.I

hari ini, x rasa nak emo sangat. mungkin.

semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah. lega. hari ni, aku dan kawan-kawan pegi relief 3 kelas. yaa, 3 kelas. sepatutnya bukan aku, tapi pegi tumpang je. kelas darjah 4,5,6.

macam-macam kerenah n perangai students. biasa la. nakal dan under control. yang buat kerja sekolah, buat2 baca buku, x buat apa-apa, janji X bising. yang rajin tanya soalan pun ada. xpe, malu bertanya, x dapat jawab soalan. tolong sekadar terdaya. bukan penuh ilmu di dada, sekadar membantu sekadar termampu.

oh ya, awal-awal pagi hari nih, ada aktiviti Ko-Kurikulum, untuk persatuan akademik. sempat join English Society. terkilan. sikit sangat Malay students yang join society even Malays are majority in this school. mungkin kerna kurang pendedahan, kesedaran dan keyakinan untuk berbahasa inggeris yang menjadi punca. mungkin. aku difahamkan, students diberi kebebasan untuk pilih nak join mana-mana persatuan. tepuk dada, tanya selera. English Society ada buat aktiviti-aktiviti yang aku kira menarik untuk setiap kali perjumpaan. contohnya tadi, tressure hunt sesama ahli. even x de la sampai kena hunting 1 sekolah, at least, yang organize untuk aktiviti nih adalah students sendiri. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. yang menang, dapat hadiah, guru penasihat bagi. dapat la pen sorang sebatang, kira jadi la kn?? bagi duit buat ape?? pegi habis karaoke kt CS je. lepas nih, akan ada story telling sesama diorang jugak. cerita dan gaya, cari sendiri. macam best! tapi, x berpeluang nak tengok kot, btw, gud luck boys.!

penat. standed la, buat keja apa yang x penat kan.. ehem2.. (-_-")

madah berhelah