Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

oh Syahira....

alhamdulillah, 1 semester sudah berjaya di tempuhi. berjaya kah? result nya nanti harap eloklah.

malas nak cara pasal exam, again, jgn kena repeat udah,, amin ya rabbal a'lamin..

oh ya, seperti yang dijanjikan sama itu Syahira, aku nak tulis sedikit cerita pasal kau. ikhlas daripada Yang Maha Mulia Duli Tuanku Sultan KK Ridhwan yang masih single dan tak 'buaya', beriman lagi bertakwa. muahahaha! suka ati aku la nak puji diri sendiri kan. rasa menyampah, pi main jauh2!

ok fellas, memperkenalkan, Saudari Siti Syahira bt MOhamad Zuki.. hoyeh!! kasi tepuk tangan sikit sama beliau. alhamdulillah, bertambah lagi usia seorang lagi insan yang bakal bergelar cikgu nih!

amacam, comel kan?


baiklah fellas, seperti pada entri2 yang lepas, mesti la aku macam nak kasitau serba sedikit biodata beliau kan. ah, peduli apa klise ke tak.

asal : Pasir Puteh, Kelantan
umur : 20 tahun. (yehahaha, kasi tepuk tangan sikit)
status : ah, tanya yang empunya diri, aku tak campur. be gentle (again, ayat Munir)
kesukaan : apa sahaja berkaitan hiburan daripada Korea, makan2, dan jalan2
penggilan mesra : Sera, Syahira, dll (-_-)"

aku kenal orang ini waktu sem 1 foundation. 1 kelas. jadi PKK (Penolong Ketua Kelas) waktu tuh. haha, kalau tak salah, aku yang lipat kot. sebab waktu madam ape entah tanya sapa KK ngan PKK, PKK tak dilantik secara rasmi. kebetulan waktu tuh dia tengah padam white board, so aku pun sebut la, "yang tengah dok padam whiteboard tuh la PKK", dan secara tak langsung, jadilah PKK untuk sem 1 tuh. muahahaha!!!

ok, kalau perasan kat gambar nih, dia beruniform silat cekak ustaz hanafi. haaa, kepada laki2 yang memasang hajat untuk menggatal dan cuba-cuba mengambil kesempatan dan tak takut nyawa melayang, boleh nak try test si Syahira nih. haa, tapi kalau nak sunting 'bunga' Tn. MOhamad Zuki yang sorang nih, jangan tanya aku. nak suruh aku jadi orang tengah, tak dak masalah. hehe. bak kata pantun aku,

"kecil-kecil cili padi, 
cili padi terasa pedas, 
kalau sudah berkenan di hati, 
masuk meminang lah dengan lekas."

oh ya, dan aku pun tak berapa pasti lagi sure kenapa si Syahira nih selalu di kaitkan sama Rahimi. haha, aku tak nak lipat korang, tapi kalau dah jodoh tuh, tak ke mana jugak kan. muahahahaha!! 

oh, lastly, kepada saudari Syahira, bertambahnya umur bukannya bermakna kita makin muda, tapi makin tua. dah masuk 20 puluh, tak main la belas-belas nih. nak bagi nasihat panjang lebar, aku bukannya bagus pun, kalau nak suruh aku merepek boleh la. btw, beta mewakili seluruh kerajaan P1P (sekarang P2P), mengucapkan hepi belated besday to you. semoga panjang umur, murah rezki, sampai jodoh, jemputlah kami makan nasik air nasik kenduri. smile always, never hide. peace.

Saturday, May 21, 2011

'Ismi Afiqah... anta?

"cik Wan bias!!!! tak nak tulis pasal Ika pun utk besday kita... orang lain buleh lak... takmo kawan ngan cik Wan dah!!!" kata Ika dalam hati..

ah sudah! ada orang mau merajuk sama aku. (-_-)"

oups! don't u cry tonite Ika, bukan Wan x sudi, tengah ngumpul idea sebenarnya.. (ayat nak bela diri)

muahaha.. fellas, memperkenalkan, Saudari Siti Nur Afiqah bt Rousliluddin (^_^)

smile :)

panggilan mesra : ika
kesukaan : KFC, posing depan cameras :p
status : tanya empunya diri, be gentle (ayat Munir)
umur : 20 tahun
asal : Batu Pahat, Johor
kelebihan : senyuman yang manis yang menambat hati

nak tahu lebih lanjut, check kat sini. oohh Ika, ade blog x nak kasi tau haaa.. sampai ati :(

nak cerita panjang, takut banyak auta pulak. tak pasal2 dapat dosa.

ok, Ika, firstly, Hepi Besday yang ke 20!!! ya, ini bukan mainan mahupun mimpi. anda sudah selangkah ke alam dewasa. aiceh. welcome to the club :)

nak story pasal Ika sikit. pertama kali kenal, waktu orientasi, kalau tak salah. dari jauh, nampak macam happy-go-lucky punya orang. senyum, hehe, chumil shangat!!!!! kalau lah kata aku tak pilih 'dia' dahulu, mungkin aku akan pilih Ika. oh, itu cerita lama fellas.

kelasmate sejak semester 1, banyak perkara yang telah difahami dan dipelajari bersama. gadis ini mudah tersenyum, suka berceloteh dalam kelas, berniaga tudung, namun begitu, gadis ini hatinya mudah tersentuh. menangis bukan kerana kalah, menangis bukan kerana lemah, tetapi sekadar menenangkan hati yang gundah. mungkin itulah yang dapat aku describe serba sedikit tentang Ika.

ok, bawak berjalan sudah minggu lepas kan, so, kira hadiah la tu ae Ika, cik Wan tengah bajet burst kaw2 nih..

sehingga ketemu lagi :)

Friday, May 20, 2011

sembang tengah malam

ok, dah lama tak sembang sorang-sorang kat blog, dan Rahimi pun dah bising, apasal aku tak update..

olrait,

memula sekali, bajet aku burst gila babas bulan nih, sangatlah kritrikal dan kejatuhan ekonomi. nasib aku macam baik, Tuhan tak berlaku kejam dengan aku, sebab Dia bagi aku members yang sudi 'memayung' aku dikala kesempitan macam ini. alhamdulillah. oh, diorang 'payung' ape, itu biar aku dan diorang je tau. oh ya, alhamdulillah, tak kebulur, cuma lapar, standed la tuh, ada orang lagi lapar daripada aku, bersyukurlah (-_-)"
oh, terima kasih kepada Saudara Acik dan Saudari Along, kerana dengan bermurah hati dan ringan tangan nya menghulurkan 'advance' kepada saya.. esok lusa Alang kaya, korang order je, Alang bayar, jangan lupa claim. dan kepada saudara 'R' dan 'N', terima kasih atas ke-concern-an dan keprihatinan anda kepada saya. nanti aku kaya, hangpa pun boleh order nak makan apa, bayaq sendiri.. haha! siyes terharu, mana aku pernah jumpa kwan yang concern macam hangpa! tengs bros.... :)

ok, next, cerita exam! ah, tak payah ckp banyak, stadi pun macam entah ape je, mintak jangan kena repeat sudah.

oups, minggu lepas, bajet aku burst jugak sebenarnya. tapi, tengok wayang 2 kali, cerita Kongsi, Shaheizy Sam dia punya hero. tak nak komen banyak, biasa-biasa saja. dan waktu tengah bajet burst dan tak berduet tuh jugak la aku boleh terlepas sampai ke Penang. haih, nak jadi ape nih? bukannya apa, aku juz membawak orang je, nak celebrate besday Cik Ika kesayangan, celebrate awal, so, bawak la jenjalan. plan dan idea asal, Cik Izati, dia punya planning, aku follow ja, drive kan kereta Nadir. lagi 1 kereta Awie punya, boleh la nak main cucuk2, tapi memandangkan yang aku nih men-drive kereta orang, so, nak bawak laju2 pi mana??

seterusnya, minggu depan nak pulang ke kampung halaman. masih tak decide naik bas or motor. naik motor, sudah tentu restu daripada Puan Mama dan Saudari Along. entah-entah kena nganjing lagi macam itu hari. haha. oh, how bout Tuan Abah? adakah beliau merestui?? ah, beliau tak banyak cakap, pandai2 la nak survive. haha, steady la bah..

oh ya, Selamat Hari Guru kepada cikgus yang telah banyak mengajar arti kehidupan. daripada Taski Al- ape entah aku dah lupa, sambung ke S.K Changkat Lada 2, dan juga Sekolah Bintang, semua2 yang menunjukkan jalan kebenaran dan jugak jalan 'setan'. haha!

oh, terlupa, itu hari aku ada try masuk contest, cikgu sekolah aku buat, tak menang, fine, saya budak baru belajar bertatih. (-_-)" dengan penuh harapan nak menang sebab hadiah dalam berbentuk uwang!!!!! takpe2, takmo kawan ngan cikgu dahh!!!!! muahahaha!! (sila abaikan)


sekitar gambar jenjalan minggu lepas. Taman Botani (masuk free), n QB Mall (movies watching).. credit to Teha, Syahira n Syafik 4 their cameras... :)

ah sudah, melepas ke apa..

the heroes of d day!

the heroins. oh, status mereka, tanya empunya diri sendiri, be gentle (ayat Munir)

somewhere around QB Mall

bukan tikets aku

ya, dan ini bukan kereta aku

saudara Awie dan penumpang

Saudara Aku dan ahli kereta

oups, skandal, kah? (hepi besday Cik Ika -kesayangan-)




dah, cukup, aku nak pi clubbing study..

Tuesday, April 26, 2011

Lesen oh Lesen


hari ini, pergi teman Rahimi pergi buat latihan kereta. bukan berlatih drift ke apa, belajar memandu, baru amik lesen la senang citer. tak pe Mi, lambat camne pun amik lesen, janji kita gi buat lesen guna duet halal dan tak syubhah, bukan duit hasil rompak ke ape. biar la orang kata amik lesen dah lambat, tapi mung (kamu dalam bahasa Terengganu) kena ingat, ada makcik-makcik yang baru amik lesen macam mung jugak. maknanya, dia lagi lambat nak amik lesen sebab dia lagi tua.hehehe. mungkin makcik tu ada anak perempuan yang comel dan masih single? itu kita tak tau. nanti kita selidik ae.

ok, berbalik kat tempat latihan tadi, u done a nice job bro. haha! dengar cerita kena marah, maki hamun,carut-carut pe suma. haha! tak pe Mi, mung budak baru belajar, dia nak nganjing kat mung je tuh. entah-entah stress kat rumah, dia lepas kan kat mung. haha! release tension la tu. paling tak tahan, macam mana buleh mati kereta kat atas bukit tuh? hadoi! rugi betul aku tak sempat nak rakam! tapi takpe, baru belajar, nervous tu ada lagi. testosterone adrenalin yang mengalir dalam badan tak terkawal tuh. rilex-rilex.

even zaman aku belajar dulu pun, kereta tu mati sekali je kot, sebab minyak habis (alasan tak buleh blah). haha, kena marah dengan instruktor, aku pun pernah kena. ada jugak time  latihan, sembang-sembang hal politik itu dan ini. dah la aku beginner time tuh, tak fokus pada pemanduan, nasib baik tak eksiden!!!! tapi sekarang da terer ckit, buleh la nk drive sambil ushar awek kat sebelah.. haha!


btw, kepada anda-anda yang masih belum mempunyai lesen memandu yang sah, silalah mendaftarkan diri di pusat-pusat latihan memandu yang berhampiran. ingat, lesen memandu tu penting. tak kisah la lesen motor ke kereta ke. jap gi kena tahan dengan polis trafik atau JPJ, jenuh la nak bayar saman sebab tak dak lesen. saman ekor lain cerita. hangpa terer drift macam mana pun, sat gi kot la eksiden mana-mana (bukan nak mintak), dah menyusahkan mak bapak dan semua orang. senang kalau dah ada lesen, hang ni meroyan nak meronggeng ke mana pun, ikut suka hati hang la. yang penting, lesen kena ada, berhati-hati di jalan raya, jangan jadi hantu raya, selamat hari raya. :)

nak amik lesen lori pulak pas nih

Edwin the instructor (manyak langsi maaa)

masih pucat dan letih

mee goreng yang terbaik!

licin, x tinggal seurat mee pun
belajar parking

tengah kena bebel.. hakhakhakhak!!!!!!


gambar hiasan

Tuesday, April 19, 2011

it's Teha!!


aku pernah bercerita tentang Teha sebelum nih.. ya, Teha.. gadis kelahiran Kelantan, kawan sekelas, dan teman sepermainan, ahaks! ok, i would like to story again, about Teha, 

baiklah, memperkenalkan lagi sekali, Nurul Fatihah Bt Azemi

ini Teha, adik bongsu (bayangan)

ye fellas, ini Teha. sederhana orangnya, sempoi, aku anggap macam adik sendiri. kenapa? haa, aku pun tak pasti, tapi, Teha memang mengingatkan aku kat adik bongsu aku, Nurul Ain bt Mohd Shokri (Ayang).. haha, nama pun nak dekat sama, ada 'Nurul' kat depan.. menarik kan?



ini Ayang, adik bongsu (yang sebenar)

haa, posing bergambar pun nak dekat sama.. ade 'peace' yo! kebetulan kah??? aku pun da start panggil Teha as 'adik bongsu', entah la apsal.. persamaan yang aku perasaan antara 2 orang kat atas nih, ketinggian nak dekat sama kot.  lagi, diorang nih minat baca novel, kan Teha kan???

perbezaan, of course, adik bongsu yang sebenar baru form 4, Teha, dah 20 tahun maaa..Teha minat artis korea, Ayang minat artis Jepun.

ok, back to Teha. peramah orang nye. bagus. selalu kasi semangat dan dorongan untuk aku. x rajin nak nganjing aku, tp aku suka nak pangkah dia.. haha! gurau saja.. jangan amik hati tw! sorry kalau terkasar.

akhir kata, HAPPY 20th BIRTHDAY TEHA!!! may God bless u always.

while i'm writing this entry, i can't stop laugh n cry on the same time. i don't know why. seriously, korang 2 orang nih memang special untuk aku. both of u really touched my heart, cuz i only have a youngest sister, n now i have the other one, even not from the same mom, but Teha really reminds me to Ayang. no bias fellas. 

Monday, April 18, 2011

Amirahs

YEAAAHHHHHHH!!!!! (baca kuat2..)

haha, oh Mighah, sorry, lambat nak sembang pasal hang kat sini.. ok, fellas, memperkenalkan, birthday girl, (dah lambat sangat kot), Amirah... oh ya, ada 2 orang gadis yang bernama 'Amirah' kat dalam kelas aku, so, kongsi 1 entri la korang ae, sorry taw!!!!

ok, introducing, the first Amirah, sebab dia lahir dulu, 25.3.1991

bukan yang bermisai tuh!!!!! (thnx to fb)

yeahaha, nama diberi, NorAmirah bt Abdul Rahim.. 
asal, dekat sini jugak, Sg. Petani..
status, seperti gambar di atas, sudah dimiliki, marilah kita berdoa agar kekal ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat bahagianya...

ironi, sebelum nih, kitorang pernah berjumpa, waktu Kem PRS Zon Utara, dekat Perak.. tapi, aku x sempat nak mengushar beliau, maka, Tuhan pertemukan kami sekali lagi, dekat maktab nih, siap 1 kelas lagi.. haha!!!

ok, sederhana orangnya, salah seorang pemidato yang baik, kalau present kat kelas, dah macam robot yang di programkan, ini aku sangat jeles dan salute!!!! siyes, aku pun tergagap macam ape bila present, beliau selamber badak je, tambah lagi bila nak kena speaking.. keep it on!!! ajar la orang yang tak berapa hebat macam aku nih..

btw, orangnya juga peramah, x buat bising dalam kelas, agak 'cunning', dan memiliki sebuah 'Ferrari Merah', muahaha!!! so, disebabkan beliau sudah berpunya, x perlu nak ulas dengan lebih kot..

olrait, fellas, memperkenalkan, the 2nd Amirah..

E4, senyum lebar, tunjuk gigi putih (thnx to fb)

olrait, nama diberi, NurAmirah bt Zulkifli (kalau x silap, hehe, jgn carut kat aku lak!)
berasal daripada Terengganu, (Ganu kite boh!!)
aku panggil dia, 'Mighah'.. hehe, sbb ye org Ganu kan..

olrait, berperwatakan yang garang (first impression), tapi dalam hati ada Taman Astakona Idaman, itu standed..
bagus orang nya, jujur, cakap straight to the point, x dak masalah kalau nak sembang.. 
ye, agak garang orangnya, tapi penyayang, oh, macam redundant je nih, tapi xpe, hati beliau baik, selalu menjaga, untung la bakal suami dia..
oh ya, status? urm, x berani nak jamin, mungkin sudah berpunya, itu mungkin, sila tanya beliau sendiri ok!
selalu berbeza pendapat dengan aku, tapi takpe, itu yang menarik, at least, bukak sikit 'view' kita kan?
different people with different taught, so, no offence la ae...

to this two ladies, I would like to wish Happy Belated Birthday.. hehe.. ikhlas
ridhwan (buaya darat.inc)



Thursday, April 14, 2011

si kurus



nama diberi, Afdhall Ihsan
berasal daripada Pahang (kalau X silap, hehe)
status, membujang (kot)
kenalan sejak di Sekolah Bintang..

yeahaha!!! kenalkan, ini adalah antara sahabat yang best yang Tuhan temukan untuk aku,,
asala usul perkenalan kami, sejak masuk sekolah menengah, member sekelas.. dari form 1 sampai form 5 kalau x silap.. oh, cume time form 4 je x sekelas.. haha, lama tuh..

cuma kitorang x sama 'house'.. me 'yellow' and he 'green'...

btw, lebih mesra di panggil 'Adol', bukan 'Adolf Hiter' ok.. cume kalau ade misai sejemput, mungkin nak dekat sama, haha!!

orangnya ceria, periang, happy-go-lucky, a good runner, antara sahabat yang setia, lebih suka buat hal sendiri kadang-kadang.. oh ya!! aku teringat, kadang-kadang dia bawak bekal time rehat.. haha, roti ngan coki-coki.. makan sensorang kot!!!! aku ushar dari jauh je, nak mengepau kang, cian lak, dah la beliau nih mudah terbang bila ditiup angin.. ahaks!!! sori adol!

antara kenangan yang tak buleh nak lupe, urm, banyak kot.. aku selalu mengepau dia. ape yang aku pau entah la, x brape nak ingat.. tapi, adol memang sempoi kalau ajak sembang.. kena gaya, melarat sampai ke pagi la bila di ajak melalut... boleh tahan la...

juga, ramai secret admire.. bukan lelaki, tapi perempuan-perempuan kat luar.. orang lain mungkin tengok dia macam tak de apa2, tapi sekali dia mengayat, pergh, antara yang terbaik dari ladang la.. hehe..

btw adol, thanx, sebab dapat contact balik.. ye la, kita kan x sama tempat tinggal, nak jumpa kat area KL macam kawan-kawan yang lain x mampu, nasib baik la masing-masing rajin menulis blog.. at least buleh gak tau khabar berita kn??? ada rezki, kita jumpa time Old Boys Weekend.. bila? itu kita serah kat Dia je ae..

salam dari Kedah, buat seorang sahabat yang jauh di mata, tapi masih segar dalam ingatan.. love u bro (but, i'm not gay ok!!!!)

Monday, March 7, 2011

jalan malam

salam semua..

olraite, mcm besa, tgn aku masih gatal utk menaip, nk buat mcm mana kn..

ak baru blk dr luaq, pi merayap sekitar Sungai Petani.. huuhhh...

mcm nih kesah dya, asal nya petang td, ak kuaq ngan nader, pi tempah name tag kt hasani kedai buku, haha, nk pi PBS (pengalaman berasaskan sekolah) utk first time, mst maw kemas kn.. weeeee... (^_^)

ok, kebetulan jugak, nk beli tiket bas ngan masukkan dwet kt ika, (beli jersi online), mmbr punya pasal, aku tolong ah kn.. nk dijadikan cerita, ptg td pn hujan lg, adoyai!!!! tp x lebat cm semalam, sekadar di sapa hujan lalu.. smpai ke mlm hujannya.. adoyai lg...

so, memandangkan hujan pn mcm x nk bg chance, aku gerak ah jugak, hujan ayaq ja kn, nk bising2 wt pa..! so, aku gerak ah ngan 'baby biru' (motor lagenda 110ZR).. hehe, elok ja kuaq maktab, x hujan pn!! pelik sungguh bumi SP nih, ciptaan Tuhan, aku redha.. ak gerak pi  maybank kt CS.. yg aku peliknya, elok ja smpai kt dlm 2, org line up pnjang kt mesin cash deposit, kt tmpt org cucuk dwet xdak sorang haram pn!! ak pn rasional, mgkn makcik2 dn pakcik2 nh masukkan dwet utk anak2 depa yg bljq kt IPT mcm ak.. fuuhh.. berkepuk la dwet yg depa pegang.. aku terus tunggu dn akhirnya, setel suda....

ak rasa cm ada x kena, oh, lupa, tiket bas aku da beli sblum smpai maybank td.. nsub bek tiket byk lg.. ikut plan asal, ak ngan 'baby biru' nk blk skali, da lama x blk umah, rndu x rndu jugak la.. then, aku msg rahimi (strong ally aku)

aku : mi, nk kirim apa2 dak?
rahimi : mung ade mane?
aku : CS
rahimi : ok, snack plate KFC 2, air pepsi, xnk sayur, nk kentang ja..
aku : ok, roger that

ppuuiihh!!! (ludah aku dlm hati).. yg sebenaqnya, td sblum aku kluaq, ak da msg dya,

aku : mi, mg nk kirim ape2 x?
rahimi : x mboh ah, ssh kn mung je..
aku : betul jugak 2.. hakhakhak!!!!

ceit, apa punya worang, ckp x maw kirim, KFC punya pasal, laju ja.. hakhak, tp xpa, aku x kesah mana.. mmbr punya hal, aku olrait ja.. (mi, aku ikhlas tlg mmbr2) hakhak!

smpai kt KFC kt CS, aku order ah.. then akak 2 ckp.. " ada la baki2 ayam td lg ckit, klu nk buleh la, ayam x sembelih lagi..."

ceittt!!! korupsi (sumpah aku dlm hati).. xpa la kak, sy cari kt tmpt lain la.. mana buleh mcm 2, mmbr ak da la lapaq, dya buleh nk bagi baki2 ayam ja.. hampeh!! xleh jd.. so, aku gerak pi KFC kt Jam Besaq.. haha. kt cni baguih, sbb dya beroperasi 24 jam, so xdak la korup mcm yg kt CS td... tga order, tiba2, aku terpandang cheesy wedges ngan twisted pocket full ngorat aku... eleh, nk jeling daring kt aku pulak.. tp x buleh, iman aku kuat, even perut pn lapaq, xpa2, next time aku telan hangpa ok!!

dah siap menapau, gerak blk mktb, tp perut lapaq!!! rugi jugak aku x tapau si cheesy wedges ngan twisted pocket full td!! (-_-)" tp xpa, aku singgah kt kdai tepi jln, kt tepi petronas.. haha, pekena bihun goreng sama liamu ais, pergh!!! alhamdulillah.. lega (^_^)

~dear loggers, berjimatlah kamu sebelum bajet burst.. mkn lah dan bersyukurlah dgn nikmat yg kamu rasa.. igt lah yg tersayang, cari lah cinta Illahi (ada kena mengena ka??)..

Monday, February 28, 2011

kemenangan milik kita!

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, bersyukur kita semua kepada Tuhan.
straight to the point, congrats again!!!! to the members of P1P, we won the Action Song Competition!!! hoyeehhh!!!! even latihan pn cm kurang, costume pn simple2 comel, but we did it!!!! seyes doe, aku x sangke.. alhamdulillah, rezki.. tengs to everybody!!!!! what a great moment.

there are no perfect performance, only the best. BUT WE DONE A GREAT JOB FELLAS!!!!

THANX TO THE CLASS MEMBERS!!!!! I'M CRYING RIGHT NOW. HUUUUUUU :(

sesuatu yang di pelajari

assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah, kesempatan masih diberi kepada kita semua.

straight to the point, bdk kelas aku baru berjaya organize Story Telling Competition peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim nih. alhamdulillah, penyertaan tahun nih agak meriah, dlm 15 org peserta, masing2 bawak cerita yang berbeza, termasuk lah 'ehem2' aku dulu. itu dulu ok..!!

lots of congratulations to the members of P1P, lecturers, contestants n supporters along the competition. maybe masing2 tgh sibuk dgn esemen, tapi kpd yg sudi luang cket masa utk kasi support amatlah dihargai. segala penat lelah buleh dikatakan berbaloi. semua orang buat kerja, ade jugak yg buat2 penting (aku la tu!!!). seriously, tahun nih pnye organize tak kalut mcm tahun lepas. standed ah, time 2 tga junior lg, masa pulak terhad. yang x tido malam pn ade. selisih faham itu perkara biasa, dengan menggunakan teknik berbudi bahasa dan toleransi, semua itu dapat di atasi.

alhamdulillah, setakat nih, perselisihan faham antara ahli kelas, belum lagi sampai ke peringkat bertumbuk, berperang angkat senjata. kre ok la 2 kn! kamon la kawan2, kita nk lepak (study) kat maktab nih lame lagi kn. entah2, ade antara kita nih yg kawen sesama ahli kelas, x mustahil tuh! aku rase, semangat kekitaan, kesepaduan, kerjasama dll antara kita nih makin baik dn kukuh. dah macam 1 family kn kte nih, susah senang sama2 kita hadapi. klu nk nganjing n pangkah sesama kita pn, itu sekadar gurauan manje kn, mintak maaf la klu ade yg terasa lebih. x de niat nk sakit kan hati sape2, juz mengusik manje je... klu nk straight je sepanjang masa, susah gak, x fun la hidup nih. even baru 2 tahun kita semua kenal, tapi ak dpt rase yg kita suma nih dah kenal lebih lama daripada tuh. seyes, aku bkn ckp kosong, korang xkn xde rase cm2??

ok2, ckup la kot, nanti aku sambung lg klu ade chance, tulis pnjang2 pn sape je yg nak bace.. again, tengs n congrats to all 4 the story telling competition. nyte fellas. (^_^)
tengs u all (not everybody in this picca, sowie)
cerita ape 2 kak??

i always hope that the smiles will remain n never fade (^_^)


madah berhelah