Showing posts with label kisah sekolah. Show all posts
Showing posts with label kisah sekolah. Show all posts

Monday, January 9, 2012

7th January

7 Januari 2004

pagituh aku bangun awal, tak la awal mana, tapi agak awal daripada biasa. barang-barang semua dah siap packing. breakfast pagituh meriah. sebelum subuh lagi ma da bangun memasak, macam-macam jenis lauk untuk makan tengah hari. sebab dia tahu, aku kuat makan. aku nervous. lepas je subuh, abah gerak gi amik tok ngan mak long kat kampung. aku, duduk termangu kat pintu rumah, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. dah siap apa semua, barang masuk dalam kereta, kitorang gerak ke Ipoh. aku ingat lagi, dengan menaiki kereta Perodua Kancil, AEU 6529, penuh dengan barang aku, ditambah lagi ngan mak long ngan tok ngan ma, tambah aku lagi, abah jadi drebar, memang da macam tin sardin je lagi! memori. nak daftar sorang, yang datang menghantar sekampung. 

sampai kat sekolah, disambut dengan beberapa abang yang berpakaian putih lengkap baju dan seluar macam aku jugak, menunjukkan tempat pendaftaran. senyum manis, seribu makna. tapi aku pelik, pelik sangat-sangat, mana kelibat akak senior? mungkin diorang malu, dan tak tahan panas, dan tak ditugaskan menjaga trafik, so, aku diam je. melangkah masuk ke dewan besar, penuh orang! tapi, memang takda langsung kelibat akak senior! ohh! dan, di ketika itulah aku menyedari, aku baru tahu bahawa aku telah di-offer ke sekolah sejenis, semua lelaki. arrghhhh!!! life must go on. 

happy belated birthday batch of 48. once a Starian, always a Starian. 



form 4

Yellow House, Sports Day 2007



masing-masing pun dah belajar tinggi-tinggi

2005, haha! Gajah Cup

 

form 3




Monday, March 28, 2011

back to the school #5

alhamdulillah, hari yang terakhir menjelang jua..

setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

hari yang terakhir di S.K.I. semuanya berjalan lancar. bagus belaka. cuma pagi tu, aku ngan roommate bangun lewat, menggelabah kejap. tapi kitorang kool saja.

ya, hari terakhir, seriously, baru la dapat rasa perkara yang best kat sini...

contohnya, masuk kelas, suh budak-budak mengeja, buat ayat dan present secara spontan. ok, nampak macam simple, even students kat sini all boys, tapi self confidence and self esteem diorang masih low. ada jugak yang macam menonjol. so, yang tak berapa nak menonjol nih, aku 'test' diorang. suruh nyanyi and bercerita.. tajuk memang spontan, apa yang terlintas dalam kepala otak aku, itu la yang diorang kena cerita. bukan lama mana pun, tak sampai seminit je.. overall, bagus budak-budak nih, cuma kurang diberi peluang untuk bercakap dan tonjolkan bakat. by the way, thanx to Fakhrul, sebab bagi aku idea nak buat benda-benda nih.. macam mana la aku boleh tak terfikir daripada awal nak buat ini semua.. maybe impression aku yang awal2 mengatakan budak-budak nih sangat nakal, so aku macam malas nak tengok apa yang ada dalam diri diorang.. fine, my stupid fault.

lain-lain perkara yang aku rasa best, yeahaha.. ! dah nak hari penghujung nih baru la aku berkesempatan nak berbual ngan budak maktab lain. seriously damn shit. hari-hari yang sebelum nih, kitorang juz buat hal masing-masing, x berapa nak bertegur sapa. maybe sebab kitorang ramai sangat, haih (-_-")

tapi, diorang nih ok sebenarnya, terutamanya yang perempuan la kn, yang laki, toksah kira. dah hari penghujung kan, Syafik suh aku gi edjas budak 'maktab P' nih, sebab dia perasan yang aku dok meng-ushar budak tuh.. haha, cabaran di terima. aku x ngedjas mana la, sebabnya, waktu aku nak pergi approach beliau, baru aku perasan ada cincin la kat jari.. pergh! menusuk.. melepas lagi aku (-_-") . yeah, loser me. tapi, atas dasar member se-SBE, aku x kisah mana.. mungkin xde jodoh antara aku dan beliau.

haha, ok, enough that. alhamdulillah, sepanjang aku gi SBE nih, semuanya berjalan dengan lancar. maklumat sekolah pun da dikumpul, kerjasama dengan Guru Besar pun bagus, cikgu-cikgu kat S.K.I sporting. kalau ada peluang, mungkin aku akan bertandang lagi, mungkin, dengan harapan dapat meng-edjas awek dari maktab lain.. hakhak (sengal).

till we meet again fellas. (teka, yang mana 1 kah 'beliau')

melangkah pergi.


Wednesday, March 23, 2011

back to the school #4

ya, hari keempat..

hari nih, jalan nak ke sekolah jam teruk.. terpaksa menyelit sana sini.. nyaris dilanggar lori.. haih, dugaan demi dugaan.. kurang enak.. hidung rasa macam pili air yang bocor, berair memanjang... macam hari-hari yang sebelum nih, kena relief kelas.. haih..

hari nih, lebih kepada aktiviti 'spelling bee' dan soal jawab.. macam sembang-sembang biasa, tapi berilmiah.. ada la sedikit pengisian, xde la duduk saja2 dalam kelas..

oh ya, semalam aku bawak laptop gi sekolah, lepak2 kat 'markas', internet wi-fi memang antara yang terbaik.. lebih pantas dan tuntas daripada broadband n wi-fi maktab... xdak blocking apa.. nak tengok video kat youtube memang x jadi masalah.. siap boleh download lagi!!! sebab tuh boleh upload gambaq kat blog.. hehe..

so, hari nih pun aku bawak laptop lagi.. tapi, laptop x dak bateri!!!! aku rasa macam dah charge malam tadi..!!! haih, bala.. bala.. ni sume bala... bawak berat saja laptop nye...

hari nih relief 3 kelas... 1 kelas aku, lagi 1 kelas Syafik ngan Fakhrul..

~dear loggers, aku x berapa nak sihat, kepala duk berdenyut, jantung berdegup pantas.. doakan hari terakhir SBE esok, esaimen x siap2 lagi (-_-")

Tuesday, March 22, 2011

back to the school #3

alhamdulillah, 1 hari lagi sudah dilalui di S.K.I

hari ini, x rasa nak emo sangat. mungkin.

semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah. lega. hari ni, aku dan kawan-kawan pegi relief 3 kelas. yaa, 3 kelas. sepatutnya bukan aku, tapi pegi tumpang je. kelas darjah 4,5,6.

macam-macam kerenah n perangai students. biasa la. nakal dan under control. yang buat kerja sekolah, buat2 baca buku, x buat apa-apa, janji X bising. yang rajin tanya soalan pun ada. xpe, malu bertanya, x dapat jawab soalan. tolong sekadar terdaya. bukan penuh ilmu di dada, sekadar membantu sekadar termampu.

oh ya, awal-awal pagi hari nih, ada aktiviti Ko-Kurikulum, untuk persatuan akademik. sempat join English Society. terkilan. sikit sangat Malay students yang join society even Malays are majority in this school. mungkin kerna kurang pendedahan, kesedaran dan keyakinan untuk berbahasa inggeris yang menjadi punca. mungkin. aku difahamkan, students diberi kebebasan untuk pilih nak join mana-mana persatuan. tepuk dada, tanya selera. English Society ada buat aktiviti-aktiviti yang aku kira menarik untuk setiap kali perjumpaan. contohnya tadi, tressure hunt sesama ahli. even x de la sampai kena hunting 1 sekolah, at least, yang organize untuk aktiviti nih adalah students sendiri. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. yang menang, dapat hadiah, guru penasihat bagi. dapat la pen sorang sebatang, kira jadi la kn?? bagi duit buat ape?? pegi habis karaoke kt CS je. lepas nih, akan ada story telling sesama diorang jugak. cerita dan gaya, cari sendiri. macam best! tapi, x berpeluang nak tengok kot, btw, gud luck boys.!

penat. standed la, buat keja apa yang x penat kan.. ehem2.. (-_-")

back to the school (random piccas)

tekun mendengar, bukan tidur nih

suasana kelas

perlukan bimbingan dan kaunseling?

salah satu pemandangan dari atas

taklimat bersama Guru Besar, Tn. Haji Rusli

seorang cikgu juga mampu untuk memiliki Evo Malaysia

taklimat bersama Penolong Kanan 1




back to the school #2 (part two kot)

realiti seorang cikgu.

ya, aku masih baru dalam bidang nih. bukan nak menunjuk pandai atau apa, ini apa yang aku sembang dan refleksi daripada kawan2, pemerhatian dan realiti dunia hari ini.

dah makin kurang students yang betul-betul hormat kat cikgu. bukan setakat students, masyarakat luar, terutamanya dalam profesion yang gajinya jauh lebih lumayan dan pangkat turut memandang lekeh karier seorang cikgu. bukan semua, cuma segelintir.

seorang cikgu. persepsi kebanyakan orang, masuk kelas, bagi kerja, semak buku, bawak students pegi lawatan, dan yang paling penting, make sure students dapat skor kaw2 banyak gila babas time exam. tambahan lagi, cikgulah orang yang dipersalahkan bila students x dapat score 'A'. cikgu sekolah rendah or menengah, persepsi kebanyakan orang hari ini, lebih kurang gitu. cukup bulan, gaji masuk. paling jahat lagi punya tahap pemikiran, aku sendiri pernah kena sebelum masuk maktab "alah, hang jadi cikgu, goyang kaki, bulan-bulan masuk gaji.. rileks memanjang. budak-budak cuti, hang pun join cuti sekali".

yup, mula-mula aku pun pikir macam tuh, dah x de kelayakan lain, jadi cikgu je la.. tapi, itu dulu kawan-kawan. kerjaya cikgu nih, x semudah apa yang kamu lalui dahulu dan tengok.

seorang cikgu, dia bukan sekadar nak mengajar apa benda yang dalam buku teks, tapi jugak nak mendidik anak murid bangsa dia menjadi seorang insan yang berguna kelak. realiti hari nih, 'content' or ilmu yang dalam buku semuanya di serap dalam kepala otak students. aku tak nafikan, itu penting untuk masa depan dan berjaya dalam exam kelak. tapi, sekadar content buku teks saja tak cukup untuk jadikan seorang student sebagai seorang 'MANUSIA'. manusia yang aku maksudkan ialah manusia yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan jugak bangsa.

seorang cikgu, walau students dia slow, tapi bersemangat nak belajar, tak pa. cikgu lagi semangat nak mengajar. tapi, situasi realiti, kebanyakan students, dah la x berapa nak catch-up, malas, buat masalah dalam kelas, dan x berapa nak pandai. esok-esok nak jadi apa?? ada jugak students yang menghina cikgu sebab cikgu dia adalah seorang 'cikgu'. buat dunno je. sebab nya, bapak dia kerja besar-besar, gaji lagi besar, datang sekolah pon naik kereta besar. cikgu?? standed kereta buatan Malaysia, naik motor, alahai, ape la sangat.. ini yang buat students tak nak respect kat cikgu. sedih woo! cikgu punya la semangat nak mengajar, nak suruh jadi orang yang berguna kelak, tapi, bila students x nak hormat, pergghh!!! berderau darah.. sabo je la. sampai mane nak sabar?

kalau students sekadar pandai menelaah buku, jawab soalan exam sampai boleh skor 120%, tapi nak hormat orang sekeliling pun x reti, aku rasa tak guna. tapi, kalau  students yang tak berapa nak menonjol dalam pelajaran or bengap sekalipun, tapi tahu cara nak hormat orang dan punya budi pekerti, itu lebih baik. at least, nilai sebagai seorang manusia tuh ada. ini pandangan aku.

kadang-kadang, ade kes cikgu lempang students. salahkan cikgu. mungkin, kisah di sebaliknya, students sendiri yang salah. degil ya amat. tak makan dek saman. buat masalah. laz2, makan pelempang. betul, kadang-kadang, diorang nih nak perhatian yang lebih, maybe parents sibuk sangat dengan kerja, so, anak-anak terabai. darah muda, diorang nih nak rebel. so, mangsanya, CIKGU!!!!

~dear loggers, aku rasa macam ter-emo sangat hari nih. tadi, aku sembang-sembang ngan member2 n strong ally aku, Rahimi, pasal budak-budak zaman sekarang. sumpah, aku culture shock, tengok perangai students sekarang, kalau nak banding zaman dulu. banyak sangat perubahan. aku bakal cikgu. kamu boleh cakap yang aku nih sembang je kencang, tulis berapi-api, esok, entah apa nak jadi. itu, aku tak peduli. at least, aku dah boleh nampak, karier cikgu nih, bukan sekadar goyang kaki dan makan gaji. ya, agak redundant entri yang ini dengan yang sebelum nih. tapi, benda-benda nih la yang duk bermain dalam kepala otak aku..!

Monday, March 21, 2011

back to the school #2

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, ade lagi kesempatan dan peluang untuk bernyawa..

hari nih, macam semalam, pegi sekolah untuk PBS/SBE.. penat, sedih, terkejut, dan lain-lain perasaan yang aku rasa.

Penat. hari ini, aku kena relief kelas, dalam erti kata lain, kena ganti cikgu lain punya kelas.. mula-mula, terkejut. tengah duk jenjalan pusing sekolah sambil mengambil gambar dan temu bual dengan beberapa orang cikgu, tiba-tiba kerani sekolah mampir, bagi jadual suruh pegi relief kelas darjah 5. terkejut, terkesima, pucat. sebab kerani tuh cakap "awak kena masuk mengajar kelas 5D".. ooh, apakah, aku yang baru bertatih dalam bidang perguruan, disuruhnya mengajar kelas darjah 5. mungkin niat kerani tuh macam nak gertak or melawak. aku pulak boleh amik serius, adoi!! so, aku ajak la 2 orang member, Syafik ngan Fakhrul. padahal, relief kelas je, suruh budak-budak nih duduk diam, buat hal masing-masing, jangan bergaduh or watever sudah..

honestly, aku da pernah ade sedikit pengalaman dalam meng-handle budak sekolah rendah. dulu, masa zaman sekolah menengah, aku pernah menjadi ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), under unit Bimbingan dan Kaunseling. ada la sedikit ilmu, tapi waktu tu, aku lebih bertindak sebagai fasilitator, dan input yang aku sampaikan lebih kepada motivasi n so on. so, hubungan aku dengan student lebih kepada 'abang-adik'. buleh la kalau nak kelentong, sembang-sembang, gelak tawa dan sebagainya. tapi, sekarang nih, watak aku lebih kepada seorang PENDIDIK. seorang cikgu yang berkaliber dan mempunyai wawasan, mana boleh nak main kelentong ape bagai. tambahan pulak, dekat sekoloah yang aku pergi nih,(S.K.I), semua nya student LELAKI. daripada apa yang aku dengar daripada cikgu-cikgu kat sini, cara nak control budak-budak nih bukan sembarangan. cabaran dia lain daripada yang lain. even aku sendiri dulu pernah belajar kat sekolah yang semuanya lelaki, tapi itu sekolah menengah, cara berfikir dan tahap kematangan jauh beza. silap cara, student buat hal depa, cikgu yang duk mengajar kat depan jadi boneka. ini feedback yang aku dapat daripada   cikgu-cikgu kat sini.

so, aku pun masuk la kelas relief. masuk je, student bagi salam. aku pun jawab salam. dekat balckboard, ada pembaris panjang, kaler kuning. ala, yang biasa punya kat sekolah-sekolah tuh. then, aku amik, aku pegang macam sedang bertongkat. muka aku, serius. tak berapa nak senyum. member aku yang lagi 2 orang, masuk jugak, duduk kat belakang. aku memang tak tau nak ajar apa, suruh student buat apa yang patut, tapi jangan bising. ha, ni yang aku nak masuk part sedih kot.

ok, aku dah suruh student buat homework atau apa-apa saja yang berfaedah. aku x duduk, juz pusing keliling kelas, pantau depa duk buat apa. yang buat kerja, buat kerja. yang tak buat apa pun, ada. standed. aku dulu pun lebih kurang gitu, at least, aku tak tidur, baca buku pun tak sangat, tapi duduk menyembang dengan rakan seperjuangan tak pun buat la homework yang mana ada.. hehe.. normal ok! daripada yang aku nampak, daripada kaca mata aku, ada student yang macam educated, senang cerita, nampak macam pandai serba serbi. tak da masalah sangat. ada jugak yang juz baca buku bila aku lalu, tak pa, janji tak bising. ada yang melukis, aku tak tau dia lukis apa, tak pa jugak, x bising. tapi ada jugak student, yang juz duduk saja-saja, tengok muka aku, dia buat muka kerek habis. berlagak. fine. tak bising, tapi, dalam hati dia, aku rasa dia cakap "alah, cikgu, apa barang. macam bagus". ok, fine. aku sedar aku sapa, aku juz guru pelatih yang tengah buat SBE. ada jugak student yang tak nak buat apa-apa. bila aku tanya itu dan ini, tak tau nak jawab. suruh baca, tergagap. suruh buat calculation sikit, kantoi.

aduh, mungkin aku terlalu awal untuk menilai diorang nih. aku hanya guru pelatih. masih bertatih dalam bidang nih. daripada apa yang aku lihat, aku dapat feedback daripada cikgu-cikgu, students zaman sekarang nih da jauh beza dengan yang dulu. sense of respect of students towards the teachers, dah makin kurang sangat. cikgu boleh jadi bahan ketawa dan kutukan. mak bapak pulak, persepsi diorang kat cikgu, kena bagi anak diorang nih 'A' yang banyak waktu exam. cikgu cubit sikit, dah masuk kes mahkamah. yang serang-menyerang cikgu, dah banyak keluar kat paper. kan?? realiti. aku tak salahkan mak bapak keseluruhannya. cuma aku sendiri terkilan, ada sesetengah mak bapak yang pandang karier seorang guru macam tak ada apa-apa. kena ajar anak diorang bagi pandai, exam, 'A' kena penuh, macam aku cakap tadi. sesetangah mak bapak nih pandang lekeh, dan tak hormat cikgu-cikgu, macam mana anak diorang nak hormat cikgu? like parent like children la kan?

betul, ada pepatah yang menyebut, "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka". aku rasa macam nak tambah ckit " CIKGU-CIKGU lah yang akan membentuk kain tersebut menjadi pakaian kelak". nak jadi baju ke ape, itu terpulang, janji berguna. kalau setakat kain yang bercorak, nak buat ape sangat?

~dear loggers, macam banyak lagi aku nak tulis, tapi, macam da meleret sangat. aku bukan nak menunjuk pandai or what, ini daripada apa yang aku nampak dan aku perhati kan. again, aku masih bertatih dalam bidang perguruan nih. banyak lagi perkara yang aku x alami sendiri dan tempuhi. baru 2 hari pegi sekolah, da macam 20 tahun mengajar. banyak lagi benda yang aku kena belajar. kepada cikgu-cikgu yang terbaca tulisan ini, saya memohon tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan betulkan jika saya tersalah. now i really know, becoming a teacher, not only sit, give task, marking paper n getting paid every month. there are lots of thing to do. tunjuk ajar ku sifu. (tagline Mentor)

Sunday, March 20, 2011

back to the school #1

assalamualaikum w.b.t.

ye, sebentar lagi, akan ade la entri2 berkisarkan tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun dalam bahasa omputih, School Base Experience (SBE) oleh beberapa orang sahabat aku, iaitu izzatimunira anisfatin afiqah, dan jugak teha.. yg paling wajib ade, sah-sah izat.. munir dan yang lain2, aku x berapa nak pasti, sebab susah ckit nak jangka.. hehe..

by the way kawan-kawan. hari ini merupakan titik tolak bagi aku, setelah beberapa tahun meninggalkan alam sekolah rendah, hari ini, perasaan itu kembali lagi, namun, berbeda dari segi perwatakan. jika dahulu aku hanya bergelar seorang murid hingusan, yang comel, mendengar kata dan suci daripada hadas dan dosa, kini, aku berperwatakan sebagai seorang GURU.. yeaahh kawan-kawan, guru/ cekgu/ sensei/ sir/ teacher dan lain2 bahasa yang sama waktu dengannya..

malam semalam, aku dengan roomate tidur awal. nak bangun awal punya pasal. standard bangun sebelum nih pukul 7, tapi hari ni, pukul 7 dah gerak pegi sekolah.. haaa, pukul berapa kitorang bangun, itu jangan di ambik tahu.. hehe..



ok2, mungkin ade yang tak berapa nak paham, kejadah ape aku merepek pasal SBE/PBS nih. olrait.. SBE/PBS nih, adalah program wajib bagi semua guru pelatih kat IPG kat seluruh Malaysia. daripada semester 1 program ijazah, sampai ke semester 4. dari semester 5 sampai ke semester 7 cmtuh, baru la praktikum.. utk maklumat lanjut, bleh check tengok kt laman web kementerian pelajaran, itupun kalau ade, haha!!

ok, sambung cerita tanpa gambar. sampai sekolah tadi, pi jumpa Guru Besar. oups, aku wat PBS kali nih, dekat Sekolah Kebangsaan Ibrahim (SKI) dengan roomate aku dan classmate zaman sekolah rendah...  yeah, SKI adalah antara sekolah premier dan elit dekat Sungai Petani. dah macam sekolah SBP pn ade..kebanyakan kamu mesti bersekolah rendah yang bercampur laki perempuan kan??? haaaa, dekat SKI nih, semua students adalah LELAKI.. yaa, lelaki.. bagi aku sendiri secara peribadi, ini bukanlah satu fenomena yang mengejutkan, sebab dulu pun waktu sekolah menengah, kat sekolah aku semuanya lelaki.. bezanya, kat sekolah rendah, x dak main "jambu" ape bagai.. hehe..

kena pegi perhimpunan, duduk depan sekali, sebaris dengan cikgu-cikgu yang lebih senior. hurm, rasa lain, dulu, aku duduk kat bawah, sekarang, dah merasa duduk atas kerusi.. bukan nak bangga ke apa kawan-kawan, hidup ini kan ibarat roda, kejap ade kat atas, kejap ada kat bawah.. haaa..  habis perhimpunan, ade taklimat bersama Guru Besar. tadi masa perhimpunan, Guru Besar announced, ada 20 orang guru pelatih nak buat SBE kt SKI nih.. pergh! semua cikgu-cikgu terkejut, punya ramai!!!

dah habis tuh, keluar gi jalan2 sekitar sekolah. da macam nazir pun ade. hehe.. tengah elok jalan2, nampak perkara-perkara yang wajib tayang.. budak-budak kena denda.,. haha, kena duduk luar kelas, kena rotan dan lain-lain.. haha!!!

lepas makan, mesti la kat tempat cikgu makan kn, tetiba, Guru Besar tumpang makan semeja.. pergh.. sempoi!! x kerek.. kebetulan member skolah aku tuh, jiran dengan beliau, memang cara ah..

ok2, nanti malam, aku sambung, kalau ada masa.. hehe... gambar, nanti kalau intenet laju.. heeee..

madah berhelah