Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

quotes, by ZackZukhairi.



yup,aku main salin tampal (copy paste) jer. tapi,aku kredit kat kau bro. klik sini


1.it hurts to think of how we were before. we used to have so much fun but now there’s this big wall between us which we cant break. i just want you to know that behind that wall, there’s a heart in pain trying to reach you again. 


2.being sad with the right people is better than being happy with the wrong ones.


3.when it comes to love, its hard to know if you have the right one. many promises have been made, but still lovers weep and are left in sorrow. cause words cant immortalize emotions.


4.you asked me what was wrong, i smiled and said nothing. when you turned around and a tear came down and i whispered to myself... everything is.


5.if loving me means: you, not calling me. you, not waiting for me. you, breaking your promises. you, being with someone else. then i guess you really do love me.


6.if i grow old and think of how my life has been, maybe i’ll remember the pains i’ve been through and how the world has tried to put me down. then i’ll remember the day i met you and i’d smile cause maybe it wasn’t so bad after all.




~dalam hati aku,masih ada rindu dan sayang, tapi,tidak lagi cinta~

Saturday, May 14, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



bismillahirrahmanirrahim,

hari ini,
aku melihat si dia mengendong buku RPH nya,
dengan buku latihan murid-murid nya,
dengan seribu harapan di benaknya.

hari ini,
aku melihat dia berjalan dari satu kelas ke kelas,
langkahnya kemas,
masuk sahaja ke situ,
seribu satu suara menjadi sunyi,
semua mata terpaku padanya,
begitu sekali pesona yang ada padanya,
aku melihat penuh kekaguman.

hari ini,
aku mendengar bicaranya,
petah dan berhemah,
suaranya agak tinggi,
bukan hendak memarahi,
supaya muridnya mendengar,
masuk telinga kanan, terus meresap dalam otak.

si dia yang aku kagumi,
yang aku sanjungi,
yang aku hormati,
jasanya ditabur tanpa mengnal erti lelah dan putus asa,
tak terbalas oleh muridnya,
aku berdoa agar Tuhan merahmatinya sentiasa,
kerana dia,
GURU yang mengajar ku erti hidup,
menunjukkan ku jalan,
menerang di kala aku kegelapan,
penghibur kala sunyi,
dialah GURU ku,
sejak dahulu, kini, dan selamanya.
terima kasih cikgu,
Selamat Hari Guru.
tulus dan ikhlas
ridhwan...
(salah seorang anak muridmu yang kudus)

Tuesday, May 10, 2011

the dark side revealed.

cerita lama tersingkap ;

kenapa setahun aku duk dalam ke-misery-an, gloomy, sad, alone dalam 'setahun' yang lalu? apsal lama sangat?

entah, tak sangka pun akan ambil masa setahun. diakui, itu zaman kegelapan dan kejatuhan aku. apa la yang syok sangat waktu tuh?

ok, here's the deal.

personally, daripada pengalaman lepas, sewaktu berkapel dulu, itulah moment yang paling indah yang kau pernah ada. "ala, tipu la kalau kau tak pernah berkapel sebelum nih" tanya seorang kawan. ya, aku tak nafikan, memang aku pernah berkapel sebelum dengan 'dia'. dan aku admit, bukan sekali aku pernah berkapel sebelum tuh, malah banyak kali jugak. walaupun dulu sekolah semua lelaki, tapi aku tak berkapel dengan lelaki ok! (-_-)" .

ok, back to ancient time. seriously, aku berkapel waktu djaman sekolah dulu bukannya dengan sorang, tapi pernah dengan 4 orang sekali gus. bukan nak cakap besar, bukan nak gebang, bukan nak bohong, tapi sumpah, aku pernah buat macam tuh dulu. ya, itu dulu. sorang kat perlis, sorang kat perak, sorang kat selangor, lagi sorang kat johor. pergh! macam mana aku buat?

alkisahnya, secara ringkas, perkenalan aku dengan mereka-mereka nih adalah melalui laman sosial Friendster, member aku pass nombor tipon aku kat budak sekolah perempuan (STF), kenalan member aku dan jugak dapat nombor time chat. aku belajar nak men-tackle perempuan nih daripada dorm mates aku, yang terdiri daripada pendebat yang handal dan manis mulut, dasar kaki perempuan, playboy yang tak pernah kantoi aktiviti kasanovanya dan jugak mat jiwang yang setia. haaa, itulah gunanya kawan! aku cedok sikit idea-idea nak mengorat nih daripada diorang la. jauh di dasar hati, aku nih punya pemalu, tak reti nak cakap dengan perempuan sebenarnya. sebagai tambahan, aku rajin jugak baca novel untuk dapatkan ayat-ayat yang bunga. hakhak! tak tipu maaa..

ah, itu dulu, djaman aku baru nak 'up'. walaupun ayat aku agak manis dan kapel sampai 4 sekali gus, tak pernah sekali pun aku keluar gi dating. tengok muka secara live pun tak pernah. sekadar bercinta dalam fon. nak rasa apa? buat-buat care, bagi ayat bunga-bunga, tengok gambar kat Friendster n paling habis pun, bergayut sampai habis kredit. haaa, ada sekali tuh, budak johor tuh hantar surat n gambar, ye la kan, sebab dia takde akaun Friendster, so dia hantar la gambar yang paling comel dan kiut. sekali tengok, fuh, tak boleh tahan. member dorm aku siap nganjing lagi, "ayat manis, muka tak cun, malang gila sial kau!! kite bekor je gambor budak nih, nak?!" hurm, aku pikir pun ade betulnya jugak, so, kitorang bakar gambar budak tuh hari tuh jugak, dan malamnya, aku declare clash dengan budak johor tuh (-_-)" cam cilake je perangai. kan? dia tanya, apa salah dia? aku cakap, aku nak fokus kat study sebab PMR dah dekat. oh ya, waktu tuh aku form 3, so, guna alasan exam la untuk clash. haha!

ok, itu cerita lama, djaman jahiliah aku. back to the top, kenapa setahun aku tak boleh lupakan 'dia'. sebab, perasaan yang wujud sewaktu dengan 'dia', aku tak pernah merasainya sebelum ini. tak pernah ada orang terima aku, semacam 'dia' terima aku, seadanya. dan aku tak pernah mencurah kasih dan jujur dengan orang lain selain 'dia'. perasaan tuh kuat, mungkin jugak sebab jarak antara kami dekat walaupun berlainan negeri kelahiran, itu bukan masalah. sebab aku tak pernah merasai disayangi dan dihargai sebegitu rupa, seriously!
yang sebelum nih, semuanya atas henpon je, apa feel? tak sama doe! getaran jiwa tak sampai dan menusuk waktu tuh, tak macam aku dengan 'dia'. memang tak pernah sebelum nih! dan aku pun tak pernah langsung sesetia ini kecuali dengan 'dia' dan aku pernah cakap, "walaupun awak bukan yang pertama, tapi saya janji, awak adalah yang terakhir," ya, macam ayat dalam novel, tapi ini yang lahir dari dalam hati aku. in short, ini adalah pertama kali aku merasai dan mengerti istilah 'bercinta'. jadi, bila membabitkan tentang jiwa dan perasaan macam ini, bukannya mudah nak hadapi bila aku kecundang kat tengah jalan! bukannya macam lagu Bruno Mars, 'easy come, easy go'. ingat senang-senang je nak cari yang lain. tak semudah itu doe! fine, muka aku muka tak hensem, dalam hati ada taman bunga yang indah.

fine, lu orang mesti nak bombard aku balik dengan menggunakan potongan ayat suci al-quran dan hadis apa bagai kan? tak pun guna ayat "nanti sampai masa, ada la orang nak kat kau tuh". paling jahat, "lu memang loser Wan, mana ada perempuan nak dekat kau, cermin la diri sendiri, jangan nak perasan.". ah, klise.

dah cukup, setahun aku berkabung, kubur cinta yang tak bernisan dan bertanda. thank God, i still have family n friends. tak lupa, thanx untuk 'dia', sebab ajar aku 1 lagi erti hidup, 'don't be loyal n pour too much love on someone, it may hurts u extremely bad someday'. mungkin aku betul dan aku salah. entah, macam tak kool je cakap macam nih, tapi, ini yang duk ada dalam kepala otak aku, so, tolong betulkan balik 'mind-set' aku.

sincerely,
ridhwan...
(the 'Buaya' had died)

Saturday, April 9, 2011

bila hati berbicara

setahun hampir berlalu..

kadang-kadang gembira, sedih, suam-suam kuku rasanya..

gembira, kerna bersama teman-teman yang tak jemu memberi sokongan..

sedih, kerna terbayang kisah lama, masih berdarah luka semalam, ditambah lagi bila malam menjelang, hari yang mendung, berselisih di jalanan, pabila berseorangan, dikala malam dipagar bintang (I used to sing "malam bulan dipagar bintang by P Ramlee" for her).

suam-suam kuku, bila senyuman itu bukan lagi untukku..

berat menanggung rindu, lelah menanti hari esok, kadang kala bertanya pada Tuhan, mengapa Kau uji aku sedemikian rupa. bukan ku x bersyukur atas kurniaan, namun, pelbagai ujian yang mendatang, rasa tak mampu menanggung semua ini..

adoi! tolonglah.. pergilah kesakitan hati.. pergi bersama angin yang lalu.. reda bersama hujan yang turun.. please.. dah nak genap setahun nih.. miserable hari-hari.. sakit wooo!!!

Wednesday, March 23, 2011

my only little bro got 1A, 6B's n 1'E in SPM, n the 'E' is 




ENGLISH!!!! what a failure to me, cuz can't help my bro to get




at least pass.. sorry acik, alang bodoh

Tuesday, March 22, 2011

back to the school #2 (part two kot)

realiti seorang cikgu.

ya, aku masih baru dalam bidang nih. bukan nak menunjuk pandai atau apa, ini apa yang aku sembang dan refleksi daripada kawan2, pemerhatian dan realiti dunia hari ini.

dah makin kurang students yang betul-betul hormat kat cikgu. bukan setakat students, masyarakat luar, terutamanya dalam profesion yang gajinya jauh lebih lumayan dan pangkat turut memandang lekeh karier seorang cikgu. bukan semua, cuma segelintir.

seorang cikgu. persepsi kebanyakan orang, masuk kelas, bagi kerja, semak buku, bawak students pegi lawatan, dan yang paling penting, make sure students dapat skor kaw2 banyak gila babas time exam. tambahan lagi, cikgulah orang yang dipersalahkan bila students x dapat score 'A'. cikgu sekolah rendah or menengah, persepsi kebanyakan orang hari ini, lebih kurang gitu. cukup bulan, gaji masuk. paling jahat lagi punya tahap pemikiran, aku sendiri pernah kena sebelum masuk maktab "alah, hang jadi cikgu, goyang kaki, bulan-bulan masuk gaji.. rileks memanjang. budak-budak cuti, hang pun join cuti sekali".

yup, mula-mula aku pun pikir macam tuh, dah x de kelayakan lain, jadi cikgu je la.. tapi, itu dulu kawan-kawan. kerjaya cikgu nih, x semudah apa yang kamu lalui dahulu dan tengok.

seorang cikgu, dia bukan sekadar nak mengajar apa benda yang dalam buku teks, tapi jugak nak mendidik anak murid bangsa dia menjadi seorang insan yang berguna kelak. realiti hari nih, 'content' or ilmu yang dalam buku semuanya di serap dalam kepala otak students. aku tak nafikan, itu penting untuk masa depan dan berjaya dalam exam kelak. tapi, sekadar content buku teks saja tak cukup untuk jadikan seorang student sebagai seorang 'MANUSIA'. manusia yang aku maksudkan ialah manusia yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan jugak bangsa.

seorang cikgu, walau students dia slow, tapi bersemangat nak belajar, tak pa. cikgu lagi semangat nak mengajar. tapi, situasi realiti, kebanyakan students, dah la x berapa nak catch-up, malas, buat masalah dalam kelas, dan x berapa nak pandai. esok-esok nak jadi apa?? ada jugak students yang menghina cikgu sebab cikgu dia adalah seorang 'cikgu'. buat dunno je. sebab nya, bapak dia kerja besar-besar, gaji lagi besar, datang sekolah pon naik kereta besar. cikgu?? standed kereta buatan Malaysia, naik motor, alahai, ape la sangat.. ini yang buat students tak nak respect kat cikgu. sedih woo! cikgu punya la semangat nak mengajar, nak suruh jadi orang yang berguna kelak, tapi, bila students x nak hormat, pergghh!!! berderau darah.. sabo je la. sampai mane nak sabar?

kalau students sekadar pandai menelaah buku, jawab soalan exam sampai boleh skor 120%, tapi nak hormat orang sekeliling pun x reti, aku rasa tak guna. tapi, kalau  students yang tak berapa nak menonjol dalam pelajaran or bengap sekalipun, tapi tahu cara nak hormat orang dan punya budi pekerti, itu lebih baik. at least, nilai sebagai seorang manusia tuh ada. ini pandangan aku.

kadang-kadang, ade kes cikgu lempang students. salahkan cikgu. mungkin, kisah di sebaliknya, students sendiri yang salah. degil ya amat. tak makan dek saman. buat masalah. laz2, makan pelempang. betul, kadang-kadang, diorang nih nak perhatian yang lebih, maybe parents sibuk sangat dengan kerja, so, anak-anak terabai. darah muda, diorang nih nak rebel. so, mangsanya, CIKGU!!!!

~dear loggers, aku rasa macam ter-emo sangat hari nih. tadi, aku sembang-sembang ngan member2 n strong ally aku, Rahimi, pasal budak-budak zaman sekarang. sumpah, aku culture shock, tengok perangai students sekarang, kalau nak banding zaman dulu. banyak sangat perubahan. aku bakal cikgu. kamu boleh cakap yang aku nih sembang je kencang, tulis berapi-api, esok, entah apa nak jadi. itu, aku tak peduli. at least, aku dah boleh nampak, karier cikgu nih, bukan sekadar goyang kaki dan makan gaji. ya, agak redundant entri yang ini dengan yang sebelum nih. tapi, benda-benda nih la yang duk bermain dalam kepala otak aku..!

Monday, March 21, 2011

back to the school #2

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, ade lagi kesempatan dan peluang untuk bernyawa..

hari nih, macam semalam, pegi sekolah untuk PBS/SBE.. penat, sedih, terkejut, dan lain-lain perasaan yang aku rasa.

Penat. hari ini, aku kena relief kelas, dalam erti kata lain, kena ganti cikgu lain punya kelas.. mula-mula, terkejut. tengah duk jenjalan pusing sekolah sambil mengambil gambar dan temu bual dengan beberapa orang cikgu, tiba-tiba kerani sekolah mampir, bagi jadual suruh pegi relief kelas darjah 5. terkejut, terkesima, pucat. sebab kerani tuh cakap "awak kena masuk mengajar kelas 5D".. ooh, apakah, aku yang baru bertatih dalam bidang perguruan, disuruhnya mengajar kelas darjah 5. mungkin niat kerani tuh macam nak gertak or melawak. aku pulak boleh amik serius, adoi!! so, aku ajak la 2 orang member, Syafik ngan Fakhrul. padahal, relief kelas je, suruh budak-budak nih duduk diam, buat hal masing-masing, jangan bergaduh or watever sudah..

honestly, aku da pernah ade sedikit pengalaman dalam meng-handle budak sekolah rendah. dulu, masa zaman sekolah menengah, aku pernah menjadi ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), under unit Bimbingan dan Kaunseling. ada la sedikit ilmu, tapi waktu tu, aku lebih bertindak sebagai fasilitator, dan input yang aku sampaikan lebih kepada motivasi n so on. so, hubungan aku dengan student lebih kepada 'abang-adik'. buleh la kalau nak kelentong, sembang-sembang, gelak tawa dan sebagainya. tapi, sekarang nih, watak aku lebih kepada seorang PENDIDIK. seorang cikgu yang berkaliber dan mempunyai wawasan, mana boleh nak main kelentong ape bagai. tambahan pulak, dekat sekoloah yang aku pergi nih,(S.K.I), semua nya student LELAKI. daripada apa yang aku dengar daripada cikgu-cikgu kat sini, cara nak control budak-budak nih bukan sembarangan. cabaran dia lain daripada yang lain. even aku sendiri dulu pernah belajar kat sekolah yang semuanya lelaki, tapi itu sekolah menengah, cara berfikir dan tahap kematangan jauh beza. silap cara, student buat hal depa, cikgu yang duk mengajar kat depan jadi boneka. ini feedback yang aku dapat daripada   cikgu-cikgu kat sini.

so, aku pun masuk la kelas relief. masuk je, student bagi salam. aku pun jawab salam. dekat balckboard, ada pembaris panjang, kaler kuning. ala, yang biasa punya kat sekolah-sekolah tuh. then, aku amik, aku pegang macam sedang bertongkat. muka aku, serius. tak berapa nak senyum. member aku yang lagi 2 orang, masuk jugak, duduk kat belakang. aku memang tak tau nak ajar apa, suruh student buat apa yang patut, tapi jangan bising. ha, ni yang aku nak masuk part sedih kot.

ok, aku dah suruh student buat homework atau apa-apa saja yang berfaedah. aku x duduk, juz pusing keliling kelas, pantau depa duk buat apa. yang buat kerja, buat kerja. yang tak buat apa pun, ada. standed. aku dulu pun lebih kurang gitu, at least, aku tak tidur, baca buku pun tak sangat, tapi duduk menyembang dengan rakan seperjuangan tak pun buat la homework yang mana ada.. hehe.. normal ok! daripada yang aku nampak, daripada kaca mata aku, ada student yang macam educated, senang cerita, nampak macam pandai serba serbi. tak da masalah sangat. ada jugak yang juz baca buku bila aku lalu, tak pa, janji tak bising. ada yang melukis, aku tak tau dia lukis apa, tak pa jugak, x bising. tapi ada jugak student, yang juz duduk saja-saja, tengok muka aku, dia buat muka kerek habis. berlagak. fine. tak bising, tapi, dalam hati dia, aku rasa dia cakap "alah, cikgu, apa barang. macam bagus". ok, fine. aku sedar aku sapa, aku juz guru pelatih yang tengah buat SBE. ada jugak student yang tak nak buat apa-apa. bila aku tanya itu dan ini, tak tau nak jawab. suruh baca, tergagap. suruh buat calculation sikit, kantoi.

aduh, mungkin aku terlalu awal untuk menilai diorang nih. aku hanya guru pelatih. masih bertatih dalam bidang nih. daripada apa yang aku lihat, aku dapat feedback daripada cikgu-cikgu, students zaman sekarang nih da jauh beza dengan yang dulu. sense of respect of students towards the teachers, dah makin kurang sangat. cikgu boleh jadi bahan ketawa dan kutukan. mak bapak pulak, persepsi diorang kat cikgu, kena bagi anak diorang nih 'A' yang banyak waktu exam. cikgu cubit sikit, dah masuk kes mahkamah. yang serang-menyerang cikgu, dah banyak keluar kat paper. kan?? realiti. aku tak salahkan mak bapak keseluruhannya. cuma aku sendiri terkilan, ada sesetengah mak bapak yang pandang karier seorang guru macam tak ada apa-apa. kena ajar anak diorang bagi pandai, exam, 'A' kena penuh, macam aku cakap tadi. sesetangah mak bapak nih pandang lekeh, dan tak hormat cikgu-cikgu, macam mana anak diorang nak hormat cikgu? like parent like children la kan?

betul, ada pepatah yang menyebut, "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka". aku rasa macam nak tambah ckit " CIKGU-CIKGU lah yang akan membentuk kain tersebut menjadi pakaian kelak". nak jadi baju ke ape, itu terpulang, janji berguna. kalau setakat kain yang bercorak, nak buat ape sangat?

~dear loggers, macam banyak lagi aku nak tulis, tapi, macam da meleret sangat. aku bukan nak menunjuk pandai or what, ini daripada apa yang aku nampak dan aku perhati kan. again, aku masih bertatih dalam bidang perguruan nih. banyak lagi perkara yang aku x alami sendiri dan tempuhi. baru 2 hari pegi sekolah, da macam 20 tahun mengajar. banyak lagi benda yang aku kena belajar. kepada cikgu-cikgu yang terbaca tulisan ini, saya memohon tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan betulkan jika saya tersalah. now i really know, becoming a teacher, not only sit, give task, marking paper n getting paid every month. there are lots of thing to do. tunjuk ajar ku sifu. (tagline Mentor)

Friday, March 11, 2011

hati yg patah dn tercalar mungkin akan sembuh, tapi meninggalkan kesan selamanya


feels like crying all the time..
OMG, that feels came again..
huwaargggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 10, 2011

i'm not that strong..
forgive me..
i feel hopeless...
morally down...
can't do the comeback for now...
wasted the time,
wasted your trust,
but i never betray u,
i'm sorry,
this is not the real me,
i'm waiting u,
forever n ever...

Wednesday, March 9, 2011

serabut

terus merindu,
menanti dan menunggu..
sekadar menjengah dibalik jendela pintu,
mengintai bayangmu yg x berwarna,
terubat sedikit kerinduan.
namun perasaan yang terus memburu,
adrenalin yang mengalir,
menggoyah semangat dan jiwa,
mencari erti cinta sebenar,
menunggu engkau kembali,
kepulangan mu yang ditunggu,
aku senantiasa menanti,
sampai bila-bila..
biar aku menjadi penunggu setia.

~dear loggers, aku x kesah klu hangpa nk gelak kt aku, janji hangpa bahagia....

Tuesday, March 8, 2011

oh sayang...

wanita/perempuan/girl/ladies/cikaro/dll yg seangkatan...

orang pertama yg aku kenal, mak (mama) aku.. kot.. lps 2 abah, lps 2 along, lps 2 angah, lps 2 mak2 sedara dn sedara mara yg lain.. haha...

aku mmg x buleh drpd wanita, or, wanita x buleh lari drpd aku (ahaks!!!), ini semua kenyataan, pahit ka manis, kena terima, ok!? hari nih, cerita psl perempuan/wanita...

huuuu, kisah aku dan perempuan.. first skali, mama..
olrait, insan yg aku panggil mama nih, ofcoz la mak aku, (Norlya bt Baharom).. umuq, aku x brapa nk igt (ampun kn daku mama..).. aku anak manja, dulu.. mgkn sebab aku ank lelaki yg sulung, dn aku nih la yg paling seksa mama kandungkan.. (luahan hati mama).. aku harapan keluarga dn family, dijadikan contoh kpd adk aku yg 2 org dn sepupu sepapat yg terdekat.. alhamdulillah, berkat kesabaran dn doa dn segala-galanya, aku rasa bertuah ditemukan dgn insan yg aku panggil mama nih.. susah senang beliau, aku x pernah tw secara detail, jujur.. at least, aku x derhaka, aku syg mama aku (ikhlas, abah pn aku syg jugak, no offense ae..).. mungkin 2 hari nnti, aku nk cari seorang isteri yg sifat nya mcm mama aku.. solehah, pndai masak, kemas rumah, dn perkara2 mahmudah yg lain, tp, aku pn kena la ada sifat mahmudah jugak kn??? (-_-)" in short, tengs a lot mama, semua jasa mu, alang (nickname manja, dulu 'abang') xkn buleh lupa.. mana nk cari pengganti??? mustahil itu suma... i love u so strong mama.. mmuahhh (ganda 23).. ada masa, aku tulis lg pasal beliau.. (mengikut permintaan pembaca, ahaks!)

next, kisah aku ngan 2 orang akak aku, along dn angah.. haha, aku xdak abang, so, akak yg 2 org nh la aku ambil contoh dn aku syg,... mls nk tulis pnjang, aku dah pernah tulis short note psl depa nih kt fb.. x pn, baca kt sini...

next lagi, kisah aku dan perempuan yg pernah aku syg selepas mama, dn 2 org akak aku, dlm bhasa mudah, awek/gf/cikaro... hurmmm, segan ah nak cerita, itu kesah lama, biaq pi la, benda dah berlalu... huuuuuu....

seterusnya, kisah aku dn kawan2 perempuan.. ahaks lg.. aku x ramai sgt kenalan pmpuan, yg aku kenal sgt yg 1 skolah masa skolah rendah, kwn perempuan yg tersalah mesej aku wktu skolah menengah (aku skolah suma laki dulu), kwn2 dkt PPUM, dn kwan2 perempuan kt maktab nih... hadoi!!! mcm lelaki, masing2 punya kerenah dn perangai masing2... cantik semuanya.. aku x nilai org perempuan drpd pakaian dn rupa semata-mata.. yg penting, selama perempuan yg aku kenai, baik2 belaka.. kn....?? mungkin kadan2 aku annoying, aku kasaq, ckp main lepas, kdg2 terlembut terlebih... adoyai!!!! aku x berapa nk biasa weih, sorry.. tapi aku tgh dok belajaq, macam mana nk pikat hati perempuan.. haha... standed org bujang ah... klu aku ckp aku nk pikat lelaki kn lg payah.. (-_-)" hangpa yg perempuan nih, bgtw la klu aku silap dn terkasaq.. sorry again..


anyway, aku salute semua perempuan di atas, sbb nya, sudi menyerikan hidup aku yg x seberapa nih.. ini suma keja Tuhan, kita x tw bila lg berpeluang nk bersua muka dn beramah mesra.. mcm entri yg lepas, aku lelaki normal, aku tertarik kt perempuan... maaf, aku bukanlah pervert, aku lelaki.. LELAKI....

~dear loggers, sorry, ayat aku berterabur, kepala pening, hatrik main hujan 3 hari nih.. maaf.. ini semua dtg daripada hati, harap maklum..sbnrnye aku nk ucap SELAMAT HARI WANITA kt semua wanita (maknyah, mak ayam, dll mak pn buleh la kot).. peace (^_^)

madah berhelah