Tuesday, May 10, 2011

the dark side revealed.

cerita lama tersingkap ;

kenapa setahun aku duk dalam ke-misery-an, gloomy, sad, alone dalam 'setahun' yang lalu? apsal lama sangat?

entah, tak sangka pun akan ambil masa setahun. diakui, itu zaman kegelapan dan kejatuhan aku. apa la yang syok sangat waktu tuh?

ok, here's the deal.

personally, daripada pengalaman lepas, sewaktu berkapel dulu, itulah moment yang paling indah yang kau pernah ada. "ala, tipu la kalau kau tak pernah berkapel sebelum nih" tanya seorang kawan. ya, aku tak nafikan, memang aku pernah berkapel sebelum dengan 'dia'. dan aku admit, bukan sekali aku pernah berkapel sebelum tuh, malah banyak kali jugak. walaupun dulu sekolah semua lelaki, tapi aku tak berkapel dengan lelaki ok! (-_-)" .

ok, back to ancient time. seriously, aku berkapel waktu djaman sekolah dulu bukannya dengan sorang, tapi pernah dengan 4 orang sekali gus. bukan nak cakap besar, bukan nak gebang, bukan nak bohong, tapi sumpah, aku pernah buat macam tuh dulu. ya, itu dulu. sorang kat perlis, sorang kat perak, sorang kat selangor, lagi sorang kat johor. pergh! macam mana aku buat?

alkisahnya, secara ringkas, perkenalan aku dengan mereka-mereka nih adalah melalui laman sosial Friendster, member aku pass nombor tipon aku kat budak sekolah perempuan (STF), kenalan member aku dan jugak dapat nombor time chat. aku belajar nak men-tackle perempuan nih daripada dorm mates aku, yang terdiri daripada pendebat yang handal dan manis mulut, dasar kaki perempuan, playboy yang tak pernah kantoi aktiviti kasanovanya dan jugak mat jiwang yang setia. haaa, itulah gunanya kawan! aku cedok sikit idea-idea nak mengorat nih daripada diorang la. jauh di dasar hati, aku nih punya pemalu, tak reti nak cakap dengan perempuan sebenarnya. sebagai tambahan, aku rajin jugak baca novel untuk dapatkan ayat-ayat yang bunga. hakhak! tak tipu maaa..

ah, itu dulu, djaman aku baru nak 'up'. walaupun ayat aku agak manis dan kapel sampai 4 sekali gus, tak pernah sekali pun aku keluar gi dating. tengok muka secara live pun tak pernah. sekadar bercinta dalam fon. nak rasa apa? buat-buat care, bagi ayat bunga-bunga, tengok gambar kat Friendster n paling habis pun, bergayut sampai habis kredit. haaa, ada sekali tuh, budak johor tuh hantar surat n gambar, ye la kan, sebab dia takde akaun Friendster, so dia hantar la gambar yang paling comel dan kiut. sekali tengok, fuh, tak boleh tahan. member dorm aku siap nganjing lagi, "ayat manis, muka tak cun, malang gila sial kau!! kite bekor je gambor budak nih, nak?!" hurm, aku pikir pun ade betulnya jugak, so, kitorang bakar gambar budak tuh hari tuh jugak, dan malamnya, aku declare clash dengan budak johor tuh (-_-)" cam cilake je perangai. kan? dia tanya, apa salah dia? aku cakap, aku nak fokus kat study sebab PMR dah dekat. oh ya, waktu tuh aku form 3, so, guna alasan exam la untuk clash. haha!

ok, itu cerita lama, djaman jahiliah aku. back to the top, kenapa setahun aku tak boleh lupakan 'dia'. sebab, perasaan yang wujud sewaktu dengan 'dia', aku tak pernah merasainya sebelum ini. tak pernah ada orang terima aku, semacam 'dia' terima aku, seadanya. dan aku tak pernah mencurah kasih dan jujur dengan orang lain selain 'dia'. perasaan tuh kuat, mungkin jugak sebab jarak antara kami dekat walaupun berlainan negeri kelahiran, itu bukan masalah. sebab aku tak pernah merasai disayangi dan dihargai sebegitu rupa, seriously!
yang sebelum nih, semuanya atas henpon je, apa feel? tak sama doe! getaran jiwa tak sampai dan menusuk waktu tuh, tak macam aku dengan 'dia'. memang tak pernah sebelum nih! dan aku pun tak pernah langsung sesetia ini kecuali dengan 'dia' dan aku pernah cakap, "walaupun awak bukan yang pertama, tapi saya janji, awak adalah yang terakhir," ya, macam ayat dalam novel, tapi ini yang lahir dari dalam hati aku. in short, ini adalah pertama kali aku merasai dan mengerti istilah 'bercinta'. jadi, bila membabitkan tentang jiwa dan perasaan macam ini, bukannya mudah nak hadapi bila aku kecundang kat tengah jalan! bukannya macam lagu Bruno Mars, 'easy come, easy go'. ingat senang-senang je nak cari yang lain. tak semudah itu doe! fine, muka aku muka tak hensem, dalam hati ada taman bunga yang indah.

fine, lu orang mesti nak bombard aku balik dengan menggunakan potongan ayat suci al-quran dan hadis apa bagai kan? tak pun guna ayat "nanti sampai masa, ada la orang nak kat kau tuh". paling jahat, "lu memang loser Wan, mana ada perempuan nak dekat kau, cermin la diri sendiri, jangan nak perasan.". ah, klise.

dah cukup, setahun aku berkabung, kubur cinta yang tak bernisan dan bertanda. thank God, i still have family n friends. tak lupa, thanx untuk 'dia', sebab ajar aku 1 lagi erti hidup, 'don't be loyal n pour too much love on someone, it may hurts u extremely bad someday'. mungkin aku betul dan aku salah. entah, macam tak kool je cakap macam nih, tapi, ini yang duk ada dalam kepala otak aku, so, tolong betulkan balik 'mind-set' aku.

sincerely,
ridhwan...
(the 'Buaya' had died)

Sunday, May 8, 2011

maaf

sometimes, i feel i made a big mistake being here.

i'm not tough enough, like u fellas,

i'm juz playing around, wasting money, flirting around (-_-)",

i have no direction, not take the road, going anywhere,

give me a gun, i'll make sure the bullets will go through my brain,

sorry mama, i owe u, i broke your heart,

sorry fellas, i think i should go away, far from here,

to an island, nobody there, only me,

i like to be alone, for now until whenever,

sorry fellas, i'm totally give up,

i quit, that's all.

with broken heart,
ridhwan...
(not a 'Buaya' anymore)

mama



happy mother's day mama!

u r the best!
i love u so strong. u too.
ikhlas dari anak lelaki sulung yang dahulunya sangatlah manja, tapi semakin menjauh sekarang. (-_-)"
mintak maap, anak ini selalu menyakitkan mu,
dulu ma pun pernah cakap, dalam 5 orang anak yang ma kandungkan, yang sorang ni la yang paling seksa ma kata. haa, mungkin sebab anak lelaki sulung kot.. hakhak!

diakui, anak lelaki inilah yang paling rapat dan manja sejak zaman sekolah rendah. bukan bias, tapi memang itulah hakikat. semanja mana pun, rotan, cubit telinga, kena curah air di subuh hari, berleter sampai cair telinga, tetap kena. tapi itu dulu. sejak masuk ke alam remaja nih, mungkin jarak yang menjadi pemisah antara kita. dengan jarang-jarang call nye ("oohh, tipon awek buleh lak" kata mama). ya, tapi itu dulu (-_-)"

apa pun, anak lelaki ini ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga for the love u pour, mintak ampun dan maap yang teramat atas 'kenakalan', jauh dari lubuk hati, love u, miss u lots Puan Norlya bt Baharom.. mmuah!



yang ikhlas,
alang...
(anak ke-3)

Friday, May 6, 2011

replying Munir's

long time ago, in ancient time, u wrote about me, hakhak! thanx, this is my reply, sincerely. :)

firstly, Munir, aku sepatutnya berterima kasih banyak2 kat kau, (ini ikhlas, tak tipu). sebab pada hemat aku, kau macam seorang musuh yang mendedahkan kelemahan aku. ya, kelemahan, bukan kemaluan ok!!! (=_=)"
seriously, ayat kau memang pedih dan menusuk "it's unfair to know the fact that u still can't get over the old memories when she's mending her new life,happily." 


ok, aku terima apa yang kau katakan, dan ya, it tooks me a year to get rid from 'it'. alamak, cerita lama macam nak berulang kembali nih. tapi takpe, itu sudah berlalu. 


btw Munir, aku dah tak merasai sangat perasaan setahun yang lalu itu. untuk makluman kau dan yang lain-lain, alhamdulillah, aku semakin menyembuhi dan terubat daripada luka semalam. ya, mungkin dapat dilihat melalui sifat 'ke-buaya-an' aku sekarang, mungkin daripada dulu lagi (-_-)", pada aku Munir, inilah ubat yang terbaik buat masa nih. well, u might bombard me back with, 'carilah ketenangan dari Tuhan, mintalah keampunan daripada-Nya n blablablabla blacksheep n so on'. kn? takpe2, yang itu pun aku buat jugak, tak tipu.


aku rasa, aku bahagia macam nih. menjadi seorang 'buaya'. flirting around, mencuba untuk men-tackle gadis seramai mungkin, calling some my classmates by using 'baby', 'darling' n 'sayang',  i like it n they seems Ok with it, hehehe (gelak Buaya). aku buat ini semua bukan sebab nak puaskan nafsu serakah aku, tidak sama sekali! tapi, sekadar aku cuba mengubat kelukaan yang lama itu. dan aku bukan nak pentingkan diri gunakan mereka, gadis-gadis yang aku panggil 'baby', 'darling' n 'sayang' sebagai mainan aku semata-mata, tidak! itu bukan niat aku. dan mereka sendiri pun sudah punya pilihan hati masing-masing dan aku tak terniat pun nak rampas awek orang tuh. tidak! sekadar memeriahkan kelas dan mengubat hati, macam yang aku cakapkan tadi. ok, tipu la kalau aku takde perasaan langsung kat diorang, tapi, we're professional kan? panggil la nama apa sekali pun, tapi hubungannya masih sekadar classmates semata-mata. oh, macam da menyimpang jauh nih!

aku nak tanya kat korang, salah ke aku jadi 'se-buaya' begini selepas 'setahun' itu berlalu. n i'm trying to mend my new life too, happily. thanx :)



sincerely,
Alang Ridhwan...
(Buaya Darat Never Dies Inc.)

Wednesday, May 4, 2011

surat untuk Nina

bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum w.b.t

Nina, abang nak tujukan surat nih untuk Nina, so, abang nak Nina tolong baca sampai habis.

baiklah, Nina, abang nak Nina tahu, yang family, abang, dan kawan-kawan, kitorang semua sayang kat Nina. kami harap, Nina pun sayang kami jugak.

Nina, sekarang, Nina dah ada yang punya, dalam kata lain, dah ber-couple. it's fine with us. itu perkara biasa, tambah lagi Nina dah habis sekolah, dah nak masuk alam peralihan daripada remaja ke dewasa. standed la, abang dulu pun couple jugak, kakak-kakak, even mak pun pernah ber-couple, tu yang boleh dapat Nina tuh.

sejujurnya, kami tak halang Nina nak bercinta dengan siapa pun, tapi kami tak jugak menggalakkkan Nina ber-couple sampai tak ingat dunia, hanyut entah ke mana. masa depan Nina cerah, banyak lagi Nina akan tempuh. dan alam ber-couple nih adalah salah satu perkara yang akan ditempuh, dan Nina tengah melaluinya sekarang. kami tak kata pun ber-couple itu jahat, dan bukan jugak baik. ia terpulang macam mana kita kendalikan perasaan itu.

daripada pengalaman abang sendiri, ber-couple itu indah. sangat membahagiakan dan menyeronokkan. semua  ibarat kita punya. kan? tambah lagi bila jarak antara kita dengan dia tuh dekat. boleh ajak keluar dating selalu, gi makan sama-sama, gi tengok wayang, jalan-jalan menghabiskan duit, dan lain-lain lagi. tak tipu. tapi, bila gaduh, ada merajuk-merajuk, ada jugak pujuk-pujuk, lepas tuh akan jadi happy balik.

tapi kan Nina, pada pandangan dan pengalaman abang sendiri, kita tak akan tahu perangai sebenar pasangan kita sehinggalah kita dah sah kahwin dengan dia. ok, abang tak kahwin lagi, tapi, ini daripada sembang-sembang dengan orang yang lagi tua. mungkin betul jugak cakap diorang, masa bercinta, kita akan cuba buat yang terbaik untuk kekal dengan dia. contohnya, kalau nak keluar gi dating, nak kena pakai baju cantik-cantik, nak pakai perfume sampai 1 liter, tempek bedak 3 inci, gincu sampai sama kaler dengan lampu trafik, dan macam-macam lagi. panggil pun nak 'sayang-sayang', sebab takut tak jaga hati, dia cari yang lain. sampaikan kalau kentut pun bau wangi. haaa, tu dia penangan orang tengah bercinta.

ok, back to the main topic. daripada pengetahuan abang, Nina dah berbaik balik dengan dia kan? mesti la lepas nih nak keluar gi dating, paling kurang pun sekali seminggu. tapi kadang-kadang family macam tak bagi. bukan nya diorang tak bagi sebab apa, tapi jangan la sampai korang kerap sangat keluar berdua. alah, macam la Nina tak tau, bila lelaki dengan perempuan keluar berdua, ada orang 'ketiga' kan? abang pun tak de la baik sangat, tapi kan Nina, diorang tak bagi keluar berdua kerap sangat tu bukannya apa, risau kan hal keselamatan Nina. yes, dia boleh janji dia nak jaga Nina baik-baik, dan Nina pun janji akan jaga kehormatan keluarga kan. tapi, kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku. bukannya nak mintak perkara tak baik berlaku, tapi, kan ada pepatah, jangan nanti dah terhantuk, baru nak tengadah?

again, pada kitorang, it's fine la kalau korang nak gi dating ke apa, baru nak 'up' la katakan, tapi, pada abang, tak salah kalau ajak kakak gi dating sekali. ok, bukannya nak potong stim ke apa,bukan tak nak bagi kebebasan, bukannya nak kongkong Nina, tapi, kami risau kat Nina, tu je. apa lah masalah sangat kalau keluar sekali, esok-esok dah kahwin, itu lain cerita, pergi la mana pun, tak de nye kitorang nak kisah. situasi sekarang, korang still tak de ikatan apa-apa yang sah. kan? Nina nak ber-couple, ok, kitorang bagi, tapi, ber-couple tuh bukannya tiket korang nak keluar berduaan sampai tak ingat dunia. ini bukan nada marah, ini sebagai peringatan untuk abang jugak. tak nak la hipokrit kan.

ok, Nina pun bukan budak kecik lagi, kitorang yakin dengan Nina. pada masa sekarang, kitorang nak Nina tumpu pada hala tuju masa depan Nina dulu. dah sambung belajar, dah stabil ekonomi, bila dah sedia fizikal dan mental, kahwin je terus. ok, nak ber-couple sekarang, teruskan, pada masa yang sama, fokus pada hala tuju Nina dulu. kitorang support Nina dalam apa jua perkara, selagi Nina jaga nama baik keluarga. boleh kan? kami semua, family, abang n kawan-kawan Nina, semua sayang Nina dan naka tengok Nina berjaya dan capai lebih daripada apa yang kami ada.

yang ikhlas
Alang  Ridhwan..
(Buaya Darat Never Dies Inc.)

Tuesday, May 3, 2011

tekanan

ok, credit to Teha sebab kasi idea nak menaip hari nih.


kepada ridhwan,

tekanan. stress. pressure. hard to breath. tired. lame. sorrow. nervous. dizzy. vomit.

exam dah dekat. pengalaman lepas kadang-kadang dilupakan begitu je. dah banyak kali, jangan buat kerja last-last minute, haa, buat lagi benda yang sama. apa nak jadi nih? takkan la setiap kali nak ada orang bagi 'wake u call' ? come on la ridhwan. dah la tak hensem, ada hati nak kat orang, belajar pun lebih kurang je, macam mana nak jadi doktor bila dah keluar maktab nih? hadoyai. mama selalu pesan, 'don't break my heart'. ya, mama pun da start cakap omputih. haduih!

nak jadi apa nih?

yang ikhlas
alang...
(Buaya Darat Inc.)

Monday, May 2, 2011

Changkat Lada - Sg. Petani

alhamdulillah. hari ni cuaca memihak kepada aku. semuanya berjalan lancar, cuma ada sekali, hampir kemalangan, ada kereta masuk simpang secara tiba-tiba. berdecit jugak tayar, brake emergency, ade la dalam 4 meter, laju punya pasal, haha!

nasib baik betul, selisih dengan kereta pun da goyang lain macam, ini kan pulak lori dengan bas, boleh pulak bantai main cucuk-cucuk, mentang-mantang la diorang banyak tayar, aku ada 2 je. yang kereta pun lebih kurang sama gak, mentang-mentang 4 wheel, aku yang 4 stroke nih pun nak di nganjingnye, cilake punya perangai.

btw, sampai kat RnR Bukit Merah, sakit perut, tak pe lagi. lepas tuh boleh rasa ngantuk pulak! ok, kasi cuci mata sikit. oh ya, rezki aku, hari nih ramai awek cun yang berkeliatran di sekitar RnR, segar sikit jadinya, haha!  tak pernah dibuatnye bawak moto jadi ngantuk, kalau bawak kereta auto tuh logik jugak. adoi. ni penangan tidur pukul 2.30 pg malam semalam la nih!

ok, tak nak stop lama sangat, nanti jadi lagi penat, so, penuh kan tangki minyak, kasi gerak. fuuuhh, roughly, 5 jam perjalanan dari rumah. kalau tak salah, pukul 9 pagi keluar rumah, tepat jam 2 petang da sampai maktab. eh, standard ah, naik motor 4 stroke, 110 cc, kre orait ah tu. campur stop isi minyak ngan berak pe sume, kre ok la kn? kalau naik kereta steady la 3 jam. tipon Puan Mama, beliau terkejut "aih, laju semacam je," (-_-)" ala ma, standard ah, muda, hehe :)

betul, kalau diikutkan, memang bosan bawak motor lama-lama. bontot kebas, apa hiburan pun takde. yang dengar bunyi hon kereta, bunyi angin, awek cun dan jugak binatang-binatang yang mati kat tengah jalan. haih, da macam-macam gaya aku buat nak bagi hilang bosan. antaranya ;
huish! gila! mana aku reti buat camnih!
nak rasa kena 'cium' ngan lori, try la..

ala superman gitu

alhamdulillah, bersyukur sangat, selamat pergi dan balik. badan lenguh, kepala ting-tong, rasa mual-mual, dah macam jet lag pun ade. tapi takpe, Buaya Darat Never Dies :P

oh, ini bukan lah pesan Puan Mama, harap maklum (-_-)"

madah berhelah