Sunday, May 29, 2011

hepi besday BOS!

bismillahirrahmanirrahim,

entri kedua dari kampong halaman.

tahukah anda, semalam besday 'Big Boss', memperkenalkan.



Tn. MOhd Shokri, Pn. Norlya dan 2 orang anak teruna.

hepi belated besday to abah, ok, nak tulis panjang2 pun bukannye abah baca blog nih kan, muahaha!
tapi takpe, u r the best abah in the world. 
sincerely
alang...











Thursday, May 26, 2011

Sg. Petani - Changkat Lada #2

alhamdulillah, hari cantik hari nih, cuma awal pagi hujan sikit, mentang-mentang la aku tak basuh motor, tau2 je hujan.

hari nih aku gerak balik ngan 'Wan' yg lagi sorang, dia turun Ipoh, aku turun highway KK. berenti makan2 sikit kat RnR Bukit Merah. nasik lemak dia bes woo! tak caya g try sendiri.

btw, hari nih punya journey tak hujan, matahari terpacak dari maktab sampai umah. elok je sampai umah, dah masuk Zohor. alhamdulillah. oh ya, tadi sebelum gerak, elok je nak keluar maktab, aku nak tutup 'visor' helmet, entah macam mana boleh patah. nah, amik kau, bawak motor takde 'visor',jalan jauh pulak tuh, habuk masuk mata. huwaarrghhhh! so aku tak layan laju, bawak slow je tadi. maintain 80km/j.

 woih! gila bosan kot tadi. takdak awek cun kat seat belakang, itu 1, entah macam mana boleh tangkap ngantuk daaa... serious, ini memang jarang berlaku. gagahkan jugak la mata.

oh, nak sembang panjang pun tak tau nak merepek apa, n fellas, selamat bercuti. jaga diri masing-masing. panjang umur, jumpa lagi.

oh Syahira....

alhamdulillah, 1 semester sudah berjaya di tempuhi. berjaya kah? result nya nanti harap eloklah.

malas nak cara pasal exam, again, jgn kena repeat udah,, amin ya rabbal a'lamin..

oh ya, seperti yang dijanjikan sama itu Syahira, aku nak tulis sedikit cerita pasal kau. ikhlas daripada Yang Maha Mulia Duli Tuanku Sultan KK Ridhwan yang masih single dan tak 'buaya', beriman lagi bertakwa. muahahaha! suka ati aku la nak puji diri sendiri kan. rasa menyampah, pi main jauh2!

ok fellas, memperkenalkan, Saudari Siti Syahira bt MOhamad Zuki.. hoyeh!! kasi tepuk tangan sikit sama beliau. alhamdulillah, bertambah lagi usia seorang lagi insan yang bakal bergelar cikgu nih!

amacam, comel kan?


baiklah fellas, seperti pada entri2 yang lepas, mesti la aku macam nak kasitau serba sedikit biodata beliau kan. ah, peduli apa klise ke tak.

asal : Pasir Puteh, Kelantan
umur : 20 tahun. (yehahaha, kasi tepuk tangan sikit)
status : ah, tanya yang empunya diri, aku tak campur. be gentle (again, ayat Munir)
kesukaan : apa sahaja berkaitan hiburan daripada Korea, makan2, dan jalan2
penggilan mesra : Sera, Syahira, dll (-_-)"

aku kenal orang ini waktu sem 1 foundation. 1 kelas. jadi PKK (Penolong Ketua Kelas) waktu tuh. haha, kalau tak salah, aku yang lipat kot. sebab waktu madam ape entah tanya sapa KK ngan PKK, PKK tak dilantik secara rasmi. kebetulan waktu tuh dia tengah padam white board, so aku pun sebut la, "yang tengah dok padam whiteboard tuh la PKK", dan secara tak langsung, jadilah PKK untuk sem 1 tuh. muahahaha!!!

ok, kalau perasan kat gambar nih, dia beruniform silat cekak ustaz hanafi. haaa, kepada laki2 yang memasang hajat untuk menggatal dan cuba-cuba mengambil kesempatan dan tak takut nyawa melayang, boleh nak try test si Syahira nih. haa, tapi kalau nak sunting 'bunga' Tn. MOhamad Zuki yang sorang nih, jangan tanya aku. nak suruh aku jadi orang tengah, tak dak masalah. hehe. bak kata pantun aku,

"kecil-kecil cili padi, 
cili padi terasa pedas, 
kalau sudah berkenan di hati, 
masuk meminang lah dengan lekas."

oh ya, dan aku pun tak berapa pasti lagi sure kenapa si Syahira nih selalu di kaitkan sama Rahimi. haha, aku tak nak lipat korang, tapi kalau dah jodoh tuh, tak ke mana jugak kan. muahahahaha!! 

oh, lastly, kepada saudari Syahira, bertambahnya umur bukannya bermakna kita makin muda, tapi makin tua. dah masuk 20 puluh, tak main la belas-belas nih. nak bagi nasihat panjang lebar, aku bukannya bagus pun, kalau nak suruh aku merepek boleh la. btw, beta mewakili seluruh kerajaan P1P (sekarang P2P), mengucapkan hepi belated besday to you. semoga panjang umur, murah rezki, sampai jodoh, jemputlah kami makan nasik air nasik kenduri. smile always, never hide. peace.

Saturday, May 21, 2011

'Ismi Afiqah... anta?

"cik Wan bias!!!! tak nak tulis pasal Ika pun utk besday kita... orang lain buleh lak... takmo kawan ngan cik Wan dah!!!" kata Ika dalam hati..

ah sudah! ada orang mau merajuk sama aku. (-_-)"

oups! don't u cry tonite Ika, bukan Wan x sudi, tengah ngumpul idea sebenarnya.. (ayat nak bela diri)

muahaha.. fellas, memperkenalkan, Saudari Siti Nur Afiqah bt Rousliluddin (^_^)

smile :)

panggilan mesra : ika
kesukaan : KFC, posing depan cameras :p
status : tanya empunya diri, be gentle (ayat Munir)
umur : 20 tahun
asal : Batu Pahat, Johor
kelebihan : senyuman yang manis yang menambat hati

nak tahu lebih lanjut, check kat sini. oohh Ika, ade blog x nak kasi tau haaa.. sampai ati :(

nak cerita panjang, takut banyak auta pulak. tak pasal2 dapat dosa.

ok, Ika, firstly, Hepi Besday yang ke 20!!! ya, ini bukan mainan mahupun mimpi. anda sudah selangkah ke alam dewasa. aiceh. welcome to the club :)

nak story pasal Ika sikit. pertama kali kenal, waktu orientasi, kalau tak salah. dari jauh, nampak macam happy-go-lucky punya orang. senyum, hehe, chumil shangat!!!!! kalau lah kata aku tak pilih 'dia' dahulu, mungkin aku akan pilih Ika. oh, itu cerita lama fellas.

kelasmate sejak semester 1, banyak perkara yang telah difahami dan dipelajari bersama. gadis ini mudah tersenyum, suka berceloteh dalam kelas, berniaga tudung, namun begitu, gadis ini hatinya mudah tersentuh. menangis bukan kerana kalah, menangis bukan kerana lemah, tetapi sekadar menenangkan hati yang gundah. mungkin itulah yang dapat aku describe serba sedikit tentang Ika.

ok, bawak berjalan sudah minggu lepas kan, so, kira hadiah la tu ae Ika, cik Wan tengah bajet burst kaw2 nih..

sehingga ketemu lagi :)

Friday, May 20, 2011

sembang tengah malam

ok, dah lama tak sembang sorang-sorang kat blog, dan Rahimi pun dah bising, apasal aku tak update..

olrait,

memula sekali, bajet aku burst gila babas bulan nih, sangatlah kritrikal dan kejatuhan ekonomi. nasib aku macam baik, Tuhan tak berlaku kejam dengan aku, sebab Dia bagi aku members yang sudi 'memayung' aku dikala kesempitan macam ini. alhamdulillah. oh, diorang 'payung' ape, itu biar aku dan diorang je tau. oh ya, alhamdulillah, tak kebulur, cuma lapar, standed la tuh, ada orang lagi lapar daripada aku, bersyukurlah (-_-)"
oh, terima kasih kepada Saudara Acik dan Saudari Along, kerana dengan bermurah hati dan ringan tangan nya menghulurkan 'advance' kepada saya.. esok lusa Alang kaya, korang order je, Alang bayar, jangan lupa claim. dan kepada saudara 'R' dan 'N', terima kasih atas ke-concern-an dan keprihatinan anda kepada saya. nanti aku kaya, hangpa pun boleh order nak makan apa, bayaq sendiri.. haha! siyes terharu, mana aku pernah jumpa kwan yang concern macam hangpa! tengs bros.... :)

ok, next, cerita exam! ah, tak payah ckp banyak, stadi pun macam entah ape je, mintak jangan kena repeat sudah.

oups, minggu lepas, bajet aku burst jugak sebenarnya. tapi, tengok wayang 2 kali, cerita Kongsi, Shaheizy Sam dia punya hero. tak nak komen banyak, biasa-biasa saja. dan waktu tengah bajet burst dan tak berduet tuh jugak la aku boleh terlepas sampai ke Penang. haih, nak jadi ape nih? bukannya apa, aku juz membawak orang je, nak celebrate besday Cik Ika kesayangan, celebrate awal, so, bawak la jenjalan. plan dan idea asal, Cik Izati, dia punya planning, aku follow ja, drive kan kereta Nadir. lagi 1 kereta Awie punya, boleh la nak main cucuk2, tapi memandangkan yang aku nih men-drive kereta orang, so, nak bawak laju2 pi mana??

seterusnya, minggu depan nak pulang ke kampung halaman. masih tak decide naik bas or motor. naik motor, sudah tentu restu daripada Puan Mama dan Saudari Along. entah-entah kena nganjing lagi macam itu hari. haha. oh, how bout Tuan Abah? adakah beliau merestui?? ah, beliau tak banyak cakap, pandai2 la nak survive. haha, steady la bah..

oh ya, Selamat Hari Guru kepada cikgus yang telah banyak mengajar arti kehidupan. daripada Taski Al- ape entah aku dah lupa, sambung ke S.K Changkat Lada 2, dan juga Sekolah Bintang, semua2 yang menunjukkan jalan kebenaran dan jugak jalan 'setan'. haha!

oh, terlupa, itu hari aku ada try masuk contest, cikgu sekolah aku buat, tak menang, fine, saya budak baru belajar bertatih. (-_-)" dengan penuh harapan nak menang sebab hadiah dalam berbentuk uwang!!!!! takpe2, takmo kawan ngan cikgu dahh!!!!! muahahaha!! (sila abaikan)


sekitar gambar jenjalan minggu lepas. Taman Botani (masuk free), n QB Mall (movies watching).. credit to Teha, Syahira n Syafik 4 their cameras... :)

ah sudah, melepas ke apa..

the heroes of d day!

the heroins. oh, status mereka, tanya empunya diri sendiri, be gentle (ayat Munir)

somewhere around QB Mall

bukan tikets aku

ya, dan ini bukan kereta aku

saudara Awie dan penumpang

Saudara Aku dan ahli kereta

oups, skandal, kah? (hepi besday Cik Ika -kesayangan-)




dah, cukup, aku nak pi clubbing study..

Saturday, May 14, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



bismillahirrahmanirrahim,

hari ini,
aku melihat si dia mengendong buku RPH nya,
dengan buku latihan murid-murid nya,
dengan seribu harapan di benaknya.

hari ini,
aku melihat dia berjalan dari satu kelas ke kelas,
langkahnya kemas,
masuk sahaja ke situ,
seribu satu suara menjadi sunyi,
semua mata terpaku padanya,
begitu sekali pesona yang ada padanya,
aku melihat penuh kekaguman.

hari ini,
aku mendengar bicaranya,
petah dan berhemah,
suaranya agak tinggi,
bukan hendak memarahi,
supaya muridnya mendengar,
masuk telinga kanan, terus meresap dalam otak.

si dia yang aku kagumi,
yang aku sanjungi,
yang aku hormati,
jasanya ditabur tanpa mengnal erti lelah dan putus asa,
tak terbalas oleh muridnya,
aku berdoa agar Tuhan merahmatinya sentiasa,
kerana dia,
GURU yang mengajar ku erti hidup,
menunjukkan ku jalan,
menerang di kala aku kegelapan,
penghibur kala sunyi,
dialah GURU ku,
sejak dahulu, kini, dan selamanya.
terima kasih cikgu,
Selamat Hari Guru.
tulus dan ikhlas
ridhwan...
(salah seorang anak muridmu yang kudus)

Wednesday, May 11, 2011

haiku

the smiles that never fade, the shining eyes, n the sweet talk,

God,

i still love the girl.

the dumbo,
 ridhwan...
(the 'Buaya' already died)

madah berhelah