1. cuti dah nak habis seminggu, tapi, tak pergi holidays lagi. uhuk2! wait! yang pegi Klang tu kejadahnya? oh, itu majlis pertunangan akak sepupu yang baru posting kat Bangi, dah bekerjaya tetap, punya wang sendiri yakni gaji, stabil ekonomi dan bla..bla,,bla..bla.., jadi, tak masuk dalam list percutian. dem!
2. nak gerak cane, member kampong takde. jadi, duk rumah diam2, ngecat rumah. wahh! asal cuti je ngecat rumah, asal ngecat rumah je cuti. tapi ini mengecat rumah sendiri, feeling dia lain. serius! berbanding ngecat rumah orang hujung tahun lepas, ngecat rumah sendiri adalah lebih terasa berata tulang, yakni rasa malas. buat kerja sorang2, tanpa tembakau yang ibarat 'pain killer' diwaktu keletihan, menjadikan keletihan berganda. tapi, di sebalik itu, hal makan aku takyah kesah sebab tengah hari Ma da masak, duit minyak pun tak keluar, so, tak de hal kat situ.
3. meminjam perenggan daripada blovel Rokok Nan Sebatang oleh Nami, "Kita lahir di dunia ni - bukan kita yang mintak - tapi mak bapak kita yang nak - lepas tu kita nak jadi diri sendiri pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Lepas keluar rumah pergi sekolah dengar cakap cikgu. Lepas tu pergi universiti dengar cakap lecturer. Keluar universiti masuk kerja dengar cakap boss. Pergi masjid dengar cakap pak lebai. Bilanya nak dengar dari diri sendiri?" monolog Wan sambil merenung dari tingkap luar menghisap rokok.
No comments:
Post a Comment