Friday, June 29, 2012

orang baru

rasa malas. pedulikan kata orang. dia dah nak kawen? xpe, nanti, sampai turn aku, kau rasa macam mana aku rasa. xda hal la.

1. aku ada masa dalam 8 ke 9 bulan, untuk buat transformasi diri. so that, bakal anak buah aku, tak ikut perangai2 mazmumah Pak Lang dia yang bermasalah nih. but still, 1 benda yg aku akan instill dalam diri anak buah aku adalah, sentiasa hensem (kalau lelaki) dan cantik (kalau perempuan) sepanjang masa. macam Pak Lang diorang nih, yang soleh, beriman, hensem lagi bertakwa.

2. lagi, congrats untuk Along dan Abang May.

tmbah lagi 1, 'dan baby'... weeeeee :)

Tuesday, June 12, 2012

holiday yang ...

1. tak seperti cuti semester sebelum nih, cuti sem kali nih terasa begitu lain suasananya.

  • minggu pertama cuti, sebok dengan persiapan majlis walimatulurus Along.
    • sepanjang minggu pertama, tak merasa sangat masakan daripada air tangan Ma, masing-masing sebok, so, dari sarapan ke makan malam, semuanya beli kat kedai.
  • minggu ke dua cuti, sebok mengemas balik rumah, pulangkan balik pinggan mangkuk, periuk belanga, setelkan homestay yang sedara mara lepak time kenduri. berehat sebentar daripada aktiviti-aktiviti berat seperti melepak di kedai Mek, sebab peha melecet, terlebih aktif time kenduri (menandakan yang guwa suda sangat gemok)  
  • minggu ke tiga, sedang memulihkan diri dan berehat secukupnya. semester baru sudah mau start.
    • sempat menghabiskan masa seharian bersama member sekolah rendah, di Teluk Batik. berendam air laut daripada pagi sampai ke petang. hasil yang memuaskan. sunburn, hitam, gelap. baru la puas mandi laut der!
    • dalam tempoh minggu ketiga nih, aku jadi anak tunggal. Along lepak umah mak mentua, Angah lepak rumah sendiri, Acik n Ayang pegi sekolah. so, tinggal la si Alang melangut sorang-sorang kat rumah. takde orang nak ajak gaduh. paling kuat, berebut siaran dengan Ma.
2. aku merasakan pertalian hubungan aku dengan Ma mcm dah tak mcm dulu. guwa berebut remote TV Astro ngan Ma. makan tengah hari kat kedai, sebab Ma puasa sunat. makan malam, cam besa, lepak kedai Mek. time nak pick up aku gerak gi Teluk Batik, 2 ekor mangkuk hayun, Ijam dan Ibe buleh bantai isap rokok dalam kereta. chis! kantoi suda aktiviti kejahatan aku secara tak langsung. arghhhh!  apa aku nak jadi pas nih?

3. gambars sekitar majlis walimatulurus Along dan Abang May
with Ayong n Adek. inai di jari? yes.
apasal guwa jadi terencat, entah.
with Along n Kak Ila. 



4. lu orang, pe cer holiday? guwa dengar Teha jadi orang key-el (KL), Izat bertunang, betul ke cerita yang aku dengar nih?


Friday, June 8, 2012

Along's Wedding + holiday + konklusi semester 3

bukan salah aku! tapi Along yang X bayar bil Streamyx rumah. kesudahnya, kena buat pinjaman Ah-Ma untuk setelkan hutang dengan Tm, lalu baru la boleh kembali ke alam maya yang fana. -_-"

1. tahniah buat Along, dan Abang May. kenduri yang sederhana besar, tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara yang jauh dan dekat, tetamu yang tak putus-putus daripada pukul 11.30 pg sampai 3 petang. fuuh!!! terrbaik.

2. hampir seminggu, tidur X cukup, makan beli kat Kedai, buat goodies bag utk tetamu, kemas rumah apa semua, pergh! nak kenduri punya pasal. lagi meriah daripada hari raya. sian Ah-Ma, sakit2 badan jadinya. jadi, guwa sudah decide, nanti guwa punya majlis, guwa plan buat kat Dewan Besar / Hotel. tak payah susah2 nak kemas rumah.

3. tengah sibuk masa majlis kenduri, guwa lalu depan bilik pengantin, nak amik barang dalam bilik Ah-Ma, aku jenguk Along tengah finishing mekap, dengan baju pengantin dia, tiba-tiba aku terasai sebak. entah kenapa, terlalu gembira mungkin.

4. semester 3 melabuhi tirai. alhamdulillah. mengenang balik cerita dari awal tahun ;

  • meninggalkan bantal dan tilam asrama. yakni pindah masuk rumah sewa. agak kelam kabut, apa barang pun takda kat rumah tu. apa yang dibawa hanya, bekalan iman dan taqwa. 
  • suasana kelas, tak banyak perubahan. tapi aku ada perasan 'transformasi' yang lebih ohsem daripada siri cerita filem Transformers. salute untuk mereka! semoga Allah merahmati perjuangan kalian.
  • oh, rumah sewa kena pecah. laptop, hard disk, benda2 lain ada hilang. argh!
  • penukaran subjek minor daripada Sivik kepada Sains. urgh! tambah lagi kelam kabut. 
  • voucher buku 1 Malaysia. terima kasih kepada kerajaan.
  • esaimen. direct buat last minute. sifat mazmumah yang susah nak di hindar. pukul 4 pagi, pekena nasik kandaq (lapaq kot buat gheja tengah2 malam)
  • Gerko unit berunifrom, KRS. ok, not so bad along the semester.
  • rugby. back to the basic of play. 
  • meneruskan dan masih memegang title 'single'. 
  • towards the end of semester, kembali buat perangai escape kelas, kali ni lebih parah lagi daripada penghujung sem 2 lalu. damn!
  • semakin boleh mengawal pengaliran wang keluar. sedikit bocor di sini sana, tetapi ada improvement. 
  • exam. argh! jangan kena repeat sudah.

taken from Along's Fb.

madah berhelah