Tuesday, February 28, 2012

action song 2012

alhamdulillah,kemenangan masih berpihak kepada kami..kemenangan utk kali ke 2 berturut-turut..


kerjasama adalah kata kunci untuk mencapai apa jua target,tbah lagi bila membabitkan ahli yg ramai..


congrats jugak untuk semua team yang bertanding. even penyertaan tak banyak macam tahun2 lepas,tapo saingan tetap sengit. tiada istilah bias, berat sebelah,or yg berkaitan. it was a fair play. every te had their own strenght. (keputusan hakim adalah muktamad,surat menyurat tak dilayan). next year kita fight lagi,ok :-)


again,to team members, classmates also for supporting this team,we gonna cheer u on choral reading competition pulak,ok?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

dari rumah kampung

1. kelam kabut nak balik kampung, sampai laptop rahimi buleh tertinggal kat pondok pak guard semalam. nasib baik ada, kalau tak, entah la. sori Mi, aku careless.

2. bas Sri Maju dari SP ke Ipoh serius laju! 2 jam setengah je da sampai. selalu 3 jam.

3. Angah amik dari Ipoh. otw nak sampai rumah, ma cakap Tok Teh (tok sedara) tengah nazak.

4. elok sampai rumah, ma baru je gerak ke umah Tok Teh kat Beruas. siap2, makan sesuap dua terus gerak. elok sampai rumah Tok Teh kat Beruas, berlaku miscommunication. rupanya TOk Teh ada kat hospital Manjung, mak Ngah baca mesej X habis. takde sapa la kat rumah.

5. tapi adek beradek Kedah semua turun. sakitnye Tok Teh mula2 kencing manis, kena potong ibu jari kaki sebab taknak kasi merebak. tapi, lepas tuh kena potong kaki. tak lama lepas tuh kena strok. yang baru nih kena strok kali kedua. buah pinggang dah x berfungsi sangat. even doktor pun cakap, bawak balik rumah je.

Tuesday, February 21, 2012

rumah sewa #10

1. hari nih, guwa nyaris2 beli henpon baru. yang boleh sentuh skrin, yang boleh main sweep2, yang ada android, yang.... ah, macam2 lagi. gila tak geram, tengok sorang2 pakai henset cenggitu. nasib betul. bila pikir balik, dah macam jadi hamba kepada sistem kapitalis. aku taknak jadi hamba kepada kapitalis, aku hanya nak beli henpon baru, sebab yang aku ada sekarang nih henpon ihsan daripada mak.

2. syok apa ada henpon yang ada kamera. aku suka gi jenjalan. buleh amik gambor ke apa. nak main MMS, buat hape?! guwa tengah plan 'Kembara ke Pantai Timur'. so guwa prefer henpon yang berkamera. nak kendong DSLR mcm Teha ke hulu ke hilir, guwa rimas. dengan henpon berkamera, mengambil gambar bogel motor, bukan lagi satu masalah.

3. tapi jari jemari aku besar cam gajah, bak kata Cik/Puan Amalini suatu ketika dahulu. so, aku pun dah try sejauh mana kesesuaian jari aku untuk menggunakan henpon sentuh skrin, ada sedikit masalah. memang jari macam gajah. kalau guwa beli Samsung Galaxy Note atau S2, lebih sesuai. tapi bajet guwa mana nak cekau?

4. tapi bila guwa pikir-pikir balik, harga henpon tuh esok2 turun jugak, kan? so, guwa lebih bernafsu untuk bikin motor, buat masa nih. nak bagi laju macam moto GP, gile ape, terbarai cover set. tapi untuk spare part motor harga memang tak goyang, still macam tuh je. moto mau kasi hensem, lepas tuh cari aweks, buleh ajak ride, lepas tuh 'main brek2'. KAHKAHKAHKAHKAH! nafsu kuda punya manusia. KAHKAHKAHKAHKAH!

5. minor sains. yeahahahaha!

Saturday, February 18, 2012

muvie review

sedara sedari sekalian, sudahkah anda semua menonton muvie Real Steel lakonan Hugh Jackman?

Real Steel Film
credit to http://teaser-trailer.com/movie/real-steel/


personally, cerita ni lebih dari sekadar robot main boxing, but beyond than that (mcm ayat Madam Bebe). a relationship between a father n a son, yang perangai memang sebijik macam "bapak borek anak rintik". ending yang break from the cliche. sesuai untuk tontonan semua, untuk tontonan umum, mak, abah, along, akak, abang, adik, pasangan kekasih, pasangan suami isteri, apa semua la. tapi ada part kissing sikit, standed la citer omputih kan? gambar pon cantik, credit to Rahimi. 

errrr, agenda-agenda Iluminati, aku tak pasti, mungkin kena tengok lagi sekali dua, baru buleh detect. well, dakyah Freemason nih kengkadang kita tak sedar. tahu2 dah meresap dalam budaya. kena refer kat ILuvIslam.com, mungkin Mighah, Teha dan Izat buleh tolong? 

btw, its a nice muvie. seriously. kalau tak kerana tengok ramai2 kat rumah nih, memang aku nangis dah bila part seorang ayah mintak maaf sebab 'jual' anak dia kat awal2 cerita. lagi bila sampai final fight, shoot yang direktor amik, memang menyentuh jiwa, padahal robot tengah pukul opponent.

in the end, u, should watch this muvie.

rumah sewa #9

alhamdulillah. selamat pergi dan selamat pulang. perjalanan hari ini memang jauh. kesimpulannya, di hujung nanti akan aku simpulkan.

1. Izat jemput ke kenduri doa selamat kat rumah beralamat di Aloq Setaq. tuudiiaa. nak kata jauh, boleh tahan kot, tapi, berbaloi-baloi. tapai pulut memang terbaik, fevret aku. nasik sama ayam masak kuning, dengan daging panggang cicah air asam memang terrrbaikkkk! thanx Izat n Family. insyaallah pasnih kalau2 ada kenduri kahwin hang ka, jangan lupa jemput.

2. dalam on the way ke Aloq Setaw, polis buleh buat roadblock kat tengah2 highway. ya kawan-kawan. tak pernah-pernah lagi aku kena tahan kat tengah2 highway gitu, aku ingat kan orang tengah repair jalan, sekali polis trafik sama peronda lebuh raya tengah buat operasi daaa. cuak la jugak, sebab road tax moto dah nak mampuih. lesen pun dalam bulan 3 nih tamat. Rahimi yang duk kat belakang pun dah menitik peluh-peluh jantan. mesti la peluh jantan, dah dia lelaki. alhamdulillah, lepas!

3. alang-alang dah sampai rumah Izat, terperasan sign board ke Padang Besar, dalam lebih kurang 78KM je lagi. aku acah Rahimi, jom ah ke PB (Padang Besar) laluh, ye (dia) cakap "aku bereh jah, ikut mung ah". hehe, tak pikir panjang dah, siap makan2, terus ke PB. muahahahahaha!

4. dari umah Izat ke PB tak la rasa jauh, walaupun 78 KM. mungkin sebab excited kot. Rahimi pun tak pernah sampai lagi, so, rasa macam dekat je. macam je ok. walaupun basah kena hujan lebat nak masuk PB, kasi redah saja, hujan air maaaa. alhamdulillah, buat pertama kalinya Rahimi menjejak kaki ke PB, dan aku pertama kalinya sampai sana dengan menaiki motor.

5. takkan la nak balik tangan kosong je dari PB? tidak mungkin! ada la kitorang beli sebarang dua benda yang dihajati. just barang yang Izat kirim je yang tak kitorang jumpa, maybe next time ae Zat?

6. nak balik dari PB, rasa macam tak kena pulak. apa la salahnya singgah ke Kangar jumpa member lama. berkenalan sejak djaman Friendster, membawak ke djaman fesbuk, pertemuan buat pertama kalinya setelah kenal sejak penghujung 2007! gila tak nervous!

7. comel orangnya, cek mek molek. haha! terima kasih daun keladi Cik Ezzah. walaupun singkat, walaupun kita tak sempat nak borak panjang, maaf sebab terlupa bagi ole2 dari PB. insyaallah next time, kita main boling kat The Store Kangar ae? mungkin ini pertemuan kali pertama, but I hope, ini bukan terakhir kalinya kita berjumpa, kan? kan? kan?

8. otw nak balik ke SP, entah macam mana, buleh salah amik jalan. tup2 nak sampai ke Sintok dah! cer try google Sintok tuh kat mana. tak hujung dunia jugak sampainye. Rahimi kat belakang dah pucat, campur dengan sejuk ketar kena hujan silih berganti. aku dah nak menangis, dengan minyak motor pun nak cecah 'E', sign board Aloq Setaq pun tak de bayang, huwaaaarggghhhh! jalan dah la gelap, kereta lalu lalang pun takde. alhamdulillah, dugaan perantau la katakan. malu bertanya sesat jalan, dan akhirnya, jumpa jalan balik. lega sungguh terasai.

9. hari nih, 18 Februari, aku, nak ucap selamat ulang tahun kepada Abang May, merangkap bakal abang ipar (aku tahu pun sebab notification FB), kepada Cik Mazlina yg kini belajar kat UTP, kepada Cik/Puan Amalini, yang....... errrrrrrr... uhm, happy birthday ye korang! semoga diberkati usia, dimurahkan rezki, dikurniakan keluarga yang gembira, dan bahagia bersama yang tersayang hingga ke syurga. tulus dan ikhlas daripada insan yang tak seberapa, Alang Ridhwan.

konklusi : bila pikir2 balik, macam tak caya je sampai ke PB dengan motor. nak kata gila, alhamdulillah, waras lagi. berbaloi-baloi, dapat jumpa insan yang aku crush sejak djaman Friendster. malu bertanya sesat jalan, next time, gunakan GPS, insyaallah tak sesat sampai entah ke mana-mana. aku letih, nak demam rasa. tapi, thanx a lot to Cik Ezzah, again n again. see u again. peace.

Wednesday, February 15, 2012

rumah sewa #8

1. simpan lama-lama pun tak guna, nanti jadi basi. thanx Mighah, for saving me n Syafik the other day. aku tak tahu la nak cakap guane, tapi, tak ada perkataan lain selain terima kasih yang aku n Syafik buleh ucap. thanx!

2. presentation, dear group members, aku mintak maaf giler2, sebab aku tak menyumbang apa2. kalau setakat nak buat discussion memalam, aku takde hal maaaa, Taman RIa Jaya ngan maktab jauh mana sangat, kalau MIghah bersin pun aku buleh dengar. oups!

3. aku ada perasan beberapa perubahan kat dalam kelas. bagus2. sejuk mata memandang. dah buleh buat calon menantu dah tu.

4. dah seminggu, abam pegawai penyiasat still tak contact pasal kes pecah rumah itu hari. nampak gaya, aku merelakan je la pemergian laptop tuh. ada la sikit harapan, kot2 boleh dapat balik, tapi, ibarat anjing menyalak bukit, anjing sakit tekak, bukit kena tarah dengan pembalak.

5. elaun. bayar itu bayar ini, tolak duit rumah, bil streamyx, potong rambut kat salon amoi, makan KFC tengah malam, tup2 bersih kat aku ada lagi RM800. haaaa! lapan ratus je yang tinggal. nampak gaya, nasik berlauk telur goreng jugak yang menjadi pilihan.

6. musim esaimen menjelang! harapan ringkas, siapkan esaimen tepat pada waktunya. good luck fellas!

7. 14th February, valentine's day. 18th February, can i skip that day?

Friday, February 10, 2012

rumah sewa #7

1. elaun dah masuk, tapi tak banyak macam sem lepas. bersyukurlah kita, daripada tak dapat sehabuk pun. kena rearrange de bajet yaww!

2. tak merasa laptop baru la nampak gayanya.

3. presentation, debat, public speaking, I want to be a damn good speaker!

4. berat badan ada sedikit menurun, n I'm motivated! but the hardest part, to keep it low. Istiqomah ya ridhwan, Istiqomah.

5. nampak gaya macam bersepah je budak maktab kat sekitar SP hari nih, elaun da masuk la katakan, kita tengok, sape bajet burst dulu. hahahaha!

6. Pegawai Penyiasat IPD Kuala Muda still tak contact lagi, mungkin kes harituh masih dalam siasatan. tapi takpe, Tuhan jadi saksi, siapa dalang yang berani habis pecah masuk rumah kitorang.

Wednesday, February 8, 2012

rumah sewa #6

1. rumah dimasuki pencuri. laptop aku hilang, laptop Fathu hilang. harddisk Abe, Nadhir n Fathu kena sebat. duit syiling pon kena rembat. perfume Fathu pun kena sapu jugak. kita tak berkuasa melawan taqdir.

2. walau berkunci pagar dan grill pintu depan, tapi penjenayah lebih bijak buat kerja dia. mungkin dah biasa buat kerja-kerja harom macam nih. mesti tak pernah baca ILuvIslam.com, sebab tuh la jadi gitu.

3. Streamyx udah dipasang yaw!

4. bila elaun nak masuk weih?

5. laptop Acer aku, banyak sentimental values.

6. thanx Rahimi, sebab pinjamkan laptop nih.

madah berhelah