Monday, March 12, 2012

dari rumah kampung #2

mungkin masing-masing punya hal tersendiri, atau berjumpa haluan baru, dan di persimpangan itu kita terpisah jauh. masih banyak untuk diteroka, namun kudrat dan tenaga menjadi pengukur sejauh mana kita boleh melangkah.

1. ahamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan akak sepupu aku. ya, bertunang. so, apa yang aku nak sibuk kalau orang bertunang? bukannya kahwin lagi kan? tapi, dah nama pun buat kenduri, mestilah kita sebagai sedara mara yang boleh kata terdekat, kena turun tangan sama. apa kau ingat King dalam citer KL Gangster je 'turun tangan'?

2. menyiang keladi sampai pukul 2, nasib baik tangan tak de gatal-gatal. mcm orang tetua pernah cakap, 'miang keladi, ke gatal keladi?' tapi sebonar eh, diorang nak cakap yang keladi tuh menggatalkan. 'orang gatal', itu tak de kena mengena dengan keladi, okeh?

3. minggu2 yang super duper sebok berlalu, tapi itu baru fasa pertama. Engrish Campaign, Esaimen, lesson plans, curriculum studies, multiple intelligences, arghhhhhh! ape benda itu semua! entah apa aku baca, entah apa yang aku faham.

4. dimana kita duduk dan berpijak sekarang, adalah kerana Tuhan. itu muktamad. tak ada keraguan. tapi sebagai pemimpin, kalau Tuhan tak gerakkan hati-hati insan untuk meletak seseorang itu untuk menjadi pemimpin mereka, kau rasuah la macam mana apa sekali pun, tak de maknanya. kau mintak dengan Tuhan untuk orang pilih kau jadi 'leader' diorang, itu 'hablumminallah'. tapi, kau jangan lupa pulak 'hablumminannas', dua2 kena balance. come on, kau bukannya tengah duduk dalam hutan dan tersesat sorang2 mcm Robinson Crusoe. so, apa yang ada di sekeliling, kau kena alert. kalau ada orang yang 'naikkan' kau, jgn lupa, lagi ramai orang yang akan cuba 'jatuhkan' kau. macam yin dan yang. ada malaikat, ada jugak setan.

5. selamat bercuti kepada mereka yang bercuti. kepada kaum Hawa yang 'cuti' jugak, jgn tiba2 PMS dekat orang yang tak bersalah, sekian.

2 comments:

madah berhelah