Showing posts with label pencari cinta. Show all posts
Showing posts with label pencari cinta. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

rumah sewa #5

1. alhamdulillah, selamat sampai ke bumi bertuah Sungai Petani. walaupun hati aku dah patah dan remuk redam kat sini. namun itu pengalaman hidup.

2. terus ke uptown! yeahaha! tapi dah nak dekat pukul 2 pagi, semua orang pun sudah mau balik. tapi aku lapar! pekana nasik lemak sama teh ais, perghhh!

3. terus ke lagi ke Taman Jubli. hakhak! bersama Rahimi. terrrrbaik! dah ada alat senaman secara percuma la weih! tak payah bazir duit nak pergi gym. tapikan, kena pegi tengah2 malam gini baru syok, sebab tak de orang nak peduli. kalau pegi siang2, malu besar la weih! ada ke buaya pegi eksesais kat taman permainan, gila tak macho! mesti takde duit nak pegi gym. elaun tak masuk lagi bro.

4. hari rabu baru nih, melawat adik Ijam yang baru lepas operation sakit apendiks baru nih. alhamdulillah, dah buleh keluar esok. rileks bro, tabahkan hati. semua nih dugaan. dengar citer seminggu tak dapat nak meniaga sebab adik sakit. takpe2, rezki ada Tuhan nak bagi. yang penting kesihatan adik lu sejahtera. adik lu pun dah macam adik guwa sendiri bro.

5. Ma demam mulai semalam. time2 nak balik nih pulak beliau sakit. sila makan ubat. nanti suh Along belanja Mekdi ngan PizaHat, insyaAllah kebah la demam tuh.

6. hari sabtu nih, dan2 Angah ajak gi family day. dah aku balik SP baru nak ajak bercuti. memang saja taknak bawak aku lettew,

7. thanx Mighah, for the link. yerp, i read it, again n again. n made me miserable for a day. not miserable, but touched my heart deeply. satu pukulan padu aku terima. Migah thanx again. 

8. cuti sudah habis bro. habis cuti, azam baru, semangat baru, inspirasi baru, aweks baru?



Wednesday, December 21, 2011

mahasiswa berpolitik?

semalam time check result, isi no. I.C ngan password, tekan login, pedepaapppp! terus keluar result. tak loading tak apa. gila punya kelajuan laju. terkejut la jugak. nak suspen tapi tak sempat. kalaulah aku ada heart attack, sah-sah aku dah 'pegi' semalam. memang itu pun yang korang tunggu kan? hikhik.

dekat youtube ada kecoh pasal Pemuda Umno nak lempang mahasiswa yang turunkan bendera muka Najib.


muahaha! panglima perang. garang betul abang gemuk tuh. tapi, selepas itu, keluar pulak video nih. troll version yang fucking win! muahahahahha!


terrrrbaiikkk yang ini.

mahasiswa berpolitik. ada orang cakap, kerja mahasiswa nih belajar 24 jam. dapat pointer tinggi, seeloknya 4 flat dan ke atas, dah grad, cari kerja elok2, bayar balik duit PTPTN, kawin, buat anak, dapat anak, besarkan anak, bla...bla..bla..bla... time belajar, belajar elok-elok. tak payah masuk campur urusan dan hal politik. dah nama pun pelajar, kerjanya belajar. (bercinta, dating, habiskan duit PTPTN, dan yang seangkatan adalah selingan). itu pendapat sesetengah pihak.

ada pihak yang lain bilang, tak salah bagi mahasiswa berpolitik. means, ambil tahu sedikit sebanyak 'cuaca' politik kat Malaysia. be fair, gunakan kepala otak, jangan mudah terikut dengan dakyah sesetengah parti politik, terlalu taksub sehingga 'memuja' pemimpin tertentu, padahal dialah kaki putar belit alam, kaki makan rasuah, kaki songlap, kaki perempuan, bunuh orang gunakan C4, dan banyak lagi benda buruk. tapi, seburuk-buruk dia pun, at least mungkin ada jugak perkara baik yang dia buat, sapa tahu, Tuhan lebih tahu kan. apa ada hal.

bagi aku, entah la. nak cakap banyak pasal politik, takut tersalah fakta. nanti kena 'bom', takda hujah aku nak defend diri sendiri. bukan tak berani berdebat, tapi seriously, aku takda background politik yang cukup kuat. setakat membaca tulisan-tulisan Otai Hisham RaisNami, dan Mantot aku rasa pengetahuan aku pasal hal politik nih masih belum memadai. baca paper, bahagian sukan yang jadi keutamaan.

teringat aku beberapa minggu lepas, time Perhimpunan Agung salah sebuah parti politik yang dapat liputan meluas dekat media massa, baik TV, surat khabar dan radio. punyalah siang malam dia punya liputan sampai siaran cerita Cinta Elyssa kena tangguh untuk bagi laluan kat perhimpunan agung tuh. dan Izat rasa menyampah sampai nak baling remote TV kat TV, menyampah punya pasal sebab tak dapat tengok Cinta Elyssa la tuh. kan Izat kan? hikhik.

relax ah, pilihanraya umum nak dekat. berapa dekat dia punya dekat, hanya PM je yang tahu. memetik kata-kata saudara Obefiend, "kita sepatutnya bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur dibawah pimpinan Dato' Seri Najib 1 Malaysia". kehkeh.

mahasiswa berpolitik, tepuk dada tanya iman. mintak-mintak la buat pilihanraya lepas besday aku, buleh la merasa turun mengundi. please.

oh, aku tertarik dengan tweet Imam Muda Asyraf yang telah di ReTweet oleh @muniranis, "Mustahil org yg mncintai seseorg tiada keinginan utk membelai/mnyentuh org yg dicintainya..awasilah Bf msg2.." 


tapi Otai Hisham Rais ada berpesan, "sebelum membuka zip,sebelum tangan meraba-raba,pastikan kondom didalam dompet-HishamRais" 

kehkehkeh. safety first bro. kawal dirimu anak muda, jangan bernafsu kuda. jangan sudah terhantuk baru tengadah. tak kisahlah tengah bercinta ke, dah bertunang ke, even kalau kata esok nak menikah pun, selagi belum tok kadi akadkan dan sah kahwin, pastikan, safety is always the very first. 

"dan janganlah kamu mendekati zina".

madah berhelah