Wednesday, December 21, 2011

mahasiswa berpolitik?

semalam time check result, isi no. I.C ngan password, tekan login, pedepaapppp! terus keluar result. tak loading tak apa. gila punya kelajuan laju. terkejut la jugak. nak suspen tapi tak sempat. kalaulah aku ada heart attack, sah-sah aku dah 'pegi' semalam. memang itu pun yang korang tunggu kan? hikhik.

dekat youtube ada kecoh pasal Pemuda Umno nak lempang mahasiswa yang turunkan bendera muka Najib.


muahaha! panglima perang. garang betul abang gemuk tuh. tapi, selepas itu, keluar pulak video nih. troll version yang fucking win! muahahahahha!


terrrrbaiikkk yang ini.

mahasiswa berpolitik. ada orang cakap, kerja mahasiswa nih belajar 24 jam. dapat pointer tinggi, seeloknya 4 flat dan ke atas, dah grad, cari kerja elok2, bayar balik duit PTPTN, kawin, buat anak, dapat anak, besarkan anak, bla...bla..bla..bla... time belajar, belajar elok-elok. tak payah masuk campur urusan dan hal politik. dah nama pun pelajar, kerjanya belajar. (bercinta, dating, habiskan duit PTPTN, dan yang seangkatan adalah selingan). itu pendapat sesetengah pihak.

ada pihak yang lain bilang, tak salah bagi mahasiswa berpolitik. means, ambil tahu sedikit sebanyak 'cuaca' politik kat Malaysia. be fair, gunakan kepala otak, jangan mudah terikut dengan dakyah sesetengah parti politik, terlalu taksub sehingga 'memuja' pemimpin tertentu, padahal dialah kaki putar belit alam, kaki makan rasuah, kaki songlap, kaki perempuan, bunuh orang gunakan C4, dan banyak lagi benda buruk. tapi, seburuk-buruk dia pun, at least mungkin ada jugak perkara baik yang dia buat, sapa tahu, Tuhan lebih tahu kan. apa ada hal.

bagi aku, entah la. nak cakap banyak pasal politik, takut tersalah fakta. nanti kena 'bom', takda hujah aku nak defend diri sendiri. bukan tak berani berdebat, tapi seriously, aku takda background politik yang cukup kuat. setakat membaca tulisan-tulisan Otai Hisham RaisNami, dan Mantot aku rasa pengetahuan aku pasal hal politik nih masih belum memadai. baca paper, bahagian sukan yang jadi keutamaan.

teringat aku beberapa minggu lepas, time Perhimpunan Agung salah sebuah parti politik yang dapat liputan meluas dekat media massa, baik TV, surat khabar dan radio. punyalah siang malam dia punya liputan sampai siaran cerita Cinta Elyssa kena tangguh untuk bagi laluan kat perhimpunan agung tuh. dan Izat rasa menyampah sampai nak baling remote TV kat TV, menyampah punya pasal sebab tak dapat tengok Cinta Elyssa la tuh. kan Izat kan? hikhik.

relax ah, pilihanraya umum nak dekat. berapa dekat dia punya dekat, hanya PM je yang tahu. memetik kata-kata saudara Obefiend, "kita sepatutnya bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur dibawah pimpinan Dato' Seri Najib 1 Malaysia". kehkeh.

mahasiswa berpolitik, tepuk dada tanya iman. mintak-mintak la buat pilihanraya lepas besday aku, buleh la merasa turun mengundi. please.

oh, aku tertarik dengan tweet Imam Muda Asyraf yang telah di ReTweet oleh @muniranis, "Mustahil org yg mncintai seseorg tiada keinginan utk membelai/mnyentuh org yg dicintainya..awasilah Bf msg2.." 


tapi Otai Hisham Rais ada berpesan, "sebelum membuka zip,sebelum tangan meraba-raba,pastikan kondom didalam dompet-HishamRais" 

kehkehkeh. safety first bro. kawal dirimu anak muda, jangan bernafsu kuda. jangan sudah terhantuk baru tengadah. tak kisahlah tengah bercinta ke, dah bertunang ke, even kalau kata esok nak menikah pun, selagi belum tok kadi akadkan dan sah kahwin, pastikan, safety is always the very first. 

"dan janganlah kamu mendekati zina".

No comments:

Post a Comment

madah berhelah