Friday, October 28, 2011

2.14 p.m

result medical check up sudah ketahuan.
ada jangkitan kuman dekat paru-paru. effect eksiden itu hari agaknya.
mahu bergerak ke selatan tanah air. 
kemudian ke utara.
study nya belum lagi.
berat badan udah berkilo-kilo naiknya.
tapi sapa mahu kesah?
harharhar.

"i love u like a love song, and i keep it repeat" - Selena Gomez

Tuesday, October 25, 2011

di rumah.

bagus jugak balik kampung sebenarnya.
makan, tersedia.
basuh baju, hari2.
nak keluar, isi minyak motor sendiri.
nak guna kereta, line kena clear.
sessi lepak2 dengan kengkawan lama, jangan sampai lewat sangat balik rumah.
kasih sayang mencurah2, tengok la 'hasil' nya lepas cuti nih.

balik la kampong sekali-sekala, kalu duk kampung teros pon apa la salahnya. hoyeh!

Friday, October 21, 2011

Abah.

alhamdulillah, sampai rumah around 12 malam semalam, 20.10.2011.

abah tak berapa sehat. dah sebulan batuk2. kadang2 sampai muntah. aku baru tahu itu waktu on the way balik rumah. dah sebulan orang2 kat rumah diam je pasal nih. tak nak bagi risau kata nya. hari ni dah hari ke-2 kena hantar sampel kahak dekat Hospital Manjung. hari isnin depan last kena hantar. dalam jumaat result keluar. mintak2 la tak de apa2 yang buruk.

mengikut ceritera Along, abah jatuh motor harituh, nak mengelak kereta keluar tiba2 lepas tuh kereta tuh chow entah ke mana2. memang cilaka! aku dah mintak no. plate kereta tuh, tapi abah tak bagi. takpe, tahu la apa jadi kat owner kereta tu nanti. kita selesai ikut cara 'berhemah'. lepas jatuh tu, tangan tak boleh nak angkat, dada sakit kata abah. dah lepas urut lebih kurang, ok la sikit. tapi, menurut Along lagi, minggu nih je abah dah susut 6 Kilo.! 6 kilo dalam masa seminggu.

malam semalam abah ngan ma tidur kat ruang tamu, aku pun join. tapi, tetiba dengar abah batuk, aku jadi tak tenang. sebak pun ada. macam mana la Mama hadapi dalam abah yang tak berapa sihat nih? dia pun tak la sihat sangat.


aku risau. serius. doa je yang aku mampu. korang, doakan jugak, moga2 cepat sembuh. amin.

sila cepat sembuh abah. with love, Alang n beradiks.

Tuesday, October 18, 2011

hari selasa

1. alhamdulillah.

2. Tesl Dinner best! thanx organizer. aku tak sumbang apa2, tapi aku still bayar RM40. kira ok la kan?

3. ber-zapin buat pertama kalinya di atas pentas di khalayak ramai, sempena pelancaran magazine IPG. ok, aku kayu. btw, thanx supporters. we dancers love u all also.

4. EXAM IS COMING!!!!!!

Tuesday, October 11, 2011

old story

tak pernah bersua muka, sekadar mendengar suara, tapi tetap jatuh cinta. mengambil berat satu sama lain, bertukar khabar, saling mengubat bila ada yang berduka, hanya kata-kata menjadi penawar di saat rindu mencengkam dada. mandi x basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. leka dihambat perasaan yang menguasai jiwa, tatkala masa yang berlalu tidak terasa. secubit perasaan cemburu sekali-sekala, rasa segan silu bila diusik dan dipuji oleh sang jejaka. masing-masing menyimpan hasrat dan berjanji untuk berjumpa bila tiba masanya. sumpah setia pada kata-kata oleh si gadis dan jejaka. tidak ada siapa yang mampu merungkai cinta si Teruna dan Dara. maka disepuh pula dengan doa kepada Pencipta, agar hari bahagia tiba jua.

cinta jarak jauh, menguji kesabaran antara si Teruna dan Dara. bermacam dugaan dan halangan. terasa berbunga  bila berbual dalam talipon. bahagia je rasa. bermesej 'sayang2', ape ade hal. orang tengah bercinta. hantar gambar MMS sebelum tidur (bang, zaman sekarang ade orang main MMS lagi ke?). kengkadang merajuk, sebab reply mesej lambat. entah2 tunggu mesej sampai tertidur. djaman sekolah, cinta jarak jauh tak ramai yang rasa, mungkin la. walaupun sekolah aku dulu semuanya lelaki, ada je 'buaya' yang mampu hidup. macam mana diorang survive, itu aku tak tau.

nombor aku pernah kena 'pass' dekat saorang awek, sekolah perempuan kat johor. damn! mana aku reti mesej ngan berlainan jantina (waktu tuh). nervous, bila masa pulak aku buat dia mengandung! aku X baligh lagi la masa tuh!! haha! awek tu boleh cakap kitorang pernah jumpa la ape sume, cilake ape.berkat tunjuk ajar 'buaya', ditambah lagi pembacaan kitab-kitab yang dikarang oleh 'Ultrabuaya', slow2 guwa belajar selok belok bagaimana cara-cara untuk melayari bahtera di malam pertama memikat hati gadis. hasilnya, sebulan kami kawan, dua bulan kawan baik, 3 bulan ajak kapel. wow! tak pernah berjumpa tapi berkapel? sihir apakah yang telah aku amalkan! jampi apa telah aku guna? serius guwa lupa. kalau lah kitab-kitab karangan 'Ultrabuaya' masih ada.

disebabkan guwa dah tak tahan asyik mendengar suara dan bermesej je, jadi, mintak la gambar sekeping dua, atas saranan Tuan Presiden Persatuan Buaya, kot2 la boleh suruh mak gi masuk minang. tadaaa, surat sampai seminggu kemudian. dihantarnya surat cinta beserta gambar. berdebar siol! setelah surat dibaca, gambar di tatap, malam itu jugak, ya, aku ingat lagi, malam tuh jugak, CLASH, PUTUS, NOKTAH CINTA.

Sunday, October 2, 2011

mengadu domba

"amat perit untuk mengingat dosa lama". itu sebagai benteng untuk menghalang daripada melakukannya kembali pada masa depan. siapa tahu?


reformatted the laptop, semata-mata tak nak bagi hang lagi waktu main PES 2011, tapi akhirnya nak install balik pun tak boleh. apelah nasib. tapi, tak disangka, folder recovery gambar sahaja dah 30 Gigabayte. ya, 30 GB, termasuk gambar sejak djaman dahulu, gambar entah apa2, gambar 'si dia', dan lain-lain.


esok assembley, malas betul rasa. tapi kalau nak dipikirkan balik, esok2 dah kena start mengajar, rutin tuh jugak aku nak kena hadap. (itupun kalau). 


seharian, mengira-ngira waktu jam kuliah bagi semua subjek. ELT Methodology, Child's Literature, Learning & Learners, Literasi Bahasa, Bahasa Melayu Komunikatif 2, Numerical Literacy. oh, Gerko je yang tak dikira, sebab aku rasa nak muntah ngadap buku attendance. susah jugak jadi KK rupanya. 


sport rim motor bengkok. hantar bengkel, nah, RM46 untuk ketuk bagi molek balik. kira murah la tuh, depan belakang kena ketuk, so, pasrah je la. tetiba rasa nak hantar motor balik rumah (pasnih macam mana nak merempit kalau motor takde?) ni gara-gara jalan kat Ambangan Height yang seriously fail! buleh pulak taruk lubang kat tengah2 jalan. yang jadi mangsa adalah insan marhaen yang macam aku.  sape punye kerja buat jalan nih? takde sape2 report kat JKR ke? jalan kat Kg. Badak Kg. Gajah lagi terbaik der.!


family day silat di Perlis. Timah Tasoh Lake Resort. best! view yang chantek. staffs yang sempoi, bilik pun pada kadar kemampuan, esok2, macam nak honeymoon kat sini, tapi dengan siapa? (teettttt!) tapi sedikit panas dan bahang (itu panas dunia woi!, akhirat ko tak taw lagi camne). walaupun aktiviti agak ringkas, tapi meriah.  


latihan menari untuk majlis perasmian Majalah Bakti (IPG's Magazine). pergh! macam kayu je sorang2. masing2 takde basic. kahkahkahkah!


pidato sudah habis, dan terasa kelegaan. rasa gugup. dapat giliran yang pertama (padahal volunteer), kenapa? entah, hehehe. secara spontan. main cakap ikut sedap. lain teks yang dihantar kat lecturer, lain pulak yang aku pidato. tajuk pun memang langsung tak sama. tak dapat dimaafkan. tiru sebijik style pidato saudara Amiruddin Abd. Rahman


Along, Angah, Abg. Sharif, Acik, Ayang. haa, 5 beradik nih pergi Pulau Pangkor tak ajak aku. tinggal la si Alang yang sorang nih kat SP. "ala, ni plan last minute je" kata Along semalam. woit3! kalau Teluk Batik kira consider lagi, ni Pulau Pangkor, siap tidur kat sana lagi, pe cer!? siap korang, esok Alang balik, biar Alang gi sana sensorang, tak nak ajak korang..! padan muka. ngeh3..


bulan Oktober mula menyapa, dan November akan menjadi penentu untuk Januari tahun depan. exam final. starts to think bout it. please, exam, don't be mean to me. cukup lah repeat paper sem lepas je, terseksa jiwa dan batin woo kena repeat. kamu mungkin boleh berkata "ini semua ujian Tuhan, dan Tuhan sentiasa menguji keimanan hamba-hamba-Nya bagi meningkatkan lagi ketakwaan kepada-Nya". berat mata memandang (ada ke orang pandang?), berat lagi mahu memikul (aku la yang kena pikul sorang2).


"kesian budak kat sebelah nih, tak retard, mental disorder" kata Teha.





Saturday, October 1, 2011

13/10/2011, kehadiran untuk sem nih akan ditutup. sekian (dah macam H.E.P lak aku)

madah berhelah