abah tak berapa sehat. dah sebulan batuk2. kadang2 sampai muntah. aku baru tahu itu waktu on the way balik rumah. dah sebulan orang2 kat rumah diam je pasal nih. tak nak bagi risau kata nya. hari ni dah hari ke-2 kena hantar sampel kahak dekat Hospital Manjung. hari isnin depan last kena hantar. dalam jumaat result keluar. mintak2 la tak de apa2 yang buruk.
mengikut ceritera Along, abah jatuh motor harituh, nak mengelak kereta keluar tiba2 lepas tuh kereta tuh chow entah ke mana2. memang cilaka! aku dah mintak no. plate kereta tuh, tapi abah tak bagi. takpe, tahu la apa jadi kat owner kereta tu nanti. kita selesai ikut cara 'berhemah'. lepas jatuh tu, tangan tak boleh nak angkat, dada sakit kata abah. dah lepas urut lebih kurang, ok la sikit. tapi, menurut Along lagi, minggu nih je abah dah susut 6 Kilo.! 6 kilo dalam masa seminggu.
malam semalam abah ngan ma tidur kat ruang tamu, aku pun join. tapi, tetiba dengar abah batuk, aku jadi tak tenang. sebak pun ada. macam mana la Mama hadapi dalam abah yang tak berapa sihat nih? dia pun tak la sihat sangat.
aku risau. serius. doa je yang aku mampu. korang, doakan jugak, moga2 cepat sembuh. amin.
sila cepat sembuh abah. with love, Alang n beradiks. |
smg beliau cepat2 sihat. amin.
ReplyDeleteinsyaallah. kali nih beliau demam sampai tak boleh nak buat aktiviti berat2. memang x pernah sebelum nih. thanx 4 support zat :)
ReplyDelete