reformatted the laptop, semata-mata tak nak bagi hang lagi waktu main PES 2011, tapi akhirnya nak install balik pun tak boleh. apelah nasib. tapi, tak disangka, folder recovery gambar sahaja dah 30 Gigabayte. ya, 30 GB, termasuk gambar sejak djaman dahulu, gambar entah apa2,
esok assembley, malas betul rasa. tapi kalau nak dipikirkan balik, esok2 dah kena start mengajar, rutin tuh jugak aku nak kena hadap. (itupun kalau).
seharian, mengira-ngira waktu jam kuliah bagi semua subjek. ELT Methodology, Child's Literature, Learning & Learners, Literasi Bahasa, Bahasa Melayu Komunikatif 2, Numerical Literacy. oh, Gerko je yang tak dikira, sebab aku rasa nak muntah ngadap buku attendance. susah jugak jadi KK rupanya.
sport rim motor bengkok. hantar bengkel, nah, RM46 untuk ketuk bagi molek balik. kira murah la tuh, depan belakang kena ketuk, so, pasrah je la. tetiba rasa nak hantar motor balik rumah (pasnih macam mana nak merempit kalau motor takde?) ni gara-gara jalan kat Ambangan Height yang seriously fail! buleh pulak taruk lubang kat tengah2 jalan. yang jadi mangsa adalah insan marhaen yang macam aku. sape punye kerja buat jalan nih? takde sape2 report kat JKR ke? jalan kat
family day silat di Perlis. Timah Tasoh Lake Resort. best! view yang chantek. staffs yang sempoi, bilik pun pada kadar kemampuan, esok2, macam nak honeymoon kat sini, tapi dengan siapa? (teettttt!) tapi sedikit panas dan bahang (itu panas dunia woi!, akhirat ko tak taw lagi camne). walaupun aktiviti agak ringkas, tapi meriah.
latihan menari untuk majlis perasmian Majalah Bakti (IPG's Magazine). pergh! macam kayu je sorang2. masing2 takde basic. kahkahkahkah!
pidato sudah habis, dan terasa kelegaan. rasa gugup. dapat giliran yang pertama (padahal volunteer), kenapa? entah, hehehe. secara spontan. main cakap ikut sedap. lain teks yang dihantar kat lecturer, lain pulak yang aku pidato. tajuk pun memang langsung tak sama. tak dapat dimaafkan. tiru sebijik style pidato saudara Amiruddin Abd. Rahman.
Along, Angah, Abg. Sharif, Acik, Ayang. haa, 5 beradik nih pergi Pulau Pangkor tak ajak aku. tinggal la si Alang yang sorang nih kat SP. "ala, ni plan last minute je" kata Along semalam. woit3! kalau Teluk Batik kira consider lagi, ni Pulau Pangkor, siap tidur kat sana lagi, pe cer!? siap korang, esok Alang balik, biar Alang gi sana sensorang, tak nak ajak korang..! padan muka. ngeh3..
bulan Oktober mula menyapa, dan November akan menjadi penentu untuk Januari tahun depan. exam final. starts to think bout it. please, exam, don't be mean to me. cukup lah repeat paper sem lepas je, terseksa jiwa dan batin woo kena repeat. kamu mungkin boleh berkata "ini semua ujian Tuhan, dan Tuhan sentiasa menguji keimanan hamba-hamba-Nya bagi meningkatkan lagi ketakwaan kepada-Nya". berat mata memandang (ada ke orang pandang?), berat lagi mahu memikul (aku la yang kena pikul sorang2).
"kesian budak kat sebelah nih, tak retard, mental disorder" kata Teha. |
haha.tayang muka aku kat sini pulok
ReplyDeletealah teha, kau comel wut.... ngeh3..
ReplyDelete