Tuesday, October 11, 2011

old story

tak pernah bersua muka, sekadar mendengar suara, tapi tetap jatuh cinta. mengambil berat satu sama lain, bertukar khabar, saling mengubat bila ada yang berduka, hanya kata-kata menjadi penawar di saat rindu mencengkam dada. mandi x basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. leka dihambat perasaan yang menguasai jiwa, tatkala masa yang berlalu tidak terasa. secubit perasaan cemburu sekali-sekala, rasa segan silu bila diusik dan dipuji oleh sang jejaka. masing-masing menyimpan hasrat dan berjanji untuk berjumpa bila tiba masanya. sumpah setia pada kata-kata oleh si gadis dan jejaka. tidak ada siapa yang mampu merungkai cinta si Teruna dan Dara. maka disepuh pula dengan doa kepada Pencipta, agar hari bahagia tiba jua.

cinta jarak jauh, menguji kesabaran antara si Teruna dan Dara. bermacam dugaan dan halangan. terasa berbunga  bila berbual dalam talipon. bahagia je rasa. bermesej 'sayang2', ape ade hal. orang tengah bercinta. hantar gambar MMS sebelum tidur (bang, zaman sekarang ade orang main MMS lagi ke?). kengkadang merajuk, sebab reply mesej lambat. entah2 tunggu mesej sampai tertidur. djaman sekolah, cinta jarak jauh tak ramai yang rasa, mungkin la. walaupun sekolah aku dulu semuanya lelaki, ada je 'buaya' yang mampu hidup. macam mana diorang survive, itu aku tak tau.

nombor aku pernah kena 'pass' dekat saorang awek, sekolah perempuan kat johor. damn! mana aku reti mesej ngan berlainan jantina (waktu tuh). nervous, bila masa pulak aku buat dia mengandung! aku X baligh lagi la masa tuh!! haha! awek tu boleh cakap kitorang pernah jumpa la ape sume, cilake ape.berkat tunjuk ajar 'buaya', ditambah lagi pembacaan kitab-kitab yang dikarang oleh 'Ultrabuaya', slow2 guwa belajar selok belok bagaimana cara-cara untuk melayari bahtera di malam pertama memikat hati gadis. hasilnya, sebulan kami kawan, dua bulan kawan baik, 3 bulan ajak kapel. wow! tak pernah berjumpa tapi berkapel? sihir apakah yang telah aku amalkan! jampi apa telah aku guna? serius guwa lupa. kalau lah kitab-kitab karangan 'Ultrabuaya' masih ada.

disebabkan guwa dah tak tahan asyik mendengar suara dan bermesej je, jadi, mintak la gambar sekeping dua, atas saranan Tuan Presiden Persatuan Buaya, kot2 la boleh suruh mak gi masuk minang. tadaaa, surat sampai seminggu kemudian. dihantarnya surat cinta beserta gambar. berdebar siol! setelah surat dibaca, gambar di tatap, malam itu jugak, ya, aku ingat lagi, malam tuh jugak, CLASH, PUTUS, NOKTAH CINTA.

4 comments:

  1. mr.R : aku terselak kitab 'Himpunan Hikayat Buaya Teragung' semalam. ni copy-paste jer.. muahahaha!

    ReplyDelete

madah berhelah