Wednesday, November 30, 2011

Happy Besdy Acik!

a tale of two brothers

18Tahun sudah. merujuk gambar kat atas, kitorang macam langit dan bumi. setuju? hepi besday bro!

Monday, November 28, 2011

eksiden #gambar

bukanlah niat nak menunjuk, tapi, biarkan gambar berbicara.

apalah nasib kereta.

kereta ni lah yang 'cium' bontot kereta guwa

walaupun eksiden, kami masih mampu tersenyum, anda?

macam tak da apa, tapi bonet X leh tutup.



soal siasat ala C.S.I Miami





Saturday, November 26, 2011

eksiden

guwa eksiden. buat kali kedua. dalam 2 minggu lepas aku dah eksiden ngan Nadhir, hari ni eksiden ngan Along n Ayang. trauma siol! trauma.

aku tak cedera apa-apa. alhamdulillah. kalau kata naik motor tadi, insyaallah dah arwah aku.

sebelum raya puasa baru nih Along eksiden dah, mengelak makcik keluar dari simpang secara tiba2, langgar pokok pisang, nasib baik ada pokok pisang, kalau tak dah terjun masuk sungai. kena bumper depan, pintu sebelah drebar, skirt tepi, dalam RM700.

tadi, ada kereta stop tepi jalan, tengah munggah durian, tapi pintu nye dibukak. kereta yang depan guwa nak mengelak pintu kereta tuh, tapi tak lepas sebab ada lagi kereta dari arah bertentangan, so dia stop la mengejut. guwa pun tak la laju sangat, tapi sebab hari tengah hujan lebat, momentum/daya tayar kereta guwa tak dapat mencengkam jalan dengan baik. tapi nasib baik tak langgar kereta depan tuh. yang nasib tak baik nye kereta yang belakang. benda nak jadi, tercium lah kereta belakang tuh dengan bontot kereta guwa.

nak cerita panjang pun tak tahu lah, benda dah jadi. korang yang kat luar tuh, bawak la kereta elok2. pakai seat belt, baca doa. ni pun tadi aku dah pakai seat belt, tapi ada terhentak dagu dekat stering. badan pun ada rasa sakit2 sikit. dugaan.

Wednesday, November 23, 2011

rumusan semester 2


Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

mestilah malam, sebab aku menaip nih pun tengah malam. apa ada hal. sebelum merepek dengan lebih panjang, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda. auuummm! memang lazat dapat membaham Garuda, tambah lagi di stadium ''keramat" diorang sendiri. auuumm!!! auuuumm!!!

seringkas mungkin, nak tulis berjela-jela pun, sapa larat nak baca, bukannya dapat pahala pun, X gitu?

rumusan sem 2, bermula!


  1. semester 2, aku jadi KK. berat tanggungjawab nih.
  2. kena repeat paper Introduction to Linguistic. bang, itu baru intro, belum apa2 lagi. dah kena repeat. beban betul sem nih.
  3. memanjang kena pegi meeting KK. nak buat baju khas KK lah, itu lah ini lah. 
  4. kertas Kerja B.I.G kena buat sendiri, ini yang aku tak pernah buat selama duduk kat maktab nih.
  5. hal ehwal kelas. tak berapa nak smooth. ada sedikit tunggang langgang. maklumlah, selama nih duk cakap belakang je, kali ni kena batang hidung, tak melatah memang tak sah. 
  6. sedikit demi sedikit, ilmu menguruskan kelas lebih teratur. agak lancar, alhamdulillah, terima kasih kengkawan, sedikit sebanyak, aku rasa macam 'matang' sikit.
  7. main bola jaring. eh, sem nih ke sem lepas? aku pun dah lupa. tapi itulah the very first time main bola jaring. 
  8. sem nih, dah kurang gi berjalan / 'melagha' nak banding sem lepas. perbelanjaan lebih terkawal. duet elaun mak tolong simpan kan sikit. alhamdulillah, tak kebulur hujung sem macam sem 1. 
  9. oh, 'the very cute miut lovely ex-' nak bertunang. alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. walaupun lepas dengar berita tuh, aku demam seminggu. terkejut punya pasal. sengal betul aku. "kerna aku cinta aku lepaskan kau, sama orang lain- lirik lagu".
  10. masih mengekalkan status 'bujang/single/duda'. hahaha! bukan senang tuh! 
  11. menuju penghujung sem, atitud dan sikap aku semakin menuju kegelapan dan negatif. suka2 ponteng kelas tanpa sebab. sorry classmates n roommate, Syafik especially, pasal aku, korang dapat susah. aku tak tau apsal aku buat cenggitu. penangan daripada kejadian 'no.9' kot. cam bebudak kan aku?
  12. oh, agak rajin main Twitter kot. cambest jugak kenkadang. kan Munir, Teha, Izat?
  13. akan berpindah, duduk rumah sewa sem depan. selamat tinggal G226, selamat tinggal Syafik, u r the best roommate ever. mungkin nanti aku tulis pasal mung lagi, kot. insyaAllah.
  14. masuk pertandingn forum. ini paling latest, selepas tahun 2008, ini  kira cam 'comeback' kot. dan nanti aku nak buat laporan penuh.
ada lagi kot yang terlepas pandang, tapi, ini je la yang aku ingat. oh, dan update pasal kesihatan Abah. alhamdulillah, kesihatan beliau pun dah macam agak OK. tak batuk2 macam dulu. makan pun nampak macam berselera, apatah lagi aku! hahahaha! insyaAllah hujung bulan nih nak kena pegi X-Ray lagi sekali, pantau perkembangan macam mana. 

cuti hujung tahun bermula, dan aku tak planning apa2 lagi. nak cari duet, insyaAllah. 




Sunday, November 20, 2011

aku penat. aku nak tidoq. nanti aku nak menulis panjang.

Sunday, November 13, 2011

macam-macam hal

1. rumah sewa yang bakal didiami sem depan perlu beberapa penambahbaikan. nak kena buat wiring baru. so kena keluar duet sorang sikit.
2. rumah yang Abah bagi sewa kat taman perumahan kat kampung. penyewa lari dah lebih dari 2 minggu. bayar sebulan tapi dah duduk lebih 4 bulan. nak kena buat balik umah tu, kata Angah.
3. exam, ok, just forget bout it.
4. trauma eksiden. damn! it haunt me!


Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday : Nora Elena







ok, apsal tiba2 rasa cerita NoraElena X best, sebab aku rasa lebih 'Eid' drpd 'Seth'..

Tuesday, November 8, 2011

mode peperiksaan diaktifi

"dalam hati mungkin masih ada perasaan rindu dan sayang, tapi tidak ada lagi cinta" - Anggun Trisya.

"sebenaqnya ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan, seriously"- matLufti
"awat hang loser sangat? perempuan tu tak mau kat hang, yang hang pi dok ejaq dia buat apa?"-matLufti


btw, macam tak caye je lusa dah nak exam. hahaha!

cuti yang memenatkan

lepas balik sini, balik sana balik, pastuh balik sini balik.

menghantar Lagenda pulang ke rumah setelah beberapa bulan beliau bermastautin di Sg. Petani. macam-macam dugaan, sport rim bengkok, ke hulu ke hilir berkepit, merempit atas jalan tak rata, haih, memori betul. dan di sebabkan kegemukan melanda diri, fitness pun dah kurang untuk menunggang motor dalam perjalanan yang agak jauh. nak maintainkan 80 km/j. itu kerja yang agak gila. nak jimat minyak punya pasal. letih woo! dan, adalah beberapa benda sengal yang aku buat sepanjang journey to home.

1. bangun lambat! dah tau nak jalan jauh, boleh pulak bangun pukul 10! itupun nasib baik syahira ada kol, kalu tidak, malam pulak baru gerak.
2. nak balik naik motor, se-afdhal-nya pakai la baju tangan panjang/sweater. ni baik je pakai baju tangan pendek. amik kau! habis sunburn. dah la x cerah, panas lagi. habis legap tangan!
3. lagi dah tau nak jalan jauh, baju hujan tak bawak! sengal!sengal!sengal! amik kau!
4. selebat hujan turun. masih maintain kan 80km/j pada waktu hujan dan di jalan berselekoh tajam bukanlah tindakan yang bijak.

perjalanan yang selalunya mengambil masa 4 jam setengah, menjadi 6 jam! kalau naik bas dari SP, dah sampai ke kelantan! teeettttt...

alhamdulillah, raya semuanya okay! meriah, sedara mara jauh pakat2 balik. penuh la waktu open house, sampai kena amik giliran nak makan.

macam tak caye je, esok lusa dah nak exam. hahahaha!

gonna miss u, Legend.


Saturday, November 5, 2011

perjalanan

perjalanan sebuah kehidupan. sejak keluar dari perut mak, perjalanan kita telah bermula sebelum itu lagi di mana persenyawaan ovum dan sperma berlaku. hingga ke liang lahad, perjalanan diteruskan ke alam kubur, hinggalah ke alam yang abadi, akhirat. apsal ayat nih macam copy dari buku je? pedulikan itu.

minggu lepas, perjalanan aku dari utara ke selatan patah balik ke utara, nak mengambil berkat dan meraikan Along grad kat UTHM membawa aku dari ke Perak ke Negori Somilan ke Johor, seterusnya pulang ke Perak, balik ke Kedah. tuddiaaaa.

Abah, Along, Ma

ok, duduk rumah lama2 buatkan aku senantiasa rasa nak makan bila balik maktab. btw, selamat hari raya aidiladha kepada semua kengkawan. sekian.

Tuesday, November 1, 2011

madah berhelah