Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
mestilah malam, sebab aku menaip nih pun tengah malam. apa ada hal. sebelum merepek dengan lebih panjang, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda. auuummm! memang lazat dapat membaham Garuda, tambah lagi di stadium ''keramat" diorang sendiri. auuumm!!! auuuumm!!!
seringkas mungkin, nak tulis berjela-jela pun, sapa larat nak baca, bukannya dapat pahala pun, X gitu?
rumusan sem 2, bermula!
- semester 2, aku jadi KK. berat tanggungjawab nih.
- kena repeat paper Introduction to Linguistic. bang, itu baru intro, belum apa2 lagi. dah kena repeat. beban betul sem nih.
- memanjang kena pegi meeting KK. nak buat baju khas KK lah, itu lah ini lah.
- kertas Kerja B.I.G kena buat sendiri, ini yang aku tak pernah buat selama duduk kat maktab nih.
- hal ehwal kelas. tak berapa nak smooth. ada sedikit tunggang langgang. maklumlah, selama nih duk cakap belakang je, kali ni kena batang hidung, tak melatah memang tak sah.
- sedikit demi sedikit, ilmu menguruskan kelas lebih teratur. agak lancar, alhamdulillah, terima kasih kengkawan, sedikit sebanyak, aku rasa macam 'matang' sikit.
- main bola jaring. eh, sem nih ke sem lepas? aku pun dah lupa. tapi itulah the very first time main bola jaring.
- sem nih, dah kurang gi berjalan / 'melagha' nak banding sem lepas. perbelanjaan lebih terkawal. duet elaun mak tolong simpan kan sikit. alhamdulillah, tak kebulur hujung sem macam sem 1.
- oh, 'the very cute miut lovely ex-' nak bertunang. alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. walaupun lepas dengar berita tuh, aku demam seminggu. terkejut punya pasal. sengal betul aku. "kerna aku cinta aku lepaskan kau, sama orang lain- lirik lagu".
- masih mengekalkan status 'bujang/single/duda'. hahaha! bukan senang tuh!
- menuju penghujung sem, atitud dan sikap aku semakin menuju kegelapan dan negatif. suka2 ponteng kelas tanpa sebab. sorry classmates n roommate, Syafik especially, pasal aku, korang dapat susah. aku tak tau apsal aku buat cenggitu. penangan daripada kejadian 'no.9' kot. cam bebudak kan aku?
- oh, agak rajin main Twitter kot. cambest jugak kenkadang. kan Munir, Teha, Izat?
- akan berpindah, duduk rumah sewa sem depan. selamat tinggal G226, selamat tinggal Syafik, u r the best roommate ever. mungkin nanti aku tulis pasal mung lagi, kot. insyaAllah.
- masuk pertandingn forum. ini paling latest, selepas tahun 2008, ini kira cam 'comeback' kot. dan nanti aku nak buat laporan penuh.
ada lagi kot yang terlepas pandang, tapi, ini je la yang aku ingat. oh, dan update pasal kesihatan Abah. alhamdulillah, kesihatan beliau pun dah macam agak OK. tak batuk2 macam dulu. makan pun nampak macam berselera, apatah lagi aku! hahahaha! insyaAllah hujung bulan nih nak kena pegi X-Ray lagi sekali, pantau perkembangan macam mana.
cuti hujung tahun bermula, dan aku tak planning apa2 lagi. nak cari duet, insyaAllah.
wah,keep the kematangan up. haha. jasa anda dikenang,ex-kk :)
ReplyDeletebtw, twitter ada musim..
yup2. tenkiu Zat :)
ReplyDeleteaku nak main tweet guna HP tapi x reti, tolong aku.