7 Januari 2004
pagituh aku bangun awal, tak la awal mana, tapi agak awal daripada biasa. barang-barang semua dah siap packing. breakfast pagituh meriah. sebelum subuh lagi ma da bangun memasak, macam-macam jenis lauk untuk makan tengah hari. sebab dia tahu, aku kuat makan. aku nervous. lepas je subuh, abah gerak gi amik tok ngan mak long kat kampung. aku, duduk termangu kat pintu rumah, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. dah siap apa semua, barang masuk dalam kereta, kitorang gerak ke Ipoh. aku ingat lagi, dengan menaiki kereta Perodua Kancil, AEU 6529, penuh dengan barang aku, ditambah lagi ngan mak long ngan tok ngan ma, tambah aku lagi, abah jadi drebar, memang da macam tin sardin je lagi! memori. nak daftar sorang, yang datang menghantar sekampung.
sampai kat sekolah, disambut dengan beberapa abang yang berpakaian putih lengkap baju dan seluar macam aku jugak, menunjukkan tempat pendaftaran. senyum manis, seribu makna. tapi aku pelik, pelik sangat-sangat, mana kelibat akak senior? mungkin diorang malu, dan tak tahan panas, dan tak ditugaskan menjaga trafik, so, aku diam je. melangkah masuk ke dewan besar, penuh orang! tapi, memang takda langsung kelibat akak senior! ohh! dan, di ketika itulah aku menyedari, aku baru tahu bahawa aku telah di-offer ke sekolah sejenis, semua lelaki. arrghhhh!!! life must go on.
happy belated birthday batch of 48. once a Starian, always a Starian.
form 4 |
Yellow House, Sports Day 2007
masing-masing pun dah belajar tinggi-tinggi |
2005, haha! Gajah Cup |
form 3 |
haihh rindu nye time sekolah
ReplyDeletetahu takpe. :)
ReplyDelete