Monday, January 16, 2012

rumah sewa #3

1. aku lapar. badan rasa lenguh-lenguh dan sakit. biasalah, orang gemuk. suruh bersukan tak nak. nak pegi joging bersama tersayang dia dah jadi tunang orang aku malas. merasalah sakit badan.

2. alhamdulillah, Bengkel P&P siri 1 kat Uitm Kedah telah diadakan dengan jayanya. dan aku salah seorang peserta. dah lama tak kembali aktif bersilat, insyaallah yang mana baik kita kekalkan. dan dengan berkat guru, maka disinilah aku berpijak sekarang.

3. oh, kengkawan, aku ada anak angkat dah sekarang. walaupun bukan darah daging sendiri, ye la, aku mana kahwin lagi nak, bertunang pun belum, teeettttt! kahkahkahkah! baiklah, memperkenalkan, Muhammad Akmal.

baby, come to dady. yeahaha!

4. rumah banyak nyamuk. aku rasa nak fogging ikut cara aku, tapi nanti bukan nyamuk je lari, dengan housemates pun entah ke mana. jadi, sembur dengan ridsect je la.

5. dah mula bercucuk tanam kat rumah nih. ada pandan dan serai buat masa nih. pokok cabai dan daun kari akan menyusul kemudian. plan asal adalah untuk menanam padi bagi menjimatkan duit untuk beli beras dan pokok sawit untuk minyak masak. amboih, macam la tanah belakang rumah nih 3 ekar.

6. presentation! aku tengah mencari formula, tips, gaya, cara dan yang seangkatan dengannya bagi menjadi presenter terbaik. cara lama dah tak best. tak sesuai. membosankan dan terlalu cliche. kamon lar, takkan la dah masuk tahun dua ijazah nih aku masih nak duk kat depan baca slide show je? tak macam Dr. Fadzilah Kamsah n Dr. Azizan langsung. tak dapat macam diorang, ala-ala pun buleh la.

7. sehingga lagi akan datang post lain. nak tidoq!



5 comments:

  1. anak akak angkat aku.. comel kan? ada iras2 aku X? hehe :)

    ReplyDelete
  2. comel tu memang..tp klu ko ckp ade iras2 tu...mmm..tak kot...haha...

    ReplyDelete
  3. third sentence kt first point tu looks likee....hhmm

    ReplyDelete

madah berhelah