Friday, January 6, 2012

rumah sewa

menurut Puan Esah, negeri Kedah tengah mengalami kemarau. siang hari panas terik, malam jadi sejuk ya amat. alhamdulillah, sem baru, azam baru, status baru dan segalanya baru.

gila kentang Abey punya berdengkur. macam lembu kena sembelih. duduk rumah sewa, ada dalam seminggu dua dah. rasa macam dewasa pun ada. aku tak rajin jugak memasak, konon nak berjimat, last2 makan kat kedai jugak. tapi rumah ni sempoi, serba serbi dekat. nak beli barang dapur, kedai runcit depan mata. motor rosak, bengkel motor sebelah kedai runcit, kereta kotor, car wash berhadapan dengan kedai runcit ngan bengkel motor. nak makan roti canai pagi2, kedai roti canai terrrrbaeeekk kat sebelah carwash. nak makan roti canai malam2, tak jauh der, keluar rumah amik kanan, lepastuh teruuuus je, sampai, tak payah pakai helmet. tapi, yang paling utama adalah surau, betul2 depan rumah. 'sejuk' sikit rumah nih. alhamdulillah.

susah betul bila tak bayar broadband lagi. nak menghubungkan diri ke dunia internet cukup susah. nasib baik la ada housemates yang caring.

2 comments:

  1. best gila kot zat, nak keluaq umah kaki ayam pun takpa. hahaha!

    ReplyDelete

madah berhelah