alhamdulillah. selesai. lega betul rasa. :)
1. dah tengok cerita Avengers! YEAH! ohsem! walaupun sekadar gambar panggung di Youtube.
2. Along dah selamat diijabkabulkan. syukur. percintaan sejak djaman sekolah, ke jinjang pelamin juga akhirnya. ya,mereka bercinta sejak djaman sekolah. jodoh berpanjangan hingga keakhirnya diharapkan. tapi belum bersanding lagi, nanti dalam 2.6.2012 baru majlis persandingan. maka dengan ini, patik hamba sahaya marhaen, ingin menjemput kalian yang terbaca watikah ini ke Majlis Persandingan akak sulung saya, Shuhaili dengan pasangannya Azmir, bertempat di no.49, Jln Temenggong 6, Felcra Changkat Lada, 36800 Kg. Gajah, Perak.
3. selamat mengalami peperiksaan buat semua teman-teman, yang jauh dan dekat di hati sanubari insan kerdil ini, semoga berjaya! nervous itu perkara biasa, tapi masa yang akan menentukan segala, membunuh atau terbunuh.
4. "dalam hati ada perasaan mahu bercinta, tetapi akal mengatakan bahawa diri belum bersedia, emosi kadang kala datang pasang surutnya, sekejap sedih sekejap tertawa, kaki tak tahu nak melangkah ke mana, ingatlah kita bersama, hanya doa dan taubat yang mampu membasuh luka dan dosa, dan di penghujung hari, serahkan duka dan lara jiwa kepada-Nya"
No comments:
Post a Comment