Thursday, May 24, 2012

how to change your engine oil for dumbos.

sebelum menempuh perjalanan yang jauh, adalah penting bagi memastikan kenderaan yang akan anda gunakan berada dalam keadaan yang 'ohsem', dalam erti kata lain, dalam keadaan yang baik. bagi seorang 'rider' (bukan  Kamen Rider ye), antara faktor yang perlu diambil kira adalah menukar minyak enjin (bahasa skema) ataupun tukaq minyak hitam. y minyak hitam? sebab minyak tuh dah jadi kaler hitam.

bagi yang jenis malas, hantar kedai, suh je pomen (mekanik) bikin. tetapi, takde la susah mana pon nak buat benda alah nih ;

1. beli minyak hitam (minyak pelincir yang baru), macam ini.

bukan sekadar pelincir, ia kejuruteraan bendalir.

2. tahu kedudukan tempat nat yang akan dibuka. means, tempat nak 'mengeluarkan' minyak hitam. lain motor, lain tempat kedudukan nat nya. macam moto aku, dia duk kat bawah, bahagian tepi belah kiri enjin. oh, sediakan sekali 'bekas' untuk tadah minyak hitam yang akan keluar mcm air terjun. 

bekas pun nak kaler pink. y not?
3. then, kasi 'bukak' la itu nat. kalau tak macam mana minyak nak keluar dik?

see, hitam kan minyak tersebut?
4. oh, jika anda mengalami masalah untuk 'membuka' nat tersebut, sila gunakan semburan 'dabelyu di empat puluh' (WD40), untuk memudahkan anda. (bagi nat yang terlalu ketat)

pelbagai kegunaan.
5. jangan lupa! jangan lupa untuk bukak 'tempat isi minyak hitam' (aku X taw nak sebut) bagi mengalirkan udara dan memudahkan pelancaran pengeluaran minyak dari enjin. (macam pelik je ayat)

ni la yang aku maksudkan
6. biarkan buat seketika. kalau kat kedai selalunya agak2 dah xde minyak yang keluar, siap. tapi, aku selalu biar dalam tempoh semalaman. so, minyak yang saki baki dalam enjin tuh keluar habis. 

7. setelah dibiarkan, ketatkan balik nat yang dah di bukak tadi.

sila pastikan ia betul2 ketat untuk mengelakkan 'leak'/ kebocoran
8. tuangkan minyak pelincir yang baru (X panggil minyak hitam lagi, sebab dia masih baru dari botol) ke tempat seperti di no. 5. ikut sukatan yang di tetapkan. dan ketatkan 'penutup'.

9. siap! hidupkan enjin, dan vroom! vroom! vrooom! (dah macam bunyi kereta, penangan minyak mahal)

10. jadilah penunggang yang berhemat. pakai topi keledar. tunggang dengan selamat, ingatlah yang 'tersayang'.





No comments:

Post a Comment

madah berhelah