Monday, May 21, 2012

a second from death

1. minggu lepas, aku ngan Rahimi eksiden, otw nk balik ke rumah. ada unker tiba2 buat u-turn. sempat mengelak sikit, tapi kena hit jugak. nasib baik Rahimi x apa2 sebab dia sempat lompat, motor sedikit calar, urghhhh!!! entah macm mana tiba2 aku buleh berdiri kat tengah2 jalan, motor dah terbaring. aku tak kesah kalau aku eksiden sorang2, yang menanggung aku. tapi kalau jadi apa2 kat penumpang/pembonceng, the 1 to blame is the driver. i don't think i can handle the depression, luckily, as far aku eksiden, cuma yang ringan je.

2. sehari lepas tuh, nyaris pulak nak eksiden, sebab moto mati kat tengah jalan tiba2! mungkin kesan eksiden sehari seblom. nasib baik kereta kat belakang sempat brek. kalu tidak. -_-" petang tuh terus pegi tukar 'spark plug'. aku saspek 'api' motor dah kurang. 

3. so, apa yang patut anda buat kalau mengalami situasi yang tak berapa nak serius seperti 1 & 2 di masa depan? 
  • jangan panik! jangan menangis terlebih dahulu (mungkin agak mustahil, tapi at least cuba)
  • kalau eksiden tengah jalan, lari ke tepi jalan. but make sure, traffik xde. jgn main redah je. 
  • dapatkan bantuan. kalau kes langgar lari, jerit mintak tolong, sambil amik no. plate kenderaan yg langgar korang, (sebolehnya, utk lodge police report nanti)
  • injured? don't panic, it makes worse. keep calm. (agak mustahil, but u can do it bebeh!)
  • hubungi rakan/family/bantuan terdekat. xkn la aku eksiden kat Taman Ria, tapi kol suh abah dtg dari Perak? mmg X la. 
  • tengok apa yg rosak kat motor. means, brek patah ke, starter motor patah ke, motor mampus dan tak boleh nak start, or sebagainye. hantar gi bengkel. 
  • jangan menangis! menangis tak menyelesaikan masalah.
4. so, next time sebelum ke mana pun, baca la doa naik kenderaan dulu. mintak dilindungi. even nak pegi kedai depan rumah pun. mana la tau, malang nih tak berbau. kemalangan? entah bila2 je, so, mintak la perlindungan daripada yang 1. 



Saturday, May 12, 2012

selamat hari jururwat!

aren't u?

1. kalau bukan cikgu, profesion yang sepatutnya aku menduduki sekarang ialah nursing! nurse! jururawat lelaki!

2. i missed PPUM. the akaks yang chumel, coursemates yg chumel, comel belaka! oh!

3. di sebabkan silibus yg akan dipelajari di PPUM adalah berteraskan sains, maka berlalulah aku dari sana dan masuk ke bidang perguruan. saya tak minat sains! sejak djaman persekolahan lagi! sains rumit. saya mempunyai jiwa kesusasteraan. the little Shakespeare lies in me. (ironically, my minor here is SAINS)

4. nurse berada di barisan pertama di dalam hospital. ini bagi aku. sebab nurse lebih kerap dilihat di wad2 berbanding doktor. tengah2 malam japgi yang tukang kejut nak bagi makan ubat, nurse. yang terkencing terberak atas katil, nurse jugak yang setelkan. doktor? datang check ikut schedule, bagi ubat, bagi nasehat, lepas tuh blah.

5. banyak pahala nurse nih, insyaAllah. selamat hari jururawat buat jururawat2 di seluruh saentero dunia! salute2!

credit to Google Image.

Friday, May 11, 2012

cerita hujung minggu

alhamdulillah. selesai. lega betul rasa. :)

1. dah tengok cerita Avengers! YEAH! ohsem! walaupun sekadar gambar panggung di Youtube.

2. Along dah selamat diijabkabulkan. syukur. percintaan sejak djaman sekolah, ke jinjang pelamin juga akhirnya. ya,mereka bercinta sejak djaman sekolah. jodoh berpanjangan hingga keakhirnya diharapkan. tapi belum bersanding lagi, nanti dalam 2.6.2012 baru majlis persandingan. maka dengan ini, patik hamba sahaya marhaen, ingin menjemput kalian yang terbaca watikah ini ke Majlis Persandingan akak sulung saya, Shuhaili dengan pasangannya Azmir, bertempat di no.49, Jln Temenggong 6, Felcra Changkat Lada, 36800 Kg. Gajah, Perak.

3. selamat mengalami peperiksaan buat semua teman-teman, yang jauh dan dekat di hati sanubari insan kerdil ini, semoga berjaya! nervous itu perkara biasa, tapi masa yang akan menentukan segala, membunuh atau terbunuh.

4. "dalam hati ada perasaan mahu bercinta, tetapi akal mengatakan bahawa diri belum bersedia, emosi kadang kala datang pasang surutnya, sekejap sedih sekejap tertawa, kaki tak tahu nak melangkah ke mana, ingatlah kita bersama, hanya doa dan taubat yang mampu membasuh luka dan dosa, dan di penghujung hari, serahkan duka dan lara jiwa kepada-Nya"

Wednesday, April 25, 2012

cerita lain

hanya 1 saja pilihan yang boleh dibuat. kalau seribu piliahn, hanya 1 saja yang boleh diambil. atas keupayaan diri yang tak segagah mana, akur dengan limitasi diri sendiri.

sesuatu perlu dikorbankan dalam membuat pilihan. antara di sini dan di sana, siapa ang patut diambil. yang di sini adalah sesuatu yang mengikat kaki, tetapi di sana aku belajar untuk berjalan dan mengenal dunia.

dilema. rasa bersalah, jiwa kacau.

kesilapan demi kesilapan dilakukan. secara sengaja dan sengaja. orang yang tak bersalah menjadi mangsa. dan tak belajar daripada apa yang telah dilakukan.

persoalannya, layakkah diri untuk dimaafkan?

Thursday, March 15, 2012

dari rumah kampung #3

1. cuti dah nak habis seminggu, tapi, tak pergi holidays lagi. uhuk2! wait! yang pegi Klang tu kejadahnya? oh, itu majlis pertunangan akak sepupu yang baru posting kat Bangi, dah bekerjaya tetap, punya wang sendiri yakni gaji, stabil ekonomi dan bla..bla,,bla..bla.., jadi, tak masuk dalam list percutian. dem!

2. nak gerak cane, member kampong takde. jadi, duk rumah diam2, ngecat rumah. wahh! asal cuti je ngecat rumah, asal ngecat rumah je cuti. tapi ini mengecat rumah sendiri, feeling dia lain. serius! berbanding ngecat rumah orang hujung tahun lepas, ngecat rumah sendiri adalah lebih terasa berata tulang, yakni rasa malas. buat kerja sorang2, tanpa tembakau yang ibarat 'pain killer' diwaktu keletihan, menjadikan keletihan berganda. tapi, di sebalik itu, hal makan aku takyah kesah sebab tengah hari Ma da masak, duit minyak pun tak keluar, so, tak de hal kat situ.

3. meminjam perenggan daripada blovel Rokok Nan Sebatang oleh Nami, "Kita lahir di dunia ni - bukan kita yang mintak - tapi mak bapak kita yang nak - lepas tu kita nak jadi diri sendiri pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Lepas keluar rumah pergi sekolah dengar cakap cikgu. Lepas tu pergi universiti dengar cakap lecturer. Keluar universiti masuk kerja dengar cakap boss. Pergi masjid dengar cakap pak lebai. Bilanya nak dengar dari diri sendiri?" monolog Wan sambil merenung dari tingkap luar menghisap rokok.

Monday, March 12, 2012

dari rumah kampung #2

mungkin masing-masing punya hal tersendiri, atau berjumpa haluan baru, dan di persimpangan itu kita terpisah jauh. masih banyak untuk diteroka, namun kudrat dan tenaga menjadi pengukur sejauh mana kita boleh melangkah.

1. ahamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan akak sepupu aku. ya, bertunang. so, apa yang aku nak sibuk kalau orang bertunang? bukannya kahwin lagi kan? tapi, dah nama pun buat kenduri, mestilah kita sebagai sedara mara yang boleh kata terdekat, kena turun tangan sama. apa kau ingat King dalam citer KL Gangster je 'turun tangan'?

2. menyiang keladi sampai pukul 2, nasib baik tangan tak de gatal-gatal. mcm orang tetua pernah cakap, 'miang keladi, ke gatal keladi?' tapi sebonar eh, diorang nak cakap yang keladi tuh menggatalkan. 'orang gatal', itu tak de kena mengena dengan keladi, okeh?

3. minggu2 yang super duper sebok berlalu, tapi itu baru fasa pertama. Engrish Campaign, Esaimen, lesson plans, curriculum studies, multiple intelligences, arghhhhhh! ape benda itu semua! entah apa aku baca, entah apa yang aku faham.

4. dimana kita duduk dan berpijak sekarang, adalah kerana Tuhan. itu muktamad. tak ada keraguan. tapi sebagai pemimpin, kalau Tuhan tak gerakkan hati-hati insan untuk meletak seseorang itu untuk menjadi pemimpin mereka, kau rasuah la macam mana apa sekali pun, tak de maknanya. kau mintak dengan Tuhan untuk orang pilih kau jadi 'leader' diorang, itu 'hablumminallah'. tapi, kau jangan lupa pulak 'hablumminannas', dua2 kena balance. come on, kau bukannya tengah duduk dalam hutan dan tersesat sorang2 mcm Robinson Crusoe. so, apa yang ada di sekeliling, kau kena alert. kalau ada orang yang 'naikkan' kau, jgn lupa, lagi ramai orang yang akan cuba 'jatuhkan' kau. macam yin dan yang. ada malaikat, ada jugak setan.

5. selamat bercuti kepada mereka yang bercuti. kepada kaum Hawa yang 'cuti' jugak, jgn tiba2 PMS dekat orang yang tak bersalah, sekian.

Tuesday, February 28, 2012

action song 2012

alhamdulillah,kemenangan masih berpihak kepada kami..kemenangan utk kali ke 2 berturut-turut..


kerjasama adalah kata kunci untuk mencapai apa jua target,tbah lagi bila membabitkan ahli yg ramai..


congrats jugak untuk semua team yang bertanding. even penyertaan tak banyak macam tahun2 lepas,tapo saingan tetap sengit. tiada istilah bias, berat sebelah,or yg berkaitan. it was a fair play. every te had their own strenght. (keputusan hakim adalah muktamad,surat menyurat tak dilayan). next year kita fight lagi,ok :-)


again,to team members, classmates also for supporting this team,we gonna cheer u on choral reading competition pulak,ok?


Published with Blogger-droid v2.0.4

madah berhelah