Thursday, June 2, 2011

kisah bangun pagi

bagaimanakah kamu memulakan hari-hari kamu?

ya, bagi aku yang duk kat rumah nih, bangun pagi sebelum pukul 7. semayang subuh. x de makna nak bagi alsan 'cuti', nak mampus kena 'smackdown' ngan abah?

diakui, ramai sungguh syaitonnirrojim yang dok bergayut kat kelopak mata, duk tutup telinga aku dan kamu di pagi-pagi hari. haaa, sebab tuh la liat sangat nak bangun. toksah nak tipu la kalau korang tak pernah rasa macam aku rasa.

dulu, waktu djaman aku kecik-kecik, habit susah nak bangun pagi nih dah mula terbentuk. tambah lagi nak bangun pi sekolah hari isnin. fuuhh!!! monday blues lah katakan. cukup lah amat keliatannya nak bangun. stail mama kejut, bukak lampu biliki.. wohoo!!! silau tuh! dan ayat-ayat klise yg selalu di bagi oleh ma ialah, "nak pi sekolah ke X nih? ke nak jadi cam lembu, makan rumput". ada ke anak lelaki yang hensem gemuk nih nak disamakan dengan lembu? lagi, beliau kasi lempar bantal, lantas aku menangkap bantal tersebut ibarat Khairul Fahmi Che Mat menangkap bola menyelamatkan gawang gol Kelantan dan Malaysia daripada dibolosi. muahaha! itu hiperbola. tak cukup lagi, dengan rasa senang hati dan panasnya, beliau juga pernah menjirus air yang tak berapa panas ke muka semata-mata nak suruh bangun pagi. paling latest yang aku kena, bukan kejut subuh, tapi beliau kejut nak suruh semayang asar, ada ke patut di tutup nya hidung aku. woit, nak bernafas camne? haha, tapi takde hal, itu semua yang buat aku rindu bila balik maktab esok nih.

in contrast, aku akan paling cepat bangun bila dengar Big Boss a.k.a Abah bersuara. "hai, tak mau bangun lagi ka??" zaaaaapppp!!! terus cerah mata. badan pun jadi ringan berlari masuk bilik air. haha, senang je kan? tak payah nak bebel panjang dan buat apa. tapi pernah gak kena sebat sebab tak bangun-bangun lepas beliau bersuara. padan muka! sape suruh bergayut lama-lama time super savers? (itu djaman cuti sekolah menengah, waktu baru mengenal dunia cinta munyet)

itu bangun pagi kat rumah. djaman sekolah menengah, aku boleh cerita macam evolusi/revolusi bangun pagi dari form1 sampai form5

form 1 : pagi-pagi buta sebelum azan dah bangun, lebih kurang pukul 5 pagi gitu. sebabnya nak sampai ke surau sebelum azan. kalau kata sampai sana lepas azan subuh, uhm, alamatnya kena pumping, x pun kena sebat, kalau tak silap. tukang kejut pagi yang paling hardcore, pak guard. dengan bengis dan kayu di tangan, di balunnya pintu dorm macam orang balun beduk kat surau tuh. maunya tak terkejut.

form 2 : kali nih warden lebih memainkan peranan dalam mengejutkan pagi-pagi subuh. haa, antara yang biasa di dengar adalah "sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, suruh semyang dia tak mahu", tagline Cikgu Shahnun. kalau tak silap la, ke waktu form 3 pun ada gak dengar pantun nih. masih ke surau di waktu Subuh, tapi dah tak de sangat lari-lari macam waktu form 1.

form 3 : kena sebat dengan PK HEM. dia masuk je, "saya kira sampai 5, sapa ada atas katil kena". zaaappp!!! hilang terus! oh, kadang-kadang aku perasan dia kat koridor sebab aku terasa 'aura' kedatangan dia, so, elok je dia masuk dorm, aku menyelinap masuk bilik air, mandi! pernah gak duk menyorok je dalam tuh, malas pergi surau punya pasal. muahaha!

form 4 : prefect dorm yang kejutkan. tapi time nih dah nampak kegelapan di hati-hati penghuni asrama. macam acuh tak acuh je. cuma kalau warden masuk, siap kena simbah air, haaa, rasakan!

form 5 : macam lahanat kot. form 5 di tempatkan dalam 1 blok (kecuali prefect, kena main jambu jaga junior). warden still gigih mengejutkan. berbanding dengan abang-abang form5 terdahulu, form 5 time batch aku agak lahanat perangainya. dulu, dalam surau area form 5 cam penuh je. time batch aku, nampak sangat kejahilannya. dah la malas bangun, wardens sampai dah givap sama kami. salah satunya sebab hal lados (rokok/cigars). mintak ampon dan maap cikgu!!!!

credit to Google Image

11 comments:

  1. kuikui..so, lepas nie kna rajin2lah bgun pagi yer..jgn dok tngu abh kejot jer..kalo susah pon alrm azan subuh kan ad..bkk jer grenty bgun..huhu

    ReplyDelete
  2. cucu umie : xde maknanya nak set alarm, buat bising 1 rumah je...

    ckg shahnun : maaf lah, tersasul pulak nama ckg.. hehe

    ReplyDelete
  3. wan, aku penah gak kena cubit ngan mak aku sbb lambat bangun..haha..trauma sejenak :P

    ReplyDelete
  4. alahai, cubit tak rasa mana la zat, ni kena tutup lubang hidung!!!! sesak nafas kot!!! haha

    ReplyDelete
  5. yang part abah tu mmg setuju..laju je bangun..haha

    ReplyDelete
  6. wan: jgn buat mainn. mak aku cubit sampai merah kot. haha :P

    ReplyDelete
  7. perghhh!!! dasat3.. aku kena tutup hidung ngan mak, dah macam bernafas dalam lumpur

    ReplyDelete
  8. hang lain lah zat, anak mak ngan abah.. haha!

    ReplyDelete

madah berhelah