Saturday, June 4, 2011

sembang hari Sabtu

alhamdulillah..

aku takde masa nak buat kek macam IzatTeha, or Mas.. tapi, apalah agaknya perkhabaran IkaAna, n Munir buat time cuti-cuti nih.. mungkin amik kursus memasak jugak kot. ah, biasa la orang perempuan, time cuti-cuti nih la nak menunjukkan bakat dan kat blog, yang masing-masing dah boleh memasak. ok, kalau terasa amik la.. muahaha! itu tandanya 'seru' dah nak sampai lah tu.

aku, duduk lepak kat umah, menghabiskan beras. memasak? nope. buat kek? nope jugak. tapi, akulah tukang rasa yang paling arif. haa, hidang la ape pun, semua jadi sedap. even sampai satu masa ma cakap " alang nih, kalau ma masak batu ngan kayu pun di telannya ". (-_-)"

ok, cukup bab makan. tetiba aku pulak yang lapar. aktiviti aku beberapa hari nih, ulang alik masuk kebun sawit. pergi meracun, 'cop' buah sawit, dan semua yang berkaitan. bukannya kebun abah, tapi mak sedara punya kebun. penat, standed la tuh. duk ngadap fesbuk lama-lama pun boleh jadi penat. upah? apa la yang nak dikirakan, kalau ada tuh ada la.

ini part aku, kena tolak keluar buah. (google image)

oh ya, cerita pasal sawit. dulu, djaman aku masih 'hangat' bercinta dengan 'dia', kami pernah ada konflik, sawit punya pasal. ye la, masing-masing dok jejauh di mata, dekat dihati,  maka di takdirkan aku terpaksa membantu abah di kebun sawit Pak Njang, nolong tanam sawit. ada la nak dekat seminggu. tanah Pak Njang bukannya jenis yang 'cantik', tapi tanah hutan. mak aih, dengan semak samun nya, di gagahkan jugak la mengangkut anak sawit, korek lubang, tanam dan kambus anak sawit tuh. dah lupa bilangannya, tapi penat nya, setengah nyawa jugak la hilang rasa. oleh kerana seharian aku di kebun sawit Pak Njang, maka terabailah sudah 'sayang' yang sorang nih. kesian beliau. dah la aku keluar awal pagi, tak nyempat nak 'flying kiss', balik rumah hari dah senja. penat pulak tuh. malam pulak tertidur awal. adui la sayang, maafkan abang ae. hasilnya? ada la dapat upah sikit. balik maktab, boleh la nak buat belanja kenduri si 'dia'.

ok, cukup, itu kisah lama. so, kepada 'bakal' awek saya di masa depan, harap maklum lah ye kalau saya ada kat rumah. nak online 24jam susah sikit. kalau tak sibuk, tak de masalah. tapi kalau dah abah ngajak gi kebun sawit, tak pun bendang, almaklumlah, itu kena didahulukan, tapi awak tak saya lupakan. muahaha!

4 comments:

  1. hahaa..bukan nak menunjuk la weyhh..sekadar coretan.hehe:P
    btw, aku xpenah masuk ladang sawit so far..^^

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaa, baguih-baguih...ladang sawit tape lagi,namau bendang,kang dikokah dek pacat ke lintah ke, euwwww.geli la saya..hehehe.....

    ReplyDelete
  3. saya juga x pernah masuk ladang sawit..maybe akan merasa la kot time posting nanti..ye x? ;))

    ReplyDelete
  4. izat : ya la tuh x menunjuk.. tp baguih la kalau dah reti memasak..

    cik meaw : nanti ada masa kita sembang pasal bendang pulak.. btw, dkt kebun sawit pn ada jugak lintah ngan pacat.. takot wooooo.. haha!

    mas : kalau setakat lalu ladang sawit, x remaja la.. haha..!

    ReplyDelete

madah berhelah