bismillahirrahmanirrahim,
hari ini,
aku melihat si dia mengendong buku RPH nya,
dengan buku latihan murid-murid nya,
dengan seribu harapan di benaknya.
hari ini,
aku melihat dia berjalan dari satu kelas ke kelas,
langkahnya kemas,
masuk sahaja ke situ,
seribu satu suara menjadi sunyi,
semua mata terpaku padanya,
begitu sekali pesona yang ada padanya,
aku melihat penuh kekaguman.
hari ini,
aku mendengar bicaranya,
petah dan berhemah,
suaranya agak tinggi,
bukan hendak memarahi,
supaya muridnya mendengar,
masuk telinga kanan, terus meresap dalam otak.
si dia yang aku kagumi,
yang aku sanjungi,
yang aku hormati,
jasanya ditabur tanpa mengnal erti lelah dan putus asa,
tak terbalas oleh muridnya,
aku berdoa agar Tuhan merahmatinya sentiasa,
kerana dia,
GURU yang mengajar ku erti hidup,
menunjukkan ku jalan,
menerang di kala aku kegelapan,
penghibur kala sunyi,
dialah GURU ku,
sejak dahulu, kini, dan selamanya.
terima kasih cikgu,
Selamat Hari Guru.
tulus dan ikhlas
ridhwan...
(salah seorang anak muridmu yang kudus)
belum lagi nak kawen nya..xda jodoh
ReplyDeleteaiceh, calonnya bukan dah ada ke?
ReplyDelete