Friday, May 20, 2011

sembang tengah malam

ok, dah lama tak sembang sorang-sorang kat blog, dan Rahimi pun dah bising, apasal aku tak update..

olrait,

memula sekali, bajet aku burst gila babas bulan nih, sangatlah kritrikal dan kejatuhan ekonomi. nasib aku macam baik, Tuhan tak berlaku kejam dengan aku, sebab Dia bagi aku members yang sudi 'memayung' aku dikala kesempitan macam ini. alhamdulillah. oh, diorang 'payung' ape, itu biar aku dan diorang je tau. oh ya, alhamdulillah, tak kebulur, cuma lapar, standed la tuh, ada orang lagi lapar daripada aku, bersyukurlah (-_-)"
oh, terima kasih kepada Saudara Acik dan Saudari Along, kerana dengan bermurah hati dan ringan tangan nya menghulurkan 'advance' kepada saya.. esok lusa Alang kaya, korang order je, Alang bayar, jangan lupa claim. dan kepada saudara 'R' dan 'N', terima kasih atas ke-concern-an dan keprihatinan anda kepada saya. nanti aku kaya, hangpa pun boleh order nak makan apa, bayaq sendiri.. haha! siyes terharu, mana aku pernah jumpa kwan yang concern macam hangpa! tengs bros.... :)

ok, next, cerita exam! ah, tak payah ckp banyak, stadi pun macam entah ape je, mintak jangan kena repeat sudah.

oups, minggu lepas, bajet aku burst jugak sebenarnya. tapi, tengok wayang 2 kali, cerita Kongsi, Shaheizy Sam dia punya hero. tak nak komen banyak, biasa-biasa saja. dan waktu tengah bajet burst dan tak berduet tuh jugak la aku boleh terlepas sampai ke Penang. haih, nak jadi ape nih? bukannya apa, aku juz membawak orang je, nak celebrate besday Cik Ika kesayangan, celebrate awal, so, bawak la jenjalan. plan dan idea asal, Cik Izati, dia punya planning, aku follow ja, drive kan kereta Nadir. lagi 1 kereta Awie punya, boleh la nak main cucuk2, tapi memandangkan yang aku nih men-drive kereta orang, so, nak bawak laju2 pi mana??

seterusnya, minggu depan nak pulang ke kampung halaman. masih tak decide naik bas or motor. naik motor, sudah tentu restu daripada Puan Mama dan Saudari Along. entah-entah kena nganjing lagi macam itu hari. haha. oh, how bout Tuan Abah? adakah beliau merestui?? ah, beliau tak banyak cakap, pandai2 la nak survive. haha, steady la bah..

oh ya, Selamat Hari Guru kepada cikgus yang telah banyak mengajar arti kehidupan. daripada Taski Al- ape entah aku dah lupa, sambung ke S.K Changkat Lada 2, dan juga Sekolah Bintang, semua2 yang menunjukkan jalan kebenaran dan jugak jalan 'setan'. haha!

oh, terlupa, itu hari aku ada try masuk contest, cikgu sekolah aku buat, tak menang, fine, saya budak baru belajar bertatih. (-_-)" dengan penuh harapan nak menang sebab hadiah dalam berbentuk uwang!!!!! takpe2, takmo kawan ngan cikgu dahh!!!!! muahahaha!! (sila abaikan)


sekitar gambar jenjalan minggu lepas. Taman Botani (masuk free), n QB Mall (movies watching).. credit to Teha, Syahira n Syafik 4 their cameras... :)

ah sudah, melepas ke apa..

the heroes of d day!

the heroins. oh, status mereka, tanya empunya diri sendiri, be gentle (ayat Munir)

somewhere around QB Mall

bukan tikets aku

ya, dan ini bukan kereta aku

saudara Awie dan penumpang

Saudara Aku dan ahli kereta

oups, skandal, kah? (hepi besday Cik Ika -kesayangan-)




dah, cukup, aku nak pi clubbing study..

2 comments:

madah berhelah