Thursday, May 26, 2011

oh Syahira....

alhamdulillah, 1 semester sudah berjaya di tempuhi. berjaya kah? result nya nanti harap eloklah.

malas nak cara pasal exam, again, jgn kena repeat udah,, amin ya rabbal a'lamin..

oh ya, seperti yang dijanjikan sama itu Syahira, aku nak tulis sedikit cerita pasal kau. ikhlas daripada Yang Maha Mulia Duli Tuanku Sultan KK Ridhwan yang masih single dan tak 'buaya', beriman lagi bertakwa. muahahaha! suka ati aku la nak puji diri sendiri kan. rasa menyampah, pi main jauh2!

ok fellas, memperkenalkan, Saudari Siti Syahira bt MOhamad Zuki.. hoyeh!! kasi tepuk tangan sikit sama beliau. alhamdulillah, bertambah lagi usia seorang lagi insan yang bakal bergelar cikgu nih!

amacam, comel kan?


baiklah fellas, seperti pada entri2 yang lepas, mesti la aku macam nak kasitau serba sedikit biodata beliau kan. ah, peduli apa klise ke tak.

asal : Pasir Puteh, Kelantan
umur : 20 tahun. (yehahaha, kasi tepuk tangan sikit)
status : ah, tanya yang empunya diri, aku tak campur. be gentle (again, ayat Munir)
kesukaan : apa sahaja berkaitan hiburan daripada Korea, makan2, dan jalan2
penggilan mesra : Sera, Syahira, dll (-_-)"

aku kenal orang ini waktu sem 1 foundation. 1 kelas. jadi PKK (Penolong Ketua Kelas) waktu tuh. haha, kalau tak salah, aku yang lipat kot. sebab waktu madam ape entah tanya sapa KK ngan PKK, PKK tak dilantik secara rasmi. kebetulan waktu tuh dia tengah padam white board, so aku pun sebut la, "yang tengah dok padam whiteboard tuh la PKK", dan secara tak langsung, jadilah PKK untuk sem 1 tuh. muahahaha!!!

ok, kalau perasan kat gambar nih, dia beruniform silat cekak ustaz hanafi. haaa, kepada laki2 yang memasang hajat untuk menggatal dan cuba-cuba mengambil kesempatan dan tak takut nyawa melayang, boleh nak try test si Syahira nih. haa, tapi kalau nak sunting 'bunga' Tn. MOhamad Zuki yang sorang nih, jangan tanya aku. nak suruh aku jadi orang tengah, tak dak masalah. hehe. bak kata pantun aku,

"kecil-kecil cili padi, 
cili padi terasa pedas, 
kalau sudah berkenan di hati, 
masuk meminang lah dengan lekas."

oh ya, dan aku pun tak berapa pasti lagi sure kenapa si Syahira nih selalu di kaitkan sama Rahimi. haha, aku tak nak lipat korang, tapi kalau dah jodoh tuh, tak ke mana jugak kan. muahahahaha!! 

oh, lastly, kepada saudari Syahira, bertambahnya umur bukannya bermakna kita makin muda, tapi makin tua. dah masuk 20 puluh, tak main la belas-belas nih. nak bagi nasihat panjang lebar, aku bukannya bagus pun, kalau nak suruh aku merepek boleh la. btw, beta mewakili seluruh kerajaan P1P (sekarang P2P), mengucapkan hepi belated besday to you. semoga panjang umur, murah rezki, sampai jodoh, jemputlah kami makan nasik air nasik kenduri. smile always, never hide. peace.

4 comments:

madah berhelah