Tuesday, May 10, 2011

the dark side revealed.

cerita lama tersingkap ;

kenapa setahun aku duk dalam ke-misery-an, gloomy, sad, alone dalam 'setahun' yang lalu? apsal lama sangat?

entah, tak sangka pun akan ambil masa setahun. diakui, itu zaman kegelapan dan kejatuhan aku. apa la yang syok sangat waktu tuh?

ok, here's the deal.

personally, daripada pengalaman lepas, sewaktu berkapel dulu, itulah moment yang paling indah yang kau pernah ada. "ala, tipu la kalau kau tak pernah berkapel sebelum nih" tanya seorang kawan. ya, aku tak nafikan, memang aku pernah berkapel sebelum dengan 'dia'. dan aku admit, bukan sekali aku pernah berkapel sebelum tuh, malah banyak kali jugak. walaupun dulu sekolah semua lelaki, tapi aku tak berkapel dengan lelaki ok! (-_-)" .

ok, back to ancient time. seriously, aku berkapel waktu djaman sekolah dulu bukannya dengan sorang, tapi pernah dengan 4 orang sekali gus. bukan nak cakap besar, bukan nak gebang, bukan nak bohong, tapi sumpah, aku pernah buat macam tuh dulu. ya, itu dulu. sorang kat perlis, sorang kat perak, sorang kat selangor, lagi sorang kat johor. pergh! macam mana aku buat?

alkisahnya, secara ringkas, perkenalan aku dengan mereka-mereka nih adalah melalui laman sosial Friendster, member aku pass nombor tipon aku kat budak sekolah perempuan (STF), kenalan member aku dan jugak dapat nombor time chat. aku belajar nak men-tackle perempuan nih daripada dorm mates aku, yang terdiri daripada pendebat yang handal dan manis mulut, dasar kaki perempuan, playboy yang tak pernah kantoi aktiviti kasanovanya dan jugak mat jiwang yang setia. haaa, itulah gunanya kawan! aku cedok sikit idea-idea nak mengorat nih daripada diorang la. jauh di dasar hati, aku nih punya pemalu, tak reti nak cakap dengan perempuan sebenarnya. sebagai tambahan, aku rajin jugak baca novel untuk dapatkan ayat-ayat yang bunga. hakhak! tak tipu maaa..

ah, itu dulu, djaman aku baru nak 'up'. walaupun ayat aku agak manis dan kapel sampai 4 sekali gus, tak pernah sekali pun aku keluar gi dating. tengok muka secara live pun tak pernah. sekadar bercinta dalam fon. nak rasa apa? buat-buat care, bagi ayat bunga-bunga, tengok gambar kat Friendster n paling habis pun, bergayut sampai habis kredit. haaa, ada sekali tuh, budak johor tuh hantar surat n gambar, ye la kan, sebab dia takde akaun Friendster, so dia hantar la gambar yang paling comel dan kiut. sekali tengok, fuh, tak boleh tahan. member dorm aku siap nganjing lagi, "ayat manis, muka tak cun, malang gila sial kau!! kite bekor je gambor budak nih, nak?!" hurm, aku pikir pun ade betulnya jugak, so, kitorang bakar gambar budak tuh hari tuh jugak, dan malamnya, aku declare clash dengan budak johor tuh (-_-)" cam cilake je perangai. kan? dia tanya, apa salah dia? aku cakap, aku nak fokus kat study sebab PMR dah dekat. oh ya, waktu tuh aku form 3, so, guna alasan exam la untuk clash. haha!

ok, itu cerita lama, djaman jahiliah aku. back to the top, kenapa setahun aku tak boleh lupakan 'dia'. sebab, perasaan yang wujud sewaktu dengan 'dia', aku tak pernah merasainya sebelum ini. tak pernah ada orang terima aku, semacam 'dia' terima aku, seadanya. dan aku tak pernah mencurah kasih dan jujur dengan orang lain selain 'dia'. perasaan tuh kuat, mungkin jugak sebab jarak antara kami dekat walaupun berlainan negeri kelahiran, itu bukan masalah. sebab aku tak pernah merasai disayangi dan dihargai sebegitu rupa, seriously!
yang sebelum nih, semuanya atas henpon je, apa feel? tak sama doe! getaran jiwa tak sampai dan menusuk waktu tuh, tak macam aku dengan 'dia'. memang tak pernah sebelum nih! dan aku pun tak pernah langsung sesetia ini kecuali dengan 'dia' dan aku pernah cakap, "walaupun awak bukan yang pertama, tapi saya janji, awak adalah yang terakhir," ya, macam ayat dalam novel, tapi ini yang lahir dari dalam hati aku. in short, ini adalah pertama kali aku merasai dan mengerti istilah 'bercinta'. jadi, bila membabitkan tentang jiwa dan perasaan macam ini, bukannya mudah nak hadapi bila aku kecundang kat tengah jalan! bukannya macam lagu Bruno Mars, 'easy come, easy go'. ingat senang-senang je nak cari yang lain. tak semudah itu doe! fine, muka aku muka tak hensem, dalam hati ada taman bunga yang indah.

fine, lu orang mesti nak bombard aku balik dengan menggunakan potongan ayat suci al-quran dan hadis apa bagai kan? tak pun guna ayat "nanti sampai masa, ada la orang nak kat kau tuh". paling jahat, "lu memang loser Wan, mana ada perempuan nak dekat kau, cermin la diri sendiri, jangan nak perasan.". ah, klise.

dah cukup, setahun aku berkabung, kubur cinta yang tak bernisan dan bertanda. thank God, i still have family n friends. tak lupa, thanx untuk 'dia', sebab ajar aku 1 lagi erti hidup, 'don't be loyal n pour too much love on someone, it may hurts u extremely bad someday'. mungkin aku betul dan aku salah. entah, macam tak kool je cakap macam nih, tapi, ini yang duk ada dalam kepala otak aku, so, tolong betulkan balik 'mind-set' aku.

sincerely,
ridhwan...
(the 'Buaya' had died)

No comments:

Post a Comment

madah berhelah