Wednesday, May 4, 2011

surat untuk Nina

bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum w.b.t

Nina, abang nak tujukan surat nih untuk Nina, so, abang nak Nina tolong baca sampai habis.

baiklah, Nina, abang nak Nina tahu, yang family, abang, dan kawan-kawan, kitorang semua sayang kat Nina. kami harap, Nina pun sayang kami jugak.

Nina, sekarang, Nina dah ada yang punya, dalam kata lain, dah ber-couple. it's fine with us. itu perkara biasa, tambah lagi Nina dah habis sekolah, dah nak masuk alam peralihan daripada remaja ke dewasa. standed la, abang dulu pun couple jugak, kakak-kakak, even mak pun pernah ber-couple, tu yang boleh dapat Nina tuh.

sejujurnya, kami tak halang Nina nak bercinta dengan siapa pun, tapi kami tak jugak menggalakkkan Nina ber-couple sampai tak ingat dunia, hanyut entah ke mana. masa depan Nina cerah, banyak lagi Nina akan tempuh. dan alam ber-couple nih adalah salah satu perkara yang akan ditempuh, dan Nina tengah melaluinya sekarang. kami tak kata pun ber-couple itu jahat, dan bukan jugak baik. ia terpulang macam mana kita kendalikan perasaan itu.

daripada pengalaman abang sendiri, ber-couple itu indah. sangat membahagiakan dan menyeronokkan. semua  ibarat kita punya. kan? tambah lagi bila jarak antara kita dengan dia tuh dekat. boleh ajak keluar dating selalu, gi makan sama-sama, gi tengok wayang, jalan-jalan menghabiskan duit, dan lain-lain lagi. tak tipu. tapi, bila gaduh, ada merajuk-merajuk, ada jugak pujuk-pujuk, lepas tuh akan jadi happy balik.

tapi kan Nina, pada pandangan dan pengalaman abang sendiri, kita tak akan tahu perangai sebenar pasangan kita sehinggalah kita dah sah kahwin dengan dia. ok, abang tak kahwin lagi, tapi, ini daripada sembang-sembang dengan orang yang lagi tua. mungkin betul jugak cakap diorang, masa bercinta, kita akan cuba buat yang terbaik untuk kekal dengan dia. contohnya, kalau nak keluar gi dating, nak kena pakai baju cantik-cantik, nak pakai perfume sampai 1 liter, tempek bedak 3 inci, gincu sampai sama kaler dengan lampu trafik, dan macam-macam lagi. panggil pun nak 'sayang-sayang', sebab takut tak jaga hati, dia cari yang lain. sampaikan kalau kentut pun bau wangi. haaa, tu dia penangan orang tengah bercinta.

ok, back to the main topic. daripada pengetahuan abang, Nina dah berbaik balik dengan dia kan? mesti la lepas nih nak keluar gi dating, paling kurang pun sekali seminggu. tapi kadang-kadang family macam tak bagi. bukan nya diorang tak bagi sebab apa, tapi jangan la sampai korang kerap sangat keluar berdua. alah, macam la Nina tak tau, bila lelaki dengan perempuan keluar berdua, ada orang 'ketiga' kan? abang pun tak de la baik sangat, tapi kan Nina, diorang tak bagi keluar berdua kerap sangat tu bukannya apa, risau kan hal keselamatan Nina. yes, dia boleh janji dia nak jaga Nina baik-baik, dan Nina pun janji akan jaga kehormatan keluarga kan. tapi, kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku. bukannya nak mintak perkara tak baik berlaku, tapi, kan ada pepatah, jangan nanti dah terhantuk, baru nak tengadah?

again, pada kitorang, it's fine la kalau korang nak gi dating ke apa, baru nak 'up' la katakan, tapi, pada abang, tak salah kalau ajak kakak gi dating sekali. ok, bukannya nak potong stim ke apa,bukan tak nak bagi kebebasan, bukannya nak kongkong Nina, tapi, kami risau kat Nina, tu je. apa lah masalah sangat kalau keluar sekali, esok-esok dah kahwin, itu lain cerita, pergi la mana pun, tak de nye kitorang nak kisah. situasi sekarang, korang still tak de ikatan apa-apa yang sah. kan? Nina nak ber-couple, ok, kitorang bagi, tapi, ber-couple tuh bukannya tiket korang nak keluar berduaan sampai tak ingat dunia. ini bukan nada marah, ini sebagai peringatan untuk abang jugak. tak nak la hipokrit kan.

ok, Nina pun bukan budak kecik lagi, kitorang yakin dengan Nina. pada masa sekarang, kitorang nak Nina tumpu pada hala tuju masa depan Nina dulu. dah sambung belajar, dah stabil ekonomi, bila dah sedia fizikal dan mental, kahwin je terus. ok, nak ber-couple sekarang, teruskan, pada masa yang sama, fokus pada hala tuju Nina dulu. kitorang support Nina dalam apa jua perkara, selagi Nina jaga nama baik keluarga. boleh kan? kami semua, family, abang n kawan-kawan Nina, semua sayang Nina dan naka tengok Nina berjaya dan capai lebih daripada apa yang kami ada.

yang ikhlas
Alang  Ridhwan..
(Buaya Darat Never Dies Inc.)

3 comments:

  1. nope.. Nina adik angkat, orang johor, tak pernah berjumpa tapi kami pernah bercinta, weird huh.. but, that was the past, long-long time ago..

    ReplyDelete

madah berhelah