assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah, ade lagi kesempatan dan peluang untuk bernyawa..
hari nih, macam semalam, pegi sekolah untuk PBS/SBE.. penat, sedih, terkejut, dan lain-lain perasaan yang aku rasa.
Penat. hari ini, aku kena relief kelas, dalam erti kata lain, kena ganti cikgu lain punya kelas.. mula-mula, terkejut. tengah duk jenjalan pusing sekolah sambil mengambil gambar dan temu bual dengan beberapa orang cikgu, tiba-tiba kerani sekolah mampir, bagi jadual suruh pegi relief kelas darjah 5. terkejut, terkesima, pucat. sebab kerani tuh cakap "awak kena masuk mengajar kelas 5D".. ooh, apakah, aku yang baru bertatih dalam bidang perguruan, disuruhnya mengajar kelas darjah 5. mungkin niat kerani tuh macam nak gertak or melawak. aku pulak boleh amik serius, adoi!! so, aku ajak la 2 orang member, Syafik ngan Fakhrul. padahal, relief kelas je, suruh budak-budak nih duduk diam, buat hal masing-masing, jangan bergaduh or watever sudah..
honestly, aku da pernah ade sedikit pengalaman dalam meng-handle budak sekolah rendah. dulu, masa zaman sekolah menengah, aku pernah menjadi ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), under unit Bimbingan dan Kaunseling. ada la sedikit ilmu, tapi waktu tu, aku lebih bertindak sebagai fasilitator, dan input yang aku sampaikan lebih kepada motivasi n so on. so, hubungan aku dengan student lebih kepada 'abang-adik'. buleh la kalau nak kelentong, sembang-sembang, gelak tawa dan sebagainya. tapi, sekarang nih, watak aku lebih kepada seorang PENDIDIK. seorang cikgu yang berkaliber dan mempunyai wawasan, mana boleh nak main kelentong ape bagai. tambahan pulak, dekat sekoloah yang aku pergi nih,(S.K.I), semua nya student LELAKI. daripada apa yang aku dengar daripada cikgu-cikgu kat sini, cara nak control budak-budak nih bukan sembarangan. cabaran dia lain daripada yang lain. even aku sendiri dulu pernah belajar kat sekolah yang semuanya lelaki, tapi itu sekolah menengah, cara berfikir dan tahap kematangan jauh beza. silap cara, student buat hal depa, cikgu yang duk mengajar kat depan jadi boneka. ini feedback yang aku dapat daripada cikgu-cikgu kat sini.
so, aku pun masuk la kelas relief. masuk je, student bagi salam. aku pun jawab salam. dekat balckboard, ada pembaris panjang, kaler kuning. ala, yang biasa punya kat sekolah-sekolah tuh. then, aku amik, aku pegang macam sedang bertongkat. muka aku, serius. tak berapa nak senyum. member aku yang lagi 2 orang, masuk jugak, duduk kat belakang. aku memang tak tau nak ajar apa, suruh student buat apa yang patut, tapi jangan bising. ha, ni yang aku nak masuk part sedih kot.
ok, aku dah suruh student buat homework atau apa-apa saja yang berfaedah. aku x duduk, juz pusing keliling kelas, pantau depa duk buat apa. yang buat kerja, buat kerja. yang tak buat apa pun, ada. standed. aku dulu pun lebih kurang gitu, at least, aku tak tidur, baca buku pun tak sangat, tapi duduk menyembang dengan rakan seperjuangan tak pun buat la homework yang mana ada.. hehe.. normal ok! daripada yang aku nampak, daripada kaca mata aku, ada student yang macam educated, senang cerita, nampak macam pandai serba serbi. tak da masalah sangat. ada jugak yang juz baca buku bila aku lalu, tak pa, janji tak bising. ada yang melukis, aku tak tau dia lukis apa, tak pa jugak, x bising. tapi ada jugak student, yang juz duduk saja-saja, tengok muka aku, dia buat muka kerek habis. berlagak. fine. tak bising, tapi, dalam hati dia, aku rasa dia cakap "alah, cikgu, apa barang. macam bagus". ok, fine. aku sedar aku sapa, aku juz guru pelatih yang tengah buat SBE. ada jugak student yang tak nak buat apa-apa. bila aku tanya itu dan ini, tak tau nak jawab. suruh baca, tergagap. suruh buat calculation sikit, kantoi.
aduh, mungkin aku terlalu awal untuk menilai diorang nih. aku hanya guru pelatih. masih bertatih dalam bidang nih. daripada apa yang aku lihat, aku dapat feedback daripada cikgu-cikgu, students zaman sekarang nih da jauh beza dengan yang dulu. sense of respect of students towards the teachers, dah makin kurang sangat. cikgu boleh jadi bahan ketawa dan kutukan. mak bapak pulak, persepsi diorang kat cikgu, kena bagi anak diorang nih 'A' yang banyak waktu exam. cikgu cubit sikit, dah masuk kes mahkamah. yang serang-menyerang cikgu, dah banyak keluar kat paper. kan?? realiti. aku tak salahkan mak bapak keseluruhannya. cuma aku sendiri terkilan, ada sesetengah mak bapak yang pandang karier seorang guru macam tak ada apa-apa. kena ajar anak diorang bagi pandai, exam, 'A' kena penuh, macam aku cakap tadi. sesetangah mak bapak nih pandang lekeh, dan tak hormat cikgu-cikgu, macam mana anak diorang nak hormat cikgu? like parent like children la kan?
betul, ada pepatah yang menyebut, "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan mereka". aku rasa macam nak tambah ckit " CIKGU-CIKGU lah yang akan membentuk kain tersebut menjadi pakaian kelak". nak jadi baju ke ape, itu terpulang, janji berguna. kalau setakat kain yang bercorak, nak buat ape sangat?
~dear loggers, macam banyak lagi aku nak tulis, tapi, macam da meleret sangat. aku bukan nak menunjuk pandai or what, ini daripada apa yang aku nampak dan aku perhati kan. again, aku masih bertatih dalam bidang perguruan nih. banyak lagi perkara yang aku x alami sendiri dan tempuhi. baru 2 hari pegi sekolah, da macam 20 tahun mengajar. banyak lagi benda yang aku kena belajar. kepada cikgu-cikgu yang terbaca tulisan ini, saya memohon tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan betulkan jika saya tersalah. now i really know, becoming a teacher, not only sit, give task, marking paper n getting paid every month. there are lots of thing to do. tunjuk ajar ku sifu. (tagline Mentor)