Tuesday, March 22, 2011

back to the school #2 (part two kot)

realiti seorang cikgu.

ya, aku masih baru dalam bidang nih. bukan nak menunjuk pandai atau apa, ini apa yang aku sembang dan refleksi daripada kawan2, pemerhatian dan realiti dunia hari ini.

dah makin kurang students yang betul-betul hormat kat cikgu. bukan setakat students, masyarakat luar, terutamanya dalam profesion yang gajinya jauh lebih lumayan dan pangkat turut memandang lekeh karier seorang cikgu. bukan semua, cuma segelintir.

seorang cikgu. persepsi kebanyakan orang, masuk kelas, bagi kerja, semak buku, bawak students pegi lawatan, dan yang paling penting, make sure students dapat skor kaw2 banyak gila babas time exam. tambahan lagi, cikgulah orang yang dipersalahkan bila students x dapat score 'A'. cikgu sekolah rendah or menengah, persepsi kebanyakan orang hari ini, lebih kurang gitu. cukup bulan, gaji masuk. paling jahat lagi punya tahap pemikiran, aku sendiri pernah kena sebelum masuk maktab "alah, hang jadi cikgu, goyang kaki, bulan-bulan masuk gaji.. rileks memanjang. budak-budak cuti, hang pun join cuti sekali".

yup, mula-mula aku pun pikir macam tuh, dah x de kelayakan lain, jadi cikgu je la.. tapi, itu dulu kawan-kawan. kerjaya cikgu nih, x semudah apa yang kamu lalui dahulu dan tengok.

seorang cikgu, dia bukan sekadar nak mengajar apa benda yang dalam buku teks, tapi jugak nak mendidik anak murid bangsa dia menjadi seorang insan yang berguna kelak. realiti hari nih, 'content' or ilmu yang dalam buku semuanya di serap dalam kepala otak students. aku tak nafikan, itu penting untuk masa depan dan berjaya dalam exam kelak. tapi, sekadar content buku teks saja tak cukup untuk jadikan seorang student sebagai seorang 'MANUSIA'. manusia yang aku maksudkan ialah manusia yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan jugak bangsa.

seorang cikgu, walau students dia slow, tapi bersemangat nak belajar, tak pa. cikgu lagi semangat nak mengajar. tapi, situasi realiti, kebanyakan students, dah la x berapa nak catch-up, malas, buat masalah dalam kelas, dan x berapa nak pandai. esok-esok nak jadi apa?? ada jugak students yang menghina cikgu sebab cikgu dia adalah seorang 'cikgu'. buat dunno je. sebab nya, bapak dia kerja besar-besar, gaji lagi besar, datang sekolah pon naik kereta besar. cikgu?? standed kereta buatan Malaysia, naik motor, alahai, ape la sangat.. ini yang buat students tak nak respect kat cikgu. sedih woo! cikgu punya la semangat nak mengajar, nak suruh jadi orang yang berguna kelak, tapi, bila students x nak hormat, pergghh!!! berderau darah.. sabo je la. sampai mane nak sabar?

kalau students sekadar pandai menelaah buku, jawab soalan exam sampai boleh skor 120%, tapi nak hormat orang sekeliling pun x reti, aku rasa tak guna. tapi, kalau  students yang tak berapa nak menonjol dalam pelajaran or bengap sekalipun, tapi tahu cara nak hormat orang dan punya budi pekerti, itu lebih baik. at least, nilai sebagai seorang manusia tuh ada. ini pandangan aku.

kadang-kadang, ade kes cikgu lempang students. salahkan cikgu. mungkin, kisah di sebaliknya, students sendiri yang salah. degil ya amat. tak makan dek saman. buat masalah. laz2, makan pelempang. betul, kadang-kadang, diorang nih nak perhatian yang lebih, maybe parents sibuk sangat dengan kerja, so, anak-anak terabai. darah muda, diorang nih nak rebel. so, mangsanya, CIKGU!!!!

~dear loggers, aku rasa macam ter-emo sangat hari nih. tadi, aku sembang-sembang ngan member2 n strong ally aku, Rahimi, pasal budak-budak zaman sekarang. sumpah, aku culture shock, tengok perangai students sekarang, kalau nak banding zaman dulu. banyak sangat perubahan. aku bakal cikgu. kamu boleh cakap yang aku nih sembang je kencang, tulis berapi-api, esok, entah apa nak jadi. itu, aku tak peduli. at least, aku dah boleh nampak, karier cikgu nih, bukan sekadar goyang kaki dan makan gaji. ya, agak redundant entri yang ini dengan yang sebelum nih. tapi, benda-benda nih la yang duk bermain dalam kepala otak aku..!

3 comments:

  1. setuju! kalau harap IQ je tinggi tp EQ rendah, aku mmg xpandang kott. huuu
    [aku still blom kena msuk kelas.hehe]

    ReplyDelete
  2. ini daripada apa yang aku bincang2 n sembang2 ngan cikgu kat sekolah tuh.. x semua students n parents gitu.

    ReplyDelete
  3. mmg la..bkan smua.ada yg mmg baikk :)

    ReplyDelete

madah berhelah