alkisahnya,
aku on the way nak ke rumah pak sedara dekat Sungai Lalang, daripada maktab.. elok dalam 4 kilometer nak sampai gitu, aku kena lalu jalan yang agak berbukit... fuhh.. sedang elok aku dilamun angan-angan, nak meng-ushar awek, iaitu anak pak sedara aku, aku dikejutkan dengan sesuatu... ya, sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila.. sambung balik, aku tengah bawak motor sambil mengelamun tentang ke-cun-an anak pak sedara aku, ada beberapa kereta dari arah depan, nak masuk ke simpang sebelah kanan, tengah beratur mengikut giliran.. tiba-tiba, sebuah kereta Naza Suria telah mencium bontot kereta Perodua Kelisa dihadapan beliau, dalam erti kata lain, melanggar sama ada secara sengaja ataupun tidak, aku x pasti..
ya kawan-kawan, pelanggaran yang berlaku sangat lah kuat dan mengejutkan aku daripada lamunan.. kereta Naza Suria tersebut yang melanggar Perodua Kelisa itu memang padu.. hinggakan 'melompat' dan mencium kereta dihadapannya pula.. fuuhhh!!!! nak di jadikan cerita, sewaktu pelanggaran tersebut, beberapa serpihan bumper kereta kelisa tersebut melayang-layang, tepat melalui depan helmet dan muka aku.. kalau kata aku laju lagi ckit, silap haribulan, serpihan tersebut memang tepat akan kena kat wajah aku yang tak berapa nak kacak nih..
mak aih, depan mata dik.. aku ingat, nak berenti kat tepi, tolong ape yang patut.. tolong angkat kan mangsa ke, tolong tolak kereta tuh ke tepi ke, paling tidak pun, tolong tengokkan nombor, mane la tau, ade rezki aku kn.. hehe...
ok, ckup2 sudah, pengajaran yang hendak di kongsi.. berhati-hatilah kamu di jalan raya.. ingatlah yang tersayang, walaupun 'dia' dirampas orang.. yang sudah tu sudahlah.. (mcm xde kaitan je nih).. btw, pandu cermat, jiwa selamat, jangan mengelamun ketika memandu.. haip!! thanx 4 the support fellas (^_^)
credit to google :) |
No comments:
Post a Comment