assalamualaikum w.b.t.
ye, sebentar lagi, akan ade la entri2 berkisarkan tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun dalam bahasa omputih, School Base Experience (SBE) oleh beberapa orang sahabat aku, iaitu izzati, munira anis, fatin afiqah, dan jugak teha.. yg paling wajib ade, sah-sah izat.. munir dan yang lain2, aku x berapa nak pasti, sebab susah ckit nak jangka.. hehe..
by the way kawan-kawan. hari ini merupakan titik tolak bagi aku, setelah beberapa tahun meninggalkan alam sekolah rendah, hari ini, perasaan itu kembali lagi, namun, berbeda dari segi perwatakan. jika dahulu aku hanya bergelar seorang murid hingusan, yang comel, mendengar kata dan suci daripada hadas dan dosa, kini, aku berperwatakan sebagai seorang GURU.. yeaahh kawan-kawan, guru/ cekgu/ sensei/ sir/ teacher dan lain2 bahasa yang sama waktu dengannya..
malam semalam, aku dengan roomate tidur awal. nak bangun awal punya pasal. standard bangun sebelum nih pukul 7, tapi hari ni, pukul 7 dah gerak pegi sekolah.. haaa, pukul berapa kitorang bangun, itu jangan di ambik tahu.. hehe..
ok2, mungkin ade yang tak berapa nak paham, kejadah ape aku merepek pasal SBE/PBS nih. olrait.. SBE/PBS nih, adalah program wajib bagi semua guru pelatih kat IPG kat seluruh Malaysia. daripada semester 1 program ijazah, sampai ke semester 4. dari semester 5 sampai ke semester 7 cmtuh, baru la praktikum.. utk maklumat lanjut, bleh check tengok kt laman web kementerian pelajaran, itupun kalau ade, haha!!
ok, sambung cerita tanpa gambar. sampai sekolah tadi, pi jumpa Guru Besar. oups, aku wat PBS kali nih, dekat Sekolah Kebangsaan Ibrahim (SKI) dengan roomate aku dan classmate zaman sekolah rendah... yeah, SKI adalah antara sekolah premier dan elit dekat Sungai Petani. dah macam sekolah SBP pn ade..kebanyakan kamu mesti bersekolah rendah yang bercampur laki perempuan kan??? haaaa, dekat SKI nih, semua students adalah LELAKI.. yaa, lelaki.. bagi aku sendiri secara peribadi, ini bukanlah satu fenomena yang mengejutkan, sebab dulu pun waktu sekolah menengah, kat sekolah aku semuanya lelaki.. bezanya, kat sekolah rendah, x dak main "jambu" ape bagai.. hehe..
kena pegi perhimpunan, duduk depan sekali, sebaris dengan cikgu-cikgu yang lebih senior. hurm, rasa lain, dulu, aku duduk kat bawah, sekarang, dah merasa duduk atas kerusi.. bukan nak bangga ke apa kawan-kawan, hidup ini kan ibarat roda, kejap ade kat atas, kejap ada kat bawah.. haaa.. habis perhimpunan, ade taklimat bersama Guru Besar. tadi masa perhimpunan, Guru Besar announced, ada 20 orang guru pelatih nak buat SBE kt SKI nih.. pergh! semua cikgu-cikgu terkejut, punya ramai!!!
dah habis tuh, keluar gi jalan2 sekitar sekolah. da macam nazir pun ade. hehe.. tengah elok jalan2, nampak perkara-perkara yang wajib tayang.. budak-budak kena denda.,. haha, kena duduk luar kelas, kena rotan dan lain-lain.. haha!!!
lepas makan, mesti la kat tempat cikgu makan kn, tetiba, Guru Besar tumpang makan semeja.. pergh.. sempoi!! x kerek.. kebetulan member skolah aku tuh, jiran dengan beliau, memang cara ah..
ok2, nanti malam, aku sambung, kalau ada masa.. hehe... gambar, nanti kalau intenet laju.. heeee..
hahaa. Sbe mmg best.. cute je budak2 tuh :')
ReplyDeletewah bakal cikgu dedikasi ni
ReplyDeleteizat : betul tuh.. skolah aku suma laki daa..
ReplyDeleteckg imanshah : insyaallah.. banyak masa lagi.. saya guru pelatih baru belajar.. kalau salah, tolong beri tunjuk ajar.. berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi... :)