kawal dirimu anak muda,
tak lari gunung dikejar,
melainkan dia ada kaki.
yang bulat tak datang bergolek,
kecuali kalau kau golekkan ia.
yang pipih tak terbang melayang,
kalau ia tak mahu terbang.
jangan gelojoh bila makan,
jangan lupa baca doa.
hidup tak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
macam lagu nasyid nyanyian kumpulan Hijjaz tuh.
kecantikan pada rupa paras tak kekal selamanya,
kalau cucuk Botox lain cerita,
tapi akan dimamah tanah jua akhirnya.
bersabarlah anak muda,
jangan biar dirimu mudah terpedaya,
dengan pelbagai tipu daya,
dengan janji-janji manis walaupun dia berjanji sehidup semati,
dengan hasutan-hasutan shaitoonnn,
dengan apa jua sekalipun.
berfikir dengan otak,
guna kewarasan akalmu anak muda,
jangan biarkan nafsu mendahului,
jangan biarkan nafsu merajai diri,
jangan begitu anak muda,
jangan.
p/s : kerja-kerja mengecat rumah sudah selesai, akhirnya, alhamdulillah. bukan setakat mengecat, cuci rumah, cuci longkang, cangkul rumput, cangkul batu-bata yang kontraktor tinggal. i'm extremely exhausted, bukan ekzos motor, kepenatan. dan oh, kepulangan yang ditunggu, 'bontot' kereta abah sudahpun sehat. alhamdulillah. sekian dahulu anak muda.
No comments:
Post a Comment